Hel!O mY DarLing!

Isnin, 8 April 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? bab 9



“Terima kasih daun keladi, esok hantarlah lagi.” Yuyu siap berpantun bila kereta Camarul berhenti di hadapan Twin Holding.

“Sama-sama jawapan kuberi, maaf adik esok  abang cuti.” Camarul membalas dengan sengihan. Esok naiklah rapid KL. Abangmu ini ingin menidurkan diri lebih sedikit berbanding hari biasa.
           
            Lah, hantarlah kejap. Tak kesian ke?” Ini yang malas ni. Camarul pun satu, apasallah hari Jumaat ditutupnya kedai. Macam tak tahu, dia bukannya tahu memandu. Skuter yang ada tu pun asyik demam panas saja. Hendak mintak motosikal baru dari abah,  sah-sah dia kena balik jadi penghuni rumah dengan keluarga dulu. Tahu sangat jawapan abah.
           
            “Itulah orang suruh belajar memandu tak nak.”
           
            “Nanti-nantilah. Yuyu bawah umur lagi.”

 “Tak sudah-sudah bajet muda. Sedarlah diri wahai Camelia Yusnita yang dikau sudah menghampiri tarikh luput.” Camarul tergelak bila Yuyu membuat mimik wajah menyampah.

“Esok naik Rapid KL. Kalau malas nak menunggu naik teksi.”

“Tak naklah. Esok abangku yang hensem lagi rupawan tolonglah menghantar adikmu ini. Bolehlah, bolehlah.” Di goncang-goncang tangan Camarul. Dia sebenarnya malas nak menapak. Kalau pakai kasut bertumit mahu patah kaki dari apartment nak ke jalan utama. Jauh kot.

“Naik teksi. Macam tak biasa. Selama ni merayap boleh pulak.” Camarul bertegas. Untuk esok memang dia nak rehat sahaja kat rumah. Malas nak bergerak.

“Iyalah-iyalah. Itu pun nak berkira.” Yuyu mengalah. Tangan di hulurkan ingin bersalaman.

“Setuju naik teksi sudah, salam pun sudah, duitnya mana?” Dihalakan tapak tangan ke arah Camarul. Sengihan lebar di pamerkan.

“Bukan Umi dah bagi ke semalam? Tak kan dah habis?” Ini yang tak best. Asal salam sahaja mintak duit. Mata duitan sungguh.

“Sikit ja. Buat belanja dapur. Semalam jugak habis.”

Dua keping not lima puluh bertukar tangan. Yuyu menyambut dengan senang hati. Cukuplah banyak ni. Balik karang singgah rumah abah. Mintak dekat abah pulak.
 



Yuyu tersengih memandang Camelia yang sibuk melambai tangan ke arahnya. Nampak berseri wajah kawannya. Mungkin kerana pembawakan budak.

“Datang pun. Ingatkan tak jadi.” Camelia merenung wajah Yuyu yang nampak sedikit kemerahan. Macam orang lepas berlari pun iya bila peluh jelas merinik di wajah itu.

“Jadi. Mahu tak jadi putus kepala kena potong dengan abang aku. Kau ambik aku kerja ni, suami kau tak marah ke? Memandai buat keputusan sendiri.” Yuyu bertanya. Risau jugak dia kalau suami Camelia tak senang dengan dengan tindakkan Camelia mengambil dia bekerja tanpa menjalani sesi temuduga dahulu.

“Jangan risaulah. Aku dah bincang dengan suami aku. Apapun sijil-sijil kau yang hilang tu kau kena cari cepat. Bukti kelulusan kau kena ada jugak. Karang takut jadi isu pulak.” Camelia tersengih. Semalam puas dia mengeluarkan fakta supaya suaminya bersetuju untuk mengambil Yuyu bekerja. Mujurlah suaminya tidak banyak soal.

Bereh.Nanti aku cari mamat pencuri tu.” Yuyu memberikan janji. Hati yang sejuk kembali mendidih sedikit. Pasal mamat tadilah lidah dia hampir putus. Kurang asam betul. Rasa perit di lidahnya masih terasa.

“Jom aku kenalkan kau dengan kakitangan office.”

“Kau tutup kedai ke hari ni?”

“Buka. Tapi lewat sikitlah. Aku nak check up kejap lagi. Suami aku nak pergi sama.” Camelia menarik tangan Yuyu. Dia pulak yang terlebih excited.

“Perlahanlah sikit. Kau ni tak padan dengan mengandung. Terberanak karang aku tak tahu.”  Yuyu menegur Camelia yang melangkah terlebih laju. Dia yang tak bawa perut ni pulak terasa mengah.

“Cuba kau mintak yang baik-baik. Apalah.”Camelia kembali memperlahankan langkah. Nak buat macam mana, dia semenjak hamil aktif terlebih. Suaminya pun dah surrender nak menasihat.

