Hel!O mY DarLing!

Rabu, 4 Disember 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 22




Perut yang terasa lain macam diusap perlahan. Kakinya juga sudah mula terasa kebas. Terus comforter yang membaluti tubuh ditolak ke tepi. Suaminya yang sedang nyenyak tidur dipandang. Teragak-agak dia mahu mengejutkan lelaki itu. Tetapi kesakitan yang terasa semakin mencengkam memaksanya mengesotkan tubuh sedikit ke bawah. Ibu jari kaki Zafry disentuh sebelum digoyang-goyangkan perlahan.

“Abang…Abang…” Perlahan dia memanggil.

“Abang…Bangunlah..” Tangan dibawa menekan perut yang terasa semakin menyucuk. Air matanya sudah mula menitis membasahi pipi. Risau jika sesuatu terjadi kepada kandungannya. Bergetar tubuhnya cuba memandang ke arah bawah bila terasa ada aliran panas menyentuh pahanya.

“Jangan kacau lah!”

“Abang..Perut Adra sakit.” Kali ini dia mula menangis bila pandangan matanya tertacap pada kain cadar yang sudah bertukar warna.

“Kau kenapa?” Zafry bengang. Terus dia bangun. Bersiap sedia mahu menghemburkan amarah yang bersarang di hati.

Pertanyaan suaminya tidak dijawab. Tangan dibawa menyentuh dahi yang sudah mula berdenyut. Pandangannya juga sudah sedikit berpusing sebelum dia terdampar ke atas katil. Tangisannya semakin mendayu, sementara tangan tak lepas dari menyentuh perut. 

“Adra…Adra…Kau kenapa?” Zafry kalut. Tubuh Adra ditarik ke dalam rangkulannya. Seketika matanya tertacap pada sesuatu yang sudah mencemari tubuh isterinya. Liur ditelan.

“Are you bleeding?” Wajah Adra dipandang. Semakin kalut dia bila kepala itu sudah terkulai dalam rangkulannya.

“Hey..Adra…wake up!” Pipi itu ditepuk perlahan. Bila tiada reaksi dari Adra, tubuh itu kembali dibaringkan di atas tilam sebelum dia melompat turun dari katil, dan sepantas mungkin berlari menuju ke bilik yang menempatkan Mak Edah dan Love.

“Mak Edah…Love..” Sekuat hati dia mengetuk pintu. Berulang-kali nama Mak Edah dan Love dilaungkan.

“Kenapa ni?” Terpisat-pisat Mak Edah memandang ke arah Zafry. Tangan di bawa menutup mulutnya bagi menahan nguapan.

“Zafry nak pergi hospital. Adra bleeding…” Hanya itu dikatakan sebelum dia kembali bergegas mendapatkan isterinya. Risau jika dia terlambat sesuatu yang buruk akan berlaku pada wanita itu.
…………………… 
“Cepat sikit Yazid.” Tan Sri Hamzah sudah menggesa bila dirasakan pekerjanya terlalu perlahan memandu kereta.

“Dah lebih seratus dua puluh tan sri saya bawa.” dia sendiri sudah kecut perut. Seumur hidup tidak pernah dia memandu sebegitu laju. Bila terpandang sahaja tempat yang dituju, terus dia memperlahankan kereta. Signal diberi sebelum dia membelok memasuki perkarangan hospital.

“Aku naik atas dulu. Bangunan sebelah sana.” Ditunjuk bangunan yang berada diseberang jalan. Berhenti sahaja kereta, terus dia melangkah keluar dengan tergesa-gesa.

Hatinya sudah berdetak tidak menentu. Risau jika sesuatu menimpa menantu dan cucunya. Terperanjat besar dia tadi bila diberitahu oleh Mak Edah yang Adra mengalami tumpah darah. Dalam risau dia sebenarnya sedikit berkecil hati kerana tidak diberitahu mengenai berita kehamilan Adra. Setiap kali mereka bertemu tak pernah sekalipun menantunya bercerita mengenai hal yang satu itu.

