Hel!O mY DarLing!

Khamis, 22 Ogos 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 10



Sesekali dia menoleh kebelakang. Takut jika kelibat lelaki itu kelihatan. Bila terfikirkan kejadian semalam, wajahnya terus terasa membahang. Selama beberapa hari dia dapat mengelakkan diri dari Zafry, ada sahaja alasan yang dia gunakan untuk melepaskan diri. Tapi semalam…Semua salah dia. Menyesal buat taktik nakal macam itu.

            Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tersenyum dia memandang Adra yang mengelamun. Air yang dibancuh oleh isterinya sudah tumpah merata.

            “Hai..” Zafry peluk pingang isterinya. Dagu diletakkan pada bahu Adra. Niat hati mahu mengusik. Dia nak tengok, Adra nak buat apa pulak selepas ini.

            “Ha..ha.hai..” Tergagap dia. Entah bila lelaki itu datang. Dah itu apasal peluk-peluk orang ni? Tangan Zafry yang kejap melilit pingangnya cuba dirungkaikan.

            “Adra nak pergi….pergi mana ye? ha…pergi mandi.” Dia semakin kalut.

            “Bukan dah mandi ke tadi?” Semakin kejap dia membelit. Kalau ikutkan hati, nak sahaja dia menghamburkan tawa. Tetapi sedaya upaya ditahan. Seronok melihat gelagat Adra yang mengelabah. Kalau tidak, bukan main berani lagi dia.

            Adra cuba bawa badan ke hadapan. Malangnya seinci pun tidak beranjak. Saat itu dia rasa mahu menangis. Kenapa Zafry ‘gedik’ sangat?

            “Nak mandi betul ke ni?” Zafry tersengih lebar.

            “Hak arr..Nak la.” Laju dia menganguk. Walaupun dia sudah mandi, tetapi dia rela untuk masuk ke bilik air kali kedua. Asalkan Zafry duduk jauh-jauh darinya.

            “Jom lah kita mandi berdua.”

            Adra telan liur. Dia nak pitam sekarang jugak!

            Tubuh Adra dilepaskan. Air yang dibancuh oleh isterinya disambar dan dibawa ke ruang tamu. Tawanya meletus. Seronok dapat mempermainkan wanita itu. Hailah Adra. Hilang terus aksi mengoda yang selama ini dipamerkan.

            Tubuhnya masih kaku. Tidak berkedip matanya memandang langkah kaki suaminya. Nampaknya singa sudah mula menunjukkan taring. Dan dia harus berwaspada. Kalau tersilap ‘tarian’ pasti dia yang akan dibaham!

            “Adra…” Zafry yang berada di ruang tamu memangil. Senyuman tidak putus terukir pada bibirnya. Seronok rupanya dapat mengusik.

            “Tak dengar Adra….tak dengar…” Berkali-kali ayat itu dia ulang. Berpura-pura seperti tidak mendengar laungan suaminya.

            “Adra, aku lupa nak bagi tahu, Smith terlepas tadi. Aku rasa dia lari masuk dapur.”

            “Arghh…” Tak tunggu sesaat terus dia berlari kehadapan. Smith dan Dora..Si ‘tikus’ perliharaan Zafry. Kali pertama dia melihat binatang itu bermain-main di dalam sangkar, membuatkan dia menjerit kegelian. Puas dirayu kepada suaminya menyuruh ‘sedekahkah’ kepada orang lain, tetapi lelaki itu hanya buat tidak tahu sahaja.

            “Pergilah tangkap.” Rapat dia menghimpit tubuh suaminya. Kaki di naikkan ke atas. Terus terlupa yang dia sedang ‘melarikan’ diri dari lelaki itu.

            “Tangkap buat apa. Biarlah dia makan angin dalam rumah ini.” Zafry tersenyum senang hati. Adra sudah termasuk ke dalam jerat. Tangan dibawa memeluk bahu isterinya.

            “Tangan tu jangan berjalan.” Adra menegur.

            “Adra…” Perlahan dia memangil. Larangan isterinya tidak diambil peduli.

            “Apa?” Adra bertanya. Sementara itu kepala ditoleh ke kanan. Mencari kelibat Smith. Takut jika tiba-tiba binatang kecil itu ‘menerkam’ ke arahnya.

