Hel!O mY DarLing!

Isnin, 10 Jun 2013

Cerpen : Adanya Dia Untuk Aku




“Angah, belikan Acik ice-cream.” Wajah penuh pengharapan di tayang kepada abangnya. Lengan lelaki itu yang besar dipeluk. Intro untuk memujuk.

“Alah, kita tunggu Pak Ali datang. Nanti Angah suruh dia singgah 7E.” Wajah adik kesayangannya ditatap. Dia malas mahu berebut dengan entah berapa belas orang pelajar yang ‘mengerumuni’ seorang penjual ice-cream bermoto. Hendak menapak lagi satu hal. Dengan tubuh dia yang besar, langkah setapak sahaja sudah tercungap-cungap.

“Acik nak sekarang. Cakap kemain kata sayang Acik. Ini…mintak tolong beli ice-cream pun tak nak.” Muncungnya sudah panjang sedepa. Seorang pelajar perempuan yang melintas sambil menikmati ice-cream cornetto membuatkan dia menelan liur. Sedapnya…

“Apa tutup mata orang ni?” Tangan abangnya di tepis. Malas mahu melayan.

“Merajuk ke? Baru cadang nak pergi beli. Tak jadilah kalau macam itu gayanya.” Dia ketawa kemudian bila adiknya memandang dengan wajah berseri-seri. Macamlah tak pernah makan!

“Mana ada merajuk. Pergilah beli cepat. Acik pergi tunggu di tempat biasa. Kejap lagi Angah datang tau.”

“Tahu tuan puteri. Patik minta izin berundur dahulu.” Pantas dia berlalu. Walaupun berat hati, dia terpaksa merelakan diri mendekati pak cik ice-cream. Permintaan adik kesayangan harus ditunaikan segera.

Senyuman mengiringi langkah abang kesayangannya. Tahu, permintaannya tidak akan di tolak oleh lelaki berumur tujuh belas tahun itu. Perbezaan umur hanya setahun menyebabkan hubungan mereka menjadi akrab.
………………
Dua batang ice-cream cornetto digenggam erat. Lagu I’m in love dinyanyikan perlahan. Dengan riang kakinya dibawa mendekati port menunggu, jika Pak Ali, driver keluarganya terlambat menjemput mereka. Dari jauh kelibat adiknya sudah kelihatan. Sedang kusyuk melihat sesuatu.

“Acik!” Dia menjerit memanggil si adik yang tiba-tiba sahaja berlari menuju ke arah jalan. Kalut dia mengikut langkah adiknya. Kenapa? Dia tertanya sendiri.

“Shrekkkkk!!!” Bunyi kenderaan berkeriut di jalan. Sebelum dentuman kuat kedengaran. Kakinya terasa lembut seperti agar-agar secara tiba-tiba. Dia ingin menjerit memangil, tetapi seluruh tubuh seakan menjadi lumpuh dengan tiba-tiba. Ice-cream di tangan melurut jatuh.

“Acik,,,,acik,,,” Suaranya hampir tidak kedengaran. Dengan langkah yang semakin memberat, dia memaksa kaki mendekati sekujur tubuh yang sudah basah bermandi darah. Orang ramai mula mengerumuni tempat nahas.

Tubuh gadis yang sedang memangku adik kesayangannya ditolak kasar. Direbut tubuh itu. Lutut yang bergesel kuat dengan jalan sudah tidak terasa sakitnya.

“Acik..bangun Acik…Jangan takutkan angah. Air mata sudah mula menuruni lekuk pipi. Pipi adiknya ditepuk-tepuk bagi menyedarkan gadis itu kembali. Malangnya langsung tiada tindak balas. Tangisannya sudah bertukar menjadi raungan. Terus tubuh itu di peluk erat.

“Biar saya tolong buat cpr.” Gadis tadi cuba lagi ‘merebut’ adiknya membuatkan kesedihannya bercampur dengan amarah.

“Kau jangan dekat dengan adik aku.” Tubuh gadis yang berada di hadapannya di tolak kasar. Wajah itu di pandang dengan renungan tajam. Menghantar isyarat yang dia tak sudi menerima bantuan dari gadis tersebut.
………………………
“Lisa cakap dengan abang, anak siapa dalam perut tu?” Suaranya di kawal. Gadafi mengeluh resah. Sabarnya bila-bila masa sahaja akan berterbangan. Dia geram memandang Larissa yang hanya tahu menangis. Berpuluh kali di tanya sejak mereka balik dari klinik tadi, sepatah kata pun tidak terkeluar dari bibir itu.

“Anak Lisa.” Ringkas dia berkata. Air mata yang mengalir sedaya upaya di tahan. Namun semakin di sekat semakin murah ianya keluar. Dia mahu jadi wanita kuat, yang tahan menerima apa sahaja cabaran.

“Abang tahu anak Lisa, tapi abang nak tahu sapa bapak anak dalam perut tu.” Suara Gadafi meninggi. Terasa ada tangan yang lembut membelai belakangnya bagaikan menyuruh dia bersabar.

“Lisa dah penat. Lisa nak rehat.” Tanpa menjawab soalan abangnya dia pantas melangkah menuju ke bilik. Kaki yang terasa longlai di seret sekuat mungkin.

“Abang belum habis cakap lagikan?” Kuat Gadafi menempik. Pantang jika soalannya tidak dijawab. Apa susah sangat ke mahu berterus terang. Dia hanya mahu tahu siapa gerangan yang membuat onar bersama adiknya. Dia mahu lelaki itu bertangungjawab atas ketelanjuran yang telah dilakukan.

“Abang.. biar Lisa rehat dulu. Nanti kita bincang.” Suryani menarik lembut tangan suaminya yang ingin melangkah mengejar jejak Larissa. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi hari ini. Dia sendiri sudah tidak lagi mampu menerima tekanan. Apatah lagi kalau jawapan Larissa boleh membuatkan mereka menerima tamparan melebihi takat mampu mereka.

