Hel!O mY DarLing!

Rabu, 13 Mac 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 1

(1)



            “Itulah kau. Selalu dah aku pesan. Nak cari laki biar la bejenis sikit. Paling koman CEO ke, tak pun Pegawai kerajaan. Ini mamat pemintak sedekah tu jugak kau sapu. Apa dah tak der jantan lain ke kat dunia ni? Sekarang sapa yang susah? Aku jugak tau. Isyyy...mahunya anak dalam perut tu ikut kecacatan laki kau macam mana?” Yuyu bengang. Ikut hati nak sahaja di sekeh-sekeh kepala minah sekor ni.

“Apa jeling-jeling? Ingat aku takut? Dah kira beruntung tau aku nak jaga kau. Ikut hati aku yang geram ni, dah lama aku halau kau. Buat malu keturunan je.” Menyembur air liur dari mulutnya. Dadanya diusap perlahan. Sabar...sabar..dalam hati berulang kali ayat sabar di ungkap. Bukan apa, dia nak menutrialkan kembali perasaan yang diamuk kegeraman sekarang ini.

Kak Senah yang sedang bersantai di balkoni rumah berkerut dahi. Apa lagilah budak ni buat? Rasa ingin menyibuk bangkit mendadak. Kepalanya di jengah mengintai apa yang di bisingkan sangat dek musuh tradisinya. Telinganya cekap menangkap ayat mengandung, gugur, dan beberapa lagi perkataan tentang calon suami pilihan.

Terbeliak biji matanya. Dalam hati dia mengucap panjang. Itulah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, jangan sangka wanita berjantina tak di kenal pasti itu semua baik, buktinya? Ha tu minah sebelah rumah tu, nampak saja macam jantan. Tapi perangai Nauzubillah. Dahlah berzina. Nak gugurkan kandungan pulak.

Bibirnya membulat tanda taksub mendengar kata-kata jiran sebelah. Memang dasyat remaja zaman sekarang. Bagi nasihat pun power punya. Orang lain bagi nasihat elakkan perkara sumbang, si jiran sebelah rumah siap bagi petua lagi. Nak cari laki cari yang ada class. Huh.. high maintenance sungguh. Kalau ikut rasa geram di hati nak jer di soundnyer suruh bawa-bawa bertaubat.

Tapi kemudian matanya di pejam celik. Nampaknya dia dah salah faham. “Oh, kawan dia yang terlanjur rupanya.” Kak Senah berbisik perlahan bila diperhatikan Yuyu yang sedang bersemangat memberikan tazkirah kepada ‘kawan’ di hadapannya. Sebentar sahaja dia tenang. Kemudian dia pantas berlari masuk ke dalam rumah.

Kak Senah gelak guling-guling. Aduhlah pompuan sekor tu. Penat saja dia mencuri dengar. Rupa-rupanya dia tengah marahkan kucing!!! Memang dasar tak cukup sifat. Naik kejung di rasakan wajahnya kerana terlebih gelak.

“Kau masuk sekarang. Anak kau kalau keluar nanti tak cukup sifat aku gulaikan kau.” Yuyu menghentak kaki mengikut langkah kaki April yang gemalai. Geram pulak hati Yuyu memandang. Tertongeng-tongeng pungung si April bagaikan mempermainkan dirinya.
Dia marah bukannya apa. Si April tu langsung tak jaga prestij. Meon si telinga jatuh tu jugak di bekenankannya. Tungulah kak senah sebelah rumahnya nanti. Apa barang bela kucing macam tu. Carilah kucing Pavillion ke, tak pun habis lekeh kucing Tesco, ini elehhhh....Kucing market juga di kutipnya nak di bela.

Kalau tahu macam ni jadinya dah lama dia pakaikan si April tu pempers. April tu bukan sebarangan kucing. Mata sebelah biru sebelah lagi hijau tuhh. Puas dia merayu begolek-golek atas jalan raya yang banyak treler nak dapatkan April nan seekor. Mana ada orang senekat dia buat cam gitu kan? Ok...drama. Dia pujuk sambil menangis ugut tak nak makan nasi jer sebenarnya. Abah tak nak belikan dia kucing sebab abang dia si Camarul yang tengok rupa ala-ala yakuza tu alah dengan bulu kucing.

Setelah mogok lapar di lakukan tak di layan, rusuhan tak di heran, akhirnya fakta mengenai nabi yang sayangkan kucing di keluarkan. Abah nak kata apa lagikan? Berkat usahanya yang tidak berputus asa ala-ala Malaysia boleh tu akhirnya dapatlah dia memeluk April kucing kacukan parsi dan siam. Nama April sempena nama bulan dia dapat kucing tu.

Mulanya dia nak cari kucing jantan, al-maklumlah kalau ‘terlanjur’ tak perlulah dia bertangungjawab nak membela keturunan- keturunan si kucing, tapi nak buat camner, masuk jer Pet Shop terus mata hatinya tertawan dek April yang merenungnya dengan penuh rayuan, belilah aku...belilah aku. Nak ditolak kang bunuh diri pulak kucing tu, tak ke dia berdosa? Dengan berat hati di belinya juga si April. Mahal tu. Harga ribu.