            “Aku dah bagitahu belum kau comel kalau takut?” Ciuman disasarkan pada pipi isterinya. Terbeliak mata itu memandang wajahnya. Pipi Adra dicuit. Kening diangkat. Sengaja mahu mencabar. Kalau tidak kemain manja. Ha sekarang dia nak tengok, berani lagi tak buat aksi mengoda tu lagi.

            Adra cebikkan bibir. Tak tahan dibuli. Geram pula dia melihat aksi gatal Zafry. Tetapi kemudian dia teringatkan sesuatu. Sedaya upaya senyuman diukir. Peluang keemasan harus digunakan dengan sebaik mungkin.

            “Abang..” Kepala dilentokkan pada bahu suaminya.

            Zafry pandang pelik. Tiba-tiba Adra berubah reaksi. Pasti ada yang tidak kena. Jangan sesekali kau teperdaya Umar Zafry!
………………….
            “Abang tahu tak negara ini nama apa?” Adra senyum memandang Zafry. Tangan lelaki itu ditepuk-tepuk. Sesekali dia menjengah, risau jika ada yang mendengar perbualan mereka. Hari ini dia datang ke hotel bagi melihat persiapan terakhir yang dilakukan. Buat pertama kali Zafry sudi mengikutnya. Itu pun setelah puas dipujuk rayu.

            “Malaysia. Kau kenapa tanya aku soalan bodoh macam itu?” Wajah Adra dipandang. Banyak-banyak soalan, soalan ‘ajaib’ itu juga yang dipilihnya Langsung tak mencabar.

            “Pandainya suami Adra. Malaysia abang. Bukan Manchester tahu. Sini orang makan nasi. Bukan makan spagetti.” Adra senyum kelat. Sakit hati dia melihat gelagat Zafry. Kasihan kepada Laili, perunding perkahwinan mereka. Suka hati sahaja lelaki itu mahu menukar menu pada saat-saat akhir. Sudah lah itu, mintaknya makanan tak menahan mat saleh.

            “Kau..Isyh..” Zafry gengam tangan. Teketar tubuhnya menahan geram.

            “Kita buat ikut perancangan sudah lah. Ayah pilih suasana kampung. Mana sesuai hidangkan tetamu makanan barat. Kena lah bagi sesuai ikut keadaan wahai suami ku sayang.” Entah macam manalah nanti kalau lelaki itu sedar, coat tidak disediakan. Yang ada hanyalah baju melayu siap bersampin dan bertanjak.

            Itu permintaan ayah mertuanya. Dan dia memang tidak sampai hati menolak hasrat lelaki itu. Abahnya sendiri juga lebih menyukai tema kampung. Dan yang penting, turut kena dengan jiwanya yang mahukan suasana lebih santai.  

            “Sekarang siapa yang nak bersanding? Aku ke dia?” Tak habis-habis dengan ayahnya itu. Apa, boleh matikah kalau tak ikut kata Tan Sri Hamzah? Sakit hatinya bila melihat kawasan dewan yang bertukar menjadi ‘hutan rimba.’ Lebih menyakitkan hati, tiada meja makan yang dilihat pada matanya. Kena bersila ke apa?

            “Adra dengan abanglah.” Adra mengeluh. Itulah, masa orang sibuk uruskan aturcara majlis, dia sibuk mengelat. Sekarang banyak pulak cekedak! Menyesal dia memujuk rayu lelaki itu tadi.

            “Ha, dah itu, yang kau nak ikut cakap dia kenapa?” Wajah penuh dengan riak angkuh ditayang.

            “Syuhhh..” Adra letak jari dibibir bila ternampak kelibat Laili yang sedang melangkah ke arah mereka.

            “Puan, Encik…Saya dah tanya bos saya. Dia minta maaf. Kami tak dapat nak tukar menu pada saat akhir. Lagi pula majlis lagi dua hari. Semua barang pihak kami dah sediakan.” Laili mengukir senyuman. Dalam hati sempat dia mengumpat lelaki di hadapannya. Harap wajah sahaja kacak, tapi banyak songeh. Itu ini tak kena. Dia lebih senang berurusan dengan Adra dan Tan Sri Hamzah. Lebih mudah dibawa berunding.

            “Benda senang macam itu pun korang tak boleh nak uruskan?” Sedikit melengking suaranya. Bengang bila permintaanya tidak mahu dituruti. Terus dia bangun dan berlalu.

