Hel!O mY DarLing!

Rabu, 20 November 2013

Miss Puyu,, Will You Marry Me? Bab 12



            Berhati-hati Yuyu memasukkan kek ke dalam peti sejuk di dalam pantry. Setelah berpuas hati dengan kedudukan bekas kek dia pantas berlalu keluar. Saja diusung ke office. Balik nanti Camarul akan menjemputnya dan mereka akan terus ke rumah keluargannya.

            “Kak Bib.” Yuyu menepuk perlahan bahu Kak Bib yang sedang bergelak ketawa dengan Anita, setiausaha kepada seorang lagi bos seperti yang di beritahu oleh Kak Bib. Katanya pemilik syarikat ni kembar. Rasanya betullah tu sebab tempat duduknya bertentangan dengan dua buah bilik. Satu bertulis Harif Amjad, Satu lagi Hasif Amsyar. Sayangnya dia belum pernah bertemu dengan Hasif Amsyar.

            Kalaulah handsome macam abangnya kan bagus. Dalam fikiran bermacam angan-angan dikarang. Mengorat encik bos! itupun kalau kosonglah, dan berkahwin, duduk rumah goyang kaki. Wah!!! Indahnya dunia.

            “Yuyu, name tag ada Kak Bib letak atas meja.” Kak Bib menunjuk ke arah tempat Yuyu bagaikan si gadis tidak mengetahui tempat duduk sendiri.

            “Oh, okey.” Yuyu memandang sekeliling. Mana pulak budak ni pergi?

            “Kau cari apa Yuyu?” Anita bertanya. Dia lebih senang berkau aku kerana usianya dan Yuyu adalah sebaya. Kali pertama bertemu Yuyu dia terus senang hati memasukkan Yuyu dalam list sahabat edisi terhad. Rasa senang berkawan dengan Yuyu yang sempoi.

            “Budak Man mana? Nampak tak?” Yuyu bertanya.

            “Ada dalam bilik Encik Hasif. Kenapa?” Anita menjawab pertanyaan Yuyu.

            “Eh bos engkau ada ke?” Yuyu bertanya. Tak sabar nak melihat gerangan si pemilik nama yang boleh tahan sedap. Wajah kalau seiras dengan Encik Amjad, memang terbaiklah!

            “Ada. semalam pun dia datang. Tapi sekejap saja.” Teranguk-anguk Yuyu mendengar kata-kata Anita.

            “Bos engkau dah kawin ke?” Yuyu bertanya, wajah gatal terpamir.

            “Gedik engkau.” Kak Bib berkata kuat mendengar kata-kata Yuyu. Kalut Yuyu menyuruh Kak Bib memperlahankan suara.

            “Sorry, sorry. Terober pulek.” Yuyu dan Anita ketawa mendengar kata-kata Kak Bib. Kelakar mimik muka yang dipamerkan.

            “Alamak weh. Encik Hasif keluarlah. Macam mana ni?” Anita gelabah. Hasif bukan seperti Amjad. Amjad lebih cool, manakala Hasif pula straight foward sikit. Lurus langsung tiada belok.

            “Relaks jangan gelabah. Nah ambil fail ni.” Kak Bib menyambar fail dan di serahkan kepada Anita. Berlakon kena mantop! Itulah, pagi-pagi buta sudah buat ‘meja bulat’ kan dah tertangkap. Kak Bib pura-pura menerangkan sesuatu kepada Anita. Nampak bersungguh benar.

            “Dia datang Kak Bib. Macam mana ni?” Semakin gelabah Anita. Peluh mula mengalir keluar. Dia kalau berhadapan dengan Hasif pasti mengelabah. Takutnya bagaikan ternampak singa.

            “Kau relaks sudah. Buat tak tahu saja.” Kak Bib memberikan arahan. Lakonan diteruskan.

            Yuyu hampir ketawa. Entah macam manalah rupa encik bos kesayangan Anita. Muka ada tak macam rimau?

            “Tak payah berlakon sangatlah Kak Bib, Anita. Bukan saya tak nampak, dari tadi buat persidangan.” Hasif tersengih. Apalah. Bukannya tak tahu bilik dia tembus keluar. Semua ragam pekerja dapat dilihat.

