Kain
tuala yang dibasahkan dengan air disusap pada wajah suaminya. Sesekali air mata
yang menuruni lekukkan pipi dikesat pada hujung baju. Seumur hidup tidak pernah
dia rasa malu sebegitu rupa. Dipandang sekali imbas wajah membahang ayah
mertuanya. Wajah sedih Mak Edah dan wajah tidak berperasaan Love. Tidak tahu
dimana dia mahu letak muka nanti.
Sepanjang
berbulan perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun suaminya pulang dalam keadaan
mabuk. Sekian lama tidak menyentuh air kencing syaitan itu, kenapa hari ini
suaminya sanggup buat kembali perangai tak berguna itu? Tak cukup lagi ke
nasihat yang saban hari tercurah dari mulutnya?
“Adra..”
Tan Sri Hamzah memanggil serba salah. Dia tidak terperanjat melihat keadaan
Zafry kerana dia pernah melihat lebih daripada itu. Cuma dia malu mahu
berhadapan dengan Adra. Kerana keinginanya mahu melihat Zafry berubah, Adra
pula yang harus menjadi mangsa.
Senyuman
cuba diukir buat tatapan ayah mertuanya dan Mak Edah. Malangnya bibir menjadi
kaku. Sukar mahu menganyam senyuman bila harapan yang diletakkan pada bahunya
tidak mampu digalas.
“Adra
minta maaf..”
“Ayah
yang patut minta maaf. Kalau ayah tak minta Adra kawin dengan Zafry, hidup Adra
tak akan jadi macam ini.” Malunya hanya Allah yang tahu. Mujurlah besannya
tidak bermalam dirumahnya, kalau tidak tak tahu dimana dia harus letakkan muka.
“Aku
tak boleh sayangkan kau..huk..”
Adra
ketap bibir. Wajah suaminya dipandang. Dalam keadaan separuh sedar seperti itu
pun lelaki itu masih melakukan penolakkan kepadanya. Tetapi sungguh, hatinya
langsung tiada rasa kecewa!
“Kalau
Adra nak tinggalkan dia, ayah takkan salahkan Adra.” Berat dia mahu melafazkan
kata-kata itu setelah jauh dia membuat perancangan, tapi sampai bila dia harus
berlagak kejam? Adra masih muda. Masih panjang jalan yang harus ditempuh. Kalau
selamanya Zafry masih belum puas ‘menghukumnya,’ apa akan jadi dengan Adra
nanti?
“Dia suami Adra…” Rasa sebak yang kembali
bertandang cuba dibuang sejauh mungkin. Baik buruk lelaki itu, dia harus
menerimanya selagi dia termampu. Sebelum perkahwinan mereka berlangsung lagi
Tan Sri Hamzah sudah memberitahu mengenai kelakuan suaminya. Dan mustahil
untuknya menyalahkan lelaki itu bila dia sendiri yang sangup menerima cabaran.
“Adra
tahu dia akan berubah nanti…” Angan yang dikarang biarpun terlalu tinggi untuk
digapai, pasti dia akan mencuba selagi dia berdaya.
………………
Tangan dibawa menutup mata bagi
mengahalang silau lampu yang tepat menyuluh muka. Kepalanya yang terasa
berdenyut diurut perlahan. Setelah berbulan tidak menyentuh bir, ternyata dia
sudah tidak sehebat dulu. Baru kena segelas pun dia sudah hampir tumbang.
“Abang dah sedar.” Adra bertanya
lembut.
Terbeliak matanya memandang wajah Adra
yang tiba-tiba menjengah betul-betul dihadapan wajahnya dengan kain telekung
kemas tersarung pada badan. Dia dekat mana sekarang? Bukan dia dekat pub ke
tadi?
“Aku dekat mana ni?” Terpisat-pisat
dia bangun. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. Keluhan resah terhembus. Rumah
ayahnya! Terus kepala terlentok pada kepala katil. Matilah!
“Dekat rumah ayah.”
“Adra…Aku…” Serba salah wajah itu
dipandang.
“Jangan minta maaf dekat Adra. Minta
maaf dekat Allah.” Melalui pandangan mata itu sahaja dia sudah tahu yang
suaminya mahu memohon maaf. Dia tiada maaf untuk diberi. Semua itu urusan
suaminya dengan Allah. Dia sudah menasihati, tetapi suaminya sendiri yang mahu
memilih melakukan perkara yang dilarang agama.
Terdiam Zafry mendengar kata-kata
Adra. Dia rasa tersindir. Setiap gerak-geri isterinya dipandang. Keluhan halus
terluah bila lunak suara itu mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Dahulu dia
juga pernah lakukan perkara yang sama. Didikan Mak Edah tiada yang kurang. Cuma
dia sendiri yang mahu memilih cara yang bertentangan dengan apa yang diajar
semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap ayahnya. Dan sekarang dia
sudah berjaya mendapat apa yang selama ini dia idamkan. Membalas setiap rasa
‘sakit’ yang pernah ayah dia hadiahkan. Tapi rasa bahagia yang diharap langsung
tidak menjengah. Bahkan dia sendiri yang
terasa perit.
