Hel!O mY DarLing!

Khamis, 31 Oktober 2013

Oh My Pretty Boy Husband! Bab 5


Mimi Aulia

            “Comel tak?”

            “Comel tu memang comel. Apasal?” Aku pandang wajah Pidot. Jangan, jangan…

            “Kau jangan nak mengada beli benda macam tu.” Mata sengaja aku jegilkan, menghantar amaran kepadanya.

            “Alah aku nak beli yang ni saja. Bolehlah…”

            “Tak boleh!” Jangan mimpi aku nak berkrompomi dengan makhluk sorang ni. Karang kalau aku bagi betis pasti dia mintak paha pula. Sandal berkepala arnab yang dipegang olehnya aku letakkan kembali ke tempat asal.

            “Kau dah dapat calon belum? Ke kau nak aku yang carikan?” Aku buat tidak nampak wajahnya yang cemberut. Mata itu tak lepas dari memandang ke arah sandal yang menjadi idamanya.

            “Kau lah cari.”

            Ini yang aku malas dengan si Pidot ni. Kalau hari mulutnya berkicau, tak terlayan aku nak menjawab. Kalau hari dia silap bangun dari bantal, sepatah aku tanya, sepatah jugalah dia jawab.

            “Kau nak calon yang macam mana?” Tanganya aku gengam erat. Dia ni kalau aku biarkan lepas bebas, pasti patah balik beli juga apa yang dia berkenan. Tak boleh…Tak boleh…Sia-sia saja usaha aku kalau dia cuba masuk balik ke zon ‘selamat’ dia selama ini.

            “Aku tak nak yang cantik sangat. Macam Erra Fazira jadilah.”

            “Apasal kau tak mintak yang macam Jlo, tak pun si Cameron Diaz. Senang sikit aku nak cari.” Tak nak cantik sangat konon. Cis!

            “Aku ni tak suka demand-demand.”

            “Yelah tu. Kau memang tak suka demand. Aku faham. Setakat Erra Fazira si ratu cantik Malaysia tu memang kau punya taste tak masuk tahap petala langit ketujuh lagilah…Kira kecil punya selera!.” Sakit hati aku bila dia hanya ketawa mendengar sindiran yang baru muntah dari bibir aku. Ikut rasa hati, nak saja aku silambam makhluk ni dua tiga das. Biar dia kembali berpijak di atas bumi yang nyata.

            “Lah itu pun kau nak sentap.”

            “Bukan sentap. Nasihat..”

            “Alah..Kau carilah yang mana sangup nak jadi menantu mak aku. Nanti tiap bulan aku bayar gaji.”

            Mendengar kata-katanya terus aku terbayang wajah Hajjah Tempawan. Rindu pula aku nak berjimba dengan wanita yang sudah aku angap macam mak sendiri. Dia punya mulut memang power, tapi aku rasa sebab tulah yang buatkan aku dengan dia jadi kamceng. Kami memang sekepala. Nak-nak kalau masuk bab mengumpat si obor-obor sebelah aku ni.

            “Pidot..” Aku panggil namanya perlahan.

            “Apasal.”

            “Kau nak cari bini ke, kau nak sewa bini?”

            “Cari binilah.”

            “Ingat kau nak sewa. Yang kau nak bayar gaji kenapa?” Haisy dia ni.

            “Sebab aku ni pemurah.”

            Melut betullah aku dengan di ni. Suka sangat main-main. Malas mahu memanjangkan perbualan, pantas tanganya aku tarik memasuki sebuah kedai menjual pakaian lelaki.

            “Okey tak?” Aku tarik sehelai baju t-shirt berkolar dan acu pada tubuhnya. Nampak semacam pula aku tengok.

            “Mimi yang ini cantik.”

            Aku kalih pandang melihat ke arah pakaian yang dia tunjukkan. Baju kemeja lengan panjang berkotak kecil bewarna biru. Nampak casual dan bergaya. Terus ibu jari aku angkat. Bagus juga dia punya citarasa rupanya.

            “Lawa. Kau pakai baju saiz apa?”

            “Saiz m.”

            “Bro..Saya nak baju ni saiz m.” Aku hulurkan baju yang aku pegang kepada pembantu kedai yang dari tadi asyik mengikut setiap langkah kami. Tak pasti aku tujuanya sama ada mahu membantu atau takut aku bawa lari baju yang ada dalam kedai dia.

            “Colour pink ada tak?”

            “Pidott…” Aku jegilkan mata seluas yang mungkin. Dia ni memang sengaja nak jatuhkan air muka aku. Aku pandang wajah si penjual. Ada senyuman yang menguntum di bibirnya setelah mendengar pertanyaan Pidot. Aku rasa kejap lagi kalau kami keluar dari kedai pasti mamat ni terbahak ketawa.

            “Warna ni tak cantik.”

            “Kau jangan banyak songeh…. Ambil warna biru bro.” Aku jeling Pidot. Dia buka mulut aku sumbat dia dengan hanger!

            “Kau ni aku yang nak beli baju ke kau?” Lama dia mendiamkan diri sebelum protes dihantar. Haa… mujurlah. Kalau tidak buta saja hari ni dia sarapan penyangkut baju.

            “Dah pergi cuba.” Malas mahu melayan sungutan Pidot, terus aku tolak tubuhnya masuk ke dalam fitting room. Sebelum itu sempat aku capai seluar pendek separas lutut dan serahkan kepada dia.

            “Cuba dua-dua ni.”

            “Kekasih ke?”