            “Leh,nampak ke? Kenapa tak cakap awal-awal? Penat jer Kak Bib berlakon. Ini kalau Nora Danish tengok mahu menangis ni.” Kak Bib tersengih. Yuyu pulak memang tak tunggu. Di bantainya gelak sepuas hati. Anita pulak sudah seperti anak kucing terjatuh longkang. Mengecut tubuh ketakutan. Aduhlah.

            “Siapa ni?” Mendengar pertanyaan itu pantas Yuyu berpaling. Tak sabar ingin memperkenalkan diri. Yuyu tergamam. Terkebil kebil matanya memandang wajah yang sedang tersengih lebar.

            “Setiausaha Encik Amjad. Dia ganti Rosmila.” Takut-taku Anita menerangkan kepada bosnya.

            “Saya tanya dia. Bukan awak” Hasif tersengih lebar. Hati menyanyi riang. Bukannya dia tidak nampak kelibat minah senget tu tadi. Berbunga hatinya bila terpandang Yuyu meletakkan beg di atas meja setiausaha tadi. Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu bakal terjadi. Siaplah.

            “Camelia Yusnita.” Yuyu berkata perlahan. Apasallah bengap sangat dia? Sudah terang lagi bersuluh, wajah Hasif duplicate wajah Amjad. Itupun dia tak terfikir. Masalah-masalah. Sengihan itu, sekali tengok pun tahu. Sengihan jahat!!!

            “Encik,,,erkk boss,, encik boss... boleh panggil saya Yut..yu.Yuyu.” Bagaikan tidak terluah suara itu keluar. Nak berkata biadap macam tak patut pulak. Buatnya dia di buang kerja, masalah lain pulak timbul. Camarul dah berpesan segala macam, kena buang jugak masak telinganya mendengar ceramah tidak berpenghujung.

            “Puyu!!!” Hasif terperanjat. Biar betul. Nama punyalah cun di singkatkan jadi Puyu. Tak bertamadun sungguh.

            “Bu..bu..Bukan. Yuyu..Yuyu.” Tergagap-gagapYuyu cuba membetulkan salah faham yang timbul. Terasa ingin di tampar mulutnya supaya tidak memalukan dirinya. Tergagap-gagap.

            Kak Bib dan Anita tak tahan mendengar salah faham yang terjadi, ketawa kecil mula bertukar kuat. Siap bertepuk tampar dia dan Anita. Lawak betullah. Puyu, bagus-bagus, lepas ni diorang pun nak panggil Yuyu, puyu jugak.

            “Whateverlah. Miss Puyu boleh masuk bilik saya tak? Nak juga saya berkenalan dengan setiausaha abang saya.” Hasif berkata dan terus berlalu. Senyuman tidak putus tersadai di bibir.

            “Wah cayalah kau Miss Puyu. Hasrat hati bakal tercapai. Itu aku tengok encik boss kau dah ada tanda-tanda tertarik hati. Tak pernah-pernah nak berkenalan dengan pekerja.” Anita menepuk-nempuk bahu Yuyu tanda kagum.

            “Tahu tak per. Pelik jugak akak dengar. Semalam tidur salah bantal kot.” Sekali lagi tawa Kak Bib dan Anita berderai. Geram pulak Yuyu melihat. Tadi bukan main gelabah. Sekarang? Ewah!!! Tak hengat dunia ketawa.

            “Malas nak layan.” Terus Yuyu berlalu. Dengan langkah yang perlahan dia menapak ke pintu bilik Hasif. Segala macam doa dan jampi serapah di keluarkan. Hati yang bedebar lain macam sedaya upaya cuba ditenangkan. Macam manalah mamat biadap tu boleh jadi boss dia? Malang betul!

........................................
            “Hai senangnya dalam hati, kalau boleh membuli, seperti, dunia, hai ana yang punya.” Hasif menyannyi kecil. Lagu allahyarham Tan Sri P.Ramlee ‘dirosakkan’ sedikit. Hari dia terasa ceria berbanding hari biasa. Mood gembira bangkit mendadak. Misi membalas dendam harus di teruskan. Kerusi di pusing-pusingkan.

            Bunyi ketukan di pintu, membuatkan dia pantas membetulkan kedudukan. Laptop di tarik mendekat. Berpura-pura seperti sedang sibuk.

