Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 12 April 2013

Cerpen : Kuberi Cinta, Ku Serah Kasih Part 1


            “Amni tak kira mak. Apa jadi sekalipun Amni tetap nak kahwin dengan Firdaus.” Amni mula membentak. wajahnya masam mencuka. Geram dengan ibunya yang bagaikan tak merestui hubungannya dengan Firdaus.
           
“Amni oii. hang tu jangan dok syok sendiri. Mak ni bukan apa, tak mau nanti hang yang patah hati. Aku dengar budak Firdaus tu dah ada..apa tu orang putih panggil?  gepren ka? ha betul la aku sebut tu . Tak daknya dia nak kat hang.”  Mak Senah yang sibuk menebas semak samun di kebunnya semakin bersemangat. Pokok yang agak besar sekejap sahaja di cantasnya. Bukan semangat apa, semangat kerana marahkan anak gadis sendiri.
           
            “Girlfriend la mak. Mak ni memandai je. Abang Firdaus tu dah janji nak kawin dengan Amni lepas dia habis belajar.” Amni semakin geram. Ada saja modal Cik Senah tu nak kondem semangat dia. Terbayang wajah kacak Firdaus. Hatinya berbunga riang.
           
            “Ni Amni, mak nak habaq kat hang. Hang toksah dok buat gatai merenyam sangat no. Malu kalau orang kampong tau. Dok abang Firdaus, abang Firdaus.”  Wajah anak gadis tunggalnya direnung tajam. Bukan dia tak tahu, sejak dari kecil lagi anaknya itu menyimpan angan nak bersanding dengan anak Rahimah, jiran sebelah rumahnya. Dia bukan tak suka pada budak Firdaus tu, tapi dia tahu tak adanya budak tu nak pandang anak gadisnya yang serba serbi kekurangan.
           
            Apatah lagi keluarga Firdaus juga bukan calang keluarga. Rumah  yang bersebelahan dengan rumahnya ibarat gajah dengan semut. Rumah banglo itu bertingkat-tingkat tingginya. Walaupun keluarga itu tidak sombong tetapi dia sedar di mana kedudukan mereka. 
           
            “Mak, Amni ni anak mak. patutnya mak bagi sokongan moral. ni tak kejenya asyik nak patahkan semangat orang ja.” Amni mencebik. Ingatkan balik kampong bolehlah dapatkan semangat dari mak tersayang, huh bermimpi di tengah hari la dia.
           
            “Bukan tak mau bagi semangat, tapi hang pun tau. Budak tu dia balik dari ‘obesi’ belajaq pandai tak kan dia nak pandang dekat hang Amni. Mak ni nak hang bahagia. Kalau hang saja mau kat dia tapi dia tak mau dekat hang nak buat apa?” Mak senah mengesat sedikit peluh yang menitis. Dia tahu anaknya dari dulu menaruh perasaan terhadap Firdaus, bahkan dia sendiri bangga bila anak gadisnya menjadi pilihan lelaki itu tetapi itu semua dulu. Sejak dari tahun pertama Firdaus di Russia lagi dia tahu yang pemuda itu mula menganyam cinta dengan orang lain.
           
            “Amni tahu mak. Dia pasti kawin dengan Amni nanti.”  Bersunguh dia berkata. Mahu atau tidak lelaki itu mesti mengahwininya seperti yang mereka janjikan bertahun dulu. Kerana Firdaus dia sudah hilang sifat malu dang bersopan yang selama ini menjadi ‘makanan’ hariannya.
           
            Mak Senah mengeluh resah. apa kena dengan anak gadisnya? Tak pernah Amni berkelakuan seperti ini. Amni anaknya yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah dia berbangga bila ramai memuji betapa kelembutan dan kesopanan Amni membuatkan mereka kagum. Tetapi hari ini kemana menghilangnya sifat yang dia banggakan itu?
……………….
            “Jemput minum Nah.” Rahimah tersenyum memandang tetamunya. tengok dari gaya seperti ada hal penting. Tak pernah pagi-pagi buta jirannya itu bertandang ke rumah.

            Senah menelan liur yang terasa kesat. Ni semua anak gadisnya punya pasal. Wajahnya terasa membahang. Di toleh kiri dan kanan bagaikan mengesan jika ada orang lain yang cuba mendengar perbualan mereka. Malu jika hajatnya diheboh.
           
