“Amni tak kira mak. Apa jadi
sekalipun Amni tetap nak kahwin dengan Firdaus.” Amni mula membentak. wajahnya
masam mencuka. Geram dengan ibunya yang bagaikan tak merestui hubungannya
dengan Firdaus.
“Amni oii. hang tu jangan dok syok sendiri. Mak ni
bukan apa, tak mau nanti hang yang patah hati. Aku dengar budak Firdaus tu dah
ada..apa tu orang putih panggil? gepren
ka? ha betul la aku sebut tu . Tak daknya dia nak kat hang.” Mak Senah yang sibuk menebas semak samun di
kebunnya semakin bersemangat. Pokok yang agak besar sekejap sahaja di
cantasnya. Bukan semangat apa, semangat kerana marahkan anak gadis sendiri.
“Girlfriend la mak. Mak ni memandai
je. Abang Firdaus tu dah janji nak kawin dengan Amni lepas dia habis belajar.” Amni
semakin geram. Ada saja modal Cik Senah tu nak kondem semangat dia. Terbayang
wajah kacak Firdaus. Hatinya berbunga riang.
“Ni Amni, mak nak habaq kat hang.
Hang toksah dok buat gatai merenyam sangat no. Malu kalau orang kampong tau.
Dok abang Firdaus, abang Firdaus.” Wajah
anak gadis tunggalnya direnung tajam. Bukan dia tak tahu, sejak dari kecil lagi
anaknya itu menyimpan angan nak bersanding dengan anak Rahimah, jiran sebelah
rumahnya. Dia bukan tak suka pada budak Firdaus tu, tapi dia tahu tak adanya
budak tu nak pandang anak gadisnya yang serba serbi kekurangan.
Apatah lagi keluarga Firdaus juga
bukan calang keluarga. Rumah yang
bersebelahan dengan rumahnya ibarat gajah dengan semut. Rumah banglo itu
bertingkat-tingkat tingginya. Walaupun keluarga itu tidak sombong tetapi dia
sedar di mana kedudukan mereka.
“Mak, Amni ni anak mak. patutnya mak
bagi sokongan moral. ni tak kejenya asyik nak patahkan semangat orang ja.” Amni
mencebik. Ingatkan balik kampong bolehlah dapatkan semangat dari mak tersayang,
huh bermimpi di tengah hari la dia.
“Bukan tak mau bagi semangat, tapi
hang pun tau. Budak tu dia balik dari ‘obesi’ belajaq pandai tak kan dia nak
pandang dekat hang Amni. Mak ni nak hang bahagia. Kalau hang saja mau kat dia
tapi dia tak mau dekat hang nak buat apa?” Mak senah mengesat sedikit peluh
yang menitis. Dia tahu anaknya dari dulu menaruh perasaan terhadap Firdaus,
bahkan dia sendiri bangga bila anak gadisnya menjadi pilihan lelaki itu tetapi
itu semua dulu. Sejak dari tahun pertama Firdaus di Russia lagi dia tahu yang
pemuda itu mula menganyam cinta dengan orang lain.
“Amni tahu mak. Dia pasti kawin
dengan Amni nanti.” Bersunguh dia
berkata. Mahu atau tidak lelaki itu mesti mengahwininya seperti yang mereka
janjikan bertahun dulu. Kerana Firdaus dia sudah hilang sifat malu dang
bersopan yang selama ini menjadi ‘makanan’ hariannya.
Mak Senah mengeluh resah. apa kena
dengan anak gadisnya? Tak pernah Amni berkelakuan seperti ini. Amni anaknya
yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah dia berbangga bila ramai memuji
betapa kelembutan dan kesopanan Amni membuatkan mereka kagum. Tetapi hari ini
kemana menghilangnya sifat yang dia banggakan itu?
……………….
“Jemput minum Nah.” Rahimah
tersenyum memandang tetamunya. tengok dari gaya seperti ada hal penting. Tak
pernah pagi-pagi buta jirannya itu bertandang ke rumah.
Senah menelan liur yang terasa
kesat. Ni semua anak gadisnya punya pasal. Wajahnya terasa membahang. Di toleh
kiri dan kanan bagaikan mengesan jika ada orang lain yang cuba mendengar
perbualan mereka. Malu jika hajatnya diheboh.
“Nah datang ni sebenarnya bawak
hajat.” Setelah berkira-kira barulah suaranya keluar. itupun antara dengar dan
tidak sahaja.