            “Masuk.” Hasif melaung kuat. Senyuman yang ingin terukir di bibir dek kerana terlalu gembira cuba di hapuskan.

            Yuyu memulas tombol pintu perlahan-lahan. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Terpandang sahaja wajah lelaki yang sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar di tafsirkan, semakin merungsingkan hati.

            “Ada apa encik boss nak jumpa saya?” Lemah Yuyu bertanya. Pangilan Encik Boss terus melekat.  “Duduk.” Sepatah ayat itu meluncur keluar dari bibir Hasif. Tubuh disandar ke kerusi. Dalam masa yang sama dia merenung tubuh itu atas bawah. Seluar skinny, kasut high heel bertali merata alam dan kemeja bewarna purple lembut. Boleh tahanlah.

            “Tak apa. Saya lagi suka berdiri.” Terkebil-kebil matanya merenung wajah Hasif. Telinga cuba di arrange ke low volume. Daya penapis harus di kemas kini. Bersedia menungu ‘bom dan motar’ diluahkan dari bibir mamat biadap.

            “Aku suruh kau duduk. Bukan berdiri.” Panas hati mula naik. Tak sudah-sudah nak menjawab. Ikut sahaja arahan dia tak boleh ke?

            “Tahu, tapi saya nak berdiri.” Yuyu berkeras. Bukannya apa. Kalau Hasif cuba melakukan sesuatu, dapat jugak dia bertindak dengan cepat. Tengok bahasa yang di gunakan pun dia sudah tahu. Tadi depan Kak Bib dan Anita bukan main bersaya awak. Sekarang? Aku kau jer di bantai guna.

            “Sekarang ni, aku boss ke kau yang boss?” Hasif sekali lagi bertanya.

            Mendengar pertanyaan itu, perlahan-lahan Yuyu melabuhkan tubuh di atas kerusi. Intro nak membuang pekerja sudah ada. Malang sungguh nasib dia. Nampaknya selepas ni kena balik jadi penjaga mesin ‘keting, ketinglah.’

            Hasif tersenyum. Tahu pun takut. Berkajang-kajang ayat mula di atur dalam fikiran. Sekejap lagi tahulah nasib kau minah.


            Yuyu panas hati. Anita yang tersengih memandangnya terus di jeling. Rasa mengeletar badannya menahan geram. Kalau tidak disebabkan dia mahu mengangumkan Camarul bahawa dia boleh bekerja dengan usaha sendiri takdernye dia nak bertahan macam ini. Untuk melepaskan geram dia mengetuk kuat pintu bilik Hasif.

            “Kau ingat pintu tu aku beli seringgit ke?” Masuk sahaja ke dalam bilik lelaki itu, terus dia ‘diserang.’ Kelat wajahnya memandang ke arah Hasif.

            “Nah.” Di letakkan air kopi di atas meja. Sejak dari pagi dirasakan dia sudah menjadi kuli tak bertauliah. Itu ini diarah oleh lelaki itu. Kalau ada Amjad dapatlah dia melepaskan diri. Hari ini Amjad masuk kerja sedikit lewat kerana ingin membawa Camelia mendapatkan rawatan. Lebih malang Amjad tidak meninggalkan kerja kepadanya. Iyalah diakan baru beberapa hari masuk kerja. Banyak benda yang belum di ketahui. Jadi Amjad hanya menyuruh dia membaca mengenai perjalanan dan hal ehwal syarikat dahulu.

            Hasif menghirup sedikit air kopi yang masih panas berasap. Berkerut wajahnya bila hirupan pertama menyentuh lidah. Apa punya teruk rasa kopi ni? Tahu bancuh air ke tidak?

            “What is this?” Dia bertanya. Wajah Yuyu yang kelihatan tension memandangnya di renung tajam.

            “Kopi” Ringkas jawapan Yuyu. Dah tahu lagi mahu tanya.

            “Mana kau dapat kopi ni?”

            “Kopi yang ada dalam pantry tu lah.” Yuyu menjawab malas. Dia tahu sebab apa wajah itu berkerut. Sengaja dia letakkan gula bersudu-sudu. Biar lelaki itu kena kencing manis. Baru puas hati.

            “Kau cuba rasa.” Cawan berisi air kopi di tolak ke arah Yuyu.