            “Nah datang ni sebenarnya bawak hajat.” Setelah berkira-kira barulah suaranya keluar. itupun antara dengar dan tidak sahaja.
           
            “Hajat apa tu? Cakap je Nah. Kita ni buka baru sehari dua kenal. Kalau Nah ada masalah insyaallah kalau kak boleh bantu kak bantu.” 
           
            “Erkk..sebenarnya mcam ni kak.. Saya…saya..emm nak pinang anak kak.”
           
           “Eh biar betul kamu Nah. Budak Fina tu SPM pun tak lepas lagi. Siapa yang mintak kamu pinangkan anak akak tu?” sedikit terbeliak mata Rahimah dengan permintaan dari Senah. Suasana sejuk terasa membahang. Berpeluh ketiak mendengar permintaan tak masuk akal itu. Air yang di hidangkan kepada tetamunya dicapai. Hendak dikatakan meminang Firdana, dirasakan tak logik pulak. Masakan orang tidak tahu yang anaknya itu telah berkahwin?
           
            “Sebenarnya kak..emm…bukan saya nak pinang Fina. Tapi saya nak pinang Firdaus untuk Amni.”

        “Puhhhhh” menyembur air yang baru diminum Rahimah. Terasa mahu pitam. Senah yang memandangnya terkebil-kebil bila percikan air kopi melikat di wajahnya. Di raup perlahan kopi yang mula menitis. Hanya sengihan kelat yang mampu dia hadiahkan kepada Rahimah yang sudah seperti kena sampuk.
……………………….
            Ketulan batu kecil di ambil. Setelah memastikan tiada orang yang nampak perbuatannya Firdaus membaling batu itu ke arah tingkap kayu tidak jauh di hadapannya. berkali-kali batu di baling. Dia tersenyum kemudian bila tingkap terkuak. Wajah comel remaja perempuan menjelma. tertoleh kiri kanan bagaikan mencari dari mana datangnya bunyi.

            “Amni” dengan nada perlahan dia memangil. Firdaus tersengih bila Wajah gadis itu mencerlun memandangnya.

            “Abang buat apa ni? dah lewat sekarang. kenapa tak tidur lagi? esok nak bangun awal kan?” Amni mengeluh. tak pernah-pernah Firdaus buat perangai tak ‘semengah.’ Cahaya bulan yang sedikit malap dengan bunyi anjing menyalak sedikit menyeramkan. Angin yang sesekali kuat bertiup menandakan hari akan hujan.
           
            “Tak sudi nak jumpa abang ke? esok pagi dah last tau abang kat sini. Lepas ni entah bila pulak kita nak jumpa.” Firdaus mendekat. Kebetulan bilik Amni dibawah membuatkan mudah untuk mereka berbual.

            “Nanti cuti sem abang balikkan?” Pergilah balik. Nanti kalau orang nampak apa pulak orang cakap.” Amni tidak selesa. Tahu dek emak yang dia bersembang dengan anak teruna orang malam-malam buta ni mahu digulaikannya.

            “Mestilah abang balik. Amni tunggu abang tau. Nanti abang sudah habis belajar kita kahwin.” Wajah kekasih hati direnung dengan penuh perasaan cinta yang mengebu. Semakin hari semakin dia cintakan Amni. Amni yang comel dan Amni yang sopan, itu adalah ciri wanita yang diingin dan diidamkannya selama ini.

            “Abang janji tau?” Amni tersenyum gembira melihat angukkan Firdaus.

            “Nanti abang pergi sana, Amni jangan nak mengatal pulak.” Di dalam hatinya terselit perasaan resah. Kekasih hatinya itu menjadi rebutan jejaka kampung, di sekolah apatah lagi. Takut dia membayangkan Amni pergi dari hidupnya. Walaupun rakan-rakannya mengatakan cinta mereka adalah cinta monyet, tetapi dia tidak peduli. Dia tahu hatinya.

            “Eleh…kata Amni. Jangan-jangan abang tu sehari sampai negara mat saleh, terus lupakan Amni. Kita ni dah lah tak cantik. Buatnya abang jatuh cinta dekat minah mata biru dekat sana, haii…melepaslah Amni dekat sini.” Amni pura-pura membuat ayat pasrah. Hanya Allah tahu bertapa dia bersedih harus berpisah dengan Firdaus.