“Hajat apa tu? Cakap je Nah. Kita ni
buka baru sehari dua kenal. Kalau Nah ada masalah insyaallah kalau kak boleh
bantu kak bantu.”
“Erkk..sebenarnya mcam ni kak.. Saya…saya..emm
nak pinang anak kak.”
“Eh biar betul kamu Nah. Budak Fina
tu SPM pun tak lepas lagi. Siapa yang mintak kamu pinangkan anak akak tu?”
sedikit terbeliak mata Rahimah dengan permintaan dari Senah. Suasana sejuk
terasa membahang. Berpeluh ketiak mendengar permintaan tak masuk akal itu. Air
yang di hidangkan kepada tetamunya dicapai. Hendak dikatakan meminang Firdana,
dirasakan tak logik pulak. Masakan orang tidak tahu yang anaknya itu telah
berkahwin?
“Sebenarnya kak..emm…bukan saya nak
pinang Fina. Tapi saya nak pinang Firdaus untuk Amni.”
“Puhhhhh” menyembur air yang baru diminum
Rahimah. Terasa mahu pitam. Senah yang memandangnya terkebil-kebil bila
percikan air kopi melikat di wajahnya. Di raup perlahan kopi yang mula menitis.
Hanya sengihan kelat yang mampu dia hadiahkan kepada Rahimah yang sudah seperti
kena sampuk.
……………………….
Ketulan batu kecil di ambil. Setelah
memastikan tiada orang yang nampak perbuatannya Firdaus membaling batu itu ke
arah tingkap kayu tidak jauh di hadapannya. berkali-kali batu di baling. Dia
tersenyum kemudian bila tingkap terkuak. Wajah comel remaja perempuan menjelma.
tertoleh kiri kanan bagaikan mencari dari mana datangnya bunyi.
“Amni” dengan nada perlahan dia
memangil. Firdaus tersengih bila Wajah gadis itu mencerlun memandangnya.
“Abang buat apa ni? dah lewat
sekarang. kenapa tak tidur lagi? esok nak bangun awal kan?” Amni mengeluh. tak
pernah-pernah Firdaus buat perangai tak ‘semengah.’ Cahaya bulan yang sedikit
malap dengan bunyi anjing menyalak sedikit menyeramkan. Angin yang sesekali
kuat bertiup menandakan hari akan hujan.
“Tak sudi nak jumpa abang ke? esok
pagi dah last tau abang kat sini.
Lepas ni entah bila pulak kita nak jumpa.” Firdaus mendekat. Kebetulan bilik
Amni dibawah membuatkan mudah untuk mereka berbual.
“Nanti cuti sem abang balikkan?” Pergilah balik. Nanti kalau orang nampak apa
pulak orang cakap.” Amni tidak selesa. Tahu dek
emak yang dia bersembang dengan anak teruna orang malam-malam buta ni mahu
digulaikannya.
“Mestilah abang balik. Amni tunggu
abang tau. Nanti abang sudah habis belajar kita kahwin.” Wajah kekasih hati
direnung dengan penuh perasaan cinta yang mengebu. Semakin hari semakin dia
cintakan Amni. Amni yang comel dan Amni yang sopan, itu adalah ciri wanita yang
diingin dan diidamkannya selama ini.
“Abang janji tau?” Amni tersenyum
gembira melihat angukkan Firdaus.
“Nanti abang pergi sana, Amni jangan
nak mengatal pulak.” Di dalam hatinya terselit perasaan resah. Kekasih hatinya
itu menjadi rebutan jejaka kampung, di sekolah apatah lagi. Takut dia
membayangkan Amni pergi dari hidupnya. Walaupun rakan-rakannya mengatakan cinta
mereka adalah cinta monyet, tetapi dia tidak peduli. Dia tahu hatinya.
“Eleh…kata Amni. Jangan-jangan abang
tu sehari sampai negara mat saleh, terus lupakan Amni. Kita ni dah lah tak
cantik. Buatnya abang jatuh cinta dekat minah mata biru dekat sana, haii…melepaslah Amni dekat sini.” Amni
pura-pura membuat ayat pasrah. Hanya Allah tahu bertapa dia bersedih harus
berpisah dengan Firdaus.
