Mimi Aulia
“Comel tak?”
“Comel tu memang comel. Apasal?” Aku
pandang wajah Pidot. Jangan, jangan…
“Kau jangan nak mengada beli benda
macam tu.” Mata sengaja aku jegilkan, menghantar amaran kepadanya.
“Alah aku nak beli yang ni saja. Bolehlah…”
“Tak boleh!” Jangan mimpi aku nak
berkrompomi dengan makhluk sorang ni. Karang kalau aku bagi betis pasti dia
mintak paha pula. Sandal berkepala arnab yang dipegang olehnya aku letakkan
kembali ke tempat asal.
“Kau dah dapat calon belum? Ke kau
nak aku yang carikan?” Aku buat tidak nampak wajahnya yang cemberut. Mata itu
tak lepas dari memandang ke arah sandal yang menjadi idamanya.
“Kau lah cari.”
Ini yang aku malas dengan si Pidot
ni. Kalau hari mulutnya berkicau, tak terlayan aku nak menjawab. Kalau hari dia
silap bangun dari bantal, sepatah aku tanya, sepatah jugalah dia jawab.
“Kau nak calon yang macam mana?”
Tanganya aku gengam erat. Dia ni kalau aku biarkan lepas bebas, pasti patah
balik beli juga apa yang dia berkenan. Tak boleh…Tak boleh…Sia-sia saja usaha
aku kalau dia cuba masuk balik ke zon ‘selamat’ dia selama ini.
“Aku tak nak yang cantik sangat.
Macam Erra Fazira jadilah.”
“Apasal kau tak mintak yang macam
Jlo, tak pun si Cameron Diaz. Senang sikit aku nak cari.” Tak nak cantik sangat
konon. Cis!
“Aku ni tak suka demand-demand.”
“Yelah tu. Kau memang tak suka demand. Aku faham. Setakat Erra Fazira
si ratu cantik Malaysia tu memang kau punya taste
tak masuk tahap petala langit ketujuh lagilah…Kira kecil punya selera!.” Sakit
hati aku bila dia hanya ketawa mendengar sindiran yang baru muntah dari bibir
aku. Ikut rasa hati, nak saja aku silambam makhluk ni dua tiga das. Biar dia
kembali berpijak di atas bumi yang nyata.
“Lah
itu pun kau nak sentap.”
“Bukan sentap. Nasihat..”
“Alah..Kau carilah yang mana sangup
nak jadi menantu mak aku. Nanti tiap bulan aku bayar gaji.”
Mendengar kata-katanya terus aku
terbayang wajah Hajjah Tempawan. Rindu pula aku nak berjimba dengan wanita yang
sudah aku angap macam mak sendiri. Dia punya mulut memang power, tapi aku rasa sebab tulah yang buatkan aku dengan dia jadi
kamceng. Kami memang sekepala. Nak-nak kalau masuk bab mengumpat si obor-obor
sebelah aku ni.
“Pidot..” Aku panggil namanya
perlahan.
“Apasal.”
“Kau nak cari bini ke, kau nak sewa
bini?”
“Cari binilah.”
“Ingat kau nak sewa. Yang kau nak
bayar gaji kenapa?” Haisy dia ni.
“Sebab aku ni pemurah.”
Melut betullah aku dengan di ni.
Suka sangat main-main. Malas mahu memanjangkan perbualan, pantas tanganya aku
tarik memasuki sebuah kedai menjual pakaian lelaki.
“Okey tak?” Aku tarik sehelai baju
t-shirt berkolar dan acu pada tubuhnya. Nampak semacam pula aku tengok.
“Mimi yang ini cantik.”
Aku kalih pandang melihat ke arah
pakaian yang dia tunjukkan. Baju kemeja lengan panjang berkotak kecil bewarna
biru. Nampak casual dan bergaya. Terus ibu jari aku angkat. Bagus juga dia
punya citarasa rupanya.
“Lawa. Kau pakai baju saiz apa?”
“Saiz m.”
“Bro..Saya nak baju ni saiz m.” Aku
hulurkan baju yang aku pegang kepada pembantu kedai yang dari tadi asyik
mengikut setiap langkah kami. Tak pasti aku tujuanya sama ada mahu membantu
atau takut aku bawa lari baju yang ada dalam kedai dia.
“Colour pink ada tak?”
“Pidott…” Aku jegilkan mata seluas
yang mungkin. Dia ni memang sengaja nak jatuhkan air muka aku. Aku pandang
wajah si penjual. Ada senyuman yang menguntum di bibirnya setelah mendengar
pertanyaan Pidot. Aku rasa kejap lagi kalau kami keluar dari kedai pasti mamat
ni terbahak ketawa.
“Warna ni tak cantik.”
“Kau jangan banyak songeh…. Ambil
warna biru bro.” Aku jeling Pidot. Dia buka mulut aku sumbat dia dengan hanger!
“Kau ni aku yang nak beli baju ke
kau?” Lama dia mendiamkan diri sebelum protes dihantar. Haa… mujurlah. Kalau
tidak buta saja hari ni dia sarapan penyangkut baju.
“Dah pergi cuba.” Malas mahu melayan
sungutan Pidot, terus aku tolak tubuhnya masuk ke dalam fitting room. Sebelum
itu sempat aku capai seluar pendek separas lutut dan serahkan kepada dia.
“Cuba dua-dua ni.”
“Kekasih ke?”
Mendengar pertanya jurujual yang
melayan kami, aku terus menganguk. Tak nak kasi peluang kepada dia mengumpat bestfriend aku. Orang lain tak boleh nak
kata lebih-lebih dekat Pidot. Aku saja yang boleh!
