Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 10 Mei 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 13



             “Kau dah kenal Hasif kan?” Camelia bertanya. Wajah Yuyu direnung sekilas sebelum dia kembali meletakkan kepala di atas meja. Hari-hari dia terpaksa mengikut suaminya ke pejabat. Dirasakan kerisauan lelaki itu agak berlebihan. Orang lain pun mengandung juga, tapi tak derlah terover protact isteri. Itu tak boleh, ini tak boleh.  Kandungannya baru mencecah usia lapan bulan. Segala urusan Cafe Ice-Ice Delicious yang di usahakannya, terpaksa di serahkan kepada pekerja untuk di uruskan bila Amjad tidak membenarkan dia pergi kemana-mana tanpa di temani ahli keluarga.

            “Tak kenal.” Laju Yuyu menjawab. Tak ingin dia nak mengaku. Kalau dunia terbelah dua sekalipun tak hadaplah nak kenal lelaki itu.

            “Kau biar betul!, takkan tak pernah jumpa? Bilik dia mengadap meja kau saja. Pelik ni.” Terus Camelia mengangkat kepala. Wajah Yuyu dipandang.

            “Tak kenal. Hari itu kau juga cakap yang dia sibuk, jarang masuk office. Hari ini aku tengok gelap juga bilik dia.” Sedaya upaya Yuyu menahan riak wajahnya dari berubah. Meluat betul mendengar nama itu. Rasa menyampah yang sesekali menerbitkan niat nakal untuk ‘menjahanamkan’ kehidupan makhluk bernama Hasif Amsyar.

            “Betul jugakan. Hari-hari sibuk. Aku ni mujur nak bersalin sangat dah, kalau tidak suami aku itupun macam adik dialah sibuknya. Mengalahkan perdana menteri.” Camelia mengeluh. Susah kalau dapat suami berjawatan tinggi. Seketika kemudian dia beristifar bila dia seakan mempertikaikan anugerah Allah.

            “Biasalah tu. Kejap lagi kau nak keluar makan dengan aku ke dengan suami engkau?” Sambil itu tangannya cekap menaip surat. Sejak beberapa hari bekerja, inilah kerja pertama yang di arahkan kepadanya. Harap-harap tiada kesilapan.


            “Dengan korang berdualah. Nanti join aku ye.” Camelia bangun perlahan-lahan. Rasa boringnya sudah mencapai tahap kronik. Dia memerlukan udara segar sekarang. Terbayang sebuah kedai permainan kanak-kanak berhampiran office. Niat hatinya ingin membeli beberapa barang permainan untuk baby.

            “Eh, kau nak kemana tu? Bilik suami kau ke?” Yuyu bertanya. Rambutnya yang menutup sebahagian mata di selak sedikit.

            “Aku nak beli barang. Karang suami aku tanya pandai-pandailah kau jawab ye?” Dia terus berlalu. Tak boleh tunggu lama. Yuyu cekap dalam beleter. Tak rela membiarkan telinganya ‘bernanah.’

            “Weh, bising suami kau karang.” Dia berura-ura ingin mengikut langkah Camelia yang semakin menjauh, tetapi terpandangkan beberapa pucuk surat yang belum di taip menyebabkan dia mematikan hasrat hati. Mintak-mintaklah Camelia cepat pulang semula ke office sebelum bossnya sedar.

            Belum sempat Yuyu mahu melabuhkan tubuh di atas kerusi, terjengul Amjad di muka pintu. Jelas riak wajah itu berkerut.

            “Yuyu, Camelia mana? Bukan dia dengan awak ke tadi?” Amjad bertanya. Di tinjau sekeliling. Pelik pula di rasakan.

            Yuyu mengeluh. Camelia oii, langkah kiri engkau hari ini.

            “Dia pergi beli barang dekat bawah.”  Baik beterus terang. Kantoi nanti dia juga yang kena bersoal jawab.