Lelaki itu di kurniakan otak yang
bergeliga. Dia pula hanya sedarhana dalam pelajaran. Bukan dia tidak berusaha
tetapi resultnya tetap sekadar cukup makan. Firdaus dari darjah tiga sudah
menunjuk kepandaian. Siap langkau kelas lagi. Ujian semasa darjah tiga
membolehkan dia lompat kelas. tak perlu masuk darjah 4, terus darjah lima.
Lama mereka bersembang dari satu
topik ke satu topik. Jam yang sudah menunjukkan
pukul satu pagi tidak disedari. Bunyi motosikal lalu menyedarkan mereka.
Gelabah Amni bila membayangkan apa orang akan bercakap tentang mereka.
“Abang masuk cepat.” Amni membuka
luas tingkap biliknya. Firdaus pantas melangkah masuk. Dia pun takut jugak
sebenarnya. Mahunya tahu dek penduduk
kampung dia bertempek di sebelah bilik anak dara orang mahu lebam muka
dihentam. Baginya hidup bermasyarakat memang menyusahkan.
“Abang balik tau lepas ni. Amni
kembali membuka tingkap perlahan-lahan. Bila diyakini motosikal tadi sudah
berlalu dia menarik nafas lega. Dalam hati perasaan sebak mula melanda. Masanya
untuk bersama dengan Firdaus semakin suntuk.
“Amni jangan lupa janji Amni nak
setia kepada abang.” Firdaus sekali lagi membuat pesan. Dia berura-ura ingin
melangkah melepas tingkap. Tetapi tangisan kecil mematikan hasratnya. Wajah
Amni yang mula di basahi air mata direnung. Entah apa yang merasuknya tubuh itu
di rangkul. Cuba menenangkan kekasih hati yang sedang bersedih dengan
perpisahan yang bakal berlaku.
“Syuhhh…Amni
jangan sedih. Nanti cuti sem abang
balik.” Firdaus mengusap lembut belakang tubuh Amni. Haruman shampoo menyapa
hidungnya. Dadanya sudah bergetar lain macam. Pelukkan Amni yang kuat di
pinggangnya membuatkan dia semakin terleka.
“Amni sayangkan abang” Bisikkan
lembut itu menyapa telinga Firdaus. Dia ingin merenggangkan pelukkan, tetapi
perasaan asyik yang pertama kali dirasai sukar di tolak. Tanpa sedar wajah itu
sudah menjadi mangsa ciumannya..Mereka semakin terleka…Rintik hujan semakin
kasar menghentam bumbung rumah bagaikan tidak mengangu perbuatan anak remaja
yang baru mengenal erti dunia.
………………………………
Amni tersentak. Badannya terasa
berpeluh. Diraup wajahnya berkali-kali. Terasa air hangat turun melepasi lekuk
pipinya. Saban malam terutamanya semenjak mengetahui berita kepulangan Firdaus,
dia dihantui mimpi yang sama, membuatkan dia ketakutan. Kenangan ‘itu’ sukar
dilupakan. Menghimpit jiwanya dengan perasaan bersalah dan berdosa. Andai masa
dapat diputarkan kembali, dia akan pastikan kejadian beberapa tahun dahulu
tidak berlaku. Tetapi dia tahu segalanya mustahil. Semuanya telah terlambat.
Sekarang hanya ehsan Firdaus yang di harapkan.
Dengan perlahan dia berdiri. Kakinya
di atur menuju ke bilik air. Dibuka perlahan air paip. Dengan berhati-hati dia
mengambil wuduk. Dia ingin melakukan solat taubat. Hanya itu yang mampu di
lakukan. Setiap kali dia mengingati peristiwa yang sama, hanya dengan berserah
diri kepada Allah, mampu membuatkan dia kembali tenang.
Lama dia berdoa. terasa berat kaki
ingin meninggalkan sejadah. Berharap Allah mengampunkan dosa yang telah dia
lakukan. Dosa berkasar bahasa kepada ibunya demi Firdaus juga sudah tidak terhitung
banyak. Bukan dia sengaja, sungguh langsung tidak pernah terlintas di
fikirannya ingin membuatkan wanita yang banyak berkorban dan berjasa kepadanya
itu rungsing, tetapi dengan desakan sahaja dia tahu, dia mampu memiliki Firdaus
dengan bantuan ibunya.
………………………….
Mereka berdiam diri. Aku tengok
kau, kau tengok aku. Itu yang terjadi sejak 15 minit tadi. Masing-masing berat
mulut bagi memulakan perbualan.