            Lelaki itu di kurniakan otak yang bergeliga. Dia pula hanya sedarhana dalam pelajaran. Bukan dia tidak berusaha tetapi resultnya tetap sekadar cukup makan. Firdaus dari darjah tiga sudah menunjuk kepandaian. Siap langkau kelas lagi. Ujian semasa darjah tiga membolehkan dia lompat kelas. tak perlu masuk darjah 4, terus darjah lima.
           
            Lama mereka bersembang dari satu topik ke satu topik. Jam yang sudah menunjukkan  pukul satu pagi tidak disedari. Bunyi motosikal lalu menyedarkan mereka. Gelabah Amni bila membayangkan apa orang akan bercakap tentang mereka.

            “Abang masuk cepat.” Amni membuka luas tingkap biliknya. Firdaus pantas melangkah masuk. Dia pun takut jugak sebenarnya. Mahunya tahu dek penduduk kampung dia bertempek di sebelah bilik anak dara orang mahu lebam muka dihentam. Baginya hidup bermasyarakat memang menyusahkan.

            “Abang balik tau lepas ni. Amni kembali membuka tingkap perlahan-lahan. Bila diyakini motosikal tadi sudah berlalu dia menarik nafas lega. Dalam hati perasaan sebak mula melanda. Masanya untuk bersama dengan Firdaus semakin suntuk.

            “Amni jangan lupa janji Amni nak setia kepada abang.” Firdaus sekali lagi membuat pesan. Dia berura-ura ingin melangkah melepas tingkap. Tetapi tangisan kecil mematikan hasratnya. Wajah Amni yang mula di basahi air mata direnung. Entah apa yang merasuknya tubuh itu di rangkul. Cuba menenangkan kekasih hati yang sedang bersedih dengan perpisahan yang bakal berlaku.

            “Syuhhh…Amni jangan sedih. Nanti cuti sem abang balik.” Firdaus mengusap lembut belakang tubuh Amni. Haruman shampoo menyapa hidungnya. Dadanya sudah bergetar lain macam. Pelukkan Amni yang kuat di pinggangnya membuatkan dia semakin terleka. 

            “Amni sayangkan abang” Bisikkan lembut itu menyapa telinga Firdaus. Dia ingin merenggangkan pelukkan, tetapi perasaan asyik yang pertama kali dirasai sukar di tolak. Tanpa sedar wajah itu sudah menjadi mangsa ciumannya..Mereka semakin terleka…Rintik hujan semakin kasar menghentam bumbung rumah bagaikan tidak mengangu perbuatan anak remaja yang baru mengenal erti dunia.
………………………………
            Amni tersentak. Badannya terasa berpeluh. Diraup wajahnya berkali-kali. Terasa air hangat turun melepasi lekuk pipinya. Saban malam terutamanya semenjak mengetahui berita kepulangan Firdaus, dia dihantui mimpi yang sama, membuatkan dia ketakutan. Kenangan ‘itu’ sukar dilupakan. Menghimpit jiwanya dengan perasaan bersalah dan berdosa. Andai masa dapat diputarkan kembali, dia akan pastikan kejadian beberapa tahun dahulu tidak berlaku. Tetapi dia tahu segalanya mustahil. Semuanya telah terlambat. Sekarang hanya ehsan Firdaus yang di harapkan.
          
         Dengan perlahan dia berdiri. Kakinya di atur menuju ke bilik air. Dibuka perlahan air paip. Dengan berhati-hati dia mengambil wuduk. Dia ingin melakukan solat taubat. Hanya itu yang mampu di lakukan. Setiap kali dia mengingati peristiwa yang sama, hanya dengan berserah diri kepada Allah, mampu membuatkan dia kembali tenang.
          
         Lama dia berdoa. terasa berat kaki ingin meninggalkan sejadah. Berharap Allah mengampunkan dosa yang telah dia lakukan. Dosa berkasar bahasa kepada ibunya demi Firdaus juga sudah tidak terhitung banyak. Bukan dia sengaja, sungguh langsung tidak pernah terlintas di fikirannya ingin membuatkan wanita yang banyak berkorban dan berjasa kepadanya itu rungsing, tetapi dengan desakan sahaja dia tahu, dia mampu memiliki Firdaus dengan bantuan ibunya.
………………………….
            Mereka berdiam diri. Aku tengok kau, kau tengok aku. Itu yang terjadi sejak 15 minit tadi. Masing-masing berat mulut bagi memulakan perbualan.
           
