Hel!O mY DarLing!

Rabu, 20 November 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 19





Kotak bewarna pink ditarik keluar dari almari. Kemudian, terus dia duduk bersimpuh di atas lantai.

“Perca kain ke apa ni?” Sehelai 'baju tidur' bewarna merah garang diangkat dengan hujung jarinya. Mak aii…Transparent habis! Wajah terus rasa membahang. Sumpah, seumur hidup dia tidak pernah ada pakaian yang sangat menjolok mata seperti itu. Rasanya, mahu terbelik biji mata suaminya kalau tengok dia mengenakan pakaian tersebut. Kepala digeleng berkali-kali bagi membuang akal nakal yang tiba-tiba menjengah fikirannya yang selama ini suci.  

“Nak pakai ke tidak?” Macam tak sangup pula dia mahu membuat tayangan free. Karang tak sempat dia mengeluarkan jurus mengorat, tak pasal-pasal dia sudah diterkam dahulu. Suaminya kalau bab mengambil kesempatan memang cekap. Cuma sejak mendapat berita kehamilannya sahaja lelaki itu bertukar menjadi putera salju. Puas dia memeluk, bekunya tak nak juga mencair.

Kotak yang masih berisi dijengah. Siap berset lagi dengan adik-adik kecil yang betul-betul kecil! Ini bukan setakat suaminya sahaja yang boleh terbeliak, dia sendiri pun mahu kero biji mata rasanya kalau terpandang figura sendiri dalam pantulan cermin. Glupp!

Bunyi tombol yang dipulas membuatkan dia gelabah. Terus pakaian yang teroverdose seksi itu dimasukkan ke dalam kotak dan disembunyikan di belakang badan. Sengihan selebar yang mungkin ditayang buat tatapan suaminya yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik.  

“Kau apasal?” Zafry pandang pelik. Semacam pula dia tengok Adra. Tadi selepas sahaja Nafiz dan Natrah pulang, bayang isterinya juga turut lesap.

“Tak ada apalah.” Tangan dibawa ke belakang badan. Cuba menghalang pandangan mata lelaki itu dari menyambar ‘kotak saktinya.’  

 Access kad dan kunci pendua yang diminta olehnya daripada Nafiz tadi dimasukkan ke dalam laci sebelah katil. Matanya masih tidak lepas memandang gelagat isterinya.

“Kau ada buat salah ke Adra?” Selalunya kalau isterinya tersengih seperti itu pasti ada perkara yang tidak kena. Adra bukan boleh percaya. Ada sahaja agenda pelik yang dilakukan. Kadang-kala langsung tak tercapai dek akal.

“Eh, mana ada.” Sengihan yang dihulur juga sudah terasa cangung. Ini semua bahana  hadiah Zuhana. Itu belum pakai. Kalau dia pakai, mahu pitam terus rasanya dia kerana terlalu gelabah.

   “Kau sembunyi apa dekat belakang tu?”  Zafry mendekat. Matanya yang sepet semakin kecil bila cuba mengintai ‘makhluk’ yang cuba disembunyikan oleh isterinya.

“Hadiah kawin kita dulu. Ada kawan bagi.” Kali ini terus dia bangun. Kotak disambar dan dia bersiap sedia mahu berdesup pergi. Jantungnya pula sudah berdup..dap berbunyi.

“Hadiah apa?” Zafry halang langkah kaki isterinya. Wajah Adra direnung tajam bagi memberi amaran yang dia tidak suka dibohongi. Sementara tangannya pula cuba mencapai kotak yang ada dalam pegangan Adra.

“Jangan lah.” Adra kalut. Tarik menarik berlaku antaranya dengan lelaki itu. Wajah sudah mula terasa merah padam kerana menahan perasaan malu yang mendesak. Risau jika rahsianya mahu mengoda lelaki itu terdedah.

“Adra!” Suranya sengaja ditinggikan. Mahu membuatkan Adra gementar. Malangnya isterinya masih juga tidak mahu mengalah. Bengang dengan apa yang berlaku, sekuat tenaga dia menarik kotak itu. Tidak boleh tidak, dia mahu mengetahui juga apa rahsia yang cuba isterinya sembunyikan.

“Abang…” Adra mencebikkan bibir. Tertunduk dia merenung lantai.

Zafry tergelak. Tidak dapat mengawal perasaannya dari menghemburkan tawa. Patutlah Adra gelabah. ‘Pakaian’ yang tersadai betul-betul di atas kakinya akibat tarik-menarik yang berlaku antara mereka tadi, dicapai.

“Kau nak goda aku ke apa ni?” Kening dijongket. Sengihan nakal terukir pada wajah. Seketika dia terlupa akan ‘perang dingin’ yang dilancarkan kepada isterinya.