“Amni sihat?” Firdaus mengalah.
Hanya sekilas dia memandang wajah yang pernah membuatkan hidupnya di penuhi
warna-warni. Sekarang dirasakan getar
yang pernah membuai perasaannya satu ketika dulu bagaikan hilang di telan masa.
Tiada getar dan tiada rasa. Kosong.
“Macam abang tengok sekarang.” Amni
berkata tenang. Jelas riak itu bagaikan tidak senang mendengar kata-kata
sinisnya. Bukan niat hati ingin biadap, tetapi desakan naluri kuat menyuruhnya
berperangai sebegitu. Hampir dua bulan Firdaus menyepikan diri. ‘Masa lalu’
yang ingin diselesaikan juga tertanguh.
“Abang nak Amni batalkan pertunangan
kita.” Firdaus berkata tenang. Ketenangan yang dikumpul setelah berhempas pulas
dia mengucapkan kata-kata yang sama di hadapan cermin.
Dia sebenarnya tergamam bila mamanya
memberitahu yang dia dipinang. Rasa tergamam yang kemudiannya membuatkan dia
ketawa berdekah. Kelakar dirasakan saat itu. Entah anak dara manalah yang
terdesak sangat, tetapi saat nama Iman Amni meluncur dari bibir mama ketawanya
mati dengan sendiri. Penolakkan Dilakukan, tetapi ternyata dalam diam mamanya
membuat persediaan.
Rombongan peminangan di hantar tanpa
persetujuannya. Dia tahu mama memang dari dulu sukakan Amni. Setiap kali dia
menalifon tidak pernah nama itu tiada dari bibir mamanya. Itu Amni, ini Amni
dan segalanya tentang Amni. Awalnya dia sendiri menyukainya, tetapi bulan
ketiga di perantauan, menemukan dia dengan gadis lain, entah bila tanpa
disedari cinta untuk Amni, berpaling arah dan mendengar nama itu sahaja sudah
cukup tidak disukainya.
“Abang yang nak batalkan, abang
sendirilah yang cakap.” Amni tersenyum. Hendak batalkan? Tidak!!! Walau apa
yang berlaku Firdaus harus bertanggungjawab.
“Abang tak cintakan Amni. Tolonglah
faham. Kita macam langit dan bumi, semuanya berbeza.”
“Dulu tak ada pulak nak sebut
tentang perbezaan segala.” Semakin sinis kata-kata yang meluncur dari bibirnya.
Dia bukan lagi anak gadis cengeng yang hanya tahu menangis apabila dilanda
kesusahan. Usia mematangkannya, dan semua yang berlaku memberikan dia kekuatan
yang entah bila terbina.
“Susah cakap dengan Amni. Abang tak nak
teruskan pertunangan ni. Amni cubalah faham.” Firdaus cuba memujuk. Kenapa
dirasakan Amni sudah jauh berubah? Keras kepala itu terasa sukar dilentur.
“Apa yang Amni faham, abang kena
bertanggungjawab dengan perbuatan abang dulu.” Mengenang kisah lalu membuatkan
Amni sedikit sebak. Sedaya upaya dia cuba menghapuskan rasa itu. Dia tidak
boleh lemah. Cukuplah dengan apa yang dia lalui selama ini.
…………………………..
Air mata yang mengalir di biarkan
rakus menodai pipi. Wajah Firdaus yang tertidur pulas selepas menakluki dirinya
dipandang. Bibir diketap kuat agar tangisannya tidak kedengaran. Selama hampir
dua bulan hidup dengan Firdaus, dia merasakan dirinya tidak ubah seperti
pelacur. bezanya pelacur di bayar. sedangkan dia? tidak langsung diberi
kesempatan untuk menolak. Tak pernah Firdaus mahu berlembut dengannya.
“Kenapa ni?” Suara garau Firdaus
yang terasa berbisik di telinganya membuatkan dia gelabah. pantas air mata di
kesat. dia tersentak bila terasa hembusan nafas lelaki itu kuat berderu di
lehernya. Apa mahu lagi lelaki itu? Bila di rasakan Firdaus sudah lain macam,
pantas dia menarik kain tuala yang di letakkan di kepala katil. sengaja dia
meletakkan di situ walaupun dia tahu Firdaus tidak menyukai tabiatnya. gebar di
tolak sedikit. tuala mula di balutkan ke badan.
