Hel!O mY DarLing!

Isnin, 10 Jun 2013

Jajan's Bab 20 Miss Puyu Will You Marry Me?


“Dah lama kau balik Malaysia?” Minuman yang baru sampai di sedut. Hilang dahaga yang mengasak.

            “Baru jelah. Balik bercuti sekejap aje ni. Ada lagi enam bulan nak tamatkan master. Kau buat apa sekarang?” Carina tersenyum memandang lelaki yang pernah bersahabat baik dengannya dahulu.

            “Kerja dengan my dad.” Lelaki itu ketawa bila si gadis menayang riak wajah tidak percaya.

            “Dulu bukan kau ke yang beria-ia tak nak kerja dengan dia?” Carina bertanya. Teringat kisah dulu-dulu. Lelaki itu memang jenis yang berdikari. Orang lain sibuk nak bergembira bersama rakan, dia pula sibuk mengejar duit poket sendiri semata-mata tidak mahu di katakan menumpang harta keluarga. Sangup bekerja sebagai waiter di sebuah restaurant Perancis.

            “Dulu memang aku tak nak. Dah pernah kerja dekat tempat lain. Tapi biasalah. Papa aku bukan muda lagi. Kesian dekat dia itu yang aku kerja dengan dia”

            “Owh, i see. So sekarang ni kau dah jadi orang kaya lah ye?” Carina ketawa bila Hasif membeliakkan mata tanda tidak berpuas hati mendengar kata-katanya.

            “Kaya apanya. Aku pun makan gaji cik kak oi.”

            “Iyelah tu.”

            “Tak percaya pulak dia. Eh, tadi cakap datang dengan adik kau, mana dia? Tak nampak pun.” Hasif memerhati sekeliling. Mencari gadis wajah yang seakan menyerupai Carina.

            “Dia tak masuk lagilah. Adik aku tu jenis tak tahu malu sikit. Kau tak usah nak cari dekat meja lain. Tak adanya dia nak ‘bawa diri.’ Kejap lagi datanglah.” Carina hanya ketawa. Yuyu memang bukan spesis bagi ‘peluang’ untuk orang berdating. Dia tetap akan menempel walaupun isyarat menghalau di berikan berkali-kali.

            “Kak Ina, tak aci betullah. Kenapa tinggal Yuyu sorang-sorang.” Kerusi sebelah rakan Carina terus di tarik. Patutlah beria-ia nak makan dekat sini, rupanya dah buat temu janji.

            “Bukannya jauh pun sayang oi. Seberang jalan tu saja. Ini Kak Ina kenalkan. Am, ini adik aku, Camelia Yusnita, tapi boleh panggil Yuyu, and Yuyu ini Abang Am. My bestfriend yang Kak Ina cakap tu.”

            Hasif terkebil-kebil merenung Yuyu. Jantungnya bertukar rentak secara tiba-tiba. Sedaya upaya dia cuba mengawal pernafasan yang tidak teratur. Tak pernah Yuyu melepaskan rambut. Apa yang pasti ia mengingatkan dia kepada seseorang. Tetapi dia cuba menolak. Mungkin hanya mainan perasaannya saja.

            Yuyu mengaru kepalanya yang gatal. Wajah sebelah yang di jengah membuatkan dia mula rasa meloya. Di mana ada dia di situ ada mamat belagak. Berjodoh sunguh. Hailaa...

            “Hai.” Lemah dia berkata. Tak lalu nak menegur dengan ramah umpama mereka tidak saling mengenali dan tidak pernah bergaduh. Nak berlakon pun otak dah rasa krem.

            “Hem.” Hasif masih terkedu. Kecilnya dunia. Tak sangka yang puyu jadian adalah adik Carina.

            “Lah, letih sangat ke?” Hairan Carina dengan gelagat adiknya. Kalau tidak dialah ratu berbicara. Tak kasi peluang pada orang lain. Hari ini semacam pula di rasakan.

            “Mahunya tak letih Kak Ina. Hari ini Yuyu kena buli.” Dalam letih ayat ‘membelai jiwa’ mula di keluarkan. Sekarang bukan waktu bekerja. Jadi suka hatilah dia nak cakap apa pun.

            “Siap yang buli adik Kak Ina? Cuba cakap.” Carina panas hati. Dia memang pantang kalau bab buli membuli diperkatakan.

            “Mamat perasan bagus Kak Ina. Belagak saja lebih. Tapi habuk pun tarak.” Air laici yang menjadi kegemaran Carina di capai dan di sedut rakus. Dia tiada masa nak control ayu. Hendak pulak di hadapan musuh tradisi. Kirim salam sajalah.

            Hatinya panas secara tiba-tiba. Memang berlebih-lebihan. Nak kutuk tak agak-agak. Nasib baik ada Carina, kalau tidak sudah di sekehnya kepalaYuyu. Sudahlah tu, suka hati saja rembat air dia.

