Hel!O mY DarLing!

Ahad, 31 Mac 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 7





Hasif tersengih. Kadang-kala ketawa kecil meletus dari bibirnya. Apa punya resume macam ni?

Nama : Camelia Yusnita Binti Kadir
Hobi : Karok!
Cita-cita : Suri Rumah Sepenuh Masa
Moto Hidup : TLDM (Tidur, Lepak, dan, Makan)
Makanan Kegemaran : Semuanya belasah, janji halal. (makanan Free paling di sukai)
Minuman Kegemaran : Sirap bandung campur buah barli.

“Isyy.ini datang nak mintak kerja ke, mintak di tendang kerja?” Hasif semakin galak ketawa. Ada jugak manusia berperangai pelik kat dunia ni. Sudahlah perangai tak serupa perempuan otak pulak ‘cedera’. Cukup pakej betul.

Mengenangkan apa yang berlaku tadi membuatkan Hasif bengang sendiri. Tak salah apa dia cakap tentang Amy si gomak kapur tu. Baru sejam kes dalam lift berlaku, sudah kecoh satu pejabat. Buat malu saja. Yang paling tak tahan, penat dia bergaduh dengan minah tu langsung tidak berbaloi bila meeting dibatalkan pada saat akhir.

Gambar di atas resume di lihat sekilas sebelum dia menutup fail berisi sijil-sijil milik si minah sekolah. Hasif berdiri, dia mengeliat kecil bagi menghilangkan lenguh di belakang badan. Perut yang berbunyi kuat di usap perlahan.

“Hasif, jom makan. Papa dah tunggu dekat bawah.” Bunyi ketukan pintu dan Suara Puan Sri Azah yang kedengaran membuatkan dia tersengeh lebar. Macam tahu-tahu jer.

“Kejap mama.”

“Jangan lambat sangat.”


“Papa dengar kecoh office tadi bercerita kamu bergaduh. Betul ke?” Tan Sri Hashim bertanya. Wajahnya tenang memandang anak lelaki keduanya.

Terbatuk Hasif mendengar pertanyaan papanya. Tangannya sibuk ingin mencapai air bagi menghilangkan rasa perit. Takkan benda remeh macam ni pun papanya boleh tahu? Entah siapa yang menjadi CNN bergerak. Buat malu betul.

“Alah salah faham jer papa. Tak der hallah.”

“Salah faham apanya. Papa dengar siap ‘tertidur’ kamu dalam lift.” Tan Sri Hashim ketawa kecil. Wajah berkerut isterinya di pandang. Itu mesti intro nak menyibuk. Tahu sangat.

“Tertidur? kamu ni biar betul. Takkan sampai tidur dalam lift? Mengantuk sangat ke?” Puan Sri Azah kehairanan. Sekejap bergaduh, sekejap tertidur, mana satu yan betul ni? Takkanlah letih bergaduh sampai tertidur. Pelik pulak di rasakan. Tak pernah di buat dek orang.

Tan Sri Hashim ketawa kuat. Aduhailah isteri. Tak tahu hujung pangkal, nak juga menyampuk.

“Tak ada apalah. Gosip je tu mama.” Hasif gelisah. Jatuhlah maruah kalau mama tahu dia bergaduh dengan perempuan. Mulut mama kesayangannya boleh tahan pedas. Mahunya dia dibahankan sampai tujuh keturunan. Matanya menghantar isyarat menyuruh papanya menutup mulut.

“Anak jantan bertuah mama ni ha. Ada ke punca bergaduh dengan budak perempuan. Tak macho langsung. Dahlah tu, papa dengar siap kena belasah lagi. Tak nampak tadi, terhincut berjalan. Buat malu keturunan saja. Kalau kena belasah dengan lelaki sampai tertiarap dalam lift boleh juga nak di terima akal.”

Hasif menepuk dahi. Memang tak boleh buat geng. Papa kalau boleh semua benda nak di ceritakan kepada mama. Seleranya terus tertutup. Ini semua budak tu punya pasal. Jumpa nanti siap kau, aku buat belacan.

“Apa?” Kuat Suara Puan Sri Azah. Tan Sri Hashim terkedu, Hasif terkebil biji mata merenung wajah mamanya. Suara, dah macam halilintar. Kuat memetir.

“Isyy..tak pernah lagi tahu dalam keturunan mama lelaki kena belasah dengan perempuan. Kamu ni, kalau jumpa mama dekat office nanti buat-buat tak kenal. Malu dekat oranglah.”

“Mama ni, agak-agaklah. Sikit je kot hal tu.” Liur di telan terasa berpasir. Hai encik telinga bertahanlah engkau mendengar leteran mama kesayanganku. Nak di bangkang, berdosa pulak nanti. Kalau di bangkang sekali pun tak ada maknanya dia nak menang. Mama lulusan undang-undang, merangkap bekas pembahas terbaik kebangsaan. Ada ‘bran’ datanglah berdebat dengan mamanya.

Dia bukan macam Amjad. Abang kembarnya itu perangai sebijik macam mama. Jadi memang tak ada harapanlah mama nak menghentam si Amjad. Loyar buruknya sama naik dengan mama, ‘segeng’ orang cakap. Kalau dengan dia memang sah, yakin dan pasti mama akan menang tanpa bertanding.

“Sikit tak sikit, malu tahu.” Puan Sri Azah masih nak menang.

“Dah tu, takkan Hasif nak belasah balik budak perempuan tu? Mama ni agak-agaklah.” Kalau di balas balik mahu teruk dia kena cerca. Biar malu di belasah dari malu membelasah perempuan.