Gadafi terduduk di atas sofa. Wajahnya dipekup dengan kedua tapak tangan. Dia kecewa, sungguh kecewa. Langsung dia tidak menyangka adik yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh sangup membuat onar di belakangnya. Apa tidak cukupkah dengan ilmu agama yang dia terapkan selama ini?

Wajah isteri yang merenungnya penuh kasih ditatap sekilas sebelum wajahnya disembamkan ke bahu Suriyani. Tanpa segan dia menangis dibahu wanita itu. Wanita yang telah bertahun hidup dengannya. Sanggup bersama saat susah senang dan saat ini Suriyani masih gagah berdiri bersamanya. Menghulurkan bahu pada saat dia memerlukan.

“Abang jangan sedih. Nanti Yani cakap dengan Lisa ya?” Dia paut erat tubuh itu dalam pelukkannya. Dia tahu suaminya kecewa. Bertahun menunggu berita gembira untuk dianugerahi cahaya mata, akhirnya keinginan yang satu itu menjadi milik mereka. Bertapa bahagia perasaan mereka saat dikhabarkan oleh doctor yang dia sedang berbadan dua, tetapi kegembiraan itu sementara sahaja sebelum Larissa yang turut menemani mereka ke klinik rebah tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan adik iparnya itu turut hamil, sama sepertinya.
………………………….
Larissa menangis teresak. wajah lelaki yang sedang ketawa sinis di sisinya dipandang penuh benci. Kalau dia punya kekuatan sudah dibunuhnya lelaki itu. Tanpa tahu salahnya dia menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki itu.

“Kau nak aku bertanggungjawab? heyy… tolonglah. kau tu layak jadi penyedap aku je.” Zafiq Haqweem ketawa geli hati bila Larissa memintanya bertanggungjawab ke atas apa yang dia lakukan. Matanya nakal menyorot tubuh Larissa yang hanya dibaluti selimut tebal hotel. Dia benci memandang wajah itu. Sakit hati bila mengenangkan kenangan dulu. Kenangan yang menyebabkan dendamnya terhadap Larissa mengunung tinggi.

Dia tahu Larissa bekerja part time di hotel sebagai Housekeeping. Kesempatan itu diambil dengan sebaiknya. Nampak sahaja Larissa pantas dia berpura-pura mengalami migrain. Gadis yang bodoh itu pulak beria-ia ingin membantu menghantar dia ke dalam bilik. tutup sahaja pintu segalanya berubah.

“Kau memang jahanam Zafiq. Apa salah aku dekat kau?” Larissa masih menangis. Dia benar-benar takut. Tidak menyangka niatnya ingin menolong lelaki itu mengundang padah. Lelaki yang dikenali kerana merupakan antara pelajar yang terkenal di universitinya. Terkenal dengan lagaknya yang angkuh, kaya dan kacak. Pakej lengkap yang kononnya menjadi rebutan.

            “Kau memang tak salah Lisa. Tapi abang kau yang salah. Dia rampas Yani dari abang aku dan kau pembayar hutang dia pada keluarga aku.” Zafiq tersenyum penuh bangga. Dia puas. Terasa beban yang di pikul selama ini terlerai dari bahunya. Memandang wajah Gadafi membuatkan dia sakit hati. Tetapi sukar dia ingin membalas dendam kepada lelaki itu, dan sebagai pertukarannya Larissa yang menjadi mangsa kerana dia tahu gadis itu umpama nyawa seorang lelaki bernama Gadafi. Dendamnya terhadap Larissa juga sudah berkurangan. Dia puas.

“Abang kau yang salah. dia yang tinggalkan kak Yani dulu.” Larissa menjerit kuat. Kenapa silap orang lain dia yang mesti menjadi korban? Dia tahu kisah percintaan kak Yani sebelum bertemu abangnya. Kisah yang menyentuh hati bila Kak Yani ditinggalkan semasa majlis akad nikah bakal berlangsung dengan alasan yang sangat menguris hati. Zarif sudah bertemu dengan wanita lain, wanita yang lebih dicintai berbanding dengan Suriyani.

Abangnya yang merupakan sahabat Zarif pula sanggup menganti tempat Zarif semata-mata ingin menjaga maruah wanita itu dan keluarganya. Ternyata tindakan abangnya tepat. Suriyani memang seorang isteri dan kakak yang baik.

Saat Gadafi dan Suriyani mula menyulam bahagia Zarif datang kembali menuntut haknya ke atas Suriyani. Hak yang langsung tidak pernah wujud. Bila di tolak berkali-kali lelaki itu menjadi murung dan terpaksa mendapatkan rawatan psikitrik. Tetapi dia yakin Zarif jadi seperti itu bukanlah semata-mata kerana Suriyani. Pasti ada sebab lain.

“Abang kau yang rampas Yani dari abang aku. tapi sekarang aku tak kisah. Kau dah bayar semua hutang tu pada keluarga aku.” Zafiq ketawa besar. Pantas dia bangun. Dia memandang sekilas Larissa yang memalingkan wajah dari memandang tubuhnya. Pakaian yang bertaburan di lantai kembali di sarung ke tubuh sasanya.

“Ni bayaran atas layanan tip top kau tadi.” beberapa keping not seratus ditarik dan dibaling ke arah Larissa yang masih menangis.

“Kalau kau berani report polis, aku akan pastikan abang kau dengan Yani tu tak akan lama hidup dalam dunia ni. Hafal dalam kepala otak kau apa yang aku kata.” Wajahnya di tunduk. Sebuah kucupan ingin diberikan di pipi Larissa. Tetapi yang dia dapat hanyalah sebuah tamparan kuat yang menyapa pipinya. Zafiq hanya tersengih. Tamparan itu langsung tidak menjadi kudis. Dia sudah dapat ‘barang’ yang lebih berharga dari Larissa dan dia tak mahu berkira dengan perkara yang kecil seperti itu.