          “Amni sihat?” Firdaus mengalah. Hanya sekilas dia memandang wajah yang pernah membuatkan hidupnya di penuhi warna-warni.  Sekarang dirasakan getar yang pernah membuai perasaannya satu ketika dulu bagaikan hilang di telan masa. Tiada getar dan tiada rasa. Kosong.

            “Macam abang tengok sekarang.” Amni berkata tenang. Jelas riak itu bagaikan tidak senang mendengar kata-kata sinisnya. Bukan niat hati ingin biadap, tetapi desakan naluri kuat menyuruhnya berperangai sebegitu. Hampir dua bulan Firdaus menyepikan diri. ‘Masa lalu’ yang ingin diselesaikan juga tertanguh.

            “Abang nak Amni batalkan pertunangan kita.” Firdaus berkata tenang. Ketenangan yang dikumpul setelah berhempas pulas dia mengucapkan kata-kata yang sama di hadapan cermin.

            Dia sebenarnya tergamam bila mamanya memberitahu yang dia dipinang. Rasa tergamam yang kemudiannya membuatkan dia ketawa berdekah. Kelakar dirasakan saat itu. Entah anak dara manalah yang terdesak sangat, tetapi saat nama Iman Amni meluncur dari bibir mama ketawanya mati dengan sendiri. Penolakkan Dilakukan, tetapi ternyata dalam diam mamanya membuat persediaan.

             Rombongan peminangan di hantar tanpa persetujuannya. Dia tahu mama memang dari dulu sukakan Amni. Setiap kali dia menalifon tidak pernah nama itu tiada dari bibir mamanya. Itu Amni, ini Amni dan segalanya tentang Amni. Awalnya dia sendiri menyukainya, tetapi bulan ketiga di perantauan, menemukan dia dengan gadis lain, entah bila tanpa disedari cinta untuk Amni, berpaling arah dan mendengar nama itu sahaja sudah cukup tidak disukainya.

            “Abang yang nak batalkan, abang sendirilah yang cakap.” Amni tersenyum. Hendak batalkan? Tidak!!! Walau apa yang berlaku Firdaus harus bertanggungjawab.

            “Abang tak cintakan Amni. Tolonglah faham. Kita macam langit dan bumi, semuanya berbeza.”
           
           “Dulu tak ada pulak nak sebut tentang perbezaan segala.” Semakin sinis kata-kata yang meluncur dari bibirnya. Dia bukan lagi anak gadis cengeng yang hanya tahu menangis apabila dilanda kesusahan. Usia mematangkannya, dan semua yang berlaku memberikan dia kekuatan yang entah bila terbina.

            “Susah cakap dengan Amni. Abang tak nak teruskan pertunangan ni. Amni cubalah faham.” Firdaus cuba memujuk. Kenapa dirasakan Amni sudah jauh berubah? Keras kepala itu terasa sukar dilentur.

            “Apa yang Amni faham, abang kena bertanggungjawab dengan perbuatan abang dulu.” Mengenang kisah lalu membuatkan Amni sedikit sebak. Sedaya upaya dia cuba menghapuskan rasa itu. Dia tidak boleh lemah. Cukuplah dengan apa yang dia lalui selama ini.
…………………………..
            Air mata yang mengalir di biarkan rakus menodai pipi. Wajah Firdaus yang tertidur pulas selepas menakluki dirinya dipandang. Bibir diketap kuat agar tangisannya tidak kedengaran. Selama hampir dua bulan hidup dengan Firdaus, dia merasakan dirinya tidak ubah seperti pelacur. bezanya pelacur di bayar. sedangkan dia? tidak langsung diberi kesempatan untuk menolak. Tak pernah Firdaus mahu berlembut dengannya.
           
            “Kenapa ni?” Suara garau Firdaus yang terasa berbisik di telinganya membuatkan dia gelabah. pantas air mata di kesat. dia tersentak bila terasa hembusan nafas lelaki itu kuat berderu di lehernya. Apa mahu lagi lelaki itu? Bila di rasakan Firdaus sudah lain macam, pantas dia menarik kain tuala yang di letakkan di kepala katil. sengaja dia meletakkan di situ walaupun dia tahu Firdaus tidak menyukai tabiatnya. gebar di tolak sedikit. tuala mula di balutkan ke badan.
           
