Hel!O mY DarLing!

Isnin, 20 Mei 2013

Jajan's Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 15




            “Kau dah ok ke?” Amjad bertanya. Tirai yang menutupi tingkap di tarik. Suasana mula berubah terang.

            “Boleh la. Mama tak datang ke hari ni?” Pelik pula Hasif. Selalunya pagi-pagi lagi mamanya sudah bertandang.

            “Datang, tapi lewat sikit. Ada hal katanya. Kau dah makan belum?”

            Mendengar pertanyaan abang kembarnya membuatkan seraut wajah mula bermain di birai mata. Terus tangan di bawa menepis-nepis gambaran yang terasa dekat dengan wajahnya bagi menghilangkan bayang si puyu.

            “Kau ni kenapa?” Hairan dia memandang reaksi Hasif.

            “Tak ada apa-apa. Ada lalat.”

            Amjad terus menyentuh dahi Hasif. Tak kan ada mana-mana ‘wayar’ sudah putus? Doktor terlepas pandang ke? Bilik macam ni punya sejuk, nak datang mana lalat? Pelik sungguh.

            “Kau tanya apa tadi?” Sambil itu dia menepis tangan Amjad yang melekap kemas di dahinya yang berbalut. Pegang dekat situ, macamlah nak boleh tahu suhu badan dia.

            “Aku tanya kau dah makan belum?”

            “Dah makan.”

            “Makan apa? Ini, langsung tak luak.” Tangannya di tunjukkan ke arah bekas makanan yang masih belum bersentuh.

            “Er..Ada kawan aku datang tadi. Dia bawa bubur nasi.”

            “Perempuan ke?” Amjad memandang nakal. Payah benar ingin mendengar lelaki itu bercakap mengenai perempuan. Selalu sangat menayang wajah tidak berperasaan.

            “Lelaki.” Laju dia memangkah kata-kata Amjad. Terasa darah meruap ke wajah dengan tiba-tiba.

            “Kau jangan cakap yang kau ni...” Amjad memandang adiknya dengan pandangan penuh riak curiga. Tak kan lah kot. Tapi tak mustahil. Dunia sekarang bukan boleh kira sangat. Nauzubillah, mintak-mintak iman adiknya di kuatkan.

            “Choiii..mulut engkau. Nabi tak mengaku umat tu.” Apa punya fikiranlah. Terpesong sampai ke situ. Lelaki tak boleh bawa benda makan ke kalau melawat rakan-rakan yang sakit?

            “Nasib baik. Ingatkan kau dah menyimpang.” Ketawa besar dia bila Hasif menunjukkan penumbuk kepadanya. 

            “Isteri kau mana? Tak bawa sekali ke?” Pelik pula di rasakan. Selalunya di mana ada Amjad di situ ada Camelia. Dah macam kembar siam dia rasakan. Risau Amjad berlebih-lebihan. Macamlah dalam dunia ini isteri dia seorang saja yang hamil.

            “Ada dengan mama. Kejap lagi diorang datang sekali la.”

            “Patutlah. Selalunya berkepit je.”

            “Biarlah nak berkepit pun. Apa ada hal. Kau tu cemburu. Nanti ada isteri entah-entah kau lagi teruk pada aku. Aku ni sayang isteri. Kau nanti dah kahwin kau tahulah.” Nak buat macam mana. Dia memang jenis yang mudah risau. Nak pula sekarang isterinya semakin menghampiri due date. Siapa tak takut oii.

            “Aku akan pastikan nanti isteri aku tak rasa rimas.” Hasif menjawab penuh yakin.

            “Tak apa. Kita tengok nanti.”

            “Ok, we will see.”

2 ulasan:

  1. tak sabo nak n3 bru
    kalo boleh letak ler 4-5 bab bru best hehe
    leh la ye TT

    -yoozara-

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)