Hel!O mY DarLing!

Isnin, 19 Ogos 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 9





            “Amacam?” Kening diangkat-angkat. Sengihan nakal tersadai di bibirnya. Sabar dia menanti reaksi dari wajah Zafry.

            “Okey.” Ringkas jawapan itu terluah. Zafry berpura-pura tekun bekerja. Document di tangan diselak. Sedaya upaya senyuman dibibir ditahan dari terpampang pada pandangan Nafiz. Tidak mahu dia menjadi bahan usikan lelaki itu.

            “Aikk, okey je? Boleh caya ke ni?”

            “Habis itu kau nak aku jawab apa?”

            “Jawab lah hati kau tengah bahagia.” Dia sengih lebar. Pandangan matanya dibawa menjelajah segenap ruang rumah sahabat baiknya. Semua sudah bertukar wajah. Nampak berseri dan yang penting penuh dengan unsur kekeluargaan. Siap gantung gambar perkahwinan besar gedabak lagi pada dinding. Ini kalau cerita dekat orang lain kata kena kahwin paksa, rasanya siapa pun tak kan percaya.

            “Kau nak tahu bahagia ke tak, kau kahwin lah sendiri.” Pen dicapai. Tandatangan di turunkan pada satu ruangan. Ingatkan bercuti dapatlah dia mengelakkan diri dari memikirkan tentang kerja, rupanya tidak.

            “Woh, tak ada maknanya bro. Tak kahwin pun aku boleh dapat perempuan. Kau baru kahwin seminggu pun aku tengok kaki dah macam kena rantai. Aishh…Tak nak lah aku.”

            “Rantai hotak engkau.” Zafry bengang. Dia bukanlah lelaki dayus yang takutkan isteri tak kena tempat. Tetapi Adra ada sahaja agenda yang membuatkan kakinya dengan sendiri terpaku di rumah. Bukan salah dia. Semuanya salah Adra.

            “Tak betul apa aku cakap? Macam mana isteri kau?” Kali ini sengihan terpeta pada wajahnya. Nampak nakal.

            “Macam mana apa?” Bukan dia tak tahu maksud Nafiz. Tapi sengaja dia bermain tarik tali. Nafiz bukannya baru sehari dua kenal dia.

            “Kau dengan dia….”

            “Wake up you’re mind bro. Ini bukan zaman Romeo and Juliet yang malu-malu kucing.”

            “Tahniah-tahniah…” Nafiz gelak besar.

            “Kau tak keluar lepak ke malam ni?” Zafry bertanya. Dia sudah mula terasa jemu. Malam ini dia mahu merelaks kan minda. Kebetulan Adra pulang ke rumah ayahnya bagi menguruskan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung lagi beberapa hari. Entah pukul berapa isterinya itu akan pulang. Dari kebosanan seorang diri, lebih baik dia cari hiburan.

            “Keluar lah. Boleh mati aku kalau tak keluar. Kau nak join aku ke?” Sudah seminggu keluar tanpa Zafry membuatkan rasa kekoknya sudah berkurangan. Rasa seronok pula bila tumpuan beralih kepadanya. Kalau tidak, jenuh dia mahu bersaing dengan Zafry dalam memikat hati perempuan di luar sana.

            “Nak. Malam karang kau rojer aku kalau nak gerak.” Sudah terbayang di matanya keseronokkan yang baru beberapa hari ditinggalkan.

            “Okey.” Nafiz masih belum puas memandang sekeliling. Cantik pula dia melihat ‘wajah’ baru rumah Zafry.

            “Kau upah siapa cat rumah ni? Kalau tak salah aku sebelum kau kahwin, cat warna hitam lagi kan?” Teringat dia suasana rumah lelaki itu yang dulu. Menyeramkan. Sudah berbuih mulutnya menyuruh Zafry menukar warna rumah, tetapi lelaki itu hanya ketawa. Sekarang bukan sahaja tukar cat, kedudukan perabot semuanya sudah berubah.

            “Aku dengan Adra yang cat.” Zafry berkata sedikit bangga. Bukan senang dia mahu membuat perkara seperti itu.

            “What?” Nafiz galak ketawa.