            “Yuyu, itu air Abang Am lah. Ini air Kak Ina.” Jus tembikai di tunjukkan. Buat malu sahaja adik dia.

            “Srupp...” Terus licin air di sedut. Langsung tidak berbaki. Kembung mulutnya dengan straw masih di dalam mulut. Alamak.. Isi  gelas di jengah. Hanya tinggal ais cube dan beberapa biji buah laici. Kenapa hari ini Carina berubah selera?

            “Dah habis. Order lainlah ye Abang Am.” Sengaja dia menguatkan pangilan Abang Am. Abanglah sangat. Menyampahnya.

            “Tak apa Yuyu. Abang Am tak kisah.” Senyuman sinis dengan isyarat memotong leher di tunjukkan kepada Yuyu bila dia perasan Carina mengalihkan pandangan ke arah lain. Terkumit-kumit mulutnya ‘carutkan’ Yuyu.

            Yuyu mencebikkan bibir dan wajahnya di paling ke sisi. Rambut yang berserabut di tiup angin kipas di pebetulkan. Tangannya melambai-lambai ke arah seorang waitress.

            “Nak minta getah barang boleh? Satu saja.” Yuyu bertanya bila seorang remaja yang dipanggil menghampiri meja mereka. Gadis itu hanya mengangukkan kepala dan terus berlalu pergi. Yuyu tersenyum senang hati. Dia benar-benar perlukan getah barang saat ini. Rambutnya yang lepas bebas terasa merimaskan.

            Hasif memejamkan mata. Dari sisi memang seakan sama. Sekali lagi dia  cuba menafikan.


            “Kak ina dah order makanan belum? Yuyu dah lapar.” Perutnya yang kempis di usap perlahan. Kemudian, sikunya yang berada hampir di sisi tubuh Hasif sengaja di hentam kuat ke pinggang lelaki itu.

            “Arghh...” Hasif menahan perit. Pingangnya pantas di pegang. Kalau selalu macam ini, boleh luruh organ dalaman dia.

            “Kau dah kenapa?” Kalut Carina bertanya. Apa yang pasti dia dapat rasakan Yuyu mengenali Hasif. Bukan dia tak perasan gelagat kedua manusia di hadapannya. Saling berbalas jelingan. Sekarang dia hanya mahu menonton lakonan mereka berdua. Best juga kalau ada selingan bagi memeriahkan suasana. Tak tonton rasa rugi.

            “Ada semut betina sesat.” Ngilu rasa pingangnya. Entah apa jenis siku itu. Tajam ya amat. Setajam lidah itu berbicara.

            “Wah, semut tu terbekenan kan kau tak?” Carina mengusik. Jelas riak wajah adiknya berubah. Tak pasti sama ada malu ataupun bengang.

            “Aku rasa pun macam tu jugak.” Hasif menganguk-anguk tanda bersetuju dengan pendapat Carina.

            “Kak Ina kita balik makan dekat rumah saja lah. Yuyu masak.” Okey, dia mengalah. Malas mahu melayan.

            “Kak Ina dah order. Kejap lagi sampailah. Sabar kejap.” Takut dia mendengar ayat ‘Yuyu masak.’ Fobia.

            “Wah, pandai ke adik kau ni masak ina?” Hasif bertanya. Tengok gaya macam tak tahu apa-apa.

            “Eh, tengok tanganlah.” Jari jemarinya yang kecil dihalakan ke arah Hasif. Pandang orang sebelah mata. Ini Yuyulah. Pakar dalam bidang masakan!

            “Hem, memang pandai.” Carina tergelak. Sabar sajalah. Pandai sampai boleh masukkan orang ke dalam hospital.  

            “Jari kodok.” Hasif sempat mengutuk.

            “Dah jangan gaduh.” Carina menegur.
           
            “Siapa gaduh?” Serentak ayat itu meluncur keluar dari bibir mereka berdua. Kemudian masing-masing saling berbalas pandangan sebelum mula menarik muka. Lakonan yang di tunjukkan di hadapan Carina terus lebur. Taring mula di tunjukkan.  Letih nak control-control.

            Carina galak ketawa. Sehati dan sejiwa sungguh. Saat ini dia yakin mereka memang saling mengenali.

            “Syarikat kau apa nama apa Am?” Carina bertanya bagi mendapatkan kepastian.

            “Twin Holding, kenapa? Kau nak kerja dengan aku ke?” Hasif bertanya.

            “Patutlah. Adik aku ni pun kerja dekat situ jugak. Kau tak pernah jumpa dia ke?” Sekarang dia memang pasti. Mereka saling mengenali.

            “Tak.”Serentak lagi ayat itu meluncur dari bibir mereka berdua.

            “Okey.” Carina senyum sumbing. Memang sah, yakin dan pasti. Diorang memang kenal.

surat Cinta Untuk Disana : Alo...alo.....

3 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)