            Ditoleh kiri dan kanan bagi mencari ahli keluarganya. Seketika mata dikecilkan bila terpandang kelibat Zafry yang sedang berbual melalui handset di satu sudut hospital. Kalut dia berjalan menghampiri tubuh itu. Dia mahu memberikan sebanyak mungkin semangat kepada anaknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan. 

            Malangnya langkah kaki kaku sendiri. Terpaksi pada permukaan lantai. Kuat melekat bagaikan digam. Sehingga kelibat anaknya sudah berlalu, dia masih statik di tempat yang sama. Berharap apa yang didengar dan dipandangnya tadi hanyalah mainan emosinya.

            “Ayah.”

            Tan Sri Hamzah terperanjat. Dadanya diurut perlahan sebelum dia menoleh kebelakang. Wajah Love yang menyapa pandangannya membuatkan dia mengeluh lega.

            “Ayah berdiri dekat sini kenapa?” Dari tadi dia memandang aksi lelaki itu yang keras bagaikan patung cendana.

            “Adra macam mana?” Pertanyaan gadis itu sengaja tidak dijawab. Kerisauan melanda hatinya. Kalau sesuatu menimpa Adra dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya. Bicara Zafry sebentar tadi juga masih terngiang-ngiang di telinga, membuatkan dia gelisah sendiri.

            “Dia tak keluar lagi dari emergency room…Jom kita tunggu dekat sana. Mak Edah pun ada.” Jari dibawa menunjuk ke satu arah. Terus dia melangkah beriringan dengan bapa saudaranya menuju ke arah Mak Edah.

            “Edah. Zafry mana?” Tan Sri Hamzah menegur perlahan.

            “Entah. Dia keluar macam itu saja tadi.” Dia mahu bertanya, tetapi melihat raut wajah kusut Zafry, tak sampai hati pula untuknya menyoal itu ini.

            Tan Sri Hamzah teranguk-anguk. Tubuhnya dilabuhkan pada kerusi di ruangan menunggu. Di dalam fikirannya sudah bermacam perkara bermain.

            “Dia terjatuh ke apa?” Berdegup kencang hatinya menanti jawapan. Risau jika apa yang berlaku kepada Adra merupakan angkara anak lelakinya. Entah bagaimana dia mahu mengadap wajah besannya nanti.

            “Petang tadi dia ada berlanggar dengan meja dapur. Ingatkan kena biasa-biasa saja. Edah tak sangka pula kata sampai nak  bleeding.” Mak Edah turut gelisah. Entah sudah berapa puluh kali jam yang melingkari tangannya ditilik. Risau memikirkan keadaan Adra.

 Tadi hampir pitam dia memandang ke arah tubuh wanita itu yang sudah bermandi darah. Kalaulah dia tahu kecederaan yang dialami oleh Adra petang tadi bukannya kecederaan biasa, pasti sudah dipaksanya Zafry membawa Adra melakukan pemeriksaan.  

            “Dah talifon mak dengan ayah Adra?” Razali sekarang sudah tidak berkerja dengannya. Dia sendiri yang ‘memberhentikan’ lelaki itu. Cukuplah dengan pengorbanan yang Razalli taburkan kepadanya selama ini. Sekarang dirasakan dia pula yang perlu membalas budi lelaki itu kepadanya.

            “Sudah rasanya.” Tadi dia ada terdengar lelaki itu menalifon seseorang dengan membahasakan diri sebagai abah. Dalam terkilan kerana keengganan Zafry menghubungi ayah sendiri, dia tetap bersyukur bila menyedari yang hubungan Zafry dan bapa mertuanya berada dalam keadaan baik.

            “Baguslah kalau macam itu.” Handset yang berada di dalam pegangannya dipandang. Keluhan resah terhembus. Hatinya mula berbolak-balik. Risau jika apa yang akan dilakukan nanti semakin mengeruhkan hubungannya dengan Zafry. Tetapi dia tiada cara lain. Hanya itu yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan masa depan Adra. Dia tidak mahu sampai satu saat nanti dia perlu menanggung kekesalan yang akan menghantui seumur hidupnya. Cukuplah dengan apa yang perlu ditangungnya selama ini.