            “Nak pergi mana?”Firdaus memegang tangan isterinya yang mahu bangun dari katil. Ditarik tubuh itu ke dalam pelukkannya, terasa tolakkan kecil dari Amni. tetapi dia tidak peduli. Tangannya sudah menjalar merata.
           
            “Layan aku kejap.” Suaranya antara dengar dan tidak sahaja. matanya rakus memandang sekujur tubuh itu.

            “Amni penat bang. Kejap lagi nak masuk kerja.” Tubuh Firdaus di tolak lembut. Terasa air matanya kembali ingin menitis. Kenapa Firdaus masih mahu membunuh perasaannya?

            “Kau cuti harini. Aku bagi cuti.” Firdaus tersenyum sinis. Bukan tidak nampak wajah itu berubah, tetapi entah mengapa hatinya berlagu riang melihat wajah itu kembali mendung. Kedukaan Amni adalah kegembiraan terbesar dalam hidupnya. Dia puas dapat menyakiti perasaan Amni. Dirasakan ini balasan yang setimpal untuk wanita itu kerana berjaya mengheretnya dalam perhubungan yang langsung tidak di ingininya.

            Pertemuan dan perbincangan mereka tidak pernah berhasil. Amni masih dengan sikap degil dan dia terlalu sukar untuk menolak bila mama begitu beria-ia dengan perhubungan yang ingin dicipta antaranya dan Amni. Dua bulan lalu mereka diijabkabulkan. Majlis pertunangan berlangsung sama dengan hari pernikahan. Dan mulai hari itu dia bertekat, Amni akan menyesal hidup bersamanya.
……………………………..
            “Amni kau tengok tu. Sesuaikan diorang? Haii…beruntunglah Doktor Maria dapat Doktor Firdaus tu. Dahlah kaya, kacak pulak tu.” Gina wanita kacukan Cina dan India itu, menarik-narik baju Amni menyuruh wanita itu memandang ke arah merpati dua sejoli yang sedang sakan bergelak ketawa. Siap bertepuk tampar.

             Amni yang mendengar kata-kata Gina terdiam. Matanya memandang ke arah Firdaus dan Maria. Hatinya terluka tetapi entah mengapa kelukaan itu sudah tidak terasa peritnya. Seketika dia melarikan pandangan bila mana renungannya ditangkap sepasang mata Firdaus yang sinis memandang ke arahnya.

            Liur ditelan bila mana langkah ke dua manusia itu menapak kearahnya dan Gina. Terasa semput nafasnya.

            “Ada orang tak kat sini? Tempat lain dah penuh.” Maria bertanya lembut. Pandangannya jatuh ke wajah Amni. Belum pun sempat dia menjawab Gina terlebih dahulu memotong.
          
             “Eh tak ada doktor. Duduklah.”

            “I pergi ambil makanan dulu. U tungu sini jelah.” Maria berkata kepada Firdaus. laju dia melangkah kemudiannya. Firdaus melabuhkan tubuh di sebelah Amni. Nampak jelas wajah isteri rahsianya berubah.
……………………………………
            Amni menahan matanya dari tertutup. Sudah beberapa kali dia asyik tersenguk. kenduri kesyukuran sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa mertuanya dibuat sederhana tetapi meriah. Tetamu dari selepas maghrib tadi tidak putus. Sekarang jam sudah beranjak ke pukul sebelas lebih. tetapi tiada tanda tetamu akan berkurangan.

            Jika diikutkan rasa hati, mahu sahaja dia masuk ke bilik dan tidur. Apatah lagi sejak pagi tadi dia rasa tidak sihat badan. Tetapi memikirkan tangapan saudara mara suaminya dia mematikan hasratnya.

           “Iman Amni!!!” Satu suara kedengaran menyapa pendengarannya. Amni pantas berpaling. Senyuman yang terukir di bibirnya perlahan-lahan mati. Nafasnya rasa tersekat. Sukar untuk bernafas. Dadanya terasa seperti dihempap seketul batu. Terasa bergetar bibirnya ingin membalas panggilan wanita yang tersenyum memandangnya. Seketika kemudian terasa tubuhnya dirangkul erat.
         