            “Saya tak minum kopi.” Pantas dia menjawab. Dalam hati dia ketawa dengan pembohongan sendiri. Dia dan kopi dah macam sepupu sepapat. Sehari tak minum kopi terasa tak sempurna hidup.

            “Kalau tak minum, takkan kau tak tahu nak agak berapa sukatan gula dengan kopi kena letak? Ingat free ke gula tu?” Entah mengapa dia merasakan si budak sekolah itu sengaja ingin mendajalkan air minumannya.

            “Saya letak macam yang encik boss bagitahulah.”

            “Berapa aku bagitahu kau tadi?”

            “Empat sudu kopi, lima sudu gula.” Walhal lelaki itu hanya menyuruh dia meletakkan dua sudu kopi dan satu sudu gula. Rasa puas hati pulak di rasakan saat itu.

            “Kau ingat aku suruh bancuh segelen kopi ke?” Hasif membentak. Memang sah! Sengaja nak menjahanankan dia. Nampak kecil sahaja budak puyu ini dirasakan.

            “Kau pergi buat balik. Silap lagi aku suruh kau minum sampai habis.”

            “Mintak maaf encik boss. Saya banyak lagi kerja nak kena buat. Saya bukan setaiusaha encik boss. Nanti saya suruh Anita buatkan.” Pantas Yuyu berlalu. Malas ingin mendengar arahan Hasif. Dari pagi tadi tak henti-henti menyusahkan hidup dia. Mula-mula kemas bilik. Lepas itu lap cermin, baru sahaja nak siap disuruhnya pulak menaip entah apa-apa punya surat.

            “Hoi, kau berhenti dekat situ.” Hasif menempik kuat. Bertambah panas hatinya bila Yuyu belengang pergi bagaikan tidak mendengar panggilannya.
.............................

            Yuyu tersenyum lebar. Akhirnya, penyeksaan terhadap dia sudah berakhir, tetapi untuk hari ini sajalah. Esok belum tentu selamat. Memikirkan kemungkinan itu terus padam senyuman di bibirnya.

            “Tak nak balik lagi ke?” Anita menegur. Dia melihat sekeliling. Hanya ada beberapa orang sahaja lagi pekerja yang tinggal. Dia tidak hairan. Selalunya macam inilah. Waktu masuk kerja selagi jam tak menjengah pukul lapan lima puluh lima minit pagi jangan mimpi nak penuh orang masuk kerja. Tapi waktu balik, tak usah di paksa, tak sempat pukul lima semua dah mula sibuk berkemas. Termasuklah dengan dia.  

            “Nak baliklah ni. Tunggu abang aku datang ambik kejap lagi. Kau pulak tunggu apa lagi? Bukan datang naik kereta ke?” Hairan pulak Yuyu. Selalunya cepat sahaja Anita menyusup pergi tepat pukul lima. Hari ini sudah masuk pukul lima sepuluh minit masih ada di sini. Pelik!

            “Aku tunggu Kak Bib. Pagi tadi dia tumpang aku. Kereta dia rosak.” Sambil itu Anita menarik kerusi dan duduk di hadapan Yuyu.

            “Owhh. Habis tu mana dia?” Meja Kak Bib di jengah. Tidak nampak pulak kelibat wanita itu. Kalau tidak riuh mulutnya bercakap itu ini.

            “Tandas. Sakit perut. Itulah, tadi makan tak ingat dunia.” Anita membebel.

            “Mengumpat! Sekejap saja akak tak ada, engkau orang sibuk mengutuk ye.” Pucat wajah Anita dan Yuyu bila Kak Bib tiba-tiba menyergah. Kedua-duanya pantas mengurut dada bagi menghilangkan debar.

            “Assalamualaikum Kak Bib.” Yuyu pantas memberi salam setelah debarannya tadi berkurangan.

            “Perli tajam nampak.”

            “Wah, mana dapat tu?” Anita mencelah sebelum sempat Yuyu menjawab kata-kata Kak Bib. Pantas dia menjelajah ke arah yang menjadi tumpuan Anita. Liur di telan kesat. Macam kenal saja makanan yang di masukkan ke dalam bekas kecil yang berada di tangan Kak Bib. Itu bukankah......?

            “Cik abang kesayangan Miss Puyu kita ni bagi.” Kak Bib tersengih lebar memandang ke arah Yuyu yang mempamerkan wajah ketat.

