Mimi
Aulia
“Kau
dah gila ke apa acik?”
Kerepek
ubi aku sumbat masuk dalam mulut. Bicara angah aku buat tidak dengar. Malas nak
layan. Dah orang cakap betul itu, betullah. Berapa puluh kali lagi aku nak kena
ulang sampai dia faham?
“Acik,
Kau dengar ke tidak?”
“Aku
dengar lah angah. Nak buat macam mana, tiba-tiba aku terjatuh cinta dekat Pidot.
Hati, bukan kita nak boleh halang dia suka dekat siapa.” Nak tergelak pula aku
dengan kata sendiri. Jatuh cinta dekat Pidot obor-obor tu? Itulah perkara
terakhir dalam dunia ni yang akan aku buat.
“Kau
biar betul? Aku tak percayalah.”
“Esok
dia nak datang jumpa ayah dengan umi.” Entah apalah dia nak auta keluarga aku
nanti. Tapi tak kisahlah. Asalkan lepas ni aku jadi jutawan senyap. Wah! macam
best pulak bunyinya.
Aku
dah siap buat pengiraan lagi. Lepas aku berpisah dengan dia rasanya dalam akaun
aku adalah dalam seratus ribu lebih. Duit tu aku ingat nak buat modal buka
kedai pakaian.
“Kau
ada buat perjanjian apa-apa dengan dia ke?”
Tajam
mata angah menikam wajah aku. Alah…Dia ni amal ilmu magic kawalan alam ke apa? Macam
tahu-tahu je!
“Kau
tak baik tau fitnah. Perasaan aku dengan Pidot lahir dari hati kami yang suci
lagi murni tahu.” Okey, aku dah mula rasa meloya dengan kata-kata sendiri.
“Bukan
kau tengah ajar Pidot jadi ‘keras’ ke? Apasal kau pulak yang sangkut dekat dia?”
Payah
betullah kalau cakap dengan bakal peguam ni. Semua benda dia nak cungkil. Kang
kalau aku cakap aku kawin dengan Pidot sebab aku kena sampuk dengan duit lima
ribu sebulan, mahu pitam pulak dia.
“Mana
lah aku tahu masa aku ajar tu aku terserah sekali dengan ilmu penyerahan hati.
Lagipun dia tu cantik apa.”
“Ha
itu lah masalahnya. Kau tak takut ke nanti orang cakap laki kau lagi cantik pada
engkau?”
Aku
tergelak kecil mendengar kata-kata angah. Rupanya dia juga risaukan perkara
yang sama seperti aku dulu.
“Tak
apalah. Nanti kalau aku dapat anak, aku nak muka macam dia. Confirm anak aku
super duper comel.” Semakin galak aku ketawa. Tak ingin aku nak beranakkan anak
Pidot. Eww.. Angah aku tengok dah teranguk-anguk. Macam mudah pula dia termakan
dengan pembohongan aku.
“Betul
juga tu. Nanti comellah anak sedara aku. Kalau harapkan muka engkau…Memang tak
lah..”
“Kau
hina aku ke apa tu? Tak baik tau mengutuk kurniaan tuhan.” Ini yang aku nak sentap tahap petala kelapan. Aku
ni bukan tak cantik. Cuma cantik saja yang tak nak mendekat. Jadi bukan salah
aku lah kan?
“Yang
kau dok kutuk Pidot tu boleh pulak.”
Jelas
angah tidak berpuas hati mendengar kata-kata aku. Ini yang payah kalau dapat
kakak yang dilahirkan sama tahun. Akal lebih kurang sahaja.
“Bila
aku kutuk?”
“Semalam
kepada semalam tu.”
“Itu
bukan aku kutuk. Itu namanya nasihat secara halus. Kau apa tau.” Angah ni kejap
lagi kalau aku selotape mulut baru dia tahu. Berkicau tak sudah-sudah. Susah
sangat ke nak terima Pidot tu jadi pilihan aku?
“Kau
tak baik tau tipu aku. Walaupun kita tak kembar ‘seuncang,’ tapi kita kembar
tahun. Mana ada adik-beradik kembar tak berkongsi rahsia.”
Eleh..Propa
pula dia ni. Adik beradik-kembar pun ada yang tak boleh mendekat. Asyik nak becekau saja.
“Okey…Aku
bagitahu engkau…aku sebenarnya…” Sengaja aku melambatkan kata-kata. Mahu
memberi lebih debaran kepada dia.
“Kau
jangan cakap dekat aku yang kau dengan Pidot dah…….”
“Kau
gila ke apa? Aku tahu lagi lah halal haram.” Otak tercemar dengan toksik
merbahaya betul! Dia tak tahu ke semua tu boleh jadi satu doa?
“Dah
itu yang kau nak kawin dengan dia kenapa?”
“Yang
kau nak halang aku kawin dengan Pidot apasal? Ha…Entah-entah kau sukakan dia
tak?” Aku kecilkan mata. Pandang tepat pada wajahnya.
“Choii…Kau
gila ke apa?”
Kali
ini terus dia bangun dan melangkah pergi dengan mulut yang sibuk mengomel entah
apa-apa. Berkesan juga taktik aku. Kalau aku tahu dari awal lagi aku tuduh yang
dia dok mengusya bakal suami aku tu.He..He..
Surat
Cinta Untuk Di Sana : Korang boleh imejin tak kalau Pidot jadi
suami? Muhahah…
Tak dpt bygkan pidot jd suami nih....
BalasPadamwahahapgaha kelakarnya
BalasPadamBest. But i think mcm ada terbaca sinopsis penulis lain yang seakan cuba buat cerita lelaki lembut ala-ala pidot. Mungkin kebetulan idea dia sama seperti awak. Apa pun Pidot tetap trbaik. :-P cepat sambung tau cik penulis.
BalasPadamcepatb smbung mokcik.....
BalasPadamTak dapat nak bayangkan mcm mana Pidot dgn Mimi dah kahwin nnt. Habislah Pidot kena dgn Mimi..... Tak sabra nak tggu n3. Cepat sambung cik writer...
BalasPadamx sabar nk tengok mimi ngn pidot khawin
BalasPadamBila lagi nak sambung ni....rindulah dengan pidot dan mimi ni!!!!
BalasPadambila nak sambung?
BalasPadam