Hel!O mY DarLing!

Selasa, 11 Jun 2013

Jajan's Part 1 Cerpen Katakan Bila Kau Cinta




Razif Mikhail

            “Selama ni awak rasa detak hati kita ni seiring ke? Pernah kita sependapat?” Wajah Ariya aku tatap. Aku ingin mencintai dia, tapi semakin aku memaksa semakin sukar rasa yang kuharapkan itu mendekat. Dia cantik, dia anggun dan dia penyayang. Pakej yang patut membuatkan hatiku tertawan. Tetapi malangnya tidak.

            “Tapi kita boleh cubakan?” Ariya cuba merayu. Tanganku di paut erat. Wajah itu merenungku penuh pengharapan. Aku ingin mencuba, tapi aku tak mampu. Aku mahukan kehidupan yang dipenuhi warna cinta. Bersama dengan Ariya rasa itu tidak menjengah. Kami bersama bagaikan hanya ingin memenuhi fitrah lelaki dan perempuan. Bersama kerana harta yang kami berdua idamkan.

            “Nak cuba macam mana lagi, cuba awak cakap. Kita langsung tak boleh dekat. Saya cuma nakkan kehidupan yang normal macam orang lain. Lama mana awak larat nak bertahan dengan semua ni?” Kenapa dia tidak cuba mengerti? Aku hanya mahukan perpisahan. Susah sangatkah mahu menerimanya?
           
            “Selama ni saya saja yang cuba pertahankan rumahtangga kita. Pernah ke awak cuba Razif? Langsung tak pernah.” Panas hatiku mendengar kata-kata Ariya. Dia wanita yang ku nikahi dua tahun lalu. Wanita yang dipilih oleh keluargaku. Hubungan persahabatan yang kononnya mahu di eratkan. Malangnya aku yang menjadi mangsa. Aku yang terpaksa memikul beban hidup bersama wanita yang langsung tidak aku damba.

            “Kita tak perlu nak mencuba Riya. Saya dah penat tahu nak berlakon di hadapan semua orang. Awak tak rasa letih ke?” Jelas mimik wajahnya berubah mendengar kata-kataku.

            “Letih, saya memang letih dengan sikap pentingkan diri awak tu. Pernah tak sesaat awak fikir pasal orang lain selain diri awak?” Dada ku turun naik membendung amarah yang meletus. Aku tidak peduli. Aku hanya mahukan dia mengerti. Aku buat semua ini untuk kebaikkan kami berdua. Apa guna bersama jika aku langsung tidak menginginkan dia?

            “Saya tak nak seksa awak. Sebab tu saya nak lepaskan awak.”

            “Tak nak seksa saya ke atau awak dah jumpa orang lain?” Mendengar kata-katanya membuatkan darahku meruap secara tiba-tiba. Ah, perempuan, bila sahaja perpisahan bakal tercipta perlukah semuanya di sebabkan pihak ketiga?

            “Saya tak pernah ada orang lain. Saya cuma ada awak. Tapi saya tak cintakan awak.” Aku mahu dia mengerti bukan semua benda yang dia mahukan dia boleh memiliki. Tidak semua perkara boleh di beli. Hati dan perasaan hak aku. Aku sudah penat mencuba. Berpura-pura bahagia sedangkan hati aku sakit menderita.

            “Awak bohong Razif. Saya tak kan benarkan awak ceraikan saya. Kenapa awak nak lepaskan saya waktu saya sedang hamil anak awak?” Mendengar kata-katanya membuatkan aku tersentak. Wajahnya aku renung bagi mendapatkan kepastian. Dia wanita yang bekerjaya. Yang mahukan kebebasan. Dan aku percaya kata-katanya tadi semuanya dusta. Mustahil dia hamil jika setiap detik dia mengatakan tidak menginginkan anak.

            Kerjaya tidak setabil dan bermacam-macam lagi alasan di beri bila aku membangkitkan isu hidup bekeluarga. Bertapa aku cemburukan lelaki lain yang bahagia bersama isteri dan anak-anak masing-masing, sedangkan aku? Ariya ke timur aku keselatan. Kami bagaikan dua acuan berbeza yang dipaksa bersama.