“Nak pergi mana?”Firdaus memegang tangan
isterinya yang mahu bangun dari katil. Ditarik tubuh itu ke dalam pelukkannya,
terasa tolakkan kecil dari Amni. tetapi dia tidak peduli. Tangannya sudah
menjalar merata.
“Layan aku kejap.” Suaranya antara
dengar dan tidak sahaja. matanya rakus memandang sekujur tubuh itu.
“Amni penat bang. Kejap lagi nak
masuk kerja.” Tubuh Firdaus di tolak lembut. Terasa air matanya kembali ingin
menitis. Kenapa Firdaus masih mahu membunuh perasaannya?
“Kau cuti harini. Aku bagi cuti.”
Firdaus tersenyum sinis. Bukan tidak nampak wajah itu berubah, tetapi entah
mengapa hatinya berlagu riang melihat wajah itu kembali mendung. Kedukaan Amni
adalah kegembiraan terbesar dalam hidupnya. Dia puas dapat menyakiti perasaan
Amni. Dirasakan ini balasan yang setimpal untuk wanita itu kerana berjaya
mengheretnya dalam perhubungan yang langsung tidak di ingininya.
Pertemuan dan perbincangan mereka
tidak pernah berhasil. Amni masih dengan sikap degil dan dia terlalu sukar
untuk menolak bila mama begitu beria-ia dengan perhubungan yang ingin dicipta
antaranya dan Amni. Dua bulan lalu mereka diijabkabulkan. Majlis pertunangan
berlangsung sama dengan hari pernikahan. Dan mulai hari itu dia bertekat, Amni
akan menyesal hidup bersamanya.
……………………………..
“Amni kau tengok tu. Sesuaikan
diorang? Haii…beruntunglah Doktor Maria dapat Doktor Firdaus tu. Dahlah kaya,
kacak pulak tu.” Gina wanita kacukan Cina dan India itu, menarik-narik baju
Amni menyuruh wanita itu memandang ke arah merpati dua sejoli yang sedang sakan
bergelak ketawa. Siap bertepuk tampar.
Amni yang mendengar kata-kata Gina terdiam.
Matanya memandang ke arah Firdaus dan Maria. Hatinya terluka tetapi entah
mengapa kelukaan itu sudah tidak terasa peritnya. Seketika dia melarikan pandangan
bila mana renungannya ditangkap sepasang mata Firdaus yang sinis memandang ke
arahnya.
Liur ditelan bila mana langkah ke
dua manusia itu menapak kearahnya dan Gina. Terasa semput nafasnya.
“Ada orang tak kat sini? Tempat lain
dah penuh.” Maria bertanya lembut. Pandangannya jatuh ke wajah Amni. Belum pun
sempat dia menjawab Gina terlebih dahulu memotong.
“Eh tak ada doktor. Duduklah.”
“I pergi ambil makanan dulu. U tungu
sini jelah.” Maria berkata kepada Firdaus. laju dia melangkah kemudiannya.
Firdaus melabuhkan tubuh di sebelah Amni. Nampak jelas wajah isteri rahsianya
berubah.
……………………………………
Amni menahan matanya dari tertutup.
Sudah beberapa kali dia asyik tersenguk. kenduri kesyukuran sempena ulang tahun
perkahwinan ibu bapa mertuanya dibuat sederhana tetapi meriah. Tetamu dari
selepas maghrib tadi tidak putus. Sekarang jam
sudah beranjak ke pukul sebelas lebih. tetapi tiada tanda tetamu akan berkurangan.
Jika diikutkan rasa hati, mahu
sahaja dia masuk ke bilik dan tidur. Apatah lagi sejak pagi tadi dia rasa tidak
sihat badan. Tetapi memikirkan tangapan saudara mara suaminya dia mematikan
hasratnya.
“Iman Amni!!!” Satu suara kedengaran
menyapa pendengarannya. Amni pantas berpaling. Senyuman yang terukir di
bibirnya perlahan-lahan mati. Nafasnya rasa tersekat. Sukar untuk bernafas.
Dadanya terasa seperti dihempap seketul batu. Terasa bergetar bibirnya ingin
membalas panggilan wanita yang tersenyum memandangnya. Seketika kemudian terasa
tubuhnya dirangkul erat.
