Hel!O mY DarLing!

Ahad, 16 Jun 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 21



         
          “Tak jadi ikut aku balik kampung? Kenapa?” Camelia sedikit kecewa. Niatnya ingin memperkenalkan Yuyu kepada mama terasa lebur dengan sendiri. Wajah Yuyu dipandang bagi meminta jawapan.

            “Aku ada hal lah hari tu. Sorry lah. Nanti kenduri di sini aku pergi. Boleh kan?” Dia bukan tak sudi, tetapi dia memang tak boleh. Takut nanti dia akan menghancurkan majlis kerana ‘peperangan’ antara dia dan Hasif. Semenjak dua menjak ini, semakin kerap pula mereka bertengkar.Hal kecil jadi sampai meleret-leret.

            “Apa yang penting sangat. Kau postpone lah dulu.” Camelia masih cuba memujuk. Seboleh mungkin dia mahu Yuyu turut serta.

            “Aku bukannya tak mahu, tapi...”

            “Acik Yuyu memang tak suka pergi kenduri Firyal kan.” Camelia memainkan tangan anaknya. Suara sedih mula di keluarkan. Walau apa sekalipun dia mahu Yuyu ada semasa majlis berlangsung.

            “Kau janglah buat bagi aku serba salah. Tak acilah gunakan Firyal sebagai umpan.” Yuyu tak puas hati. Susah kalau bercakap dengan orang yang pandai menagih simpati.

            “Nanti kalau Acik Yuyu kawin, Firyal tak nak pergi.” Tidak mempedulikan amaran Yuyu, Camelia terus berkata.

            “Ok lah, ok lah. Aku pergi.” Yuyu mengalah akhirnya. Tak sampai hati pula.

            “Pernah tak aku bagitahu, yang engkau ni, kawan aku yang paling best in the world?” Camelia ketawa kecil. Hatinya berlagu riang.

            “Kau tak usah nak susahkan diri. Tak cakap pun aku memang dah tahu.”

            “Hek eleh, menyesal pulak aku. Perasan tak sudah-sudah.” Dan ketawa mereka berdua bergabung. Lucu dengan mimik wajah yang di pamerkan.

            “Aku tengok sunyi aje rumah ni. Pergi mana semua?” Hairan pulak di rasakan. Datang sahaja tadi, hanya ada orang gaji sahaja yang menyambut kedatangannya.

            “Mama dengan suami aku keluar. Cari barang untuk majlis nanti.” Ibu mertuanya memang beria-ia benar. Teruja mendapat cucu. Semua benda hendak sempurna. Malas mahu membangkang, dia dan Amjad hanya mengikut rentak ibu mertuanya. Selagi tidak berlebih-lebihan mereka tidak kisah.

            “Untuk kenduri nanti kau nak aku buat apa?” Yuyu bertanya. Rasa tak sedap pula kalau dia pergi berlengang-kangkung.

            “Kau datang cukuplah. Semua benda dah ada. Cuma barang untuk memasak jelah beli dekat sana. Souvenir untuk tetamu saja yang beli disini. Takut nanti kalut nak siapkan semua benda. Mama tak suka majlis berterabur katanya.” Ibu mertuanya dalam merancang majlis memang hebat. Tak perlukan pakar. Semua benda dirangka sendiri.

            “Hari apa kita nak pergi?” Dia bertanya. Dalam pada masa yang sama dia sempat mencuit pipi Firyal. Nampak tembam dan kelihatan sungguh comel. Suatu hari nanti kalau diizinkan Allah dia juga mahu anak secomel Firyal.

            “Hari Rabu. Majlis buat hari Jumaat. Kau mintak cuti awal sikit.”

            “Aku bab cuti ada masalah sikit. Kau bukan tak tahu aku dengan adik ipar kau tu macam mana. Tak adanya dia nak approvekan cuti aku. Apa kata kau tolong aku?” Wajah penuh pengharapan di tayang.

            “Dia bagi punyalah. Bukannya dia tak tahu aku yang ajak engkau pergi. Kau tulis saja surat. Nanti apa-apa hal aku tolong.” Camelia menyakinkan Yuyu.

            “Yelah. Aku nak balik dah. Ada kerja sikit. Nanti kirim salam dekat mak mertua dengan suami kau.” Pipi Firyal dicium.

            “Cium Firyal saja. Aku?” Nakal Camelia berkata.

            “Tak lalu aku. Serdak kopi penuh atas dahi engkau.”

            “Ini param lah mak cik oi.” Sekali lagi tawa mereka bergabung.
.............................
             “Hari ini dah tak kena buli ke?” Kak Bib bertanya perlahan. Nadanya lebih kepada berbisik. Takut jika Hasif mendengar. Lelaki itu sudah seperti hantu sekarang. Kalau dahulu cukup susah mahu meninggalkan ‘istana’ dia, sekarang ini selang lima belas minit pasti terpancul di mana-mana ruang office.