            “Jangan buat lawak dekat sini Riya. Jangan bagi alasan hamil sdangkan kita tahu perkara sebenar.” Aku rasa hubungan kami cukuplah sampai sini. Aku tidak mahukannya dan aku tidak ingin dia menjadi pedampingku lagi.

            “Saya tak tahu. Awak selalu buat keputusan sendiri. Awak langsung tak pernah fikirkan perasaan saya. Setiap apa yang saya cakap tak pernah awak nak dengar. Awak buat saya macam tunggul.” Ariya semakin tidak terkawal. Setiap patah perkataannya di penuhi jeritan. Hilang sifat lemah-lembutnya. Aku tidak peduli. Aku hanya mahukan kebebasan.

            Wajahnya yang mula di basahi air mata aku pandang. Kekuatan yang terkumpul harus aku manfaatkan. Hari ini detik ini aku harus menamatkan semua. Aku tidak mahu lagi menjadi boneka perniagaan antara Papa dan ayah Ariya.

            “Ariya Puteri, aku Razif Mikhail.............

............................

Ariya Puteri

            “Betul Riya nak pergi? Sanggup nak tinggalkan ibu dengan ayah?” Mendengar pertanyaan ibu membuatkan air mata aku kembali menodai pipi. Aku langsung tidak pernah terlintas mahu tinggalkan ibu bapa yang membesarkan aku. Cuma saat dan detik ini aku hanya mahukan secebis ketenangan. Wajah ibu aku belai lembut. Wajah yang akan aku rindui nanti.
                       
            “Sejauh mana kaki Riya melangkah, seluas mana Riya berada, Riya akan pulang. Ibu tolong restui Riya. Riya perlukan ketenangan ibu.” Air mata terasa semakin lebat menodai pipiku. Aku mahu kuat, aku mahu menjadi wanita besi. Tetapi aku tidak mampu. Berada dalam persekitaran yang boleh membangkitkan memori yang musnah, sunguh aku tidak berdaya. Mulut menjerit memberitahu orang yang aku kuat, sedangkan hati menagis hiba.

            “Abang tolong halang Riya bang. Saya tak nak anak kita pergi.” Mendengar kata-kata ibu aku pantas mengalihkan pandangan kepada ayah. Wajah itu nampak tenang. Ayah yang aku sayang. Yang sentiasa mahu mengembirakan hatiku.

            “Biar Riya pergi Nora. Nanti hilang sedih, dia balik kepangkuan kita. Dia dah besar. Dah tahu mana yang baik mana yang buruk. Awak jangan risau.” Aku tersenyum. Ayah, dia selalu mengerti dia amat memahami. Saat semuanya terlerai dialah yang aku cari. Dia yang sudi meminjamkan bahunya untuk aku. Aku idamkan lelaki berpekerti seperti ayah. Razif Mikhail. Aku rasakan dia lelaki yang tepat. Ternyata aku tersungkur juga setelah berhempas pulas cuba menyelamatkan kapal yang hampir karam.

            Aku tahu dia mahukan anak. Bukan aku tidak inginkan suara si kecil menyerikan hari-hari sepiku, cuma aku tidak mahu anak itu tandus kasih sayang seperti yang aku rasakan. Kalau aku sebagai isteri tidak diidamkan, tidak mustahil anakku bakal menerima nasib serupa.

            Aku tidak mahu di ceraikan. Aku tidak ingin memikul gelaran yang di takuti setiap wanita. Bermacam rayuan aku keluarkan untuk mengelakkan diri ‘dibuang’ oleh suami sendiri, ternyata itu semua belum cukup kuat untuk menghalang hasrat lelaki itu.

            Kejam aku rasakan, saat aku berbohong bahawa diri ini mengandungkan anak dia, tetapi dia sangup menafikan dan mengatakan aku berdusta. Memang kata-katanya benar, tetapi saat itu jika apa yang aku katakan adalah pekara yang betul-betul terjadi, bagaimana nasib kami? Kau kejam Razif!!!