            “Gang chai ni qu nali.” (Awak pergi mana tadi)

            Lamunannya terganggu setelah mendengar bicara Love. Wajah anak lelakinya dipandang. Bibir diketap bagi menghalang diri dari menghemburkan bicara yang boleh menegangkan suasana. 

            “Che suo.” (tandas)

“Abang Mezah nak pergi mana?” Mak Edah pandang wajah Tan Sri Hamzah. Hairan bila lelaki itu bangun secara tiba-tiba.

“Aku nak buat panggilan sekejap.” Sebelum berlalu sempat dia menepuk-nepuk perlahan bahu anaknya. Satu sudut yang agak tersorok dan jauh dari pandangan pengunjung hospital dihampiri. Beberapa nombor ditekan. Tekatnya sudah bulat. Dia yakin Allah akan sentiasa bersama dengannya, dan dia juga yakin keputusan kali ini pasti yang paling tepat pernah dilakukan!  

“Assalamualaikum. Alif, saya nak awak buat wasiat dan perjanjian baru….”
…………………………
“Abang Mezah sangup ke nak buat macam itu dekat Umar?” Mencerlung tajam pandangan Mak Edah memandang wajah lelaki yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Ketika hidupnya terumbang-ambing ditinggalkan suami, lelaki itulah yang sudi menghulurkan bantuan. Memberikan dia kembali sebuah sinar kehidupan. Tetapi kenapa untuk diri sendiri lelaki itu memilih jalan yang penuh dengan duri-duri tajam yang bila-bila masa sahaja akan mencederakan diri sendiri?

“Aku tak ada cara lain. Kau tak tengok apa yang aku nampak tadi Edah.”

‘Aku lagi suka kalau budak tu mati!’

Dan sampai bila-bila sekalipun dia tidak akan pernah lupakan bicara anaknya tadi. Senyuman yang terpeta pada wajah Zafry ketika menuturkan kata-kata itu membuatkan dia mengeletar seluruh tubuh. Takut memikirkan kemungkinan yang mungkin berlaku.

“Abang Mezah nampak apa?” Mak Edah pandang wajah Tan Sri Hamzah menanti jawapan. Bila dia diajak berbual di luar tadi, dia menjangkakan lelaki itu hanya mahu mengetahui situasi yang sebenar-benarnya berlaku pada Adra. Langsung tidak menyangka, apa yang mahu dibincangkan lebih besar daripada itu.

“Apa yang pernah kau bagitahu aku dulu.” Dulu dia ingatkan kata-kata itu hanyalah satu bentuk  ‘hukuman’ untuk membuatkan dia rasa bersalah, langsung tidak diduga apa yang dikatakan dulu cuba direalisasikan oleh anaknya sekarang.

“Apa?” Terlalu banyak yang dia sampaikan kepada lelaki itu, yang mana satu?

“Dia tak nak anak tu Edah!”

 “Mana Abang Mezah tahu? Siapa yang cakap?” Wajah Tan Sri Hamzah dipandang penuh harapan. Berharap apa yang lelaki itu ceritakan hanyalah sebuah salah faham yang tercetus akibat ‘perseteruan’ yang terjadi antara anak-beranak tersebut.

 “Aku dengar dia cakap talifon tadi. Rasanya dengan Nafiz.”

Mak Edah telan liur. Apa yang selama ini menjadi kerisauannya sudah mula berlaku. Dahulu pernah hatinya direntap bila Zafry memberitahunya tidak mahukan anak. Kononnya mahu kehidupan yang bebas dari sebarang bebanan. Walaupun hakikat sebenarnya dia sudah dapat menembak apa yang bermain di hati anak itu.

Disebabkan itulah dia takut ketika mendapat tahu berita kehamilan Adra. Risau jika Zafry sangup lakukan sesuatu yang menyalahi hukum agama hanya kerana sebuah ketakutan.

