Hel!O mY DarLing!

Rabu, 17 April 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 10



                                                                                                                                                                      
 "Putih-putih melati,
Merah-merah delima,
siapa yang baik hati pasti kuterima"
           
               Hasif memakukan langkah di muka pintu pantry. Tergeleng kepalanya memandang seorang pekerja yang sedang membancuh air sambil menari. Mulut itu pula tak berhenti mengulang lirik lagu yang sama. Niatnya ingin membancuh air nescafe tergendala.

            Hasif menahan tawa. Nampak comel pulak tarian yang dipamerkan oleh si gadis misteri. Entah mengapa Hasif rasakan semakin direnung semakin kenal. Baju dengan kain tu macam pernah dilihat. Suara gadis itu juga macam pernah didengar. Berkerut wajahnya ingin mengingati dimana dia pernah bertemu dengan gadis berkenaan.

Yuyu mengoyang-goyangkan badan mengikut rentak lagu. Sejak pertama kali mendengar lagu itu dimainkan oleh budak-budak kaki lepak di bawah apartment tempat tinggalnya, dia terus tertarik. Lagu yang kedengaran simple tetapi sangat comel. Sambil itu dia mula memasukkan dua sudu gula ke dalam mug. Dihidu sedikit aroma nescafe. Emmm, wanginya.

Dengan memegang mug Yuyu berpaling. Wajahnya ditundukkan sedikit. Seketika kemudian dia memanggung kepala memandang ke hadapan. Matanya cekap menangkap figura seorang lelaki. Terasa darah menyerbu ke muka secara tiba-tiba. Terbeliak matanya memandang ke arah lelaki itu. Jelas kelihatan lelaki itu seakan turut terperanjat memandang ke arahnya.

 Itu bukankah? Hasif tergamam. Dicubit tangannya kuat. “Aauchh!” Sah, dia tidak bermimpi. Apa minah tu buat di sini?

“Kau!” Serentak ayat itu meluncur dari bibir keduanya.

“Aku” serentak lagi.

“Gila” Untuk kali ketiga mereka mengeluarkan ayat yang sama.

Yuyu bengang. Mereka bukan pasangan sehati sejiwa, tetapi apasal asyik keluar perkataan yang sama? Tak puas hati betullah!

“Kau tiru aku tu apasal?” Intro untuk mencari gaduh Hasif mulakan.

“Weh, bebaik sikit mulut kau. Macam budak-budak.” Yuyu membidas. Hal kecil pun nak besarkan ke? Tak matang langsung.

“Siapa budak? Aku ke kau?” Mulut, tak der insuran!

“Kau bak balik sijil aku.” Tangan disuakan ke arah Hasif. Dia tiada masa untuk bergaduh seperti budak kecil. Sekarang apa yang penting ialah sijil-sijil dan kad pengenalannya.

“Jangan mimpi aku nak bagi balik macam itu saja.” Hasif tersengih. Idea membuli yang sudah dikarang berhari-hari cuba diingati kembali.

“Kau nak aku buat apa?” Yuyu cuba mengalah. Manalah tahu ‘kelembutan’ dia mampu mencairkan lelaki yang kelihatan angkuh dihadapannya sekarang.

“Jadi orang gaji aku.” Terasa kembang setaman hatinya menuturkan ayat itu. Bahagianya dunia. Semangat ingin membuli membara secara tiba-tiba.

“Dalam mimpi.” Rasa hendak ketawa pula Yuyu mendengar kata-kata itu. Ini tiada lain lah ni. Mesti banyak menonton sinetron, tak pun banyak baca novel. Kesihan betullah.

“Kalau macam itu, sijil kau yang bersepah dalam simpanan aku, dalam mimpilah kau boleh dapatkan balik. Adilkan?” Kening double jerk ditayang.

“Lantak engkaulah.” Walaupun dia kelihatan tidak kisah, tetapi di dalam hati sudah bermacam cara dirangka untuk mendapatkan kembali sijilnya. Masalah, masalah.

Hasif bengang. Apasallah tak jalan rancangannya? Terus padam imaginasinya ingin membuli si budak sekolah. Direnung tubuh itu atas bawah. Sudahlah ‘kemetot’, cekeding pulak tu. Tak cukup zat! Segala macam dikutuknya bagi menzahirkan kekecewaan tidak dapat meneruskan rancangan ‘pembuliannya’.

“Tepilah.” Yuyu menolak sedikit tubuh yang menghalang laluannya. Bila Hasif tiada tanda ingin beralih arah, dia mula menundukkan kepala ingin menyusup di bawah lengan lelaki itu yang elok mendarat di bingkai pintu. Sekali lagi tindakkannya terhenti bila Hasif menurunkan tangan membuatkan kepalanya berlaga dengan lengan sasa itu.

Yuyu kembali berundur kebelakang. Air nescafe yang mula sejuk dihirupnya rakus. Kalau diikutkan hasrat hati hendak sahaja dia mandikan lelaki itu dengan air nescafe, tetapi kenangan beberapa hari lalu kembali terlayar. Kenangan dia memandikan suami kesayangan Camelia dengan Nescafe ais. Memalukan!. Jadi, dari dibiarkan pisang berbuah dua kali, lebih baik dia berhati-hati.