...............................

Razif Mikhail
          
              Bahagiakah aku setelah yang aku cita-citakan tercapai? Jawapannya ku tidak bahagia. Kata-kata Ariya yang aku akan menyesal kerana melepaskannya mula menghantui aku. Mungkin dia betul. Saat ini aku mula merindui gelak manjanya. Aku merindui segalannya tentang dia.

            Saat lafas perpisahan meluncur, aku rasakan satu beban yang aku galas selama ini bagaikan di angkat tinggi lalu di hempas sehingga bekecai. Aku terasa lapang. Detik itu aku rasakan itulah keputusan paling tepat pernah aku lakukan seumur hidupku. Tetapi kenapa baru seminggu perpisahan yang aku idamkan terjadi aku tidak lagi disapa rasa itu? Aku benci mengakui yang aku mula merindui dia. Rasa yang tidak pernah menjengah saat dia di samping aku.

            Dia antara wanita terhebat yang pernah aku ketemu. Wanita yang menarik perhatianku saat kali pertama bertentang mata. Wanita yang penuh dengan keyakinan saat berdiri di hadapan lembaga pengarah yang lebih berpengalaman. Namun kagum itu sirna bila dia menjadi calon iseriku. Aku lelaki yang suka memburu. Mendapatkan sesuatu tanpa berusaha bukanlah sesuatu yang aku suka. 

...........................

Ariya Puteri
   
         Kepala yang berdenyut aku picit perlahan. Tubuhku terasa benar-benar letih menghadapi hari yang benar-benar sibuk. Jawatan setiausaha tidaklah sebesar mana, tetapi aku berbangga akhirnya jawatan ini aku perolehi dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari ayah. Aku boleh sahaja bekerja di cawangan syarikatnya di sini, tetapi aku tidak mahukan itu. Walaupun jawatan setiausaha bukanlah bidang aku tetapi aku tetap bersyukur.

            “Ni lei ma?” Pertanyaan seorang pekerja membuatkan aku tersentak. Wajah Xie Wen aku tatap. Senyuman terhias di bibirnya yang kecil. Wajah dia wajah cina sejati. Mata itu sangat sepet. Tetapi membuatkannya kelihatan comel apabila tersenyum. Hampir empat bulan di bumi Taiwan memerlukan aku menguasai bahasa Mandrin. Antara bahasa yang banyak di gunakan oleh penduduk Taiwan.

            “Wo bu lei.”  Aku menjawab lembut. Pandangan matanya jelas dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Matanya yang kecil bertambah kecil bila dia seakan menantikan jawapan yang lebih memuaskan hati.

            “Hoa..Wo lei ji le.” Aku mengaku akhirnya. Aku memang penat. Penat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, penat melakukan kerja yang tak pernah habis, dan penat dalam cubaan untuk melupakan ‘dia.’ Aku ketawa kecil, bila Xie Wen mula mengeluarkan beberapa nasihat menyuruh aku menjaga kesihatan. Dia, gadis yang penuh dengan nasihat dan prinsip hidup. Kadang kala membuatkan aku menjadi cemburu kepadanya.

            “Xiexie.” Ucapan terima kasih aku ucapkan kepada dia kerana sudi mengambil berat tentang keadaan aku. Cukuplah ada mereka yang mahu memahami keadaan aku. Mereka yang boleh membantu aku melupakan kenangan silam.

            “Bu yong xie.” Bahuku di tepuk-tepuk perlahan sebelum dia meminta diri. Beberapa barang yang berselerakkan di atas meja aku kemas. Setelah berpuas hati dengan keadaan meja yang tersusun rapi, terus beg tangan aku capai. Saat ini sudah terbayang tilam dan bantal menanti aku di rumah.

..........................