“Habis itu Abang nak teruskan juga ke dengan rancangan itu? Tak rasa kejam ke?” Pandangan matanya dibawa meliar sekeliling. Risau jika apa yang diperbualkan akan sampai ke pendengaran Zafry. Dia tidak mahu hati itu terluka lagi dengan tindakan Tan Sri Hamzah. Cukuplah dengan apa yang berlaku selama ini.

“Biar dia marah aku pun tak apa Edah. Tapi aku tak boleh biar dia buat perkara yang tak elok dekat Adra. Kau bukan tak tengok budak Adra itu macam mana.” Dia yakin kalau harus ‘memaksa’ Zafry berada di sisi Adra dengan lebih lama, pasti suatu saat nanti anaknya akan sedar kelebihan menantunya itu. 

  “Kalau tak berjaya macam mana? Abang tak takut ke kalau Adra dapat tahu?” Kalau suatu saat nanti semuanya tersingkap, pasti Adra akan berkecil hati bia sedar diri dijadikan barang ‘dagangan’ antara suami dan bapa mertuanya. Dia tidak mahu Adra terluka. Anak itu begitu menyenangkan hati tuanya. Pandai mengambil hati dan berlemah-lembut dalam bicara walupun terselit sedikit kenakalan.

“Kalau kita tak bercerita, dia tak kan tahu.”

Mak Edah mengeluh resah mendengar jawapan itu. Begitu mudahnya menjadi seorang Tan Sri Hamzah dan seorang Umar Zafry. Perasaan orang lain sangup dikorbankan demi mencapai matlamat masing-masing. Dan sungguh, kalau dia di tempat Adra dia tak akan pernah mampu memberi sebuah kemaafan andai semua itu tersingkap di kemudian hari.
…………………
“Adra macam mana?” Nafiz gelabah. Wajah Zafry dipandang menanti jawapan. Dapat sahaja panggilan lelaki itu tadi, terus dia bergegas datang ke hospital bagi mengetahui keadaan Adra. Risau bila Zafry bagaikan gembira menghadapi kemungkinan kehilangan zuriat sendiri. Argh…lelaki itu benar-benar tidak berguna!

 “Entah. Tak keluar lagi.” Dia risaukan Adra. Dalam masa yang sama dia tidak sabar mendapatkan berita yang satu itu. Kalau apa yang dia idamkan berlaku, segala urusannya akan lebih mudah. Dan kali ini dia akan pastikan yang ‘tarian’ yang bakal dia persembahkan tak akan ada cacat cela. Perfect!
           
“Yang kau melilau ni kenapa? Pening kepala aku tengok.” Dia mengomel geram. Sesak nafas melihat aksi Nafiz yang bergerak ke sana ke mari.  

            Love sudah berkerut dahi. Kehairanan melihat aksi sahabat karib abangnya. Kerisauan lelaki itu jelas melebihi kerisauan Zafry. Lelaki itu hanya beberapa kali pernah ditemui semasa di London dulu. Itupun mereka hanya saling berbalas senyuman. Beberapa jawapan nakal yang menjengah fikirannya ditolak sejauh mungkin. Mustahil lelaki itu sukakan isteri sahabat baik sendiri. Mungkin Nafiz ada hubungan kekeluargaan dengan kakak iparnya itu.

            Wajah Zafry dipandang. Kening diangkat-angkat sambil bibir mencebik ke arah Nafiz. Berharap abangnya faham maksud yang cuba disampaikan. Dia benar-benar mahu mengetahui apa hubungan Nafiz dan Adra.

            “Oh..Nafiz, ini aku kenalkan..Love..Love…ini Nafiz.”

            “Kami dah pernah jumpa. Kau lupa ke?” Sedikit senyuman hambar dia hadiahkan buat tatapan Love. Tiada hati mahu beramah mesra kerana yang ada di dalam fikirannya hanyalah Adra.