“Kau akan dapat balasan nanti Zafiq.” Larissa menjerit kuat. Tangisannya bertukar menjadi raungan bila Zafiq melangkah keluar dari bilik hotel. Saat dak ketika itu, dia tahu awan hitam akan mula berarak dalam kehidupannya. Dan semua itu berpunca dari lelaki yang bernama Zafiq Haqweem.
……………………….
“Kita report polis ye?” Hidayah turut menangis memandang wajah Larissa yang suram. Sebagai sahabat dia hanya mampu memujuk. Selebihnya terserah ke atas si empunya badan. Dia tiada hak memaksa bila Larissa sendiri tidak sudi melaporkan kesalahan lelaki jahanam itu kepada polis.

“Aku tak nak. Kau kenalkan Zafiq tu macam mana? Dia sangup buat apa saja asal hasrat dia tercapai.” Larissa pantas menolak. Dia tidak mahu abang dan kakak iparnya di apa-apakan. Hanya mereka berdua yang menjadi nadi hidupnya selama ini. Jika terjadi sesuatu ke atas orang kesayangannya itu, sungguh, dia tidak tahu bagaimana harus meneruskan hidup.

“Habis itu, kau nak biarkan macam itu saja? Dulu lagi masa dia rogol kau aku dah suruh kau buat report polis, tapi kau tak nak. Sekarang kau dah mengandung. Abang Gadafi dengan Kak Yani dah sibuk bersoal jawab dengan aku, tanya siapa yang rosakkan kau. Aku dah tak sangup nak berbohong Lisa. Cuba kau terus terang dengan abang kau, mana tahu dia boleh tolong.” Hidayah cuba memujuk. Dia benar-benar terperanjat bila Larissa memberitahu yang dia mengandung. Kejutan demi kejutan dari sahabatnya sehinga dia sendiri jika di tempat Larissa, belum tentu mampu menanggung beban seberat itu.

“Aku tak boleh Hidayah. Aku tak sampai hati nak cakap yang aku jadi macam ni disebabkan dendam Zafiq kepada dia dengan Kak Yani. Kau pun tahu kan..aku ada abang Gadafi je di dunia ni.” Larissa terasa sebak. Dia tak sangup membiarkan abangnya menanggung rasa bersalah.

Pengorbanan lelaki itu sudah cukup besar untuk menjaga dan membesarkan dia. Sedari umur 11 tahun lagi dia sudah kehilangan ibu bapa. Hanya kepada neneknya mereka menumpang kasih. Tetapi kudrat wanita yang sudah dimamah usia, apalah yang mampu dilakukan sangat. Gadafi yang berumur 16 tahun ketika itu bertindak sebagai penjaga dia. Bekerja sambil belajar. Bahkan lelaki itu langsung tidak pernah menikmati zaman remaja kerana sibuk mencari rezeki bagi membesar dan menyekolahkannya.

Disebabkan itulah dia ingin bekerja. Larangan Gadafi tidak di pedulikan. Dia mahu rasai sendiri kesusahan mencari duit poket tanpa mengharapkan bantuan abangnya. Ternyata tindakannya tidak mengendahkan larangan Gadafi mengundang padah. Sekarang dia sendiri harus bertangungjawab di atas setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya.

“Sekarang kau nak buat mcam mana? kau nak gugurkan ke kau nak teruskan juga kandungan kau ni? Kita ada lagi dua bulan je Lisa nak tamatkan pengajian.” Hidayah mengeluh resah. Terbayang wajah tampan Zafiq membuatkan dia hampir menjerit. Sakitnya hati hanya Allah yang tahu. Di dalam hati dia mahu Larissa menjaga anak itu. Dia tidak mahu kandungan itu digugurkan. Tetapi berat mulutnya ingin meluahkan semua itu.

“Aku nak teruskan. Lagi dua bulan kandungan aku baru masuk bulan keempat. Aku rasa tak ada siapa perasan. Lagipun kau tengoklah badan aku besar mana.” Larissa tersenyum. Berusaha menenangkan hati sendiri. Dia takut sebenarnya tapi hendak mengugurkan kandungan tidak sesekali. Anaknya tak bersalah, dia yang salah sebab terlalu bodoh. Terpedaya dengan lakonan seorang lelaki.

“Kau tak nak jumpa Zafiq? Minta dia bertangungjawab.” Hidayah memberi cadangan. Wajah Larissa yang suram direnung penuh kasihan. Nampak sedikit cengkung. Larissa mempunyai wajah yang cantik sebenarnya, badan gadis itu juga tidaklah besar seperti yang di katakan Cuma agak berisi tetapi bukan gemuk. Hanya Larissa yang tiada keyakinan diri.
……………………………
Zafiq tersengih. Dia merenung wajah Larissa dengan pandangan mengoda. Liur di telan sedikit bila membayangkan tubuh montok itu yang pernah menjadi santapannya empat bulan dulu.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau.” Larissa berkata lemah. Matanya dilarikan ke arah lain. Tidak sangup memandang wajah Zafiq. Semangat yang dikumpul berbulan dahulu bagaikan terbang melayang. Perutnya yang mula membuncit disentuh seperti ingin mencari kekuatan. Hari ini merupakan hari terakhir dia dia university. Baru beberapa belas minit dia menyudahkan kertas exam terakhir.

“Kenapa? rindu aku ke?” Zafiq bertanya nakal. Di hatinya langsung tidak terdetik rasa kesal. Saban hari dia melihat wajah itu. Hanya Larissa yang tidak perasan. Sesekali timbul niat nakal ingin mengulangi lagi perbuatannya tetapi pantas otak rasionalnya menegah.