“Aku tak layak untuk kau Adra.” Dia
mengumam perlahan. Walaupun satu hari nanti hatinya akan terasa pedih…Dia
tahu..melepaskan Adra adalah perkara terbaik yang pernah dia lakukan.
…………………..
“Mabuk lagi?”
Dia mendengus bila suara garau
ayahnya menyapa pendengaran. Tidak bolehkah lelaki itu membiarkan dia berasa
tenang walaupun hanya sesaat?
“Tak rasa malu ke?”
“Why should I?” Tak berperasaan
kata-kata itu terluah. Tangan dibawa memeluk tubuh yang terasa sejuk disapa
angin pagi.
“Silap ayah ke selama ni Umar
Zafry?” Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaannya. Sungguh dia kecewa. Ternyata
keinsafan yang diharap langsung tidak menyengah ke dalam diri anaknya. Terbayang
seraut wajah arwah isterinya. Mata dipejam rapat. Maafkan abang Lin…
Tersenyum sinis dia mendengar
pertanyaan itu. Tidak perlu dia memberikan jawapan kerana dia yakin lelaki itu
lebih tahu apa yang terjadi. Kecil besar perkara yang berlaku dia tidak mahu
ambil peduli. Apa yang dia tahu, semua itu bukan salahnya!
“Kalau tak ada rasa kasihan dekat
ayah…Tolong kasihankan Adra.” Dipandang riak wajah anaknya. Kosong bagaikan
tidak berperasaan. Kejam sangat ke apa yang dia lakukan selama ini sampai Zafry
bertingkah begitu?
“Rumah tangga saya pandailah saya
uruskan sendiri.” Pandangan mata dibawa melihat ke arah langit. Cerah dipenuhi
bintang-bintang yang galak mengedip cahaya.
“Adra tak bersalah…”
“Tapi ayah yang heret dia dalam
masalah kita.” Dia ketawa kecil bagi menutup rasa bersalah yang menjengah. Setiap
hari memandang wajah polos Adra membuatkan dia rasa dialah lelaki paling tidak
berguna. Puas dihalang diri dari melayan Adra dengan baik, tetapi dia sering
tertewas dengan aksi manja wanita itu.
“Ayah tahu.”
“So dah tak ada apa kita nak
bincang. Please..Leave me alone.” Kerusi yang mengadap kolam dihampiri.
“Buat apa nak seksa diri? Tak sayang
ke nak rosakkan kebahagiaan yang dah ada dekat depan mata?” Kalau anaknya mahu
berterusan berdendam kepadanya, dia tidak kisah. Tetapi kenapa sampai nak seksa
diri sendiri? Itu sahaja yang dia tidak faham dan masih menjadi tanda tanya
kepadanya sampai kini.
“Ayah rasa saya layak ke nak bagi
kasih sayang dekat orang? Ada ke yang sudi nak terima?”
“Kalau dulu ada yang sangup menolak,
tak mustahil sekarang ada yang sudi nak terima.” Perit lagi hatinya. Kalau
dengan menyindir seperti itu anaknya akan puas, dia sangup kebalkan telinga
menerima asalkan tiada lagi dendam bersarang dihati itu.
“Adra akan jadi ibu dan isteri yang
terbaik kalau Zafry bagi peluang dekat dia.” Persoalan mengenai kesahihan
berita mengenai skandal anaknya dan seorang pelakon cuba dilupakan. Dirasakan
sekarang bukanlah masa yang sesuai untuknya bertanya. Lagipula dia tidak perlu
susahkan diri. Banyak agensi penyiasatan yang tersedia. Bagi sahaja duit, semua
maklumat akan berada dalam tangannya.
“Peluang tu tak akan pernah ada..” Titisan
embun yang terkena pada wajah disapu perlahan… Senyuman kelat terukir pada
wajah. Dia tahu, dia tak akan pernah layak!
Surat Cinta Untuk
Di Sana : Aloha syg2 ku…Ini ‘hadiah’ x seberapa dr sy utk kwn2 semua yg sudi
memeriahkan group senget sy di FB… Dah seribu lebih ahli… Alhamdulillah…
(oh..kot ada yg x betul sila komen…sy x sempat nk mengedit lg bab ni…copy terus
paste… haha) papai…muahhhh
kenapa la hati papa singa nie keras sgt!!! sian adra...
BalasPadamGo on.. Short sgt le..
BalasPadamBila novel KSB nak terbit cr? dah jadi addicted dgn cerita ni sampai hari-hari buka blog. hehe
BalasPadamkeras nya hati papa singa yg bernama umar zafry ni, dear adra, cuba bagi backhand 17x kat laki ko yg jantan kabaret ni. kerek sih!
BalasPadamhaiiissshhhhh besa neh Zafry neh...nek kene babab tol la dia neh....kang wat hukum hudud kang baru tau malu plak hisshhh
BalasPadamRasa macam nak lempang je zafry ni. Adra dah baik macam tu pun tak nak terima lagi? Jangan sampai adra tinggalkan dia baru nak menyesal.
BalasPadam