            “Kena, tapi kurang sikit berbanding semalam.” Yuyu juga hairan. Selalunya ada saja salah yang dia lakukan. Itu ini tak kena. Macam ada yang tak betul saja. Takut juga kalau lelaki itu merancang sesuatu untuk ‘mendajalkan’ hidup dia. Kalau betul, susahlah...

            “Baik Yuyu hati-hati.” Kak Bib memberikan peringatan. Dia bukannya mahu menyibuk, tapi dia kasihankan Yuyu. Hasif agak melampau dalam melayan Yuyu. Dirasakan lelaki itu begitu berlebih-lebihan menghentam.

            “Tahu. Tapi Kak Bib jangan risaulah. Pandai-pandailah Yuyu lepaskan diri nanti.” Matanya meliar memandang sekeliling. Tidak pasti di mana kedudukan Hasif. Mahu diintai melalui cermin bilik, memang tak dapatlah. Bilik itu dari luar memang tak lut.

            “Bisik apa tu?”

            “Tak ada apa-apa. Sumpah.” Gelabah Kak Bib bila di sergah secara tiba-tiba. Suara lelaki. Itu pasti Hasif.

            “Kau memang nak kena Man.”

            Mendengar kata-kata Yuyu barulah terasa lega perasaan Kak Bib. Pantas dia menoleh ke belakang. Dan sebagai habuan, buku berkulit keras yang berada ditangannya dihentam kuat ke bahu Man Posto. Baru puas hatinya. Nak sergah tak agak-agak.

            “Isy,, apa ni Kak Bib. Sakit tahu tak.” Bahunya yang terasa perit di gosok perlahan. Berkerut dahinya memandang Kak Bib tanda tidak berpuas hati.

            “Lain kali buat lagi perangai tak senonoh tu. Nak masuk rumah orang lain kali bagi salam dulu. Ini main serbu je.” Kak Bib mula membebel. Sakit hatinya memandang mulut Man yang tercemik-cemik mengejek katanya.

            “Buat salahlah tu. Siapa pulak yang diumpat tadi?” Tanpa mempedulikan bebelan Kak Bib dia terus bertanya. Orang mengumpat dia nak mengumpat juga. Kena sergah sikit dah mengeletar. Apalah..

            “Memandailah kau ni. Bila masanya kita orang mengumpat? Fitnah.”

            “Entah. Kami tengah bincang masalah perempuan. Kau lelaki. Pergi main jauh-jauh. Shuh,,shuh..” Yuyu pura-pura menghalau Man Posto. Malas mahu bercerita. Takut cerita yang pendek dipanjangkan. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Kadang-kala kebolehan mengumpat mengatasi perempuan. Tak ingat dunia kalau boleh mengata.

            “Iyalah tu. Pergi dululah. Orang nak hantar surat.” Sampul di tangannya di kipas-kipas di hadapan Yuyu dan Kak Bib.

            “Lagi cepat lagi bagus. Nanti akak belanja engkau.” Kak Bib mula berjanji. Man Posto kalau bab makan tidak akan pernah menolak.

            “Cantekk.” Thumb up ditayang. Bersemangat dia melambai tangan.
            .........................
            “Siap tak lagi kerja yang aku suruh buat tu?” Hasif berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan Yuyu. Wajah gadis itu yang terpinga-pinga memandangnya direnung tajam.

            “Sudah. Nah.” File berisi maklumat beberapa perkara penting diserahkan. Semalam tak tidur dia menyiapkan semua benda yang diarahkan. Tidak mahu Hasif mempunyai modal untuk ‘mendukakan’ hari-hari bahagianya.

            “Kalau dah siap, kenapa tak hantar? Nak buat perkasam?” Suaranya sudah naik satu oktaf. Entah mengapa hatinya panas secara tiba-tiba. Macamlah bilik dia ada virus merbahaya kalau masuk.

            “Saya ingat lepas rehat baru nak serah. Macam yang Encik Boss bagitahu semalam.” Geram Yuyu dengan perangai Hasif. Semalam dia yang beria-ia minta selepas rehat. Ini jam belum pun mencecah pukul sebelas, sudah terpancul dihadapannya.

            “Pukul berapa pun tak kisahlah. Lain kali kalau dah siap, hantar cepat.” Terus dia berlalu.

            “Encik Boss, file...” Yuyu memangil Hasif bila lelaki itu melengang pergi tanpa mengusung sekali file berisi dukumen penting yang beria-ia dia mahukan.

            “Hantar dalam bilik aku.”

            Rasa mahu jatuh rahang Yuyu mendengar. Dia dah mula dah tunjuk lagak kuku besi. Tahunya nak mengarah saja. Sebal rasa hati dengan sikap Hasif yang tak sudah-sudah mahu mencari pasal.
.................
            “Nah.” Satu sampul surat diserahkan kepada Yuyu.

            “Apa ni?” Teragak-agak Yuyu menyambut. Surat apa? Jangan surat buang kerja sudahlah. Walaupun sakit jiwa melayan karenah Hasif tetapi dia sayangkan kerjanya. Rasa gembira dapat menanggung diri dengan duit poket sendiri walaupun keluarganya lebih daripada mampu untuk menanggung dia. Sekarang pendapatnya mengenai pekerjaan sudah berubah. Tidaklah ‘membosankan’ seperti yang dia selalu bayangkan selama ini.

