Hel!O mY DarLing!

Ahad, 16 Jun 2013

Jajan's



       
       “Sarah Khadijah.” Nama itu disebut perlahan. Cuba mencari getar yang mungkin bertandang. Malangnya tiada getar juga tiada rasa. Dia tertarik kepada wanita itu, tetapi tertarik melalui sesuatu ‘benda’ yang sukar diterjemahkan. Sukar ditafsirkan. Bagaikan ada sesuatu tentang wanita itu yang membuatkan dia rasa ‘teruja’ saat mereka berhadapan.

            “Sara.” Matanya dipejam dan tanpa disedari titisan air jernih mula membasahi kolam matanya. Sampai ke saat dan detik ini rasa cintanya masih untuk wanita itu. Tidak seinci pun berubah. Tetapi hatinya benar-benar sudah lelah. Dia letih menanti sesuatu yang belum pasti. Sudah penat berusaha membuang perasaan itu, malangnya dia sering tertewas. Sara begitu istimewa dalam hidupnya. Satu-satunya wanita yang dia idamkan. Juga satu-satunya wanita yang sering membangkitkan resah saat mereka bersama.

            Antara keduanya siapa yang harus dia pilih? Sarah Khadijah, wanita yang wujud dihadapannya, atau Sara yang entah dimana menghilang jejaknya. Dia benar-benar buntu. Kepada siapa rasa resah dihatinya ini perlu dikhabarkan?

Surat Cinta Untuk Disana : saja ‘sakitkan’ sedikit hati kekawan yg suka cerita ini...haha...

1 ulasan:

  1. bila nak kuar full n3 cite nie???? lma da tgu..hehe..

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)