            “Apa!!!’ melengking kuat suara Amjad. Yuyu terkedu. Patutlah Camelia bosan. Dia sudah tahu puncanya.

            “Di mana?” Kalut Amjad bertanya.

            “Bawah. Baru je dia turun. Kalau nak kejar pun sempat lagi.” Kalau suami macam ni punya sayang tak tahulah patut bersyukur ataupun rimas. Aduhai.

            Melopong Yuyu dek kagum dengan kepantasan pergerakkan Amjad. Sekejap sahaja berdesup pergi. Memang sayang bini sunguh kalau macam tulah rupanya.

            “Kau apahal?” Anita bertanya. Di tangannya terdapat bermacam fail bewarna warni.  Kehairanan memandang Yuyu yang sedang terkaku dengan mulut sedikit ternganga. Tangannya di gawang-gawang di hadapan wajah Yuyu.

            “Sibuklah kau.” Pantas Yuyu menepis perlahan tangan Anita. Wajah sahabatnya itu di tatap kemudiannya.

            “Mahunya tak sibuk. Engkau tu, terlopong mengalahkan nampak harta karun. Lalat kalau masuk mulut kau, aku rasa dah betelur siap beranak pinak.

            “Metafora betullah ayat kau.” Yuyu kembali duduk. Jam di tangan di lihat sekilas. Baru pukul dua belas tiga puluh minit. Lagi setengah jam untuk rehat.

            “Yuyu, kau makan dengan siapa kejap lagi?” Kerusi yang di gunakan Camelia tadi di tarik. Sekarang waktu untuk dia bersenang lenang. Bossnya petang karang baru masuk kerja. Rasa lapang sedikit dunia apabila bebas dari Hasif.

            “Dengan Camelia. Kenapa?” Kerepek ubi dikeluarkan dari laci meja dan diberikan kepada Anita. Pantas sahabatnya tu menyambut.

            “Owh, tak der apalah. Ingatkan kau nak makan dengan kami. Aku dengan Kak Bib baru cadang nak pergi KFC.”

            “Eh sejak bila Kak Bib tukar jadi mat saleh? Kalau tidak asyik cakap ‘belacan budaya kita’ saja. Tak adanya dia nak makan mkanan fast food.” Hairan Yuyu mendengar kata-kata Anita. Sunguh, Kak Bib adalah pejuang makanan melayu sejati. Tak usah beri makanan ala-ala mat saleh, di tolak mentah-mentah. Walaupun perkenalan mereka baru mencecah seminggu tidak sukar untuk dia mengetahui tabiat rakan-rakan barunya.

            “Masih dengan tagline dia. Cuma kami nak tempah tempat untuk majlis hari jadi anak saudara dia. Abang dia mintak tolong arrangekan.” Anita mengigit kuat kerepek ubi yang di berikan oleh Yuyu.

            “Apa punya keras kerepek engkau ni weh?” Kerepek yang tidak mampu di kunyah di luahkan kembali. Macam ketul batu.

            “Sebab keras aku bagi engkau. Kalau rapuh aku makan sorang saja.” Yuyu ketawa. Sambil itu dia mengeluarkan sebalang lagi kerepek ubi.” Tadi dia pun sudah terkena. Entah kerepek apalah yang umi dia kasi. Keras macam kayu.

            “Yang ini sedap. Tapi pedas sikitlah.”

            “Nak ikut tak?” Sekali lagi Anita bertanya. Sambil itu tangannya cekap mengambil beberapa keping kerepek.

            “Tak kot. Aku dah janji dengan dia. Apa pun kejap lagi aku comfirm kan.”

            Teranguk-anguk kepala Anita mendengar kata-kata Yuyu. Perlahan-lahan dia bangun. Rasa malas ingin beredar ke tempat sendiri.

            “Boss engkau tak kerja ke hari ini?” Yuyu bertanya perlahan. Takut di dengar oleh pekerja lain. Offce ini banyak benar kaki gosip.