            “I’m so sorry Laili. Dia memang macam itu.” Adra rasa wajahnya terbakar. Menahan malu dan juga marah. Tidak menyangka Zafry begitu menjengkilkan.

            “It’s okey puan.” Laili tersenyum hambar. Dia sudah terbiasa melayan gelagat pelangan yang pelbagai. Zafry hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran yang selalu dia hadapi.

            “Buat macam yang kita rancang. Awak abaikan saja apa yang suami saya cakap.” Adra sudah tidak betah berlamaan. Sunguh dia malu.

            “Lega kalau puan kata macam itu.” Laili mengeluh.

            “Adra..Panggil Adra cukup. Berapa kali saya nak bagitahu?” Adra ketawa kecil. Sudah berbuih mulutnya menyuruh wanita itu memangilnya Adra, tetapi tetap juga ‘puan’ yang menjadi pilihan.

            “Okey, Adra…Suami awak macam mana? Tak apa ke?” Dalam lega dia sebenarnya risau. Macam mana kalau lelaki itu timbulkan kekecohan lagi nanti?

            “Yang itu awak jangan risau. Nanti pandai-pandailah saya.”

            “Saya mintak diri dulu. Apa-apa call saya ye?” Adra hulurkan tangan untuk bersalaman. Senyuman manis dihadiahkan buat Laili sebelum dia berlalu pergi. Umar Zafry….Jaga kau kejap lagi! Arghhh….Tension!

       


     “Thanks bro. Kalulah sahabat aku dunia akhirat.” Perbualannya dengan Nafiz ditamatkan. Hanset kembali dimasukkan kedalam poket seluar. Dia gelak besar. Tidak sabar menanti riaksi Adra. Nampak sahaja kelibat isterinya yang kalut menuju ke arah kereta membuatkan dia segera mematikan tawa.

            “Abang.” Adra meloloskan tubuh genitnya ke dalam kereta. Wajah Zafry dipandang dengan riak tidak berpuas hati. Nasib baik Zafry suaminya. Kalau adik, sudah pasti dia tangan-tangankan.

            “Yes honey.” Zafry tayang riak wajah tidak bersalah.

            “Apa buat perangai macam itu depan orang? Tak malu ke?” Kasihan Laili. Pasti wanita itu serba salah. Yang suami dia pun satu. Tayang sangat perangai mat saleh sesat dia tu. Huh!

            “Nak malu buat apa? Bukannya aku buat salah pun. Customer always right.”

            Mahu sahaja dia hempuk Zafry setelah mendengar kata-kata itu. Banyak lah Customer always right. Kalau jadi hal macam tadi, tak akan customer juga yang betul? Annoying!

            “Betul apanya. Itulah Adra ajak dari hari itu lagi datang tengok apa yang patut. Abang tak nak. Sekarang nak salahkan orang lain pulak?”

            “Aku ingat citarasa kau hebat. Rupanya langsung tak boleh diharap.”  

            “Habis tu abang ingat spagetti dengan pasta pilihan abang hebat sangat lah?” Entah siapalah yang nak makan hidangan itu semasa menghadiri majlis perkahwinan. Dan sungguh, tekaknya tak akan dapat menerima makanan sebegitu.

            “Okey apa banding gulai daging dengan masak merah ayam kau tu.” Zafry masih tenang. Seronok tengok wajah Adra yang beria-ia. Kalaulah Adra tahu apa yang berlaku, pasti lagi riuh mulut itu berkata-kata.

            “Dah tema pun tema kampung, makanan pun kenalah ada unsur kampung.”

            “Aku tak peduli. Aku nak tukar juga menu tu. Kau tunggu lah nanti.” Sedikit belagak kata-kata itu terluah.

            “Isyhh…” Adra mati kata. Biarlah. Buat sementara waktu dia bagi kemenangan kepada Zafry.

            “Kenapa? Dah sedar kesalahan engkau?” Provokasi sengaja dihantar. Bosan kalau tidak mendengar Adra ‘berkicau.’

            “Diamlah.” Apa ya dia nak buat bagi encik suami ni beralah? Nak bermanja seperti selalu. Ufthh…Rasanya tidak. Tak sangup!
…………………
            “Nah.”