Memang melampau! Hati yang membara semakin membakar. Gelas bertulis ‘i’m in love’ di tangan budak sekolah di renung berkali-kali bagi mendapatkan kepastian. Gelas bewarna purple itu milikknya!. Dia yakin sangat sebab dia yang melukis design gelas itu sebelum ditempah.       

“Cantik gelas kau.”

“Ini? memanglah cantik. Sebab aku tak kena beli.” Selamber ayat itu meluncur dari bibir Yuyu. Sekali lagi dia menghirup air yang masih penuh di dalam gelas.

“Memang kau tak kena beli, sebab tu gelas aku.” Hasif pantas merampas gelas yang berada dalam gengaman Yuyu. Banyak cantik muka. Ingat dia pengeluar gelas free ke?

Terbatuk-batuk Yuyu bila mendengar kata-kata Hasif. Macam mana boleh terambil gelas dia pulak? Bukan gelas tu tak bertuan ke? Berhabuk semacam sahaja bila dia keluarkan dari almari.

“Orang guna sekejap sahaja kot, itu pun nak berkira. Dasar haji bakhil!” Terherot-herot mulut Yuyu memuntahkan kemarahannya kepada Hasif.

“Wah, wah, mulut engkau!” Ikatan tie dilonggarkan. Panas membahang suasana dirasakan. Aircone bagaikan sudah tidak berfungsi. Nasib baik anak orang, kalau anak beruang dah dicepuk-cepuknya biar lunyai.

Yuyu tidak tunggu lama. Kesempatan untuk melarikan diri sudah terbuka. Pantas dia menyusup keluar bila lelaki itu melepaskan tangan dari menghalang laluannya. Nafas lega dihembus kuat. Akhirnya, dia bebas dari seksaan mengadap wajah mamat biadap. Santai Yuyu melangkah ke mejanya.

Belum sempat sampai ke meja. Suara lantang Kak Bib lantang memekik namanya. Sudah macam Jane isteri Tarzan pulak Yuyu rasakan. Terpekik terlolong. Kening diangkat tanda bertanya ‘apa mahu kamu’.

“Sinilah. Cepat datang.” Kak Bib melambai-lambai tangan ke arah Yuyu. Lembab benor jalannya. Rasa macam hendak sahaja dia melangkah ke arah Yuyu dan menarik tangan itu supaya lebih pantas bergerak.

“Apa Kak Bib?Yuyu bertanya malas. Dalam pada masa yang sama dia melihat Man Posto tersengih memandangnya. Budak itu pun sibuk bertempek di tempat Kak Bib. Sengihan malas dilemparkan. Tetapi kemudian sekali lagi wajah Man ditatap bila ada yang kelihatan sedikit aneh di matanya. 

“Ya Allah Man yang mulut engkau dah macam musang ajer akak tengok, dah kenapa?” Warna kehitaman jelas mengotori sekitar bibir itu. Yuyu mengecilkan mata cuba mengenal pasti apa bendanya yang mencemari bibir itu.

“Kek coklat. Puan Camelia bagi tadi. Dia cari Yuyu tak jumpa. Budak Man ni, suka benar dengan kek coklat, itu yang akak potong bagi dia sikit.” Dalam pada masa yang sama tangan Kak Bib laju memotong kek beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam piring sebelum diedarkan kepada pekerja lain.

Yuyu menelan liur. Bila tinggal beberapa hirisan sahaja lagi pantas dia menghalang Kak Bib dari menyerahkan kepada orang lain. Perut yang baru diisi dengan beberapa teguk air Nescafe terasa lapar secara tiba-tiba.

“Jangan risau. Akak ada simpan untuk Yuyu. Pisau pemotong kek diletak. Pantas tanganya menarik laci meja. Beberapa hirisan besar kek coklat di serahkan kepada Yuyu.

“Ini yang sayang Kak Bib lebih dari biasa ni.” Tersengih lebar Yuyu menyambut. Di hidu aroma kek coklat. Sedapnya.



Hasif mengeluh berat. Gelas yang sudah dicuci direnung. Apalah malang nasib dia. Asyik bertembung dengan perempuan tu sahaja. Sudah macam tiada orang lain di dunia yang boleh dia terserempak.

Apa agaknya perempuan tu buat dekat office aku? Dia berfikir. Hairan pulak dirasakan. Hendak di katakan orang luar. Rasa mustahil pulak. Bukan sebarangan orang boleh naik ke aras lapan. Hanya pekerja dan orang tertentu sahaja di benarkan masuk. Pelik.

Takkan Amjad ambil pekerja baru? Mungkin betul. Sebab sudah beberapa hari dia sibuk berulang alik ke Ipoh menguruskan projek mereka di sana. Jadi dia tiada masa ingin mengambil tahu setiap perkara remeh yang berlaku.

Kalau betullah perempuan tu pekerja sini macam mana? Pertannyaan itu bermain di fikiran Hasif. Sesaat cuma sebelum dia mula tersengih lebar. Akal jahat untuk menjatuhkan musuh kembali di ‘up date.’ Mintak-mintaklah betul perempuan tu pekerja syarikat ini.


Surat cinta Untuk Disana : lama benar rasa x letak novel ni. Kalau ada yang masih sudi, jemputlah baca dan komen...

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)