Di ulang tayang. Harga April ribu-riban okey. Bukan sekupang dua. No..no..no.. Sebab tulah dia marah. Meon tu..alahaiii..Udahler bersememeh, taik mata penuh, bulu dahlah kontot. Isyy...bila di fikirkan balik geram betul.

Tubuhnya di hempas kuat ke sofa. Pantas tangannya mencapai remote control. Siaran ulangan bola sepak La Liga di tonton dengan perasaan sebal.

“Arghhh” Terjerit Yuyu bila tanpa amaran April melompat naik ke ribanya. “Meuwww” Manja April berbunyi. Di geselkan kepalanya ke tangan si tuan yang masih marah. Dengan renungan kesian April memandang tuannya. “Meuww” sekali lagi The Magic word  yang selalu di gunakan untuk memujuk hati tuannya diperdengarkan. Mana tahu untung-untung My Mummy kesayangan nak bagi makan Friskies. Baby si Meon dalam perut ni dah lapar.

Yuyu berbalas renungan dengan si April. Di angkat April dan laju kakinya melangkah ke dapur. Kotak Friskies di capai. Di tuang sedikit lebih berbanding hari biasa.

“Anak Mummy lapar ye? Dah makan.” Yuyu mengusap-usap kepala April. Si April memang tak tunggu dah. Pantas dia melahap ‘cikedi’ kegemarannya. Dalam hati memuji Mummy yang sangat owesome. Nak di luahkan apa yang tersirat di hati kang mati kejung pulak Mummynya. Jadi satu hal pulak. Siapa nak kasi dia makan? Mandi? Buang ‘barangan kotor’ yang sesekali terkucil tanpa sempat dia ke tandas? Hasrat yang satu itu di simpan sahaja. Pasti Mummy tahu apa yang ada di fikirannya sekarang ini.

Sambil memandang April yang melahap tahap tak hengat dunia, Yuyu berfikir. Kemudian jeritan lantang kedengaran.

“Tidakkkkkkkkkkkk. Oh no!!!” Di tampar pipinya kuat bagi menyedarkan bahawa semua ini hanya mimpi. “Auchh”...Sah!!! ini benar-benar terjadi. “Umiii....Yuyu nak balik rumah. Yuyu tak nak jadi nenek.” April yang terperanjat mendengar jeritan lantang Mummy kesayangannya pantas berlari. Tidak di pedulikan

April bersembunyi di bawah kerusi. Mummy nak bunuh cucu Mummy ke? Buatnya cucu Mummy mati kena serangan jantung dalam perut ni, sapa nak bersoal jawab dengan abang Meon? Abang Meon tu nampak jer cam gitu Mummy, tapi romantik tu. Di curinya ikan si mak tiri Senah tu sebab April nak merasa makan ikan. Mummy asyik bagi Friskies. Sekali sekala nak juga ubah selera. Kasilah makan ikan kembong, tak pun habis lekeh ikan siakap tiga rasa. Berseleralah juga nak makan. Lepas ni nak bagi cadangan kat Mummy suruh buat time tablelah. Hari-hari bolehlah dia makan menu lain-lain. Wahhh..rasa macam dalam sorge. Nyummyy. Rasanya Mummy faham tak bahasa kucing?

 Surat Cinta Untuk Disana : Sebenarnya cerita ni asalnya saya nak jadikan cerpen untuk kesinambungan cerpen Camelia Tu,, Aku Punya!!!. Tapi ada my pren bagi cadangan untuk saya jadikan novel. Kalau dulu cerita mengenai Amjad dan Camelia, kali ini saya bawakan pula kisah Hasif Amsyar (HASIF) dan Camelia Yusnita (YUYU). Kalau sudi tinggalkanlah komen untuk saya di bawah ini. Sebarang komen sama ada kritikan keras bak batu kirikil mahupun lembut seperti kentang putar kfc, akan saya terima dan perbaiki lagi cara penulisan di masa hadapan..Lepas ni nxt en3 akan bermula kisah Cik Puyu dan Hasif.




11 ulasan:

  1. mmg jari aku runcing..sb tu nk mengomen jap..hak33...da best la....aku rewind baca lg ooo...daebak!!!!

    BalasPadam
  2. amboi kot yer pon.. x der nma len ka?

    BalasPadam
  3. baru nak marathon citer nie. ok baru 2st bab saya dah suka hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st bab..alahai typo kekekeke

      Padam
  4. Hahahah apa da kucing pun boleh Hahahah

    BalasPadam
  5. adoii la yuyu... ngan kucing pun jadi dramanya...

    BalasPadam
  6. adeh la....marahkan kucing rupanye...2 la jiran sebelah umah 2 x agak2 skodeng umah owang kan kan kan...bajet nak p bergosip la 2 kan hahahhaha

    BalasPadam
  7. Terbahak2 gelak sebb ingtkan siapa lah yg bunting tu ghupernyer kucing je.. aihh.. abang meonn!~~~.. yg tu palinh x bleh bla.. terbaikk!!

    BalasPadam
  8. cerpen yang sangat menarik,,,thanks ya..sukses selalu

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)