            Mendengar pertanya jurujual yang melayan kami, aku terus menganguk. Tak nak kasi peluang kepada dia mengumpat bestfriend aku. Orang lain tak boleh nak kata lebih-lebih dekat Pidot. Aku saja yang boleh!

            “Owhh..”

            Melihat senyuman semacam yang ada dibibir itu aku yakin pasti dia mahu mempermainkan si Pidot. Ewah…Dia ingat dia yang nampak macho tu, dia kuat lah? Hello..Pidot tu lembik-lembik dia hebat karate tahu. Karang aku suruh Pidot patah-patahkan tulang dia baru dia tahu.

            “Mimi…Mimi…”

“Ha tunggu apa lagi. Keluarlah.” Aku pandang ke arah Pidot yang hanya mengeluarkan kepala di sebalik pintu. Betul-betul macam anak dara pinggitan.

“Aku tak selesa lah.” Dia berkata perlahan sambil melangkah keluar dari fitting room. Seketika aku rasa mulut aku bagaikan hampir melompat keluar dari rahang. Entah kenapa aku rasa macam ada bunga yang beterbangan dekat wajah si Pidot. Kalut aku geleng kiri dan kanan bagi membuang gambaran pelik seperti itu.
………………..
Pidot Hakimi

Aku pandang wajah gadis yang sedang tersenyum ketika bersembang dengan Mimi. Nampak begitu comel dan bersopan. Entah macam mana lah dia boleh terjebak bersahabat dengan si Mimi yang kasar macam jantan tu.

“Pidot…Sinilah.” Aku terus jalan mendekati Mimi bila dia kalut melambai tangan ke arah aku.

“Ini aku kenalkan, bestfriend aku dekat uni. Fira ini Pidot. Pidot..ini Fira.”

“Hai..” Tangan aku angkat. Bersiap sedia mahu melambai. Belum sempat agenda aku diteruskan, kaki aku terasa perit. Aku cuba intai di kaki. Elok saja bersarang tapak kaki Mimi di atas kaki aku. Dia ni memang nak kena belasah kejap lagi.

“Kau jangan nak tunjuk gaya ayu dekat sini.” Mimi berbisik lembut dengan senyuman yang entah berapa punya kaki lebar tersadai pada bibir.

“Hai... Mimi, Pidot.. Saya mintak diri dulu. Ada hal sikit.”

Mak aii..Lembutnya suara dia. Terasa macam ada bunga pula mengembang dalam hati aku. Bye Fira….muahh!

“Hoi…Tutup mulut kau. Ternganga-nganga.”

“Kacau lah kau.” Mata aku tak lepas dari mengikut setiap langkah Fira. Aku nak dia jadi calon isteri aku. Yiiha!

“Mimi…”

“Apa? Kau nak tak?”

Belum sempat aku luahkan hasrat hati yang berkobar-kobar, mulut aku sudah selamat disumbat dengan roti oleh Mimi. Dia ni memang sengaja nak biar aku mati tercekik. Tidak sempat aku menelan roti masuk ke dalam perut, Mimi merentap tangan aku kasar bagi menyaingi langkahnya.

“Mmm…” Dada aku usap. Roti yang rasa melekat di dada membuatkan nafas aku terasa hampir putus.

“Mim….mmmm…” Aku cuba menghalang langkah kaki Mimi dari berterusan mengheret aku mengikut langkah dia.

“Kau ni ken….. Weh Pidot, Kau apasal?”

Semakin kuat aku menepuk dada menghantar isyarat yang dia hampir membunuh aku dengan sepotong roti.

“Alamak!”

Hanya sepatah ayat yang aku dengar sebelum belakang aku dihujani dengan tumbukan padu dari Mimi..Si ‘pembunuh.’

“Uhuk…Uhukkk.” Seketika roti yang melekat terpelanting keluar. Beberapa pasang mata yang melihat gelagat kami membuatkan aku malu sendiri.

 “Air…Airr..” Perit rasa kerongkong aku.

“Kau tunggu sini kejap.”

Belum sempat aku membalas dia sudah berdesup pergi. Tangan aku masih tidak lepas menghurut dada bagi menutralkan kembali hormon aku yang sudah tidak stabil dek kerana tersedak tadi.

“Nah…Air…Air…Minum…Minum…”

“Kejap lah. Tadi kau cuba bunuh aku dengan roti. Sekarang dengan air pulak?” Aku berkata tidak puas hati bila Mimi kalut mahu menyumbat botol air pada bibir aku.

“Jangan banyak songeh. Kau minum aje lah.”

“Bak sini.” Terus botol air yang berada dalam gengaman Mimi aku rampas. Aku teguk perlahan air mineral. Terasa berkurangan sedikit rasa perit di kerongkong dan dada.

“Fuhh! mujur kau tak mati Pidot.”

“Mulut kau…” Dia ni memang tak tahu jaga langsung perasaan aku. Mujurlah hati aku ni memang jenis yang bukan mudah tergelincir. Kalau tidak sah..sah aku putus sedara dengan dia.

“Pidot…”

“Kau nak apa?”

“Kau cantik kalau marah…”

 “Cantik ke?” Aku sengih lebar. Okey…Tak jadilah aku nak marahkan dia!

Laju kepala itu menganguk.

“Cantik sangat…”

Surat Cinta Untuk Disana : Aleww…aloha….Kejap2 nanti kot sempat sy upkan sikit MPWUMM? Kot korang nak ulang baca bolehlah sebab sy nak rmove beberapa bab dr blog... Muahh…

1 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)