“Boleh kita cakap kat tempat lain tak?” Dia tidak selesa bila mana berpuluh pasang mata bagaikan mencuri memandang ke arahnya dan Zafiq. Argh..lelaki itu jejaka rebutan. Tentu sahaja ada mata-mata yang memandang mereka dengan pandangan pelik bila dia budak yang di ketegorikan sebagai nerd tiba-tiba mengendeng di sebelah lelaki terhangat dipasaran.

“Nak cakap apa sayang? ” Bila mereka berada jauh dari penuntut lain Zafiq mula beraksi nakal. Seronok membangkitkan rasa marah Larissa. Tangannya cuba memegang pipi Larissa yang nampak menembam dan sedikit kemerahan. Tetapi dia tertawa bila mana gadis itu pantas menjarakkan tubuh mereka. Dipandang wajah yang mencerlun tajam merenungnya. Liur ditelan sedikit.

“Aku nak kau bertanggungjawab.” Dengan sedikit tegas Larissa berkata. Demi kandungannya dan maruah yang masih sedikit bersisa dia berharap Zafiq sudi bertanggungjawab atas kandungannya. Dia takut sebenarnya menghadapi pandangan masyarakat.

“Wooo…Ni apa kes nak bertangungjawab segala?” Zafiq bertanya sinis. Dia mahu bertanggungjawab? Kirim salam sajalah.

“Aku dah mengandung anak kau. Aku nak kau bertangungjawab.” Semakin tegas Larissa berkata. Malunya sudah tidak tergambar. Tetapi dia tetap ingin mencuba nasib. Wajah Zafiq yang kaku memandangnya direnung dengan pandangan memohon simpati. Lama lelaki itu mendiamkan diri. Mungkin terperanjat mendengar kata-katanya.

“Apa kau merepek ni? Entah anak siapa dalam perut tu, sesuka hati kau nak aku jadi pak sangup. Sorry ok. Lagipun aku bukan orang pertama sentuh kau kan? sudah berapa banyak jantan kau usung. Bila perut dah berisi mula nak cari mangsa. Aku bukan bodoh lah.” Zafiq sedikit membentak. Dia gelabah sebenarnya. Mustahil dengan sekali sentuhan Larissa boleh hamil. Sengaja dia menuduh sedangkan dia tahu hakikat sebenar. Larissa masih suci bila mana kegadisannya dia ragut. Peluh jantan mula merinik di dahi. Tidak, dia tidak mahukan anak haram. Larissa tak layak mengandungkan zuriatnya.

‘Panggg’ Berombak dada Larissa bila tamparan keras ‘dihadiahkan’ kepada Zafiq. Air matanya mula menuruni lekuk pipinya. Hanya Allah tahu bertapa dia rasa terhina.

“Kau jangan hina aku Zafiq. Kau tu lebih teruk dari binatang. Aku takkan lupa apa yang kau buat kat aku Zafiq. Takkan.” Dia pantas memejamkan mata bila Zafiq mengangkat tangan tinggi seperti ingin membalas tamparannya.

“Aku takkan kotorkan tangan aku pegang keturunan hina macam kau. Anak dalam perut kau tu bukan anak aku. Kau cari orang lain jadi pak sangup.” Zafiq berbisik di telinga Larissa yang masih terpejam bagaikan menanti tamparannya. Pantas di berlalu. Ditanamkan didalam fikirannya, apa yang berlaku hanyalah mimpi. Dia tidak mahu hatinya menjadi lembut. Larissa memang patut dapat apa yang di lakukannya beberapa bulan sudah dan kandungan itu, dia akan fikirkan caranya nanti untuk menghalang anak haram itu menjengah dunia.

“Zafiq….Zafiqqq….. Larissa menjerit memanggil lelaki itu sebelum tubuhnya melolot jatuh melutut. Tangisannya terhembur lagi buat sekian kali.
……………………………………..
“Nak makan?” Suriyani bertanya lembut. Dia tersenyum memandang Larissa yang nampak begitu pucat. Bersyukur kandungannya tidak mengalami sebarang masalah. Bahkan dia juga terlepas dari morning sickness. Cuma Larissa yang sedikit teruji. Alahan adik iparnya begitu teruk. Kadang-kala Larissa hanya mampu berbaring dan perlu dibantu jika ingin bergerak.

“Tak nak kak Yani. Abang mana?” Larissa bertanya lembut. Mengingatkan Gadafi dia terasa ingin menangis. Hubungan mereka sejak dia disahkan mengandung tidak pernah baik. Cakap lelaki itu sentiasa sinis. Bahkan lelaki itu juga bagaikan tidak sudi lagi memandang wajahnya. Sungguh, dia rindukan kenangan dulu, kenangan saat dia masih menjadi adik kesayangan lelaki itu.

“Abang keluar beli barang sikit. Jadi tak Hidayah datang?” Perut Larissa yang agak besar di renung. Entah siapa bapak kepada kandungan itu. Semakin ditanya semakin diam adik iparnya. Sudahnya mereka sudah malas bertanya.

“Assalamualaikum”

“Panjang umur dia kak.” Dengan langkah perlahan dia mengatur langkah menuju ke pintu. Kandungan yang bila-bila masa akan menjengah dunia sesekali di usap penuh kasih. Walaupun anaknya bukanlah anak ‘lambang cinta’ antara lelaki dan perempuan begelar suami isteri, tetapi dia tetap sayangkan anak itu. Dia akan pastikan anaknya mendapat kasih sayang yang mengcukupi.