            “Petang karang. Dia pergi lawat tapak projek... Nanti engkau nak ikut kami bagitahu ye.” Anita menapk perlahan kemejanya. Kalau tak di sebabkan kerja yang berlambak di tinggalkan Hasif, tak adanya dia nak tinggalkan meja Yuyu. Bossnya itu memang tak boleh tengok dia senang. Kedengki betul!!!

................................
           
            Aku dah lapar ni. Bila kita nak gerak.” Perut yang mengempis diusap perlahan-lahan. Hampir sepuluh minit mereka menunggu Amjad. Tapi suami sahabatnya itu bagaikan hilang tanpa dapat di kesan.

            “Kejap-kejap. Suami aku dah nak turun. Dia suruh kita tunggu Hasif dekat sini. Kejap lagi bolehlah kau kenal dengan adik ipar aku.”

            “Tunggu siapa?” Yuyu pantas bertanya. Mintak-mintaklah dia tersilap dengar. Janganlah mamat bawak malang. Sudah meloya tekaknya mengadap muka tak siap lelaki itu.

            “Hasif. Adik kembar suami aku. Kata tak kenal kan? Suami aku ajak dia join kita makan sekali.” Camelia langsung tidak perasan riak wajah Yuyu yang berubah.

            Yuyu mengeluh berat. Lelaki itu sudah seperti bayang-bayangnya pula. Setiap detik mengikut walau kemana dia pergi. Benci... Rasa menyesal mula mengebu di dalam hati. Kalaulah dia menerima pelawaan Anita alangkah bagus. Tak payahlah dia mengadap muka wajah itu.

            “Handsome tau adik ipar aku. Sebiji muka suami aku.” Bangga Camelia memuji. Manalah tahu. Buatnya Yuyu terbekenankan adik iparnya bolehlah mereka berbiras. Meriah lah sikit kalau hari raya.

            “Kau ni nak puji adik ipar kau tu ke, kau nak puji suami engkau?” Tengok ayat pun dia dah tahu. Nak upkan suami sendiri.

            “Mestilah suami aku.” Camelia pura-pura tidak nampak reaksi wajah Yuyu yang mencebik-cebik mendengar kata-katanya. Cemburulah tu.

            “Menyampah aku Puan Camelia oi.” Meluncur laju ayat itu dari bibir Yuyu. Camelia hanya ketawa mendengar kata-katanya.

            “Kita tunggu dekat restaurant jelah. Aku dahaga.”

            “Kejap-kejap aku call suami aku.” Kasihan pulak Camelia mendengar suara Yuyu yang jelas sedang kelaparan.

            Yuyu pantas bangun dari sofa yang di letakkan di luang legar office. Lama menunggu Camelia berbual. Sekejap ketawa, sekejap diam, sekejap tersenyum. Ini tanya ke ‘bergayut’?

            Bosan menunggu dia menapak keluar office. Beg tangan di betulkan kedudukan. Baju kurung moden yang di pakai di lurut-lurut bagaikan mahu menghilangkan kedut. Rasa macam tak percaya pulak pada diri sendiri bila dia boleh berpakaian sebegini ayu.

            Teringatkan sesuatu, membuatkan Yuyu tersenyum lebar. Pantas dia membuka zip beg tangan. Setin air coke di keluarkan. Baru sahaja dia berura-ura ingin menarik besi penutup minuman, tubuhnya terasa kuat tersentap. Tertiarap tubuhnya kerana di tolak dengan tiba-tiba. Tarik menarik berlaku bila seorang remaja cuba merungkaikan pegangannya daripada beg tangan.

            “Tolong.....tolong...pencuri.” Camelia yang baru melangkah keluar seiringan dengan Amjad menjerit kuat. Suaminya laju berlari ingin menolong.

            “Lepaslah bodoh! Aku bunuh kau.” Yuyu tersentak bila remaja itu mengacukan sebilah pisau ke arahnya. Dia tidak peduli. Jangan mimpi dia nak serahkan. Langkah mayat dia dulu. Terjerit-jerit Yuyu menarik kembali begnya. Sepakkan kuat yang sesekali terkena tubuhnya tidak di pedulikan.