“Aku ingatkan saja. Pekerja office ni ok tak? Kau rasa diorang suka aku tak nanti?” Yuyu bertanya. First time hendak bekerja. Debarannya lain macam. Semua perkara nak di fikirkan. Dari hal kecil sehingga besar.

“Bab suka-suka tu aku tak pasti. Tapi mana pernah orang tak suka dekat kau. Gila terlebih.” Camelia ketawa. Itulah satu-satunya kelebihan Yuyu. Dek kerana sikapnya yang mudah mesra dengan orang, membuatkan dia disenangi. Masa belajar dahulu, rasanya Yuyulah antara student yang mempunyai paling ramai adik,abang dan kakak angkat.

Yuyu hanya mampu tersenyum. Dimatanya terbayang wajah mamat biadap. Camelia tidak tahu, rekodnya yang mudah disukai oleh orang itu telah tercemar. Mana mungkin lelaki itu sukakan dia lepas apa yang jadi. Seketika kemudian dia menampar-nampar pipi sendiri.

‘Yang kau fikirkan sangat mamat tu sukakan kau ke tidak dah kenapa?’ Yuyu bengang sendiri.

“Kau ni apasal?” Tangan dibawa menjamah dahi Yuyu. Elok saja pun. Tiada tanda orang demam.

“Aku ok lah.” Ditepis sedikit tangan Camelia.

“Kau tampar pipi sendiri tu kenapa?”

“Ada nyamuk.”

Mendengar jawapan Yuyu memuatkan Camelia kehairanan. Biar betul? Dalam aircond bersuhu enam belas darjah celcius agak mustahil ada nyamuk.  Pelik sungguh. Nyamuk sesat kot.



“Ini tempat kau.” Camelia menunjukkan satu tempat kosong mengadap sebuah bilik. Di atas meja hanya terdapat sebuah computer, tray tiga tingkat dan beberapa buah fail.

“Orang baru ke Puan?” Suara yang kedengaran dari arah belakang membuatkan Yuyu pantas berpaling. Di hadapannya berdiri seorang wanita yang pada angaran Yuyu berumur dalam lingkungan tiga puluhan. Wajah itu nampak ceria.

Hak arr kak Bib. Dia setiausaha suami saya.”

“Camelia” Yuyu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Kak Bib tahu nama Puan, Camelia.” Kak Bib tersengih. Apalah budak ni. Orang perkenalkanlah nama sendiri. Ini di perkenalkan nama isteri Encik Amjad tu buat apa? Tak cakap pun dia dah tahu.
           

            Camelia yang mendengar kata-kata Kak Bib ketawa. Macam-macam hal. Selepas ini pasti pening kepala Amjad nak melayan kerenah pekerja. Yuyu, Kak Bib dengan Man Posto si budak penghantar surat Twin Holding memang otak ‘jenuh’. Dulu riuh-rendah suasana kerana Kak Bib dengan Man Posto, tambah Yuyu tak tahulah apa bakal terjadi.
           
            “Nama dia pun Camelia jugak Kak Bib.” Camelia cuba memperbetulkan salah faham yang terjadi.
           
            Leh, kenapa tak cakap awal-awal.” Kak Bib mengaru kepalanya yang di tutupi tudung bawal bagi menghilangkan perasaan malu.
           
            “Nama penuh Camelia Yusnita binti Kadir, tapi Kak Bib boleh pangil Yuyu.” Bersemangat Yuyu memperkenalkan diri kepada Kak Bib. Sekali tengok Kak Bib ni macam boleh dibuat geng. Tak bosanlah hidup dia nanti.
           
            “Nama punyalah cun, apasal pangil Yuyu? Jauh benar menyimpangnya.” Kak Bib memulakan sesi ‘suai kenal’ bagi mengeratkan silatulrahim.

            “Atuk Yuyu yang kasi. Biasalah orang tua, nak dipanggil nama penuh Camelia Yusnita rasa susah. Dipendekkan jadilah Yuyu.” Betul ke jawapan tu? Taram jelah. Bukan Kak Bib tahu pun. Dia  memandang Kak Bib yang teranguk-anguk tanda berpuas hati dengan jawapan auta dia.

“Habibah. Panggil Kak Bib boleh nak pangil ‘si cantik Bib’ pun boleh.” Kak Bib ketawa dengan gurauan sendiri.
           
            “Terasa beracun udara sekeliling ni Kak Bib oi.” Suara yang menyampuk membuatkan Yuyu pantas berpaling. Wajah baby face, tinggi sedang-sedang, dan yang penting nampak jambu. Ewww. Siapa tu?
           