            “Yang kau ketawa kenapa?”

            “Sajalah.” Setelah tawanya reda, Nafiz mencapai air tin dan diteguk. Hilang dahaga setelah penat ketawa mendengar ‘lawak’ Zafry. Hari Ini Dalam Sejarah betul!

            “Kau dah sangkut dekat budak Adra tu ke?” Dia belum berkesempatan bertemu dengan isteri sahabatnya itu. Malam perkahwinan Zafry dia kebetulan perlu ke luar negara bagi menghadiri mesyuarat penting. Kalau tengok dari dalam gambar, boleh tahan juga.

            “Tak ada maknanya lah. Kau ingat aku ni apa?” Tiada istilah bercinta dalam kamus hidupnya. Apa yang ada hanyalah keseronokkan.

            “Kalau tak ada apa, tak kan kau dah siap gantung gambar tu lagi. Baru seminggu kot kau nikah. Cepat betul kau ambil gambar tempek dinding.” Tangannya dibawa menunjuk ke arah gambar. Lagi mau nafi.

            “Bukan aku yang gantung.” Cepat dia menafikan.

            “Iye..Aku percaya…” Nafiz tayang muka serius. Caitt…Menipu. Tengok riak wajah sahabatnya itu pun dia dah tahu.
            …………………………
            “Kita berjemaah nak kejap lagi?” Adra berkata lembut. Sejadah dibentangkan di atas karpet di dalam bilik.

            “Aku sibuk.” Zafry berkata malas. Tak habis-habis tunjuk alim. Kalau nak sembahyang tu, sembahyang sajalah. Yang sibuk nak ajak dia kenapa?

            Adra geleng kepala. Sibuk? Dari tadi dia melihat lelaki itu terbungkang tidur. Sibuk apanya kalau macam itu. Seketika kemudian senyuman tergaris pada bibirnya. Akan ku persembahkan ‘lagu terindah’ buatmu wahai suami. Terimalah….

            Ingat lima perkara,
            Sebelum lima perkara,
            Sihat sebelum sakit,
            Muda sebelum tua,
            Kaya sebelum miskin,
            Lapang sebelum sempit,
             Hidup sebelum mati…..
            Demi masa, sesunguhnya manusia kerugian.
            Melainkan…Yang beriman dan yang beramal soleh.

            Mendayu suaranya sebelum kain tuala dicapai dan dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Sebelum itu senyuman manis sempat dihadiahkan buat suaminya yang sudah bewajah kelat. Kalau tak terasa jugak memang tak tahulah apa dia nak kata.

            Zafry kemam bibir. Sedaya upaya ditahan dari mengeluarkan sumpah seranah. Dirasakan ‘lagu’ Adra tepat mengenai wajahnya. Membuatkan dia terasa membahang. Adra tidak habis mahu membuatkan dia sakit jantung.

            “Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik lelaki itu. Tapi kalau Zafry bersetuju mati lah dia!

            “Tak hingin aku…” Dia menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!

            “Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.

            “Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak.


            Adra suakan tangan. Bila tiada tanda hulurannya akan disambut, dia terus mencapai tangan lelaki itu dan dikucup. Mood touching terus di update. Terharu, bila impiannya mahu bersembahyang berjemaah bersama lelaki begelar suami akhirnya tercapai.

            “Adra tak tahu pun yang suami Adra nampak lagi handsome kalau pakai macam ini.” Tangan Zafry masih belum dilepaskan. Tidak menyangka taktiknya menjadi. Demi sebuah ego, lelaki seperti Zafry akhirnya mengalah. Semuanya berpunca bila dia menanyakan tentang pengetahuan lelaki itu mengenai agama.

            “Pakaian orang tua ni kau kata handsome?” Ikut hati nak sahaja dia menunjal kepala Adra. Marahkan Adra kerana memperlekehkan tahap pengetahuannya mengenai agama membuatkan dia mahu tunjuk hebat di hadapan wanita itu. Maghrib tadi dia berjaya menepis. Tapi Isyak semakin galak Adra bersoal jawab. Benar-benar membuatkan dia mahu tunjukkan yang dia bukanlah ‘buta’ agama.