“Lamanya Kak Atie tak jumpa Amni. Ya
Allah rindunya.” Pelukan Hayatie dibalas lembut. Matanya terasa berkaca. sarat
dengan air mata yang bila masa sahaja akan menodai pipinya yang gebu. Air mata
yang membawa sekali rahsia di sebalik tangisan itu.
“Kenapa Amni lama tak datang rumah
Kak Atie? Anak-anak akak selalu tanya mana Umi Amni diorang.” Hayatie berkata
lembut. Wajah yang hampir dua tahun tidak ketemu di pandang penuh kasih. Entah
mengapa di rasakan wajah itu semakin suram bagaikan tiada seri. Tidak ceria
seperti mana beberapa tahun dahulu.
“Amni pun rindukan anak-anak.
Tapi….Amni tak kuat kak. Amni takut tak dapat kawal perasaan nanti.” Matanya dipejam.
Suasana yang sedikit sunyi memberika ruang untuk mereka berbicara. Sudut taman
yang terbina cantik di belakang rumah mentuanya dipandang kosong. ketika
tangannya diseret mengikuti langkah Hayatie dia hanya mengikut tanpa perasaan.
“Ya Allah Amni. Dah dua tahun dah.
Kak Atie dengan Abang Rafiq pun dah teruskan hidup. Amni pasti kuat kalau Amni
cuba. Jangan fikir sangat perkara yang dah lepas.” Bila menyentuh tentang ‘itu’
hatinya pasti sebak. Kehilangan orang yang di kasihi memang memberikan tamparan
dalam hidupnya tetapi syukurlah dia masih ada suami dan anak-anak yang
memberikan semangat dan kekuatan untuk dia melupakan kenangan sedih itu.
“Amni dah cuba kak. Tapi payah
sangat. Sukar Amni nak buang Firdaus dari hidup Amni. Makin Amni cuba makin
kuat ingatan tu kak.” Air matanya terasa semakin rakus menerjah tubir mata. Kalaulah
masa dapat di putarkan, sumpah.. dia akan lakukan apa saja demi Firdaus, tetapi
dia memang tidak mampu.
“Kak tak suruh buang Amni. Akak
sendiri sampai sekarang tak pernah lupakan arwah Firdaus. Cuma kak harap Amni
dapat teruskan hidup. Biar kenangan tu kita simpan disini.” Tangannya di bawa
menyentuh dada Amni. Kemudian diraih kembali tubuh wanita yang sudah diangap
seperti adik sendiri itu ke dalam pelukkannya.
“Eh lupa nak tanya. Amni buat apa
kat sini?” Hayatie bertanya bila keadaan kembali tenang. Hairan dia bila
bertemu Amni di rumah ibu saudaranya.
“Rumah mentua Amni kak.” Amni
berkata perlahan. menghantar maksud agar Hayatie faham di sebalik kata-katanya.
Sementara Atie sudah tersentak. Wajah Amni di pandang seperti meminta
kepastian. Dadanya kuat berdetak seperti di palu.
“Amni jangan cakap yang Firdaus
tu…..” Tidak terluah kata yang seterusnya. Mulutnya terasa kaku. Mustahil. Ya
Allah. Kenapa begitu percaturannya? Apa rahsia di sebalik segalanya ini?
“Mana akak kenal Firdaus?”
“Dia adik sepupu akak Amni. Dia
ke..?” Katanya tergantung seperti tadi. Wajah Amni di renung mengharap
penjelasan.
Amni kalut. kenapa begitu? Rupanya
dia menyerahkan ‘Firdaus’ kepada ahli keluarga suaminya sendiri. Memang hebat
percaturan yang Allah aturkan untuknya.
“Ya Allah kak, sungguh Amni tak
tahu. Tolong kak, simpan rahsia tu. Amni tak nak nanti Firdaus dipandang
serong.” Amni memegang tangan Hayatie. berharap wanita itu menyimpan rahsia
mereka. Cukuplah hanya dia dan Hayatie yang tahu.
“Betul ke Firdaus?” Atie bertanya
lagi. dia hanya mahukan kepastian. Bergetar tubuhnya bila Amni menganguk lemah.
…………………………
“Mama.” Sedaya upaya dia
mengeluarkan butir bicara. kedengaran begitu lemah dan tidak bermaya.