Razif Mikhail
          
           “Ayah tolonglah.” Sekali lagi aku merayu. Biar di katakan gila talak, biar di ketawakan orang, aku tidak peduli. Sekarang aku hanya mahukan Ariya pulang kepangkuan aku. Berbulan hidup tanpa dia membuatkan aku hampir jadi nanar. Rasa cinta menjengah setelah kata pemisah aku lafaskan. Aku rindukan dia.
  
          “Razif, tolong terima kenyataan. Dulu masa Riya nakkan kamu, kamu sangup buang dia. Sekarang buat apa nak cari dia lagi? Dia dah bahagia sekarang. Ayah tak nak kamu cari dia lagi.” Mendengar kata- kata bekas ayah mertuaku menyebab aku terpana. Tidak mungkin dia bahagia setelah kami berpisah.
      
      “Saya rayu ayah. Kalau ayah nak saya melutut sekalipun saya sangup.” Baru aku berura-ura melutut di hadapannya, pantas lelaki itu menghalang.

            “Ayah tak tahu apa yang merasuk kamu Razif. Bukan ayah tak nak tolong, tetapi apa yang kamu buat kepada Riya memang tak patut. Ayah percaya kamu dapat bahagiakan dia, tapi apa yang kamu buat? Kamu hancurkan hati dia, Kamu musnahkan kepercayaan ayah.” Terasa mahu menangis aku mendengarkan kata-kata dari bibir tua itu. Semuanya memang salah aku.

            “Saya janji, kali ni kalau ayah tolong saya, saya akan bahagiakan Riya. Tolonglah ayah.” Tangannya aku pegang. Biar di katakan aku lelaki tidak tahu malu sekalipun, aku tidak kisah.

            “Apa jaminan kamu?” Mendengar kata-kata itu, lama aku terdiam.

..........................
      
           Gambar perkahwinanku dengan Ariya aku capai. Dia tersenyum malu saat pipinya aku cium. Memandang seraut wajah itu membuatkan rasa rinduku membara. Betul katanya bila dia mengatakan aku langsung tidak mencuba kebahagiaan untuk rumah tangga kami. Dia wanita yang hadir dengan pelbagai variasi bagi mewarnai kehidupan kami. Apa yang tidak pernah di lakukan untuk kegembiraan aku? Sedangkan aku hanya memandang usahanya dengan pandangan jengkil.

            Sekarang, aku akan pastikan Ariya kembali ke pangkuan aku. Kami akan bina kembali kehidupan. Akan aku bajai hatinya dengan kasih sayang aku. Kehidupan kami yang suram akan aku ceriakan dan segalanya yang tidak pernah aku lakukan dahulu akan aku lakukan andai kata Ariya sudi menerima dan memaafkan aku.

...............................

Ariya Puteri

        
           “Nak?” ice –cream aku suakan ke arah Razif yang sedang leka menonton perlawanan bola sepak. Dia hanya mengeleng. Bosan aku dengan reaksinya. Sedangkan ice-cream coklat di tabur kacang merupakan kesukaannya.

            “Nah. Riya suapkan.” Sekali lagi aku mencuba. Sesudu ice-cream aku bawa menghampiri bibirnya. Bila tiada reaksi, aku tersenyum. Kusyuknya dia. Aku mencuit sedikit ice-cream ke pipinya. Niat hati ingin mewujudkan susanan ceria antara kami berdua. Senyuman di bibir kaku bila dia memandangku dengan pandangan menyilau tajam.

            “Awak tak der kerja ke?” Suranya jelas melengking kuat. Terkedu aku memandang dia. Liur di telan terasa pahit. Salahkah? Silap waktukah aku?”

            “Riya mintak maaf. Tak tahu awak tak suka.”Gementar aku untuk terus memandang dia.

            “Apa yang awak tahu? Tak sudah-sudah nak menyusahkan orang,bodoh!!!.”

            Ariya terjaga. Terasa berpeluh badannya. Perkataan bodoh berulangkali terngiang di telinganya. Bantal dicapai. Di tekan kuat ke wajah dan terus dia menjerit kuat bagi menghilangkan tekanan yang melanda.
           
