Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 16 Ogos 2013

MPWUMM? Hasif, Yuyu & April



Bakul berisi ‘cucu-cucunya’ dijinjing erat. April yang mengikut dibelakang sesekali berbunyi bising.

            “Takut sangat aku jual anak kau ye?” Yuyu menghentikan langkah dan memandang ke arah April.

            “Kau tu kena senaman. Gemuk sangat dah aku tengok.” Yuyu meneruskan langkah. Sengaja dia mahu membawa April dan anak si Meon berjalan-jalan. Cuma sekarang dia sedikit musykil. Macam tak percaya sahaja itu anak Meon. Tiga ekor anak yang dilahirkan begitu gebu dan montok. Tak ada pun yang ikut ‘kehodohan’ melampau Meon. Jangan-jangan April curang tak?

            “Tapi tak kisahlah. Asalkan comel. Terlepas kau dari jadi gulai aku.” Dia berkata perlahan kepada April yang terlangut-langut memandangnya.

            “Mummy Yuyu...bawa cucu jejalan ke?” Hasif gelak kecil. Niat asalnya mahu berjoging tergendala apabila melihat Yuyu turun berjalan-jalan sekitar apartment.

            Yuyu ketawa mendengar kata Hasif.

            “Penat ye April?” Hasif terus mengangkat kucing montok itu ke dalam pelukkannya. Ini kes dera ke apa?

            “Aip....Jangan angkat la. Biar dia jalan sendiri. Gemuk sangat dah tu. Bagi kurus sikit.” Yuyu berkata tidak puas hati.

            “Biarlah.” Hasif membelai leher April. Kucing itu sudah hampir memejamkan mata. Dasar kucing. Pantang dibelai pasti akan tidur lena.

            “Nak keluar joging ke?” Yuyu bertanya sambil melangkah mendekati sebuah kerusi. Bakul di letakkan disisi.

            “Cadangnya macam itulah. Nak ikut tak?” April dilepaskan. Terus melompat haiwan itu mendapatkan anaknya.

            “Boleh juga. Tapi kejap. Nak masuk hantar budak-budak ni dulu.” Tak tunggu lama dia kembali menjinjing bakul berisi keluarga April. Sedikit berat apabila April turut menyempit ke dalam bakul. Mahu dikeluarkan rasa macam kejam pula bila budak-budak’ comel sedang menyusu.

            Hasif memandang langkah Yuyu. Dalam pada masa yang sama senyuman terukir dibibirnya bila mengingati kenangan dia menjadi bidan terjun.
........................................
Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala. Badannya sudah terasa lenguh kerana seharian tidak mendapat rehat yang mengcukupi.

Mujurlah kecederaan yang Yuyu alami tadi tidak terlalu teruk. Hanya luka kecil yang akan hilang beberapa minggu lagi.

Minyak wangi disembur sedikit pada badan. Satu tabiatnya yang memang sukar untuk dibuang. Dia hanya akan tidur lena jika tubuh segar dan berbau wangi.

Katil dihampiri. Bersiap sedia menghumbankan dirinya di atas katil. Kalau tidak cukup rehat masaklah dia besok. Kedatangan pelabur dari Jepun pasti tidak dapat dilayan dengan baik jika dia keletihan.

Belum sempat dia membuat kuak lentang, loceng rumahnya nyaring berbunyi. Berkali-kali ditekan sehingga membingitkan telinga.

“Ya Allah siapalah pulak datang tengah-tengah malam ni? Tak tahu ke orang nak tidur?,,,” Hasif mengomel geram. Dengan keadaan sedikit marah dia melangkah menuju ke muka pintu.

“Encik Boss....” Yuyu menangis.

“Kenapa ni?” Hilang terus rasa mengantuknya. Kalut dia cuba membuka pintu. Risau melihat keadaan Yuyu.

“Tolong saya...Dia dah nak bersalin..ada darah..” Semakin kuat tangisan gadis itu membuatkan Hasif semakin gelabah. Siapa nak bersalin? Ada orang lain ke tinggal dengan Yuyu?

“Cepatlah...” Yuyu sudah menjerit. Geram melihat Hasif masih tercengang-cengang melihat sekeliling.

“Kejap...kejap..” Pintu rumah ditutup sebelum dia menghampiri Yuyu.

Hasif teragak-agak ingin memasuki rumah Yuyu. Rasa macam tak manis pula kalau orang tengok. Sudahlah tadi dia sudah menceroboh rumah gadis itu. Ini nak buat lagi. Isyhh..

“April...April...”

“Kawan kau ada dekat mana?” Hasif bertanya. Dia turut memandang sekeliling. Tiada apa yang dapat dikesan.

“Entah tadi ada dekat sini.” Yuyu tunjuk satu bakul yang kosong. Air matanya disekat apabila penglihatannya menjadi kabur.

“Huh.?” Hasif terperanjat. Kawan apa duduk dalam bakul? Seketika sebelum dia memejamkan mata dengan tangan digengan erat. Terbayang dimatanya si kucing montel yang dia temui tadi. Pasti itu...Arghhh....!

“Kucing kau kan yang nak bersalin tu?”

“Memanglah. Encik Boss ingat siapa?” Hingus yang hampir meleleh di kesat. Entah ke mana menghilang ‘anak’ kesayangannya itu. Pasti sedang menangung kesakitan.

Surat cinta Untuk Disana : Alowww.... X ada yg best...hanya brkenalan dgn ‘cucu’ Yuyu... haha


7 ulasan:

  1. huarghhh...diri da tak tertahan tunggu versi cetak
    harap2 boleh publish thn nie :'(

    BalasPadam
  2. Bila lah nak,dpt versi cetak,nie

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)