            Adra geleng kepala. Sudu yang didekatkan pada bibirnya, ditolak lembut. Meloya tekaknya melihat lasagna yang nampak begitu berselera ditelan oleh Zafry. Sekali imbas nampak macam murtabak Maggi sahaja pada pandangan matanya.

            “Rugilah. Kau ni tak reti nak nikmati hidup.”

            “Nasi goreng sambal belacan ada tak dekat sini?” Wajah penuh dengan riak ‘suci’ ditayang buat tatapan suaminya. Nak main-main sangat kan. Ha..Jom main.

            “Kau jangan nak malukan aku boleh tak?” Kalut dia melihat kiri dan kanan. Risau jika ada yang mendengar kata-kata Adra. Ada pulak datang hotel macam ini punya gah nak mintak nasi goreng sambal belacan. Sabar sajalah!

            “Nak malu buat apa. Adra orang melayu. Lidah ni lidah belacan. Abang lain lah.” Bertambah sakit hatinya bila kata-katanya disambut dengan tawa Zafry. Apa yang lawak sangat?

            Sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut, pandangan matanya tidak lepas dari memandang wajah Adra. Sengaja dia buat kecoh tadi. Mungkin Adra belum tahu, syarikat yang menguruskan majlis perkahwinan mereka adalah milik keluarga Nafiz, sahabat baiknya. Dia bukanlah sebegitu bodoh mahu mengubah semua benda pada saat akhir. Cuma bab tema perkahwinan ala ‘kampung’ itu memang dia tidak tahu.

            Sekarang dia nak tengok, apa yang akan Adra lakukan bagi membuat dia ‘beralah.’ Dan tanpa dipinta senyuman nakal tersadai pada bibirnya.

            Adra pandang wajah suaminya. Lelaki itu mempamerkan senyuman yang nampak sangat menyeramkan pada pandangan matanya. Entah apalah yang dikarang dalam fikiran lelaki itu. Jus apple disedut. Sesekali dia mengigit straw.

             Otaknya galak berfikir bagaimana mahu membuatkan Zafry ‘mendiamkan’ diri dari membuat sebarang kekecohan. Dia tidak mahu memberikan gambaran yang tidak baik kepada pihak yang menguruskan majlis mereka. Air muka bapa mertuanya harus dijaga.  

            “Adra, kau lapar sangat ke?”

            “Huh?” Terpingga-pingga dia mendengar kata-kata Zafry.  

            “Aku suruh order makanan, kau jual mahal. Sekarang straw pun kau nak makan?” Nadanya lebih kepada mengusik. Pasti Adra sedang rungsing sekarang. Senyumannya meleret bila Adra muncungkan bibir.

            “Kau rasa selain spaghetti apa lagi kita nak bagi tetamu makan nanti? Lasagna pun okey jugak aku rasa.” Semakin galak dia mengusik.

            “Abang….”

            Zafry senyum lebar. Suara manja Adra sudah kembali. Yes!

Surat Cinta Untuk Di sana : Halu..Halu my sayang semua... Buat smntara ini sjalah dpt dberi... Nasi minyak yg sy jnjikan sudah trpelanting masuk ke bab 11..kihkih.. Nak stoli-moli sikit fasal cita ni.. Jgn hrapkan sesuatu yg indah ye sbb nanti akan msuk part2 yg sy pasti korang akan bengang... Skarang kita ber ‘suweet’ dulu...lpas ini kita ‘berbengang’ bersama-sama... haha... Kalau x nak,, doakan idea sy utk ke arah yg membolehkan korang hempuk si Zafry ini tidak keluar...Dptlah kita ‘mkan gula’ sahaja nanti.. hehe..cha.. chin.. cau... Muahhh




4 ulasan:

  1. hikhikhikhik.....best2.... yg x tahan dia main tarik2 tali tu...kalau otak RAM rendah mmg x blh nak lwan si hero
    -sj-

    BalasPadam
  2. Klu betul ada lasagna knduri depa now compom ai x dtg sbb ai selera melayu hahaha. Cmnerla bole si zafry ni bole p bela tikus. Klu rasa x cukup mai tngkp kat umah ai, bole buat umpan jinakkan adra hihihi

    BalasPadam
  3. alahai zafry ni kan... ada pulak kenduri kawen makan sepageti or lasagna... adehhh... ada jer nak buat adra naik geram...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)