            Handsome di mata Adra dengan Allah sudahlah. Ye tak?” Baju teluk belanga yang dikenakan oleh Zafry disinting. Dibelai lengan lelaki itu. Agenda seterusnya harus dimulakan segera. Bukan dia tak dengar tadi bicara lelaki itu semasa bergayut di handset. Nak keluar? Bukan dia nak halang. Tapi kalau perginya ke tempat tak elok tak kan dia nak tengok saja. Sia-sialah bersembahyang kalau lepas itu pergi buat maksiat.

            “Abang..” Manja suaranya. Tangan Zafry dipeluk erat bagi menghalang lelaki itu dari bangun.

            “Kau kenapa?” Jangan tergoda Zafry…Jangan…Berkali-kali ayat itu diulang di dalam hati. Dia tidak mahu terpedaya dengan pujuk rayu dan serangan psikologi isterinya lagi.

            “Adra lapar.”

            “Pergilah makan. yang kau bagitahu aku kenapa?” Songkok di atas kepala dibaling ke atas katil. Kain pelekat yang dirasakan mahu terlondeh dipegang erat. Seumur hidup inilah kali pertama dia mengenakan kain itu. Langsung tidak selesa.

            “Makanan semua dah habis. Kita keluar makan nak?” Tak adanya habis. Barangan basah baru sekejap tadi dia beli. Mintak-mintaklah Zafry tak membuka pintu peti sejuk. Kalau tidak kantoilah dia.

            “Aku nak keluar kejap lagi.” Zafry geleng kepala tanda tidak bersetuju.  

            “Adra ikut boleh tak?” Matanya yang besar membulat. Pura-pura teruja.

            “Tak payah lah. Balik karang aku beli makanan untuk kau.” Nak ikut? Gila ke apa. Rosaklah program dia nanti.

            “Tak apalah kalau macam itu.” Wajah sedih sengaja ditayang. Kain telekung ditanggalkan. Dia bangun menuju ke arah almari. Hanger dikeluarkan. Setelah selesai mengantung kain yang digunakan, dia bergerak menuju ke arah katil.

            “Perut..Sabarlah ye. Kalau aku pitam kita masuk hospital berdua. Jangan risau. Suami aku nama dia Umar Zafry rajin nak jaga kita dekat hospital nanti.” Diintai reaksi suaminya. Sengaja dia menekan-nekan perut.

            “Jangan nak mengada.” Zafry menjeling. Hatinya sudah berbelah bagi. Gastric ke apa minah ni? Kalau betul masuk hospital, sah-sah dia yang nak kena jaga. Tak nak lah!

            “Abang bawa lah Adra pergi makan dulu. Lepas itu, keluarlah. Bukan Adra nak halang pun.” Dia tak halang. Tapi dia akan cari jalan untuk gagalkan rancangan lelaki itu. Beberapa idea nakal sudah dirangka.

            “Kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?”

            “Kalau tak boleh tak apalah. Kejap lagi Adra talifon ayah mintak tolong Pak Karim jemput bawa ke kedai makan. Boleh kan?” Pasti Zafry mengalah kejap lagi. ‘Ayah’ kan perkara paling alergik bagi suaminya.

            “Bersiap lah cepat.” Tangannya digengam erat. Meluat bila Adra mahu melibatkan ayahnya. Lelaki itu pasti akan menyindirnya kalau berpeluang. Dia tak boleh membiar diri dipermainkan oleh orang tua itu.

            “Adra dah cakap belum yang abang suami terbaik dekat dalam dunia ni?”

            “Aku tahu.” Tanpa reaksi Zafry berkata. Nak puji sangat. Tak kan dia nak menolak pulak.
………………………………..
            “Cepatlah.” Tangan dikipas pada wajah. Entah apa punya kedai makanlah Adra bawak dia. Sudahlah panas. Sempit pulak tu. Nak makan pun tak lalu. Dirasakan prestij diri yang selama ini dijaga merudum dengan sendiri. Kalau kawan-kawan dia tahu yang dia makan di tempat yang macam ini, mahu dia dibahankan.

            “Kejaplah.” Selambat yang mungkin dia menyuapkan nasi ke dalam mulut. Perlahan-lahan dikunyah.