            “Menyibuk saja kerja kau. Pergi main jauh-jauhlah.” Terasa ingin di sekeh kepala Man Posto. Tak boleh tengok orang senang langsung.
           
            “Man, ini Yuyu. Pekerja baru dekat sini.”Camelia memperkenalkan Man posto kepada Yuyu. Entah mengapa nampak semacam pulak dia melihat wajah Man Posto. Itu tiada lain lah tu. Nak Mengatal saja kerjanya.
           
            “U dah marid? I no wife.” Man Posto tersengih lebar. Bangga terhadap diri sendiri. Ingat senang ke nak speaking.
           
            “Kau cakap bahasa melayu pun dah kelaut ada hati nak cakap mat saleh. Menyampah pulak aku dekat kau hari ni Man.” Suara ‘berbisa’ Kak Bib kuat kedengaran.
           
            “Alah Kak Bib ni, nak emo sangat apasal? Yelah Man tahu Man tak Puji Kak Bib lagikan? Kak Bib nampak cantik sangat hari ini.” Man Posto memuji Kak Bib tetapi matanya tak lepas dari memandang Yuyu.
           
            Kak Bib tersengih mendengar kata-kata Man Posto. Tak ikhlas, tetapi dia langsung tidak mengambil hati.
           
            “Jangan jual minyak sangatlah Man. Dia ni tua lagi pada engkau.” Camelia pula menyampuk.
           
            “Usia bukan penghalang.” Ringkas tetapi padat jawapan Man Posto. Dia hampir ketawa bila wajah Yuyu bertukar warna. Usik sikit dah malu.
           
            “SPM kau baru lepas. Belajar dulu Man. Nanti dah pakai Mercedes, kau carilah mana-mana awek kau berkenan.
           
            “Amin, moga-moga termakbul doa akak saya dapat pakai Mercedes nanti.”
           
            “Dah pakai, kau jangan lupa akak pulak. Habis tak der bawak akak keliling bangunan ni pun jadilah.”
           
            “Sudah-sudah. Merepek aje Kak Bib dengan Man ni.” Camelia menegur. Kalau macam ni sampai besok pagi pun dia tak habis nak perkenalkan Yuyu pada pekerja syarikat.
           
            “Man ini Yuyu, setiausaha suami Akak. Yuyu ini Man budak posto dekat sini. Kalau ada surat nak pos kau bagi dekat dia.”
           
            “Nak bagi hati pada saya pun boleh kak. Saya sudi menerima.” Man Posto ketawa bila Camelia menjegilkan mata, Kak Bib dari tadi tak habis-habis mempamerkan wajah meloya.
           
            Yuyu hanya ketawa mendengar kata-kata dari Man Posto. Kalau semua pekerja Twin Holding macam ini perangainya, gembiralah hidup dia nanti. Tak perlulah dia merangka idea mendajalkan musuh dalam pejabat seperti watak yang selalu ada di dalam novel.
           
            “Kak Bib nanti tolong ajar Yuyu apa yang patut. Man kau jangan nak mengatal sangat. Akak potong gaji baru tahu.” Camelia pura-pura mengungut. Man Posto cukup pantang kalau bab gaji diperkatakan. Kurang lima sen pun nak dituntutnya. Memang dasar kedekut tahi hidung masin!

            “Orang gurau-gurau manja pun tak boleh. Dahlah, nak pergi buat kerja. Babai Kak Yuyu.” Man Posto berlalu sambil melambai tangan.
           
            “Jangan dilayan budak Man tu. Bukan berapa nak betul sangat otak dia.” Sengaja Kak Bib menguatkan suara agar dapat didengar oleh Man Posto. Kak Bib dan Yuyu ketawa bila Man Posto mengangkat tangan menunjukkan isyarat penumbuk.

Surat Cinta Untuk Disana : Sekian lama tidak menaip di sebebkan kekeringan idea, ini sajalah yang mampu di beri. Sebarang kekurangan harap korang tutup sebelah mata. Haha.. Ini idea mengarang baru menjengah kembali, hampir lebam tangan dek menaip dari tadi. So, apa yang tak dipuas hati, korang boleh mengarang di ruangan komen... teman nak sambung memerah keringat meneruskan perjuangan menaip sementara idea tengah mendatang...papai laling-laling, anjer-anjer...muahhhh

7 ulasan:

  1. besok kot x dop halangan eden bg bab 10...

    BalasPadam
  2. tenkiu!xsabo nak tengok beliau jumpa dekat opis!haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab saploh akan ada pertembungan dan pertarungan Yuyu dan Hasif...Kita tngu tngok sapa yg menang..hahah

      Padam
  3. assalam... cheq baru singgah tang ni.. cempaka rembulan, ai dh start follow blog u sebb karya u menarik hati ai ni.. so harap apdet la selalu yaaa...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)