“Dah jom duduk. Ni aku ada bawak pulut mangga untuk kau dengan Kak Yani.” Hidayah mengangkat plastik yang dipegangnya. Tangan Larissa dipaut. Perlahan-lahan dia memimpin Larissa menuju ke dapur. Sebelum itu sempat dia mengunci kembali pintu yang dibuka.

“Kak Yani sihat?” Tersenyum hidayah memandang Suriyani. Perut Suriyani juga sama besar dengan Larissa.

“Sihat. Lisa ni je yang tak berapa nak sihat. Alahan dia sampai sekarang ada lagi.”

“La iye ke?” Kau masuk baring jelah Lisa. Jom aku papah kau. Patut aku tengok kau semacam je. Tangan kau aku pegang tadi pun rasa panas. Kau demam ke?” Hidayah bertanya risau. Bila melihat gelengan Larissa hanya mampu mengeluh.

“Lisa demam ke? Kenapa tak cakap?” Suriyani pantas meletakkan tangannya ke dahi Larissa. Memang panas. Jam didinding di pandang. Sekejap lagi suaminya pasti pulang. Dia tahu dalam rajuk dan marah lelaki itu, kebajikan Larissa tetap tidak diabaikan. Apa yang dia dapat, itulah juga Larissa dapat. Mungkin kerana ego seorang lelaki suaminya masih berkeras. Sudah puas di pujuk, tetapi rajuknya bagaikan sukar disembuh.

“Panas ni. Kejap lagi abang balik kita pergi ambil ubat”

“Tak apa kak Yani. Lisa demam sikit je ni. Kejap lagi ok lah.” Larissa tersenyum. Dia tidak mahu mereka risau. Sudah tidak sangup menyusahkan Suriyani dan Gadafi. Kesudian abangnya membenarkan dia terus tinggal bersama mereka sudah cukup baik. Dia sudah tidak mampu meminta lebih. Selepas dia selamat melahirkan dia mahu mencari kerja dan membesarkan anaknya sendiri.

“Panas lah Lisa. Biar aku hantar kau jelah pergi Klinik.” Hidayah berkata risau.

“Aku rehat ok lah ni. Dah, jom papah aku masuk bilik.” Larissa tersenyum memandang Hidayah yang membuat muka. Tanda tidak berpuas hati.

“Lisa masuk bilik dulu ye Kak Yani.” Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah menuju ke bilik.
……………………………………….
“Sampai bila nak jadi macam ni Lisa? Kau tak nak cerita kat abang Gadafi ke?” Biarlah dia mengulang kata yang sama berpuluh kali sekalipun. Mana tahu hati Larissa terbuka untuk memberitahu Gadafi. Dia kasihankan Larissa. Sudahlah kehormatan di ragut dengan cara yang hina, Abang sendiri pula melancarkan mogok tidak mahu berbicara. Tentu sahaja tekanan yang di terima sangat sukar di hadapi.

“Aku tak nak dia rasa bersalah. Aku dah cakap dekat kau kan?” Larissa berkata lemah. Wajah Hidayah direnung. Senyuman ikhlas diberikan. Dia tahu Hidayah berniat baik. Cuma dia yang tidak bersedia. Suatu hari nanti pasti kebenaran akan terbongkar juga.  

“Aku tahu. Tapi tak kan kau nak lepaskan jantan tu macam itu je?” Hidayah bertanya sedikit geram. nadanya meninggi.Tidak berpuas hati dengan sikap Larissa.

Isyy kau ni. Dengar dek Kak Yani kang.” Larissa menjegilkan matanya. Geram dengan Hidayah. Sudah diberi amaran masih tetap mengulang perkara yang sama.

“Biarlah kak Yani dengar. Nanti biar dia bagitahu abang Gadafi yang adik dia ni kena rogol dek Zafiq yang konon-kononya nak balas dendan demi siapa tu… abang dia nama apa? Zarif ke? Ha betullahkan Zarif? Dah gila pun nak susahkan orang lagi... “ Semakin tinggi nada suara Hidayah. Geram dengan sikap beralah Larissa.

“Hidayah!!!” Sedikit terjerit suara Larissa. Geram dengan sikap Hidayah. Semakin di tegur semakin sengaja nak menyakitkan hati dia.

“Aku tak faham kau ni. Kalau orang lain kena rogol sudah sibuk nak buat laporan. Apasal kau tak nak? Apa yang kau takutkan sangat? sebab dia nak orang kaya? macam tu? abang Gadafi pun kaya jugakkan sekarang ni?” Semakin keras suara Hidayah. dia tak tahu apa yang di takutkan sangat dengan ugutan Zafiq. Entah mengapa kadang-kala akal negatifnya seakan mahu menuduh yang Larissa lakukan perbuatan terkutuk dengan Zafiq adalah kerana suka sama suka.

“Kaya mana sangatlah abang aku. Dia baru nak bina perniagaan sendiri. Itu pun belum stabil. Aku takut nanti keluarga Zafiq buat macam-macam nak hancurkan hidup abang dengan kak Yani.” Selama ini itulah yang bermain di fikirannya. Kalau soal maruah sudah di ambil enteng oleh keluarga itu, apalah sangat kalau ingin menghancurkan perniagaan abangnya. Dia tidak boleh pentingkan diri. Selama ini sudah banyak kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Gadafi. Cukuplah setakat itu. Dia takkan mampu menerima jika abang kesayangannya itu di uji lagi.

“Sesekali tu Lisa, tolonglah ada sikap pentingkan diri sendiri sikit. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku rasa kalau abang kau tahu dia takkan biar Zafiq aniaya kau.” Kenapa sukar Larissa mahu faham? Dia hanya mahukan yang terbaik untuk sahabatnya.