            Semakin ingin di lupakan semakin kuat ingatannya terhadap lelaki itu. Mengikutnya bagaikan bayang-bayang yang tidak mungkin terpisah. Dia benci mengingati saat duka antaranya dan Razif. Dia tahu dia harus menguatkan semangat. Azam untuk melupakan lelaki itu harus di semat di dalam hati.

..........................
    
        “Xiojie, Lee jingli zai ma?” Suara seorang lelaki menyapa. Entah mengapa pertanyaaan itu membuatkan darahku terasa meruap ke wajah. Walaupun bahasa yang di gunakan berbeza tetapi nadanya masih sama. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Terkedu aku memandang. Dia!!!

            “Zai, xiansheng, qing deng yixia.” Lambat aku menjawab. Ada apa dia kesini? Ahh hati bersabarlah. Dia masih seperti beberapa bulan dahulu. Tiada sebarang perubahan. Bagaikan apa yang terjadi kepada kami langsung tidak menjadi kudis kepadanya. Buat apa aku hairan? Bukankah itu yang dia mahukan. Sudah pastinya dia berbahagia.

            Setelah kebenaran di beri dia melangkah masuk ke dalam bilik ‘Jingli’(pengurus). Wajahku langsung tidak di pandang. Bahkan dia berpura-pura bagaikan langsung tidak mengenali aku. Entah mengapa tindakannya membuatkan rasa sebak melanda hatiku. Setelah aku menanamkan tekat untuk melupakannya kenapa harus dia muncul di hadapan aku?”




Surat Cinta Untuk Disana : Projk akn datang...Bila siap x tahu lg bila...haha..mybe ada yg dah pernah bca sbb sy prnah ltak dulu dkat blog....ni ltak balik lpas touchup sikit2....Rasa mcm nk 'sedihkan' cerita ni...tp x pasti lg... So...apa yg korang nak? kot ada 'mandrin' yg x kena ce bagitau... Muahhhh....papai...





16 ulasan:

  1. nak lagiiiiii.... sya suka and sya paham sbb sya reti ckp cina.. ckp je lah tulis x reti.. hehe
    smbng lagiiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orait...nnti apa2 x tahuboleh la tnya Ruunna Qizbal...hahah....

      Padam
    2. cik cempakarembulan dah ada terbitkan novel dengan mana2 publisher ke?

      Padam
    3. belum lagi... Tolong doakan sy.. msih dlm proses utk ke arah itu... :) harap2 berjayalah.

      Padam
  2. nurul syahirah11 Jun 2013 2:19 PG

    akak cepat2 lah smbung.... tak nak sedih saja nak juga bahagia...
    cerpen akak ni memang best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq nurul syahirah... akan cuba 'membahagiakan' cerita ni...cuma bahagia macam mana sy x pasti... :)

      Padam
  3. btl 2 nak cerpen ne asap..
    best!!!!!!!
    cpt tau smbng

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah... akan diusahakan...muahh

      Padam
  4. kalo wat novel lagi best kot
    mini novel ke?
    panjang cket ..an an an

    -yoozara-

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerpang yunk...sudah psti akan pnjang.... msh berusaha nk blajar buat cerpen yg pndek tp padat... Masalahnya tangan pasti akan menokok tambah sehingga x layak dipanggil cerpen...hahaha...

      Padam
  5. Yunk..engkau trcmpur pov....edit balik weh. Nnti bg aku bca dulu. :)

    -yr frnd-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yola weh,,,cek baru perasan....x apa nanti kita edit....:)

      Padam
  6. HUHU...bila cerpang ni nak siap...da tunggu lama..hehe...semua cerita best2 belaka...i like..:)

    BalasPadam
  7. CEmpaka rembulan.. buat cerpen beshhhh... tapi suka buat sekerat jalan.... lepas tuh tak explen pun naper.... sekerat jalan.. dah jadik buku ke... novel ke.... ape ke...

    BalasPadam
  8. Akak citer ni bila nk sambung???

    BalasPadam
  9. CR bila nk sambung..nk tahu kesudahan cerita..

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)