            “Lamanya Kak Atie tak jumpa Amni. Ya Allah rindunya.” Pelukan Hayatie dibalas lembut. Matanya terasa berkaca. sarat dengan air mata yang bila masa sahaja akan menodai pipinya yang gebu. Air mata yang membawa sekali rahsia di sebalik tangisan itu.

           “Kenapa Amni lama tak datang rumah Kak Atie? Anak-anak akak selalu tanya mana Umi Amni diorang.” Hayatie berkata lembut. Wajah yang hampir dua tahun tidak ketemu di pandang penuh kasih. Entah mengapa di rasakan wajah itu semakin suram bagaikan tiada seri. Tidak ceria seperti mana beberapa tahun dahulu.
           
            “Amni pun rindukan anak-anak. Tapi….Amni tak kuat kak. Amni takut tak dapat kawal perasaan nanti.” Matanya dipejam. Suasana yang sedikit sunyi memberika ruang untuk mereka berbicara. Sudut taman yang terbina cantik di belakang rumah mentuanya dipandang kosong. ketika tangannya diseret mengikuti langkah Hayatie dia hanya mengikut tanpa perasaan.

            “Ya Allah Amni. Dah dua tahun dah. Kak Atie dengan Abang Rafiq pun dah teruskan hidup. Amni pasti kuat kalau Amni cuba. Jangan fikir sangat perkara yang dah lepas.” Bila menyentuh tentang ‘itu’ hatinya pasti sebak. Kehilangan orang yang di kasihi memang memberikan tamparan dalam hidupnya tetapi syukurlah dia masih ada suami dan anak-anak yang memberikan semangat dan kekuatan untuk dia melupakan kenangan sedih itu.

            “Amni dah cuba kak. Tapi payah sangat. Sukar Amni nak buang Firdaus dari hidup Amni. Makin Amni cuba makin kuat ingatan tu kak.” Air matanya terasa semakin rakus menerjah tubir mata. Kalaulah masa dapat di putarkan, sumpah.. dia akan lakukan apa saja demi Firdaus, tetapi dia memang tidak mampu.

            “Kak tak suruh buang Amni. Akak sendiri sampai sekarang tak pernah lupakan arwah Firdaus. Cuma kak harap Amni dapat teruskan hidup. Biar kenangan tu kita simpan disini.” Tangannya di bawa menyentuh dada Amni. Kemudian diraih kembali tubuh wanita yang sudah diangap seperti adik sendiri itu ke dalam pelukkannya.

            “Eh lupa nak tanya. Amni buat apa kat sini?” Hayatie bertanya bila keadaan kembali tenang. Hairan dia bila bertemu Amni di rumah ibu saudaranya.

            “Rumah mentua Amni kak.” Amni berkata perlahan. menghantar maksud agar Hayatie faham di sebalik kata-katanya. Sementara Atie sudah tersentak. Wajah Amni di pandang seperti meminta kepastian. Dadanya kuat berdetak seperti di palu.

            “Amni jangan cakap yang Firdaus tu…..” Tidak terluah kata yang seterusnya. Mulutnya terasa kaku. Mustahil. Ya Allah. Kenapa begitu percaturannya? Apa rahsia di sebalik segalanya ini?

            “Mana akak kenal Firdaus?”

            “Dia adik sepupu akak Amni. Dia ke..?” Katanya tergantung seperti tadi. Wajah Amni di renung mengharap penjelasan.

            Amni kalut. kenapa begitu? Rupanya dia menyerahkan ‘Firdaus’ kepada ahli keluarga suaminya sendiri. Memang hebat percaturan yang Allah aturkan untuknya.

            “Ya Allah kak, sungguh Amni tak tahu. Tolong kak, simpan rahsia tu. Amni tak nak nanti Firdaus dipandang serong.” Amni memegang tangan Hayatie. berharap wanita itu menyimpan rahsia mereka. Cukuplah hanya dia dan Hayatie yang tahu.

            “Betul ke Firdaus?” Atie bertanya lagi. dia hanya mahukan kepastian. Bergetar  tubuhnya bila Amni menganguk lemah.
…………………………
            “Mama.” Sedaya upaya dia mengeluarkan butir bicara. kedengaran begitu lemah dan tidak bermaya.
            