“Mana ada.” Kalut Adra berkata. Tangan pula digoyangkan ke kiri dan kanan bagi menguatkan lagi penafiannya.

Zafry mendekat. Ditarik pinggang Adra rapat ketubuhnya. Rambut isterinya yang dilepaskan bebas mengurai, diselitkan ke belakang telinga. Terus dia menunduk dan berbisik lembut ditelinga itu.
…………………………..
Mulutnya yang ternganga sedaya-upaya cuba ditutup. Tidak percaya melihat gambaran yang terpantul di cermin. Tadi dia sudah mahu membatalkan hasratnya dalam meneruskan projek memikat suami yang dirancang kerana terlalu malu bila terkantoi secara terang-terangan. Tapi bila difikirkan balik, buat apa dia nak malu. Zafry suaminya. Siapa lagi dia nak goda kalau bukan suami sendiri!

Teringat bisikan suaminya tadi..try goda dia lah..apa lah…bla..bla.. Memalukan betul!

“Adra. Kau lama lagi ke dekat dalam tu? Cepat lah sikit. Aku nak guna toilet.”

“Kejap.” Sedikit melaung suaranya. Buat sekian kali dia memandang lagi ke arah tubuhnya. Semacam pula dia rasa. Hasrat hati mahu keluar terbantut lagi. Tab mandi dihampiri.

“Biar aku fikir kejap nak keluar ke tidak.” Tubuh yang pada mulanya hanya berada ditepi tab sudah masuk ke dalam. Kain tuala bersih yang tergantung pada clothes rack ditarik dan digulung untuk dijadikan alas kepalanya. Sehelai lagi pula dijadikan selimut untuk menutupi tubuhnya yang mula disapa kedinginan.Tangan diletakkan di atas dahi. Mulut pula ramah mengulang ayat keluar ke tidak…Keluar ke tidak…

“Hwargh…” Mulut ditutup dengan tangan. Sedaya upaya ditahan rasa kantuk yang tiba-tiba menyerang. Perutnya yang sudah kelihatan sedikit membunci diusap perlahan. Senyuman bermain di bibir bila dia membayangkan keindahan menjadi seorang ibu. Sungguh dia tidak sabar menunggu hari itu. Saat dimana dia dapat memeluk sendiri zuriat yang dia kandungkan. Pasti akan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Dia mahu anak yang dilahirkan nanti dipenuhi dengan sifap terpuji dan boleh dibanggakan akhlaknya. Itu sudah cukup untuk memberikan dia kepuasan sebagai seorang ibu.
           
Di fikirannya beberapa gambaran ‘cantik’ diukir. Dia, Zafry dan anak mereka akan hidup bahagia selamanya. Sampai ke akhir hayat..Sampai ke Jannah… Mata dipejam dengan senyuman terukir dibibir….
……………………
            “Adra…Adra…”  Pintu bilik air diketuk. Lama menunggu, panggilannya tetap tidak bersahut.

            “Adra, kau nak bertapa terus dekat dalam tu ke?” Kali ini telinga dirapatkan ke arah pintu. Mahu mengesan jika ada sebarang bunyi dari dalam. Dia mengeluh lagi. Tak kanlah malu sampai tak nak keluar dari bilik air pula? Haisy…Memang nak kena dia ni!

            “Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak buka, aku masuk.” Kali ini dia mula mengugut.
           
“Satu.”

            “Dua.” Masih tiada perubahan. Entah mengapa hatinya mula berdebar-debar. Jangan-jangan ada sesuatu berlaku?

            “Tiga.” Tombol dipulas. Lega bila tidak berkunci. Kalau tahu, dari tadi lagi dia masuk. Kepala dijengah ke dalam. Semakin berdebar kencang hatinya bila kelibat isterinya langsung tidak kelihatan.

“Sleeping beauty..” Dia berkata perlahan. Senyuman terukir dibibir bila penglihatannya menyapa sekujur tubuh yang enak beradu di dalam tab mandi. Tak senonoh betul! Katil dekat dalam bilik sikit punya besar. Dekat tempat sempit ini lah juga dia nak tidur.

“Hey…Adra..Adra..” Ditepuk perlahan pipi isterinya. Dia ketawa kecil bila bibir itu termuncung-muncung. Entah apa lah yang dimimpikan. Seketika dia tergaman bila tanpa amaran lengannya ditarik kuat. Mujurlah dia tidak tersembam masuk ke dalam tab. Kalau tidak mahu kepek tubuh itu ditindihnya.

“Isyh.. dia ni.” Lengannya yang dijadikan bantal peluk ditarik.