“Owhh..”
Melihat senyuman semacam yang ada
dibibir itu aku yakin pasti dia mahu mempermainkan si Pidot. Ewah…Dia ingat dia yang nampak macho tu,
dia kuat lah? Hello..Pidot tu
lembik-lembik dia hebat karate tahu. Karang aku suruh Pidot patah-patahkan
tulang dia baru dia tahu.
“Mimi…Mimi…”
“Ha tunggu apa lagi. Keluarlah.” Aku pandang ke arah Pidot
yang hanya mengeluarkan kepala di sebalik pintu. Betul-betul macam anak dara
pinggitan.
“Aku tak selesa lah.” Dia berkata perlahan sambil melangkah
keluar dari fitting room. Seketika aku rasa mulut aku bagaikan hampir melompat
keluar dari rahang. Entah kenapa aku rasa macam ada bunga yang beterbangan
dekat wajah si Pidot. Kalut aku geleng kiri dan kanan bagi membuang gambaran
pelik seperti itu.
………………..
Pidot Hakimi
Aku pandang wajah gadis yang sedang tersenyum ketika
bersembang dengan Mimi. Nampak begitu comel dan bersopan. Entah macam mana lah
dia boleh terjebak bersahabat dengan si Mimi yang kasar macam jantan tu.
“Pidot…Sinilah.” Aku terus jalan mendekati Mimi bila dia
kalut melambai tangan ke arah aku.
“Ini aku kenalkan, bestfriend aku dekat uni. Fira ini Pidot.
Pidot..ini Fira.”
“Hai..” Tangan aku angkat. Bersiap sedia mahu melambai.
Belum sempat agenda aku diteruskan, kaki aku terasa perit. Aku cuba intai di
kaki. Elok saja bersarang tapak kaki Mimi di atas kaki aku. Dia ni memang nak
kena belasah kejap lagi.
“Kau jangan nak tunjuk gaya ayu dekat sini.” Mimi berbisik
lembut dengan senyuman yang entah berapa punya kaki lebar tersadai pada bibir.
“Hai... Mimi, Pidot.. Saya mintak diri dulu. Ada hal sikit.”
Mak aii..Lembutnya suara dia. Terasa macam ada bunga pula
mengembang dalam hati aku. Bye Fira….muahh!
“Hoi…Tutup mulut kau. Ternganga-nganga.”
“Kacau lah kau.” Mata aku tak lepas dari mengikut setiap
langkah Fira. Aku nak dia jadi calon isteri aku. Yiiha!
“Mimi…”
“Apa? Kau nak tak?”
Belum sempat aku luahkan hasrat hati yang berkobar-kobar,
mulut aku sudah selamat disumbat dengan roti oleh Mimi. Dia ni memang sengaja
nak biar aku mati tercekik. Tidak sempat aku menelan roti masuk ke dalam perut,
Mimi merentap tangan aku kasar bagi menyaingi langkahnya.
“Mmm…” Dada aku usap. Roti yang rasa
melekat di dada membuatkan nafas aku terasa hampir putus.
“Mim….mmmm…” Aku cuba menghalang langkah kaki
Mimi dari berterusan mengheret aku mengikut langkah dia.
“Kau ni ken….. Weh Pidot, Kau apasal?”
Semakin kuat aku menepuk dada menghantar isyarat yang dia
hampir membunuh aku dengan sepotong roti.
“Alamak!”
Hanya sepatah ayat yang aku dengar sebelum belakang aku
dihujani dengan tumbukan padu dari Mimi..Si ‘pembunuh.’
“Uhuk…Uhukkk.” Seketika roti yang melekat
terpelanting keluar. Beberapa pasang mata yang melihat gelagat kami membuatkan
aku malu sendiri.
“Air…Airr..” Perit rasa kerongkong aku.
“Kau tunggu sini kejap.”
Belum sempat aku membalas dia sudah berdesup pergi. Tangan
aku masih tidak lepas menghurut dada bagi menutralkan kembali hormon aku yang
sudah tidak stabil dek kerana tersedak tadi.
“Nah…Air…Air…Minum…Minum…”
“Kejap lah. Tadi kau cuba bunuh aku dengan roti. Sekarang
dengan air pulak?” Aku berkata tidak puas hati bila Mimi kalut mahu menyumbat
botol air pada bibir aku.
“Jangan banyak songeh. Kau minum aje lah.”
“Bak sini.” Terus botol air yang berada dalam gengaman Mimi
aku rampas. Aku teguk perlahan air mineral. Terasa berkurangan sedikit rasa
perit di kerongkong dan dada.
“Fuhh! mujur kau tak mati Pidot.”
“Mulut kau…” Dia ni memang tak tahu jaga langsung perasaan
aku. Mujurlah hati aku ni memang jenis yang bukan mudah tergelincir. Kalau
tidak sah..sah aku putus sedara dengan dia.
“Pidot…”
“Kau nak apa?”
“Kau cantik kalau marah…”
“Cantik ke?” Aku
sengih lebar. Okey…Tak jadilah aku nak marahkan dia!
Laju kepala itu menganguk.
“Cantik sangat…”
Surat Cinta Untuk Disana
: Aleww…aloha….Kejap2 nanti kot sempat sy upkan sikit MPWUMM? Kot korang nak
ulang baca bolehlah sebab sy nak rmove beberapa bab dr blog... Muahh…
hahaha...aduhh...pidot..pidot...
BalasPadam