Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 16 November 2013

Oh My Pretty Boy Husband! Bab 8


Mimi Aulia

“Kau dah gila ke apa acik?”

Kerepek ubi aku sumbat masuk dalam mulut. Bicara angah aku buat tidak dengar. Malas nak layan. Dah orang cakap betul itu, betullah. Berapa puluh kali lagi aku nak kena ulang sampai dia faham?

“Acik, Kau dengar ke tidak?”

“Aku dengar lah angah. Nak buat macam mana, tiba-tiba aku terjatuh cinta dekat Pidot. Hati, bukan kita nak boleh halang dia suka dekat siapa.” Nak tergelak pula aku dengan kata sendiri. Jatuh cinta dekat Pidot obor-obor tu? Itulah perkara terakhir dalam dunia ni yang akan aku buat.

“Kau biar betul? Aku tak percayalah.”

“Esok dia nak datang jumpa ayah dengan umi.” Entah apalah dia nak auta keluarga aku nanti. Tapi tak kisahlah. Asalkan lepas ni aku jadi jutawan senyap. Wah! macam best pulak bunyinya.

Aku dah siap buat pengiraan lagi. Lepas aku berpisah dengan dia rasanya dalam akaun aku adalah dalam seratus ribu lebih. Duit tu aku ingat nak buat modal buka kedai pakaian.

“Kau ada buat perjanjian apa-apa dengan dia ke?”

Tajam mata angah menikam wajah aku. Alah…Dia ni amal ilmu magic kawalan alam ke apa? Macam tahu-tahu je!

“Kau tak baik tau fitnah. Perasaan aku dengan Pidot lahir dari hati kami yang suci lagi murni tahu.” Okey, aku dah mula rasa meloya dengan kata-kata sendiri.

“Bukan kau tengah ajar Pidot jadi ‘keras’ ke? Apasal kau pulak yang sangkut dekat dia?”

Payah betullah kalau cakap dengan bakal peguam ni. Semua benda dia nak cungkil. Kang kalau aku cakap aku kawin dengan Pidot sebab aku kena sampuk dengan duit lima ribu sebulan, mahu pitam pulak dia.

“Mana lah aku tahu masa aku ajar tu aku terserah sekali dengan ilmu penyerahan hati. Lagipun dia tu cantik apa.”

“Ha itu lah masalahnya. Kau tak takut ke nanti orang cakap laki kau lagi cantik pada engkau?”

Aku tergelak kecil mendengar kata-kata angah. Rupanya dia juga risaukan perkara yang sama seperti aku dulu.

“Tak apalah. Nanti kalau aku dapat anak, aku nak muka macam dia. Confirm anak aku super duper comel.” Semakin galak aku ketawa. Tak ingin aku nak beranakkan anak Pidot. Eww.. Angah aku tengok dah teranguk-anguk. Macam mudah pula dia termakan dengan pembohongan aku.

“Betul juga tu. Nanti comellah anak sedara aku. Kalau harapkan muka engkau…Memang tak lah..”

“Kau hina aku ke apa tu? Tak baik tau mengutuk kurniaan tuhan.”  Ini yang aku nak sentap tahap petala kelapan. Aku ni bukan tak cantik. Cuma cantik saja yang tak nak mendekat. Jadi bukan salah aku lah kan?

“Yang kau dok kutuk Pidot tu boleh pulak.”

Jelas angah tidak berpuas hati mendengar kata-kata aku. Ini yang payah kalau dapat kakak yang dilahirkan sama tahun. Akal lebih kurang sahaja.

“Bila aku kutuk?”

“Semalam kepada semalam tu.”

“Itu bukan aku kutuk. Itu namanya nasihat secara halus. Kau apa tau.” Angah ni kejap lagi kalau aku selotape mulut baru dia tahu. Berkicau tak sudah-sudah. Susah sangat ke nak terima Pidot tu jadi pilihan aku?

“Kau tak baik tau tipu aku. Walaupun kita tak kembar ‘seuncang,’ tapi kita kembar tahun. Mana ada adik-beradik kembar tak berkongsi rahsia.”

Eleh..Propa pula dia ni. Adik beradik-kembar pun ada yang tak boleh mendekat. Asyik nak becekau saja.

“Okey…Aku bagitahu engkau…aku sebenarnya…” Sengaja aku melambatkan kata-kata. Mahu memberi lebih debaran kepada dia.

“Kau jangan cakap dekat aku yang kau dengan Pidot dah…….”

“Kau gila ke apa? Aku tahu lagi lah halal haram.” Otak tercemar dengan toksik merbahaya betul! Dia tak tahu ke semua tu boleh jadi satu doa?

“Dah itu yang kau nak kawin dengan dia kenapa?”

“Yang kau nak halang aku kawin dengan Pidot apasal? Ha…Entah-entah kau sukakan dia tak?” Aku kecilkan mata. Pandang tepat pada wajahnya.

“Choii…Kau gila ke apa?”

Kali ini terus dia bangun dan melangkah pergi dengan mulut yang sibuk mengomel entah apa-apa. Berkesan juga taktik aku. Kalau aku tahu dari awal lagi aku tuduh yang dia dok mengusya bakal suami aku tu.He..He..

Surat Cinta Untuk Di Sana : Korang boleh imejin tak kalau Pidot jadi suami? Muhahah…

8 ulasan:

  1. Best. But i think mcm ada terbaca sinopsis penulis lain yang seakan cuba buat cerita lelaki lembut ala-ala pidot. Mungkin kebetulan idea dia sama seperti awak. Apa pun Pidot tetap trbaik. :-P cepat sambung tau cik penulis.

    BalasPadam
  2. cepatb smbung mokcik.....

    BalasPadam
  3. Tak dapat nak bayangkan mcm mana Pidot dgn Mimi dah kahwin nnt. Habislah Pidot kena dgn Mimi..... Tak sabra nak tggu n3. Cepat sambung cik writer...

    BalasPadam
  4. x sabar nk tengok mimi ngn pidot khawin

    BalasPadam
  5. Bila lagi nak sambung ni....rindulah dengan pidot dan mimi ni!!!!

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)