Hel!O mY DarLing!

Khamis, 24 Oktober 2013

Oh My Pretty Boy Husband! Bab 1




“Mak tak kira Pidot. Dua bulan lagi mak nak bermenantu.”

            Jari aku masukkan ke dalam telinga. Bergegar gegendang dek suara mak yang kuat memetir. Mak aku kalau cakap, suara Ning Baizura pun kalah. Mungkin berkat ‘mana tumpahnya kuah kalau tak kena nasi’ yang opah aku perturunkan untuk anak perempuannya. Ratu segala bebel. Mak aku lah tu!

Rambut aku yang sedikit menutup muka dek kerana angin kipas yang kuat berderu, aku selitkan ke telinga.
           
“Kalau dalam masa dua bulan ni kamu tak ada calon, mak nikahkan kamu dengan anak Mak Ngah Nah.” Kali ini mak aku sudah bercekak pinggang. Kembang kucup lubang hidup mak aku sebab bersemangat menuturkan kata.

“Isyh..tak naklah. Mak bukan tak tengok si Temah tu macam mana. Entah perempuan, entah ke jantan. Kasar..” Terbayang oleh aku wajah Halimah A.K.A Temah Bom. Aku yang macam ini punya ayu mak nikahkan dengan budak berperangai macam jantan itu? Uhh…Kirim salam sajalah…

“Dalam bilik mak ada cermin besar. Cuba kamu bercermin tengok kamu tu macam mana.”

“Sudah semestinyalah anak mak ni lagi cantik, sopan… Kalau banding dengan Temah tu..uhfth…Macam langit dengan bumi. Tak setanding.” Bibir aku tutup dengan tangan. Cuba menahan tawa dari meletus keluar.

“Ya Allah… kamu nak bagi mak mati ke Pidot?”

Kalut aku bangun mendapatkan mak, bila wanita kesayangan aku itu memegang  dada dan hampir tumbang.

“Mak jangan tinggalkan Pidot..” Aku tarik tubuh mak ke arah kerusi. Wajah itu aku tepuk perlahan. Air mata yang tiba-tiba berjuraian di pipi tidak mampu aku kesat.

“Kamu menyumpah mak ke apa?”

Kepala yang berdenyut dek tamparan tangan montok mak aku pegang. Aku pandang wajah mak. Membulat mata itu jegilkan aku. Eh, mak dah sihat ke?

            “Bukan mak….” Aku mati kata. Karang kalau aku cakap….entah-entah tangan itu nak ke muka aku pulak. Baik diam.

            “Kamu jangan macam-macam dengan mak Pidot. Mak tak kira, apa jadi mak nak menantu jugak.”

            Wajah aku raup perlahan. Rasa basah terkena tempisan ‘hujan’ yang keluar dari bibir itu.  Mak kalau cakap tak ‘basuh’ sekali dengan muka aku memang tak sah!

            “Pidot muda lagi lah mak.” Aku pun tak faham kenapa mak aku kalut nak carikan aku jodoh. Apa, boleh mati ke kalau aku hidup membujang?

            “Kalau enam tahun dulu kamu cakap kamu muda, mak boleh terima. Sekarang umur kamu dah masuk tiga puluh Pidot oii. Adik kamu Hasnah, anak dah dua. Kamu?

            “Mak.. Pidot mana boleh beranak.” Ada pulak di samakan aku dengan Hasnah. Mak dah hilang akal ke apa?

            “Apasal lah mak ada anak macam kamu?…Mak bukannya bebal sangat nak kamu beranak. Maksud mak kamu kawin..Ha..Nanti adalah anak. Suruh lah bini kamu tu yang beranak.”

Pening aku dengar ayat mak. Berbelit lidah.

            “Alah..Pidot kan ada mak. Buat apa nak cari bini. Mak dah tak suka jaga Pidot ke?” Ini yang buat aku rasa nak sentap. Mentang-mentanglah aku ni insan lemah lagi tak berdaya, mak pun dah sangup nak membuli aku.

“Kamu ingat umur mak tiga tahun? Nak menongkat langit jaga kamu?”

“Ye lah..Yelah…nanti Pidot cari isteri sorang bagi mak.” Malas berlawan kata dengan Hajah Tempawan. Asyik dia saja nak menang!

“Yang kamu nak bagi dekat mak kenapa? Cari bini untuk kamu lah….Apalah salah mak masa mengandungkan kamu Pidot?”

Aku garu kepala. Ini yang aku tension. Semua yang aku cakap tak pernah betul dekat mata mak. Jangan-jangan aku ni anak pungut tak?

3 ulasan:

  1. Lah citer pidot rupenye.. hehe.. thanks writer.. tunggu citer ni dr jajan dulu lagi.. igtkan citer baru yg lain

    Miss Z

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)