            “Kau boleh cepat sikit tak?” Zafry geram. Adra bagaikan sengaja mahu mencabar dia. Sakit hati melihat cara isterinya makan, pinggan makanan wanita itu terus ditarik.

            Cekap dia mencarik-carikkan ayam mengunakan sudu dan garfu. Kemudian dia menyuakan sesudu nasi kepada Adra.

            Senyuman Adra melebar. Pasti Zafry sudah bengang. Tapi bagus juga. Bolehlah dia makan bersuap. Yihaa!

            “Buka lah mulut cepat sikit. Tunggu kau makan sampai besok pun tak habis.” Sesudu demi sesudu disumbat ke dalam mulut isterinya.

            “Rupa-rupanya makan bersuap ni sedap kan? Tak tahu pulak Adra.” Adra ketawa kecil bila Zafry tayang muka masam mendengar kata-katanya.

            “Jangan pot pet boleh tak? Makan diam-diam.” Karang sekali dengan pinggan-pinggan ni dia sumbat masuk ke dalam mulut.

            “Jom balik.” Setelah selesai sesi suap menyuap Zafry terus bangun mendekati kaunter bayaran. Dia sudah tidak betah berada di dalam suasana tidak menyenangkan seperti itu.

            “Abang. Adra nak singah Watson kejap boleh tak?” Sambil berjalan menuju ke kereta Adra bertanya. Lengan suaminya dipaut erat.

            “Kau nak buat apa pulak dah?” Ada-ada sajalah perempuan sekor ni.

            “Beli ubat.” Perlahan dia berkata sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Mahu membiarkan lelaki itu berteka-teki sendiri.

            Zafry pandang wajah Adra. Dia mahu bertanya ubat apa yang mahu dibeli. Tetapi demi sebuah ego yang masih sedikit bersisa dia mendiamkan diri. Mahu tunggu sehingga Adra sendiri yang berterus terang.
            …………………………
            Botol berisi ‘ubat’ dibuka. Pandangan mata Zafry yang jatuh ke arahnya dibuat tidak peduli. Segelas air diteguk. Setelah itu dia berjalan menghampiri suaminya yang sedang menonton tv. Sekejap lagi akan masuk pukul sebelas. Lakonan dari perlakon terhebat harus dimulakan segera.

            “Abang tak keluar ke?” Adra pura-pura bertanya. Tubuh genitnya dilabuh rapat kepada Zafry. Tangan lelaki itu diangkat dan diletakkan pada bahunya.

            “Ubat apa kau makan.” Dia mengalah. Perasaan ingin tahunya terasa membuak-buak. Soalan Adra dibiarkan sepi.

            “Tak ada ubat apa lah sangat.” Mata dipejam rapat. Hatinya seronok bergelak tawa. Dia dengan ubat bagai api dan air. Tak ngam. Yang ditelan tadi hanyalah vitamin berperisa oren untuk kecantikan kulit. Sudah lama dia amalkan. Tapi tak kisahlah. Dia bukannya menipu. Vitamin iu pun ketegori ubat juga apa..

            “Masuk bilik lah kalau nak tidur.” Zafry menegur bila Adra mula meletakkan kepala pada pahanya.

            “Kejap aje.” Sambil itu dia menarik jemari zafry dan dipatahkan satu persatu. Seronok dia mendengar bunyi yang dihasilkan.

            “Sakitlah.” Tangannya cuba ditarik.

            “Abang..” Adra memangil.

            “Apa?” Dia pandang wajah Adra. Menunggu bicara yang bakal terluah dari bibir itu.

            “Esok kita pergi jalan-jalan nak?” Matanya sudah dipejamkan.

            “Tengoklah kalau aku rajin.” Jam yang melekap kemas ditangan dilihat sekali imbas. Sudah pukul sebelas. Tetapi Nafiz masih belum menghubunginya. Tidak sabaar pula mahu berpesta.

            “Hem..hem…” Adra mengumam. Pingang suaminya dipaut. Mintak-mintaklah taktiknya berjaya.