“Ye tak yer jugak kan. Tak macho lah kamu nanti. Tapi kena belasah pun malu jugak.”

“Sudahlah mama. Makan jelah nasi tu. Buat apa nak beratkan kepala berfikir. Papa dengar cerita tadi ketawa kot. Kelakar betul. Kalau ada rakaman mesti best.Tak pernah-pernah anak awak ni kena belasah. Kali ni baru bertemu buku dengan ruas.” Tan Sri Hashim ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tidak dapat di bayangkan reaksi Hasif saat mendapat ‘habuan’ dari gadis itu.

“Papa suka sangat ni kenapa?” Tak puas hati pulak Puan Sri Azah dengan suaminya. Benda memalukan macam tu, ingat lawak ke? Tak faham betul dengan orang lelaki sekarang ni.


Hasif mencucuk buah betik yang di potong kecil dengan garfu. Terasa nikmat bila buah yang manis itu mencecah lidahnya. Dari satu, dia mengambil lagi, lagi dan seterusnya. Papa juga sama sepertinya. Dalam pada itu sempat mereka bersembang berkenaan syarikat.

Puan Sri Azah merengus kuat. Macamlah tiada topik lain untuk di bincangkan. Apa sudah habiskah isu dalam dunia ni selain pasal syarikat dan bola? Dari cerita pasal syarikat, masuk bab bola, kemudian syarikat balik, boring betullah.

“Papa rasa projek Kolej Lestari dapat siap ikut waktu tak?” Dalam pada itu matanya masih fokus pada perlawanan bola sepak antara Kedah dan Selangor. Berdebar rasa hatinya. Entah pasukan mana yang akan menang. Dia penyokong tegar Selangor, papa pula penyokong kuat Kedah sesuai dengan status papa yang berasal dari negeri jelapang padi.

“Tak pasti. Rasanya sempat kot. Kalau tak kena buat EOT lah. Nak buat macam mana lagi. Nanti ada mesyuarat tapak, Hasif pergi. Tengok apa-apa yang patut.” Tan Sri Hashim tidak senang duduk. Serangan pasukan Kedah ke arah gawang pasukan Selangor membuatkan dia resah.

“Gol!!!” Tan Sri Hashim menjerit suka. Ditayang riak bangga kepada Hasif. Wajah isterinya yang masam di toleh sekilas, sebelum dia kembali bergembira.

“Kedah, Kedah pantang kalah,                                                                                                            Walau sakit jatuh dan rebah,                                                                                                                       Bangun lantas semula gagah,                                                                                                               
Bujur lalu melintang patah,”

Naik geram pulak Hasif dengan papanya. Suka sudahlah. Ini di taramnya dengan nyanyian sekali .Sengaja nak membakarlah tu.     

“Bola tu bulat papa. Ada banyak masa lagi.” Rasa tidak puas hatinya di luahkan. Papa harus di sedarkan supaya berpijak di bumi yang nyata. Satu gol belum tentu menang ok!

“Orang kalau nak kalah macam tulah bunyinya.” Hati tuanya masih gembira. Argh.. pedulikan cakap ‘musuh’.

“Mama ada kat sini.” Puan Sri Azah mencelah. Ewah, ingat dia tungul kayu ke? Kot yer pun tegurlah sikit.

“Mama macam ni punya besar, takkanlah papa tak nampak.” Dek kerana kata-katanya yang ada unsur ‘pujian’ cubitan halus menjengah ke perut Tan Sri Hashim. Hasif yang menjadi penonton aksi ‘romantis’ papa dan mamanya ketawa gembira. Cayalah mama. Ini yang sayang mama lebih.

“Mentang-mentanglah badan mama ni dah besar, papa mengata ek? Dulu masa pingang macam Ziana Zain tak pulak bunyi.”

“Sensetif pulak. Papa bergurau jelah. kalau pingang macam Queen Latifah tu pun papa tetap sayang.”

“Sayang mama sorang saja. Jangan nak pasang lain pulak.”

“Ke situ perginya. Dalam hati papa ni, mama sorang saja yang ada. Kalau mama izinkan baru papa pasang lagi satu.” Dalam memujuk dia sempat bergurau. Ketawa dia apabila Puan Sri Azah menjeling tajam.

“Orang nak tengok bolalah.”

“Shutup you.” Terus terdiam hasif bila kata-kata itu serentak meluncur dari bibir papa dan mama. Sehati sejiwa betul. Isyarat zip mulut di tunjukkan. Baik diam. Layan jelah aksi manja papa dan mama kesayangannya.


Surat Cinta Untuk Disana : Ini saja sempat di bagi. Baru beberapa bab bertambah. Seminggu dua ni tak sempat menaip.baru nak bertungkus lumus memerah kembali otak yang tepu dan tangan yang kaku supaya bekerjasama. apa pun layan jelah cerita yg tak seberapa ni.. bab ngedit memang tak sempat,,,,mna2 typo error harap buat2 x nampak...hahah.. Komen semakin tiada,,, Adakah orang sudah tidak sudi membaca? Sedihhh....bubye..(ayat pasrah yg mintak di hempuk)


9 ulasan:

  1. Best sgt :-)

    - Dilah -

    BalasPadam
  2. please cont nanti ye..nak tengok kena belasah dgn cik yuyu lg x hasif..hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu sudah semestinya...kita wanita bkan kaum yg lemah.. masa untuk membuli akan tiba...hahahah...

      Padam
  3. beb...no doubt..no word can describe ur writing!!! always daebak!!! Doozy!!!!

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)