            “Woii.” Melihat Amjad semakin mendekat membuatkan remaja itu pantas ingin melarikan diri. Malang sunguh nasib dia hari ini. Perempuan tu tak sudah-sudah nak melawan. Apa punya spesis entah.

            “Kau ok?” Kalut Camelia membantu Yuyu untuk bangun. Sahabatnya itu teranguk-anguk.

            Yuyu tidak puas hati. Selagi tak dapat remaja itu hatinya tidak tenteram. Nun di hadapan sana Amjad masih mengejar. Tin coca-cola yang jatuh di capai, beg di serahkan kepada Camelia. Dengan laju dia pantas berlari. Mujurlah kain yang di pakai agak besar. Kasut pulak jenis ballerina dengan bunga seketul di hadapan.

            “Weh, kau nak kemana tu.” Kuat Camelia menjerit. Orang ramai sudah mula mengerumuni dia. Mungkin baru menyedari kes ragut yang hampir terjadi.

            Laju Yuyu berlari. Apa jadi sekalipun dia nak jugak sekolahkan budak itu. Tengok muka pun tahu. Sekolah pun tak habis lagi. Teringatkan sesuatu pantas Yuyu membelok ke kiri. Ada lorong yang menghubungkan terus dengan kawasan sebelah sana.

            Tersenyum dia bila terpandangkan budak itu yang mula memasuki lorong yang sama. Mungkin untuk bersembunyi kerana di sekeliling lorong di penuhi dengan kereta.

            Dalam masa yang sama Amjad dan Hasif semakin menghampir. Hasif yang baru keluar dari kereta semasa kejadian berlaku turut cuba membantu.

            “Hoi budak!!!. Sini kau.” Kuat Yuyu menjerit. Jelas riak wajah remaja itu terperanjat bila dia secara tiba-tiba muncul. Geram hatinya bertambah bila remaja itu ingin berpatah balik. Niat ingin menghentak budak itu dengan air coke di teruskan. Dengan penuh gaya terus dia membaling kuat.

            Terkaku Yuyu bila sasaran tepat menghentak dahi. Malangnya bukan dahi si pencuri, tetapi dahi...Hasif, matilah!!!

            Amjad tersenyum puas bila dia berjaya menangkap remaja itu. Dia pantas menyerahkan kepada beberapa lelaki yang turut membantunya mengejar tadi. Saat itu dia rasa beruntung kerana di lahirkan di Malaysia. Rakyat berbilang kaum hidup bersatu padu dan saling tolong menolong.

            Yuyu mendekat ke arah Hasif. Takut-takut dia memandang wajah lelaki itu yang jelas berkerut menahan sakit.

            “Hasif.” Amjad menepuk kuat bahu adiknya. Pelik melihat lelaki itu langsung tidak bersuara dan membantunya sebentar tadi.

            Hasif terasa pening. Kepalanya berdenyut kuat. Dia ingin membuka mulut memarahi Yuyu. Malangnya lidah terasa kaku. Mata semakin berpinar. Terasa tepukkan di bahu, sebelum pandangannya mula kabur...

            “Hasif, Kau apasal?” Amjad kalut. Pipi Hasif di tepuk-tepuk bila adiknya tiba-tiba melorot jatuh. Mujurlah dia sempat menyambut. Kalau tidak lagi teruk terhentak di atas tar. Di pandang dahi Hasif yang membiru dan membengkak. Kenapa ni? Tak kan kena tumbuk dengan peragut tadi?

            Liur di telan kesat. Yuyu mengelabah. Macam mana ni?

            “Encik Amjad. Saya terbaling air coke kat dahi dia tadi.” Takut Yuyu memberitahu. Mintak-mintaklah lelaki itu hanya cedera ringan. Kalau teruk matilah dia nak membayar ganti rugi.