            Zafry hanya mampu mengelengkan kepala melihat gelagat Adra. Kebudak-budakkan. Dia tidak tahu sampai bila dia akan bertahan hidup dengan Adra. Dia harus mengakui, Adra sangat comel dan ada ketikanya nampak mengoda. Tapi ada juga kekurangan isterinya itu. Adra suka mengoda tapi takut digoda. Cepat sahaja melatah kalau diusik.

            Tv bertukar siaran. Dia sudah sedikit bengang. Nafiz masih belum muncul-muncul. Skrin handset yang gelap dipandang. Seketika kemudian pandangan matanya dibawa menjelajah wajah Adra yang sudah terlentok. Pahanya mula terasa kebas.  

            “Adra..Bangunlah…Adra..” Pipi isterinya ditepuk lembut.

            Adra keraskan tubuh. Sedaya upaya dia menahan diri dari mengeluarkan sebarang bunyi. Naik kejung tubuhnya bila terpaksa berlakon.

            Zafry mengeluh. Tv ditutup. Kemudian dia bangun dan mencempung tubuh Adra.  Perlahan-lahan dia letakkan Adra di atas katil. Pingangnya yang entah bila dirangkul oleh Adra cuba dirungkaikan. Malangnya semakin erat pula tangan itu membelit.

            “Kau dah tidur belum?”

            “Hem..” Dia buka sedikit mata. Pura-pura mamai. Tubuh Zafry yang separuh membongkok ditarik membuatkan suaminya hilang imbangan dan jatuh ke atas tilam. Tak lepas peluang. Tubuh itu dipeluk erat. Jangan mimpi dia nak lepaskan. Duduk saja rumah malam ini.

            Zafry terdiam. Dia yakin Adra berpura-pura tidur. Nak main-main ye? Hatinya galak ketawa.

            “Adra, butang baju kau terbuka.”

            “Hah…Mana? mana?” Kalut dia bangun. Butang baju tidur dilihat satu persatu. Semuanya masih elok terpasang. Seketika kemudian dia kaku. Kepala digaru sebelum dia menoleh ke arah suaminya. Senyuman kelat dihadiahkan buat tatapan Zafry. Malu bila secara terang-terangan dia kantoi. Melihat senyuman nakal pada wajah itu membuatkan dia mahu segera melarikan diri.

            “Nak ke mana?” Zafry tarik tangan Adra supaya berbaring semula di sebelahnya.

            “Uhuk..Uhuk…Tiba-tiba sakit kerongkong. Kejap nak pergi minum air.” Dia pura-pura batuk. Tetapi jelas kedengaran dibuat-buat.

            “Esok-esok minum.” Zafry semakin nakal. Dicuit wajah Adra sesuka hati. Pucat lesi wajah itu membuatkan dia tersenyum.

            “Adra Afeefa..”

            Mendengar nama penuhnya dipanggil membuatkan seluruh tubuh mengeletar. Mata dipejam rapat bila wajah Zafry mendekat. Lepas ini kau jangan nakal-nakal Adra. Sempat dia berpesan kepada diri sendiri sebelum semunya berada di luar kawalan.

Surat Cinta Untuk Disana : Aleww… Lepas ini kita pergi makan nasi minyak Adra & Zafry. Tengah mikau baju pengantin versi apa yang shantek! Konsep dlm tman or frytale? Mana lagi cun? Papai…muahhhh…



14 ulasan:

  1. aiyo...tgh best bace ni..tetibe dah habis...cempaka cepat smbung..

    BalasPadam
  2. Kan dah kantoi.. Adra ni mmg nak kena baham la..

    BalasPadam
  3. Oppppppsss kantoiiii hahaha.... Operasi mjerat diri nmnya ni. Xpela adra jnji zafry x jd kuar. X bole blah ayat adra... "hah...mana? Mana?... Tringat mimik muka upin ipin yg gn ayat sama waktu pmentasan drama hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak arr...dah try tngok...pengembala dan biri2..memang terbaik...kihkih..

      Padam
  4. aiyo..konon2 nk knakan husband dia..alih2 kna kat diri sndiri

    BalasPadam
  5. Hahahahahaha kelakar lah...tp wpun terkena diri sendiri..sekutang objective mlm tu mcm berjaya jer...blink blink blink...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)