“Betul ke apa yang Hidayah cakap Lisa?” Suriyani menyoal dengan nada hiba. Bergetar tangannya yang memegang pinggan berisi pulut mangga. Rasa di dalam hatinya sudah bercampur baur. Kenapa begitu jalan cerita hidup Larissa? Rasa besalah membuak didalam diri. Dialah punca pada masalah keluarga itu. Dialah punca Larissa dianiaya, dan dialah juga punca Larissa ‘kehilangan’ Gadafi. Semuanya berpunca dari dia. Hanya dia!

“Tak kak Yani. Ini salah faham je.” Larissa cuba menafikan. Pucat wajahnya memandang Suriyani yang entah sejak bila mendengar perbualan mereka. Wajahnya bertambah pucat bagaikan tidak berdarah bila memandang kelibat Gadafi yang nampak memerah wajahnya. Tanda sedang diamuk nafsu amarah.
           
            “Abang nak Lisa cerita perkara betul sekarang.” Gadafi menjerkah kuat. Dia bukan marah kepada Larissa. Tetapi marahnya lebih kepada diri sendiri. Tidak menyangka adiknya terpaksa melalui semua itu di sebabkan dia.

            “Tak bukan macam tu. Abang dengan Kak Yani dah salah faham.” Larissa cuba menafikan. Sedih dia memandang wajah Suriyani dan Gadafi.

“Kau tak nak cerita biar aku cerita.” Hidayah mula marah bila Larissa tidak sudah mahu menafikan.
………………………………………
“Abang kita balik rumah. Lisa tak nak kecoh.” Larissa merayu. Wajah tegang abang dan kak iparnya direnung. Kecut perut bila Gadafi memandu terlalu laju. Tadi selepas mendengar cerita Hidayah sekali lagi lelaki itu mengamuk. Bila Abang dan Kak Yani ingin ke rumah Zafiq dia sempat meloloskan diri ke dalam kereta. Dia tidak mahu abangnya merayu kepada Zafiq. Yakin lelaki itu akan menafikan anak dalam perutnya bukan anaknya.

“Abang tak faham kenapa dia buat macam tu. Abang dengan Zarif dah berbaik. Apa motif adik dia? Kenapa Lisa tak cakap dekat abang dari dulu?” Gadafi benar-benar runsing. Hatinya menjadi walang. Tamparan yang diterima lebih teruk dari saat dia mengetahui Larissa mengandung. Dia dan Suriyani dijadikan punca kepada segala musibah yang menimpa Larissa. Dia benar-benar tidak dapat menerima tindakan Zafiq ke atas adiknya. Hairan, Zafiq bukannya tidak tahu, permusuhan antara dia dan Zarif sudah lama terlerai. Apa motif lelaki itu?

“Abang tolonglah. Lisa tak nak pergi sana.” Larissa masih merayu.

“Abanggggg” Suriyani menjerit kuat bila di hadapan mereka secara mengejut muncul kereta lain…Selepas itu semuanya menjadi kelam.
……………………………………………..
Beberapa tahun kemudian
            Air mata yang mengalir dia biarkan menuruni lekuk pipinya. Batu nisan yang tertulis nama Gadafi Bin Ariff, Wan Suriyani Binti Wan Ahmad dan Maryam Suhana dipandang sekilas sebelum dia meneruskan langkah. Tangan kecil yang setia menemaninya di tarik lembut.

            Gadafi meninggal selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Terdapat pendarahan di dalam kepalanya akibat kemalangan itu. Sejam selepas kematian Gadafi dia dikejutkan pula dengan keadaan Suriyani yang kritikal. Selepas beberapa jam berperang dengan kondisi yang membimbangkan, Suriyani mengikut langkah Gadafi. Saat itu dia rasakan dunianya sudah benar-benar musnah. Mujurlah imannya masih ada. Dia kembali berserah diri kepada Allah bila dirasakan dia semakin menjauhkan diri dari sang pencipta. Ternyata apa yang berlaku ada hikmahnya. Dia kehilangan Gadafi dan Suriyani, tetapi dia di berikan anugerah yang tidak ternilai harganya.
           
            “Ibu lepas ni kita nak pergi mana?” Larissa tersenyum mendengar pertanyaan si kecil. Semakin hari semakin petah berkata-kata. Satu-satunya anugerah dan hadiah terbesar yang pernah terjadi dalam kehidupannya.
           
            “Kita pergi beraya ke rumah Acik Dayah. Hari tu Ajam cakap nak makan sate kan? Acik cakap dia buat untuk Ajam.” Larissa ketawa kecil bila Ikram Syahmi terlompat tanda suka dapat menikmati hidangan kegemarannya.

“Yea…yea…makan sate. Nantikan ibu, Ajam nak makan banyak-banyak.” Ikram Syahmi yang dipangil Ajam tersengih kegembiraan. Di matanya sudah terbayang kesedapan makanan itu.
…………………..
“Lisa sihat?” Zarif merenung Larissa. Tubuh itu nampak semakin kurus.
           
            “Sihat. Alahan teruk lagi ke?” Larissa bertanya sambil tersenyum. Dia terasa ingin ketawa melihat Zarif yang berbungkus dari kaki sampai kepala. Yang kelihatan hanyalah wajah itu  sahaja. Sudah seperti mumia.
           
            “Teruk jugak la. Tengok la ni. Orang sibuk beraya, abang dah berbungkus macam kuih. Pening kepala dari tadi.” Tangan di keluarkan dari selimut. Dipicit-picit kepala yang terasa berdenyut. Mualnya datang lagi. Pantas dia berlari ke bilik air.
           
            “Teruk jugak alahan suami engkau ye? Kau aku tengok relaks je.” Larissa menegur Hidayah yang sedang melangkah dengan membawa bekas berisi sate. Perut Hidayah belum nampak membuncit. Kandungan itu belum pun memcecah tiga bulan.