            “What?” Melengking kuat suara Amjad. Patutlah pitam.

            “Saya nak baling peragut tadi, tapi terkena dia pulak.” Apa nak buat ni? Kerisauan melanda hati Yuyu. Kalaulah dia tak mengunakan ‘kepakaran’ membaling tadi, tentu semua ni tak terjadi.

            “Awak tunggu sini. Saya pergi ambik kereta. Pantas Yuyu berganti tempat dengan Amjad, Kepala Hasif di pangku. Dia memandang Amjad yang laju berlari. Wajah lelaki itu di tatap. Alis mata tebal, hidung mancung dengan bibir yang... seksi. Cukup pakej. Kalau jadi artis tentu laris. Dalam hati Yuyu sibuk menilik. Tapi sayangnya mata itu selalu menjeling tajam, mulut pulak kalau tidak mengeluarkan ayat ‘berpuaka’ memang tidak sah.

            Tangannya di letakkan bersebelahan dengan Hasif. Berbeza. Dia berkulit kuning langsat sedangkan lelaki itu putih gebu. Dia ketawa kecil. Susah nak cari lelaki gebu sekarang ini. Amjad walaupun rambut dan mata bewarna coklat tetapi kulitnya tidaklah seputih Hasif. Seketika kemudian dahinya di tampar kuat. Gatal! Tahu dek umi yang dia gedik menilik anak teruna orang, mahu di bahankan sampai tujuh keturunan.
....................
            “Ada pendarahan dalam kepala pesakit. Kami perlu membuat pembedahan dengan segera.” Ayat seterusnya yang keluar dari bibir doktor itu kedengaran bagaikan angin lalu di telinga Yuyu. Amjad mengeluh resah.

            Terkedu Yuyu mendengar kata-kata doktor yang merawat Hasif. Takkan seteruk itu? Kuat sangat ke balingan dia tadi?
           
            .Sekian lama berdiam diri barulah Yuyu berani bersuara. Kelibat Amjad hilang entah ke mana. Hanya ada Camelia disisinya.

            “Beb kau rasa dia teruk tak? Kalau hilang ingatan macam mana?” Teringat dia kepada beberapa buah novel yang pernah di baca. Tidak hero pasti heroin akan ‘lup’ memori kalau terhentak sesuatu. Jenuh dia nak bertangungjawab nanti. Buatnya lelaki itu terus jadi sewel macam mana? Membayangkan kemungkinan itu sahaja sudah cukup mengerunkan. Apatah lagi jika benar-benar terjadi.

            “Apalah kau ni. Mintak pelik-pelik. Tak dengar doktor cakap tadi? Bukan serius sangat pun. Kalau parah kaulah bertangungjawab. Tunjuk teror sangat kan?” Camelia tersandar. Belakangnya mula terasa lenguh kerana terlalu lama duduk.

            Ye ke doktor cakap cam gitu?” Terasa lapang sedikit hatinya mendengar kata-kata Camelia.

            “Hem, nak pergi makan tak? Aku dah lapar ni.” Jam di tangan direnung. Hampir pukul tiga petang. Patutlah terasa lapar benar. Camelia menoleh ke arah Yuyu. Soalannya diam tidak berjawab.

            “Jom aku temankan.” Malas Yuyu menjawab. Seleranya sudah putus. Di dalam fikirannya hanya kesihatan lelaki itu yang menjadi tumpuan. 

Surat Cinta Untuk Di sana : Aloha...ini mngkin en3 trkhir MPWUMM? utk bulan ni..saya agak sibuk kebelakangan ni...x sempat nak menaip...sekarang masa sudah ada dan sy sedaya upaya berusaha untuk mempercepatkan mss MPWUMM?...dah trlalu lama berdebu...(Kalau ada kelapangan inshaallah sy akn cuba post juga)...sbagai ganti mungkin sy akan post cerpen baru atau Novel Kalau Sudah Berkenan... dah bca cecuba komen sedikit.. :)

6 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)