Hel!O mY DarLing!

Isnin, 2 Disember 2013

Jajan's Kalau Sudah Berkenan Bab 22

“Cepat sikit Yazid.” Tan Sri Hamzah sudah mengesa bila dirasakan pekerjanya terlalu perlahan memandu kereta.

“Dah lebih seratus dua puluh Tan Sri saya bawa.” Dia sendiri sudah kecut perut. Seumur hidup tidak pernah dia memandu sebegitu laju. Bila terpandang sahaja tempat yang dituju, terus dia memperlahankan kereta. Signal untuk ke kiri diberi sebelum dia membelok memasuki perkarangan hospital.

“Aku naik atas dulu. Bangunan sebelah sana.” Ditunjuk bangunan yang berada diseberang jalan. Berhenti sahaja kereta, terus dia melangkah keluar dengan tergesa-gesa.

Hatinya sudah berdetak tidak menentu. Risau jika sesuatu menimpa menantu dan cucunya. Terperanjat besar dia tadi bila diberitahu oleh Mak Edah yang Adra mengalami tumpah darah. Dalam risau dia sebenarnya sedikit berkecil hati kerana tidak diberitahu mengenai berita kehamilan Adra. Setiap kali mereka berjumpa tak pernah sekalipun menantunya bercerita mengenai hal itu.
           
Ditoleh kiri dan kanan bagi mencari ahli keluarganya. Seketika mata dikecilkan bila terpandang kelibat Zafry yang sedang berbual melalui handset di satu sudut hospital. Kalut dia berjalan menghampiri tubuh itu. Dia mahu memberikan sebanyak mungkin semangat kepada anaknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan.  
           
Malangnya langkah kakinya kaku sendiri. Terpaksi pada permukaan lantai. Kuat melekat bagaikan digam. Sehingga kelibat anaknya sudah berlalu, dia masih statik di tempat yang sama. Berharap apa yang didengar dan dipandangnya tadi hanyalah mainan emosinya.
           
“Ayah.”
           
Tan Sri Hamzah terperanjat. Dadanya diurut perlahan sebelum dia menoleh kebelakang. Wajah Love yang menyapa pandangannya membuatkan dia mengeluh lega.
           
“Ayah berdiri dekat sini kenapa?” Dari tadi dia memandang aksi lelaki itu yang keras bagaikan patung cendana.
           
“Adra macam mana?” Pertanyaan gadis itu sengaja tidak dijawab. Kerisauan melanda hatinya. Kalau sesuatu menimpa Adra dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya. Bicara Zafry sebentar tadi juga masih terngiang-ngiang di telinga, membuatkan dia gelisah sendiri.
           
“Dia tak keluar lagi dari emergency room…Jom kita tunggu dekat sana. Mak Edah pun ada.” Jari dibawa menunjuk ke satu arah. Terus dia melangkah beriringan dengan bapa saudaranya menuju ke arah Mak Edah.
           
“Edah. Zafry mana?” Terus dia berpura-pura bertanya.
           
“Entah. Dia keluar macam itu saja tadi.” Dia mahu bertanya, tetapi melihat raut wajah kusut Zafry, tak sampai hati pula untuknya menyoal itu ini.
           
Tan Sri Hamzah teranguk-anguk. Tubuhnya dilabuhkan pada kerusi di ruangan menunggu. Di dalam fikirannya sudah bermacam perkara bermain.
           
“Dia terjatuh ke apa?” Berdegup kencang hatinya menanti jawapan. Risau jika apa yang berlaku kepada Adra merupakan angkara anak lelakinya. Entah bagaimana dia mahu mengadap wajah besannya nanti.

Surat Cinta untuk Di sana : Sorry dah banyak hari tak mengupdate blog. Sibuk berkenduri…Sempat up jajans secoet saja dekat group.. haha…full bab 22 esok kalau sempat saya up… ;)

2 ulasan:

  1. Huhuhu...apakah kata2 zafry...:O

    BalasPadam
  2. haaaaaiiiihhhhh....dugaannya la nak tunggu sampai BESOK neh.... :d

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)