Hel!O mY DarLing!

Ahad, 18 Ogos 2013

Jajan's Kalau Sudah Berkenan Bab 9

Kalau aku debik budak Adra ni korang jangan tanya kenapa! Kusut..



        
            “Kita berjemaah nak kejap lagi?” Adra berkata lembut. Sejadah dibentangkan di atas karpet di dalam bilik.

            “Aku sibuk.” Zafry berkata malas. Tak habis-habis tunjuk alim. Kalau nak sembahyang tu, sembahyang sajalah. Yang sibuk nak ajak dia kenapa?

            Adra geleng kepala. Sibuk? Dari tadi dia melihat lelaki itu terbungkang tidur. Sibuk apanya kalau macam itu. Seketika kemudian senyuman tergaris pada bibirnya. Akan ku persembahkan ‘lagu terindah’ buatmu wahai suami. Terimalah….

            Ingat lima perkara,
            Sebelum lima perkara,
            Sihat sebelum sakit,
            Muda sebelum tua,
            Kaya sebelum miskin,
            Lapang sebelum sempit,
             Hidup sebelum mati…..
            Demi masa, sesunguhnya manusia kerugian..
            Melainkan yang beriman dan beramal soleh..

            Mendayu suaranya sebelum kain tuala dicapai dan dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Sebelum itu senyuman manis sempat dihadiahkan buat suaminya yang sudah bewajah kelat. Kalau tak terasa jugak memang tak tahulah apa dia nak kata.

            Zafry kemam bibir. Sedaya upaya ditahan dari mengeluarkan sumpah seranah. Dirasakan ‘lagu’ Adra tepat mengenai wajahnya. Membuatkan dia terasa membahang. Adra tidak habis mahu membuatkan dia sakit jantung.

            “Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik lelaki itu. Tapi kalau Zafry bersetuju mati lah dia!

            “Tak hingin aku…” Dia menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!

            “Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.

            “Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra.

Surat Cinta Untuk Di sana : Eloww sayang…Ini sahaja buat masa ini…Dah lama tak main jajan’s-jajan’s…Rasa rindu pulak!...muahhh


2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)