            “Aku nak kau type balik surat ini kemas-kemas. Lepas itu tolong postkan. Alamat penerima ada aku tulis dalam surat.” Hasif tersenyum manis memandang Yuyu. Hatinya berbunga bahagia. Meroyanlah kau kejap lagi minah oii..

            “Oh, okey.” Dengan wajah yang pelik Yuyu melangkah pergi. Entah apa yang tak kena. Tak pernah-pernah tersenyum. Agaknya semalam banyak makan gula, itu yang tiba-tiba tersenyum bagai. Dalam masa yang sama hatinya agak risau. Risau kerana tingkah Hasif berubah-ubah dalam masa yang singkat. Tadi marah bukan main. Sekarang senyum melebar sampai ke telinga. Entah apalah yang di rancang. Yang pasti dia harus berhati-hati.

            “Cepat sikit type. Aku nak surat tu sampai segera.” Sebelum menutup pintu sempat dia mendengar suara Hasif. Yuyu hanya mengeluh.
     
       Microsoft word di buka. Surat yang tidak sempat di keluarkan dari sampul terus di tarik keluar. Bersedia untuk menaip.

            “Hasif Amsyar Bin Hashim..” Cekap tangannya menyentuh keyboard. Baru ingin melihat nama penerima dia terdengar namanya di panggil. Tercari-cari dia arah datangnya suara itu.

            “Yuyu, sinilah.” Anita memangil lagi.

            “Ada apa?”

            “Kau ada kerja ke?” Anita bertanya. Dalam pada masa yang sama tangannya cekap menekan tetikus. Lagaknya seperti terlalu sibuk.

            “Kejap lagi kau tolong approvekan ‘nyawa’ untuk aku. Nyawa aku dah habis hari ini.”

            “Nantilah. Aku banyak kerja.” Sakit hati pula Yuyu mendengar. Dia penat menghabiskan kerja Anita, yang gadis itu pula penat menyelesaikan game dalam Facebook. Tak aci. Ini semua salah Hasif. Suka sangat menyusahkan hidup dia.

            “Jangan lambat sangat tau.”

            “Iyalah-iyalah.” Malas Yuyu menjawab. Kerja yang tegendala mahu di teruskan semula.

            “Camelia Yusnita Binti Kadir.. Eh, nama aku ni.” Dalam kehairanan dia terus membaca surat yang kemas bertulis tangan.

            “Dukacita dimaklumkan cuti Cik tidak dapat diluluskan disebabkan faktor-faktor berikut.” Pantas surat di gengam erat. Terketar-ketar kepalanya menahan geram. Faktor yang dinyatakan dia tidak mahu baca. Takut bertambah sakit di hatinya. Lelaki itu memang sengaja cari pasal. Dengan perasaan bengang, laju dia berjalan memasuki bilik Hasif. Tidak perlu di ketuk, terus dia redah masuk.

            “Apasal tak nak luluskan cuti saya? Lama saya kerja di sini, sehari pun saya tak cuti lagi tau.” Terus dia menyerang Hasif yang sedang leka menaip sesuatu. Jelas lelaki itu terpinga-pinga kerana tidak bersedia menghadapi serangan mendadak dari dia.

            “Suka hati akulah nak luluskan ke tidak. Yang kau sibuk tu kenapa? Aku bos ke engkau bos?” Dengan nada angkuh Hasif berkata. Dia puas hati melihat api kemarahan di wajah itu. Sekurang-kurangnya sakit hati dengan gelagat Yuyu semasa mereka keluar bersama Carina terubat. Dirasakan maruahnya sudah jatuh merudum di hadapan sahabatnya itu.

            “Belagak boleh. Tak apa, tak nak luluskan ye? Okey fine.” Ini Yuyulah. Dia akan fikirkan cara lain nanti. Kalau dah namanya cucu cicit Tun Teja, tak akan dia gentar mengharungi cabaran. Hendak berperang sangat kan? Dia sambut cabaran itu.

            “Satu lagi sebelum aku terlupa, Kau jangan berani nak datang rumah tok aku.” Dia memang marahkan Camelia dan Amjad mengenai perkara itu. Tidak suka apabila orang luar di ajak menghadiri majlis keluarga mereka, apatah lagi kalau si minah puyu sengal.

            “Saya akan pastikan saya pergi majlis tu nanti.” Terus dia melangkah pergi. Kalau kelmarin dia was-was ingin pergi, hari ini dia benar-benar mahu ke Kedah. Biar Hasif sakit hati. Biar menanah otak itu mencari idea untuk menghancurkan kehidupan dia. Kedah, here i come. Yihaa...

Surat Cinta Untuk Disana : Semakin pening pulak nk mengarang cerita ni... :) Kalau ‘terhumban’ kelaut jangan malu2 bagi tahu.. Sy x makan orang...Nak2 kalau teguran membina...so....dah baca kan? Apa kata anda? Erkkk...muahhh

10 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)