“Adra…” Dia sudah duduk melutut ditepi tab. Dagu ditompang pada kedua-dua tangannya. Direnung raut wajah itu yang kelihatan sangat tenang beradu bagaikan tiada masalah yang membelenggu diri.  

 Dahi Adra disentuh. Kemudian turun ke arah kening yang cantik terukir. Alis mata yang selama ini membuatkan dia sering terkelu bicara bila dipanah dengan sinar yang bagaikan merayu kasih, dikucup lama. Tidak tahu apa yang mendesak, tetapi dia benar-benar mahu melakukan itu.

Liur ditelan bila mana pandangannya tertacap pada bibir nipis milik isterinya. Mata dipejam rapat, sebelum bibirnya melekap kemas pada bibir itu. Wajah perlahan-lahan ditarik menjauh. Senyuman melebar pada wajahnya yang tiba-tiba sahaja terasa membahang. Malu dengan perbuatan sendiri.

Wajah itu dipandang lagi tanpa jemu. Adra tidak cantik pada matanya. Adra hanya biasa-biasa. Tapi… isterinya sangat comel terutamanya ketika melakukan aksi memalukan diri sendiri. Terimbas kejadian pastry choux dan treadmill. Sampai bila-bila sekalipun dia tidak akan melupakan kenangan itu.

Entah bagaimanalah nanti kehidupan Adra selepas dia mengungkapkan kata perpisahan. Dia mahu Adra bahagia. Yakin, Adra akan mendapat lelaki yang lebih baik dan sempurna berbanding dirinya.

Bunyi tawa dari bibir Adra mematikan khayalannya. Dia tersenyum lagi bila mulut itu ramah mengungkapkan kata-kata sayang. Langsung dia tidak sedar yang selama ini isterinya mempunyai tabiat bercakap ketika tidur. Kalau dia tahu, pasti sudah lama Adra dibahankan olehnya.

“Adra …Hey…” Dia bangun dan mengeliat kecil bagi menghilangkan lenguh dibadan kerana terlalu lama melutut. Setelah itu dia menunduk dan menyaut tubuh Adra ke dalam rangkulannya. Kain tuala yang menutupi tubuh itu dibiarkan melurut jatuh.

Zafry kaku. Tergamam melihat permandangan indah dihadapan matanya. Jantungnya bagaikan mahu melompat keluar. Dia sudah mengelisah. Sesak nafas menyaksikan semua itu. Patutlah Adra tidak mahu keluar dari bilik air!
…………………
Tubuhnya yang terasa lenguh cuba dimengiringkan ke sisi. Tidak berjaya...Dicuba sekali lagi. Masih gagal. Sesuatu yang terasa kuat membelit pingangnya cuba dialihkan.

Mata dibuka perlahan-lahan. Cuba menahan rasa silau akibat cahaya lampu katil yang sedikit menyuluh wajahnya.

“Dah bangun?”

“Hem..” Terpinga-pinga dia memandang kesisi. Tersenyum bila matanya cekap menangkap wajah suaminya yang hanya berjarak beberapa inci dari wajahnya.

“Morning..”

Morning? Zafry tergelak kecil. Jam yang berada di dinding dipandang. Baru pukul tiga pagi. Hem…Betul-betul ‘morning.’ Entah sudah berapa jam dia merenung wajah itu. Puas dia menahan keinginan hati. Tidak mahu mengambil kesempatan ketika isterinya sedang tidur kerana dia bukanlah jenis lelaki yang berlagak seperti kucing jalanan yang mencuri ikan.  

 “Sejuknya.” Adra kembali memejamkan mata. Seketika kemudian dia pantas bangun bila teringatkan sesuatu. Bukan tadi dia tengah berangan dalam tab mandi ke? Macam mana boleh ada atas katil pulak?

“Adra..” Aduh terseksa lagi matanya!

“Macam mana Adra boleh ada atas katil?” Dia bertanya perlahan. Sambil itu dia tunduk memandang ke arah tubuh yang terasa sejuk semacam. Mata terbeliak besar. Sebelum kalut dia menarik selimut. Malunya. Macam mana dia boleh terlupa?

“Tak payah tutuplah. Dah jemu aku pandang.” Wajahnya sengaja diseriuskan. Hati sudah galak bergelak-tawa memandang wajah Adra yang sudah berubah riak. Macam nak menangis pun ada juga.

Terdiam Adra mendengar kata-kata suaminya. Sedaya upaya dia cuba mengingati kenangan tadi. Dia dalam bilik air. Masuk ke dalam tab. Berangan dan…tidur?

“Dah ingat?” Ditarik semula tubuh itu supaya berbaring disebelahnya. Beria-ia mahu mengodanya sampai tertidur-tidur. Bagus punya perangai!