            Love mengeluh kecewa. Lain yang dia maksudkan lain pula yang lelaki itu faham.  Melihat kelibat Mak Edah, bapa saudaranya dan juga pasangan yang dia yakini ibu bapa Adra mematikan hasratnya untuk berterusan bertanya.

            “Tak dapat berita lagi?” Mak Edah bertanya perlahan. Sambil itu huluran tangan Nafiz disambut.

            “Tak lagi Mak Edah.” Love menjawab perlahan. Dia sendiri sudah mengelisah.

“Mak Edah baru sampai ke apa?” Nafiz teragak-agak berkata. Sedikit gentar memandang raut wajah Tan Sri Hamzah yang nampak semacam. Erat tangan lelaki itu mengengam tangannya bila mereka berjabat salam.
           
“Dah lama. Mak Edah ambil angin dekat luar tadi.”

            Pintu yang terbuka mematikan perbualan antara mereka. Terus mereka menyerbu ke arah doctor yang sedang melangkah keluar.

            “Menantu saya macam mana doctor?” Tan Sri Hamzah mengengam erat tangannya. cuba mengumpul sebanyak mungkin kekuatan dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

            Zafry berdebar. Wajah doctor wanita yang merawat Adra dipandang dengan pandangan bersinar. Dia mahu Adra selamat…Hanya Adra!

Surat Cinta Untuk Di Sana : Last post utk blog…Nanti sy akan upkan jajan’s sahaja dekat blog (oh..ada watak baru sy timbulkan)….Akan sy cuba memanjangkan sedikit jajans nanti…Dekat group mcm biasa…Secoet kegedikan keluarga pak singa akan sy up… :)
Papai….darling…Muahhhhhh… (Eh…nanti sy akan selang-selikan SUAMI UNTUK AKU dengan sebuah novel baru…ADANYA DIA UNTUK AKU…) so kot nak baca cerpen Adanya dia untuk Aku…silakan sebelum saya nyahkan terus dari blog…kihkih..)


13 ulasan:

  1. Errkkkkk... Baby jelly....geramnya zafry ni spi mcm tu skali x Nk anak. Jgn nnti dia mnyesal sudah....
    Jajan secoet pasni huhu... Bole le dr xde

    BalasPadam
  2. xde nye jadi ape2 kat baby jelly 2...selamat walafiat je ...padan muka pak singa la muahahhaha (aka mayarazlan)

    BalasPadam
  3. Amboi..nk mama je,ank xnk..smpai ati! Benci papa singa!

    BalasPadam
  4. Amboi..nk mama je,ank xnk..smpai ati! Benci papa singa!

    BalasPadam
  5. alah baru nak rasa xcited!!!... i hate u papa singa!!!

    BalasPadam
  6. Alahai zafry..tk sedar anak tu yg akhirnya akan merubah hidup dia..:-)

    BalasPadam
  7. baru lepas baca novel ni..citer dia sgt best..thumbs up, ada x sambungan kisah love & nafiz? kisah diorang sgt menarik

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum nak tanya sekarang ada lagi tak novel ni? Saya betul betul nak novel ni. Saya tahu dah lambat tapi nak tanya je kalau kat cik cempaka ada tak stok buku ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wlkslm aisyah... dekat sy x ada stok.. hehe... Aisyah masuk fb... boleh tempah dekat idea kreatif... ;)

      Padam
    2. Cik cempaka saya dah jumpa buku tu hahahaha!! Nampak je buku tu saya terus menjerit kat tgh book store tu hahahaha!! Saya dah habis baca. Saya bagi rating 10 out of 10 comel gila! My toes can't stop curling tau!! Best best thumbs up 👍👍 . kalau cerita ni buat sequel LovexNafiz saya sure beli. Takpa saya nak usha dulu semua novel and cerpen cik cempaka ni. Terima kasih!!

      Padam
    3. Ala.. nak baca jugak.. nak cari mna novel ni ?? ����

      Padam
  9. Mana nak cari novel ni hmm. Ada sambungan tak ?

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)