           “Firdaus nak apa sayang?” Hayatie mengusap lembut rambut anak kesayangannya. Sedaya upaya dia menahan perasaan sedih dari dikesan anaknya. Kalau boleh ditukarkan tempat, dia rela menaggung semua kesakitan yang dialami anak kesayangannya.

            “Firdaus nak balik rumah…nak main dengan adik.”

            “Tak boleh sayang. Firdaus kena sihat dulu.Esok mama suruh papa bawak adik tengok Firdaus ye?” Dia tersenyum bila Firdaus menganguk. Anak itu memang mengikut kata. Tak pernah dalam hidupnya terdetik perasaan kesal sejak dari saat pertama dia membawa tubuh kecil itu dalam pelukkannya. Iman Firdaus….anak itu hanya anak angkat. anak orang yang diamanahkan kepadanya. Bukan kedatangan anak itu tidak disenangi tetapi ibu kandungnya belum mampu untuk memelihara Firdaus dengan keringatnya.
           
            Teringat kenangan tujuh tahun yang lalu. Dia gembira bila berjaya membantu kelahiran seorang lagi anak adam kedunia. Gembira berkongsi kegembiraan dengan wanita lain, kerana dia belum berkesempatan menjadi wanita terpilih untuk mengandung dan melahirkan anak walaupun usia perkahwinannya sudah menjangkau lima tahun, tetapi kegembiraanya sedikit bertukar gementar bila mana perempuan muda yang baru melahirkan anak itu merayu dia menerima anak comel itu sebagai ahli keluarganya.
           
            Dia ingin menolak, tetapi tangisan dan rayuan dari remaja bernama Amni itu sukar ditepis. Dia jatuh kasihan, apatah lagi saat bayi kecil yang diberikan kepadanya itu mengenggam erat jari telunjuknya bagaikan merayu kasih, saat itu dia rasakan dia wanita paling beruntung.

            “Amni sayangkan Iman Firdaus kak. Tapi Amni tak mampu nak pelihara dia. Amni rayu, tolong bagi keluarga sempurna untuk Firdaus. Sumpah kak, Amni tak kan tuntut Firdaus dari Akak.”

            Bersilih ganti dia memandang wajah itu. Saat itu juga dia memeluk erat anak kecil yang masih merah itu dengan penuh kasih sayang. Dikhabarkan kepada suaminya. Tentangan lelaki itu tidak dipedulikan, dan ternyata dia tidak silap percaturan. Dengan kedatangan Iman Firdaus dalam ke hidupannya dan Rafiq, warna alam rumah tangga mereka terasa berseri. keletah manja Firdaus ternyata membuka pintu hati suaminya untuk menerima anak kecil itu dalam keluarga mereka.
           
           Tambah gembira selepas beberapa bulan dia menerima Firdaus, dia di berikan ganjaran yang lumayan dari Allah. Sepasang anak kembar dikurniakan kepadanya. Tetapi kasih sayangnya dan Rafiq terhadap Firdaus tidak pernah berkurangan. Masakan tidak, anak itulah yang memberikan kesempatan pertama untuk mereka mendengar pangilan paling keramat di dunia. Mama dan Papa.

Surat Cinta Untuk Disana : Apa yang akan terjadi? Saya tak pasti…Sedih atau gembira? sama-sama kita nantikan. so komen2 sikit...kot ada terkurang harap d'maafkan...:) opss, lupa nak bagitahu...nama watak sy tukar...my anak sedara cakap nama 'Nana' terlalu comel..hahaha


9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. best2.. smbng cpt sikit, hehe.. erm sbenarnya nak tnya, Sapa yg dah jdi arwah? firdaus ke anak dia? rsanya anak dia kan.. kesian amni..
      minta2 insaf lah hero

      Padam
    2. haha...nanti pasal tu sy ulas...

      Padam
  2. Balasan
    1. insyaallah...nanti dah siap sy nganto...

      Padam
  3. cik admin ni ideal mencurah2, tapi.... bila agaknya nk sambung cerpen yg terdhlu? potong stim betulah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkah...zyll dgn sara kita masuk bengkel dulu kak oii...:) nanti rajin cheq sambung cerpen tu...lani kita layan dulu cerpen ni...muahhhhh

      Padam
  4. Best sambong cepat cepat y..

    BalasPadam
  5. bagus cerpen ne ada pengajaran dia...
    sambung cepat ya jgn bt cite lain lak..

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)