“Lama ke Adra tidur?” Mata dipejam rapat. Malu mahu memandang wajah suaminya.

“Lama lah juga. Sempatlah aku dengar kau berdengkur.”

“Mana ada Adra berdengkur.” Kalut dia menafikan.

“Kau tidur. Manalah kau nak sedar.”

“Betul ke?” Mata dibuka. Wajah suaminya dipandang bagi mendapatkan kepastian. Bila lelaki itu menganguk, terus tangannya dibawa menutup wajah. Kenapalah dia suka buat aksi memalukan diri sendiri?

“Tak nak teruskan ke rancangan kau?” Tangan Adra ditarik. Kena tipu sedikit pun dah percaya.

“Rancangan apa?” Perlahan dia bertanya. Wajah suaminya langsung tidak dipandang kerana terlalu malu.

“Goda aku.” Wajahnya didekatkan pada wajah Adra. Dipandang tepat ke arah anak mata itu yang jelas tergamam mendengar kata-katanya.

Nafas yang terasa sesak dek kerana pancaran mata suaminya sedaya upaya cuba dinaturalkan kembali. Kalau sudah sampai ke tahap ini, buat apa dia mahu mengalah? Baik dia teruskan sahaja. Mana tahu hubungan mereka yang keruh dapat dijernihkan dan cincin itu dapat dia sarungkan kembali ke jarinya.

“Abang kena janji dulu dengan Adra.” Rasa malu cuba dibuang sejauh mungkin. Apa salahnya dia mencuba demi sebuah kebahagian yang dia idamkan. Bahkan ‘saham akhiratnya’ juga akan bertambah kerana merelakan diri untuk lelaki bergelar suami.   

“Janji apa?” Teragak-agak dia bertanya. Risau jika permintaan Adra sesuatu yang tidak dapat dia penuhi.

“Walau apa pun yang berlaku nanti, abang tak boleh tinggalkan Adra.” Terus tubuh itu dipeluk. Lama dia menanti reaksi suaminya. Bila pelukannya dibalas, dia tersenyum. Menganggap itu sebagai persetujuan yang telah suaminya  janjikan. Kalau ada sesutu yang berlaku dalam kehidupan mereka nanti, pasti janji itu akan dituntut. Biar dia dikata pentingkan diri sekalipun dia tidak akan peduli.

“Adra sayangkan abang.” Pelukannya semakin dieratkan. Dia mahu bahagia. Dan dia yakin dengan setiap janji yang Allah tetapkan untuk dia. Umar Zafry miliknya dan selamanya akan begitu. Melainkan Allah mengkehendakkan perjalanan hidupnya berlainan dari apa yang dia harapkan, masa itu barulah dia akan mengalah. Menganggap apa yang berlaku adalah satu kenangan untuk mematangkan lagi kehidupan seorang Adra Afeefa…

Mata dipejam setelah mendengar kata-kata Adra. Dia rasa bersalah. Entah apa yang mendesaknya untuk menabur janji sedangkan dia tahu untuk memenuhi janji itu, dia tidak akan pernah mampu…

Maafkan aku Adra..Berulang-kali ayat itu bergema dihatinya. Sebuah kucupan hingap pada dahi isterinya. Tangan dibawa menyentuh dada. Entah mengapa hatinya terasa perit secara tiba-tiba…  

Surat Cinta Untuk Di Sana : Cadangnya hingga bab 22 saja n3 KSB dekat blog.. Lepas itu SUA akan ambil alih tempat. Macam yang sy bagitahu N3 seciput jajan’s KSB akan ada dekat group… https://www.facebook.com/groups/621308791235302/  …Nanti korang boleh berkenalan dengan ‘Baby Jelly’ dekat sana. Yang mana dah jadi ahli group dah tahulah kan pasal ‘baby jelly?’ haha… (soli lambat..Line itenet dari petang semalam x ada)

4 ulasan:

  1. Best3. Asyik sengih dari mula baca. Sweet sangat watak laki bini ni ;)

    BalasPadam
  2. Baru sudah maraton novel KSB.Novel ni memang best. Suka watak heroin yg comel tp penuh dgn kejutan. Idea cik penulis memang fresh. Terutama bab hero tolong heroin cat rumah. Sgt2 sweet. X rugi akak ikut sgest kwan yg suruh terjah blog ni.Harap KSB dpt dterbitkan nanti.

    BalasPadam
  3. Suka sgt....akak suka cerita camni yg comel & tak terlebih gula...thumbs up....harapnya dpt lah peluk versi cetak scpt mungkin...muah muah

    BalasPadam
  4. best nye citer ni...sy marathon 2 hari baca....x sbr tgu next en3 :) good job writer....suka jln citer ni.....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)