            “Bagus jugak tu. Lepas ni tak der lah dia nak aku beranak kerap.” Hidayah ketawa. Bersyukur sepanjang ke hamilannya dia tidak mengalami alahan yang teruk. Hanya sesekali sahaja dia terasa mual.

            “Kau tak balik rumah mertua kau ke?” Larissa bertanya perlahan. Hairan juga bila Hidayah memberitahu yang dia hanya beraya di rumah sendiri. Ibu bapa Hidayah sekarang sedang menunakan haji.
           
            “Tak. Mama dengan Papa raya dengan si jahanam tu dekat New York. Mama ada ajak kami raya dengan dia kat sana, tapi mujur laki aku tu tengah tak sihat. Kalau tak, tak tahu macam mana aku nak hadap jantan pengecut tu.” Wajah dia terasa membahang. Terasa panas secara tiba-tiba. Geram bila memikirkan tentang Zafiq.
           
            Dia langsung tidak menyangka bertemu jodoh dengan Zarif. Segalanya bermula bila dia dikenalkan kepada suaminya oleh Larissa. Selepas kematian Gadafi dan Suriyani, Zarif bagaikan bertindak menjadi pelindung kepada Larissa. Dia yang pada mulanya menunjukkan aksi meluat terhadap Zarif mula tertawan dengan sikap lelaki itu yang melayan Ajam dengan penuh kasih sayang. Mengenali keluarga Zarif ternyata apa yang difikirkan oleh Larissa dan dia selama ini meleset. Ahli keluarga itu begitu bersopan dan mesra dengan sesiapa sahaja. Entah dari mana turunnya gen kejahatan dalam diri Zafiq.        

            “Kau ni dengar dekat abang Zarif nanti kan payah.” Larissa mengeleng kepala. Hidayah cakapnya dari dulu tidak berlapik. Main cakap ikut sedap mulut sahaja.

            “Biarlah. Kalau ikut hati nak saja aku bagitahu suami aku tu pasal adik dia. Kau tu je, sibuk nak halang.” Geram dia dengan sikap Larissa. Dari dulu tahunya hanya mengalah. Baik sangat sampaikan kepala sendiri dipijak. Dalam masa yang sama dia kagum dengan didikan Gadafi. Ternyata arwah berjaya membentuk peribadi yang mengagumkan pada Larissa.

            “Dah lama benda tu berlalu Dayah. buat apa nak ungkit?” Dia sendiri kalau boleh tidak mahu lagi memikirkan kenangan yang lepas. Kalau boleh dimusnahkan terus, lagi dia suka.
           
            “Lama atau baru bukan masalahnya. Masalahnya, kau tu pasrah sangat. Kalau aku, sampai ke lubang cacing aku suruh jahanam tu bertangungjawab.” Hidayah tidak puas hati.

            “Apa yang jahanam yang?” Zarif yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan Larissa dan Hidayah.

            “Tak ada siapalah. Hidayah ni, bukan Abang Zarif tak tahu.” Larissa tersenyum.  Gementar hatinya membalas pandangan Zarif. Mintak-mintaklah lelaki itu tidak mendengar kata-kata Hidayah tadi. Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini. Dia sudah tidak sangup menghadapinya lagi.
……………………………………..
            Pelembab bibir dioles di bibir. Wajahnya yang nampak sedikit letih, ditepuk berkali-kali sambil dia berselawat. Petua yang selalu diamalkan bila seri di wajahnya terasa memudar.
           
            Setelah berpuas hati dia mencapai file di sebelah tempat duduk penumpang. Bersedia untuk mula melangkah. Hari ini dia harus membentangkan kertas kerja bagi merebut satu tander. Tidak putus dia berdoa semoga kontrak itu menjadi miliknya. Dia sudah benar-benar terdesak. Syarikat peninggalan Gadafi sedang menghadapi masalah. Dia tidak mahu kerananya syarikat itu terus jatuh bankrupt.

            Sepanjang perjalanannya doa tidak putus dititipkan. Berharap proposal yang susah payah disiapkan bersama beberapa orang kakitangan syarikat akan berjaya menarik perhatian syarikat ZH Holding. Syarikat yang gah dipersada antarabangsa dan dia sedar jika dia dapat menarik perhatian syarikat itu, syarikatnya akan terselamat dari berterusan menangung hutang.

            Semuanya berpunca dari kesilapan dia yang terlalu mempercayai pembantu Gadafi. Dia ingatkan Farami lelaki yang baik ternyata dia tersilap lagi menilai orang. Urusan syarikat diserahkan kepada Farami saat dia masih dalam ‘suasana berkabung.’ Dalam diam lelaki itu mula menjadi pembelot. Dan dia, tanpa bimbingan dan pengalaman, manalah dia mampu untuk mentadbir syarikat dengan baik. Hanya dengan kemunculan Zarif, barulah dia mula bertatih kembali. Tetapi hutang yang perlu di tangung oleh syarikatnya masih besar. Sekarang peluang sudah tersedia dan dia tidak boleh melepaskan peluang itu dengan mudah.
………………………….
            “…………….pagi tadi.” Larissa bagaikan mahu pitam. Salah dia kah? Kenapa dia tidak diberitahu perebutan tander diubah waktu? Dugaan demi dugaan yang datang dalam kehidupannya. Sayup sahaja suara itu kedengaran. Dia benar-benar sudah letih. Saat ini dia hanya mahu menangis. Usahanya selama beberapa hari ini ternyata sia-sia.
            “Ya Allah, cik…cik..bangun cik.” Kata-kata itu bagaikan di angin lalu sahaja. Dia sudah benar tidak berdaya.
            ………………………..
            “Lama sangat dah encik. Saya ada hal dengan suami saya petang nanti. Kita hantar dia pergi hospital ajelah.”
           
            “It’s ok. You can go now.”