            “Dah, jom balik. Bye, bye cik Yuyu sayang.” Kak Bib dan Anita pantas berlalu. Yuyu merenung keduanya yang semakin hilang dari pandangan. Pantas dia bangun. Gigi di ketap. Tubuh terasa mengeletar menahan geram. Laju kakinya di atur menuju ke arah pantry.

            Tubuh mamat biadap yang sedang membelakanginya tidak di pedulikan. Pintu peti sejuk di buka kasar. Wap sejuk yang berlumba keluar tidak mampu menyejukkan semula hatinya yang sedang kepanasan bila kek yang awalnya membulat kini hanya tinggal sisa. Hanya serpihan yang tinggal.

            Hasif mengurut perlahan perutnya yang terasa menyendat. Bunyi peti sujuk di buka kasar mengejutkannya. Pantas dia berpaling. Bibirnya tercebik-cebik melihat gerangan musuh tradisi. Macam tiada orang lain dalam dunia ni yang boleh dia terserempak.

            Suapan yang tergendala di teruskan. Terasa sedap pula kek yang dimakan. Entah siapalah yang bermurah hati membawa ke pejabat. Dalam hati sibuk meneka bahawa kakak iparnya, Camelia. Selalunya wanita itu yang rajin membawa kek ataupun kuih muih ke pejabat untuk para pekerja.

            Dengan langkah memberat Yuyu menapak ke arah Hasif. Sah! Lelaki itu yang ‘menjahanamkan’ keknya. Tangan di kepal erat. Terasa hendak sahaja dia menghayunkan penumpuk kepada lelaki itu. Hati yang membara cuba di tenangkan.

            “Kau tahu tak siapa punya kek tu?” Yuyu bertanya. Hilang terus panggilan Encik Boss yang di gunakan. Habislah kek hari jadi abahnya.

            “Tak.” Sepatah sahaja ayat yang keluar. Kalau ikutkan hati soalan mudah itupun dia tak nak jawab. Buang masa.

            “Itu kek aku lah.” Melengking suara Yuyu.

            Terkedu Hasif mendengar ayat yang terlontar dari bibir itu. Aduh, masalah negara betullah. Macam mana boleh tak tahu? Tadi, kerana terlalu lapar dia masuk kedalam pantry. Niatnya ingin membancuh air dan mengambil roti. Terpandang sahaja kek yang berada di dalam peti terus dia mengambil. Mana tahu kek itu milik budak sekolah, kalau tahu tak hingin dia nak makan. Bagi free pun dia tak layan. Dompet yang berada dalam poket seluar belakang dicapai. Dua keping not lima puluh di hulurkan bagi menyelesaikan masalah.

            “Pergi beli lain lah. Bukan sedap sangat pun kek ni.” Ayat menyakitkan hati mula terluah. Bukan salah dia. Peti sejuk dalam pantry untuk kegunaan pekerja bukan peribadi.

            Mendengar kata-kata itu membuatkan darah Yuyu meruap. Langsung tiada sinar keinsafan. Susah sangat ke nak minta maaf? Duit yang dihulur tidak di sambut. Kaki di angkat tinggi pantas dia menghentak kuat ke atas kaki Hasif.

            “Arghh” Terlompat Hasif. Kesakitan di kaki terasa menyengat. Tanpa amaran kakinya di pijak kuat.

            “Sedap ke tidak, kau melantak sampai habis jugak. Itu kek hari jadi abah aku tahu.” Geramnya hati. Rasa macam hendak di tinju sahaja wajah kacak lelaki itu. Biar cacat. Biar betukar jadi muka memerang tanah.

            “Bukan salah aku. Apasal kau tak tulis hak milik engkau atas kek tu?” Hasif masih menjawab. Kakinya terasa kuat berdenyut. Ini mahu seminggu sakit.

            “Kecik saja aku nampak kau nilah.” Pantas Yuyu berlalu. Berlama lagi tak mustahil segala jurusan seni mempertahankan diri akan di keluarkan. Malang bertimpa sejak dia bertemu dengan Hasif. 

Surat Cinta Untuk Disana : Salam semua...x tahu nk tulis apa dah...salah silap cetegur...sebarang ulasan boleh letak kat bawah..

6 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)