Hel!O mY DarLing!

Rabu, 29 Mei 2013

Jump..Jump.. Jajan's Bab 18 Miss Puyu Will You Marry Me?


 muka masam dek kerana lama berjemur

“Woi, apa ni peluk-peluk orang.” Yuyu menjerkah kuat bagi melawan deru angin. Pantas tangan kirinya mengutil tangan Hasif yang memeluk erat pingangnya. Tak kenal halal haram langsung. Kalau tidak kerana naluri kasihan yang mendesak hati, tak adanya dia nak tumpangkan Hasif. Seteruk-teruk dia tak pernah lagi boncengkan lelaki. Kalau Camarul dengan abah tahu memang teruklah dia kena bambu nanti.

            “Cuba kau bawa perlahan sikit. Tak adalah aku nak peluk engkau.” Hasif merungkaikan rangkulannya. Seram sejuk tubuhnya. Selain bas dia juga tidak pernah menaiki motosikal.

            “Nak perlahan macam mana lagi? Sekarang ini pun dah perlahan.” Geram betul dia dengan Hasif. Banyak songeh, banyak permintaan dan banyak ‘ketidaksedaran’ diri. Sudahlah menumpang, buatlah macam menumpang.

            “Perlahan apanya macam ini?” Takut dia bila Yuyu melipat di sepanjang jalan. Menyelit di antara kenderaan macam jalan itu dia yang punya. Tadi hampir terbang melayang nafasnya bila Yuyu menyusup masuk antara dua buah traler. Betul-betul menyeramkan. Saat itu nak sahaja dia haramkan diri sendiri dari menaiki motosikal sampai bila-bila. Tetapi dia takut termakan sumpah. Buatnya perkara seperti ini jadi lagi macam mana?

            “Nak saya tinggalkan encik boss tepi jalan ni ke?”

            “Okey, aku diam.” Hasif menjerit di telinga Yuyu. Takut tak dengar. Sakitnya hati. Kalau tahu macam ini cara Yuyu membawa motosikal tak adanya dia nak menumpang.

            “Kalau diam dari tadi kan bagus? Ini macam murai tercabut ekor. Pot, pet, pot pet.” Dalam pada masa yang sama sempat lagi Yuyu berleter.

            “Kau nak aku peluk kau balik ke?” Hasif mula mengungut. Kata orang macam murai, padahal dia tu yang macam murai. Berkicau tak henti-henti.

            “Orang diamlah ni.” Yuyu mengalah. Tak rela ‘dicabul’ lagi sekali.  

            “Lain kali belilah moto besar sikit. Moto besar kaldai ini jugak kau beli.” Hasif mengomel geram. Sudahlah seat kecil, ‘badan’ menegembang ke tepi. Terkangkang dia sudah seperti katak puru.

            “Lebih baik dari beli kereta mewah tapi ‘melingkup’ tengah jalan.” Apa ingat dia tak dengar ke? Suka hati saja mahu menghina Encik Darling kesayangannya.

            “Eh, kau dengar ke?” Hasif ketawa mengejek.

            “Cakap macam tertelan microphone, orang pekak pun boleh dengar.” Sakit hati, sakit jantung, sakit semua anggota dek melayan gelagat Hasif.
   
Surat Cinta Untuk Disana : Main lompat-lompat kejap...Jom layan yang ini dulu.. :)



3 ulasan:

  1. huarghh...full n3 pehlisss
    kesabaranku di hujung tanduk
    sgt terseksa dgn jajan-jajan neh :(

    -yoozara-

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha....kejap2...nanti kita letak full n3 ye?,,

      Padam
  2. I hate u miss penulis. Suka seksa jiwa org. Huhu. Full n3 please.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)