“Firdaus nak apa sayang?” Hayatie
mengusap lembut rambut anak kesayangannya. Sedaya upaya dia menahan perasaan
sedih dari dikesan anaknya. Kalau boleh ditukarkan tempat, dia rela menaggung
semua kesakitan yang dialami anak kesayangannya.
“Firdaus nak balik rumah…nak main
dengan adik.”
“Tak boleh sayang. Firdaus kena
sihat dulu.Esok mama suruh papa bawak adik tengok Firdaus ye?” Dia tersenyum
bila Firdaus menganguk. Anak itu memang mengikut kata. Tak pernah dalam
hidupnya terdetik perasaan kesal sejak dari saat pertama dia membawa tubuh
kecil itu dalam pelukkannya. Iman Firdaus….anak itu hanya anak angkat. anak
orang yang diamanahkan kepadanya. Bukan kedatangan anak itu tidak disenangi
tetapi ibu kandungnya belum mampu untuk memelihara Firdaus dengan keringatnya.
Teringat kenangan tujuh tahun yang
lalu. Dia gembira bila berjaya membantu kelahiran seorang lagi anak adam
kedunia. Gembira berkongsi kegembiraan dengan wanita lain, kerana dia belum
berkesempatan menjadi wanita terpilih untuk mengandung dan melahirkan anak
walaupun usia perkahwinannya sudah menjangkau lima tahun, tetapi kegembiraanya
sedikit bertukar gementar bila mana perempuan muda yang baru melahirkan anak
itu merayu dia menerima anak comel itu sebagai ahli keluarganya.
Dia ingin menolak, tetapi tangisan
dan rayuan dari remaja bernama Amni itu sukar ditepis. Dia jatuh kasihan, apatah
lagi saat bayi kecil yang diberikan kepadanya itu mengenggam erat jari telunjuknya
bagaikan merayu kasih, saat itu dia rasakan dia wanita paling beruntung.
“Amni sayangkan Iman Firdaus kak.
Tapi Amni tak mampu nak pelihara dia. Amni rayu, tolong bagi keluarga sempurna
untuk Firdaus. Sumpah kak, Amni tak kan tuntut Firdaus dari Akak.”
Bersilih ganti dia memandang wajah
itu. Saat itu juga dia memeluk erat anak kecil yang masih merah itu dengan
penuh kasih sayang. Dikhabarkan kepada suaminya. Tentangan lelaki itu tidak dipedulikan,
dan ternyata dia tidak silap percaturan. Dengan kedatangan Iman Firdaus dalam
ke hidupannya dan Rafiq, warna alam rumah tangga mereka terasa berseri. keletah
manja Firdaus ternyata membuka pintu hati suaminya untuk menerima anak kecil
itu dalam keluarga mereka.
Tambah gembira selepas beberapa
bulan dia menerima Firdaus, dia di berikan ganjaran yang lumayan dari Allah. Sepasang
anak kembar dikurniakan kepadanya. Tetapi kasih sayangnya dan Rafiq terhadap
Firdaus tidak pernah berkurangan. Masakan tidak, anak itulah yang memberikan
kesempatan pertama untuk mereka mendengar pangilan paling keramat di dunia.
Mama dan Papa.
Surat
Cinta Untuk Disana : Apa yang akan terjadi? Saya tak pasti…Sedih atau gembira? sama-sama kita nantikan. so komen2 sikit...kot ada terkurang harap d'maafkan...:) opss, lupa nak bagitahu...nama watak sy tukar...my anak sedara cakap nama 'Nana' terlalu comel..hahaha
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambest2.. smbng cpt sikit, hehe.. erm sbenarnya nak tnya, Sapa yg dah jdi arwah? firdaus ke anak dia? rsanya anak dia kan.. kesian amni..
Padamminta2 insaf lah hero
haha...nanti pasal tu sy ulas...
Padamcepatlah sambung ya tq.
BalasPadaminsyaallah...nanti dah siap sy nganto...
Padamcik admin ni ideal mencurah2, tapi.... bila agaknya nk sambung cerpen yg terdhlu? potong stim betulah...
BalasPadamkahkah...zyll dgn sara kita masuk bengkel dulu kak oii...:) nanti rajin cheq sambung cerpen tu...lani kita layan dulu cerpen ni...muahhhhh
PadamBest sambong cepat cepat y..
BalasPadambagus cerpen ne ada pengajaran dia...
BalasPadamsambung cepat ya jgn bt cite lain lak..