            “But..”

            “Saya boleh tengokkan dia. Awak tak percayakan saya ke?”

            “Kalau dah macam itu, saya pergi dulu lah ye.”

            Larissa cuba membuka mata. Cahaya lampu yang terang menyuluh matanya membuatkan dia menjadi silau. Terpejam celik dia cuba menyesuaikan diri. Sayup sahaja perbualan itu menyapa telinganya.
           
            “Hai.. sleeping partner. How you feel?”

            Kata-kata yang sinis masuk ke dalam telinganya membuatkan dia pantas bangun. Sleeping partner? Liur ditelan. Dia di mana sekarang? Pandangannya di bawa menjelajah sekeliling, sebelum matanya terus terpaku pada seraut wajah. Kacak. Tetapi dia hampir pitam kembali dek penangan wajah kacak itu.
           
            “Kakk..kauuu…” Suaranya tersekat. Tidak sangka akan bertemu kembali dengan lelaki yang kalau boleh seumur hidup ini dia tidak mahu berjumpa.
           
            “Yup,aku lah sayang. Tak kan kau dah lupa?” Zafiq ketawa nakal. Wajah itu masih seperti dahulu. Bahkan semakin cantik. Sorotan matanya menjelajah ke tubuh genit Larissa. Dia hanya ketawa kecil bila wanita itu menyilangkan tangan ke dada. Jelas riak ketakutan terpeta di wajah itu.
           
            “Kalau kau tutup pun tak ada maknanya lah Lisa. Aku tetap penah tengok.” Sekali lagi ketawanya bergema.

            “Come here. Sit with me.” Pahanya di tepuk-tepuk. Berniat ingin mengusik wanita yang jelas semakin mengelabah.
           
            “Kau memang jahanam.” Larissa menjerit mendengar kata-kata Zafiq. Ya Allah semakin menjadi-jadi di rasakan perangai biadap lelaki itu. Bertahun tidak berjumpa ternyata lelaki itu masih Zafiq yang sama. Yang membezakan lelaki itu hanyalah wajah yang nampak semakin matang dan kacak, juga tubuh yang nampak lebih sasa dibaluti baju kemeja biru muda. Tetapi itu semua tak berguna jika perangai lelaki itu masih seperti syaitan.

            Beg tangannya di cari. Mujurlah ianya di letakkan di atas meja. Tidak sudi dia ingin berlamaan di bilik lelaki itu.

            “Kau nak pergi mana? Ini…?” Zafiq menayang file ditangannya. Senyuman masih tidak putus dari bibirnya.
           
            Laju Larissa menapak ke arah lelaki itu. File yang di pegang oleh Zafiq ingin di sambar. Selepas itu dia hanya mahu segera pulang.

            “Apa aku dapat kalau aku serahkan projek ni kepada engkau? File dilarikan dari gapaian tangan Larissa. Dia masih belum puas bermain-main dengan wanita itu.

            “Huh?” Terkebil-kebil Larissa memandang wajah Zafiq yang bertukar serius secara tiba-tiba. Apa yang dia boleh bagi? Tak ada!

            “Think about that. I try to help you. Kalau kau dah ada jawapan kau tahu apa nak buat kan?”
………………………..
            “Minumlah dulu.” Air di hidangkan kepada Hidayah.

            “Kejap lagi lah. Kau tak kisah ke aku tumpang rumah kau?” Hidayah bertanya. Apa yang di perolehi sebagai jawapan hanyalah jelingan tajam dari Larissa.

            “Kau jangan nak mengada-ngada…Abang Zarif outstation berapa lama?” Wajah Hidayah yang nampak sedikit menembam direnung. Menanti jawapan dari bibir itu.

            “Seminggu. Kau tahu dia suruh aku balik tinggal rumah keluarga dia. Isy..Tak mahulah aku.”

            “Lah kenapa pulak? Kecil hati dia nanti.” Pelik Larissa dengan sikap Hidayah. Mahu dikatakan bermasalah dengan keluarga Zarif, mustahil di rasakan. Tidak pernah cerita yang tidak elok menyapa telinganya.

            “Kalau ada mama dengan papa saja aku tak kisah. Dia tak suruh pun aku pergi. Masalahnya sekarang jantan tu pun ada di sana.” Dia memang tidak boleh kalau bertemu dengan Zafiq. Takut kesabaran yang di kumpul beterbangan. Dia bukan seperti Larissa. Lembik!

            “Hem…” Malas Larissa mahu mengulas. Takut bebelan Hidayah menjadi panjang berjela.

            “Ha, aku terlupa. Suami aku suruh tanya, syarikat kau macam mana sekarang?”
           
            “Okey lah.”

            “Macam tak okey saja pun. Kalau tak okey engkau cakap. Nanti aku mintak tolong suami aku. Ha..hari itu bukan kau ada ‘kejar’ kontrak ke? Apa cerita?” Minuman yang dihidangkan oleh Larissa dicapai.

            “Aku dapat.”
           
            “Wah, tahniah-tahniah. Tapi apasal kau masam semacam aje pun. Orang kalau dah dapat projek riban-riban ni mesti gembira. Kau terbalik pulak.” Ada yang tak kena. Memandang wajah Larissa yang jelas tidak senang dengan perbualan mereka sekarang jelas ada perkara yang telah berlaku.

            “Kau tak cakap pun Zafiq dah balik sini.” Lemah Larissa berkata.

            “Lah..pasai itu ke kau nak sentap? Aku malas nak kecoh. Kalau aku bagi tahu kau pun apa yang kau boleh buat? Sakit hati adalah.”

            “Hem..”

            “Jangan marah la beb.” Hidayah memujuk. Dia sendiri pelik dengan tingkah Larissa. Tak pernah-pernah Zafiq menjadi isu selama ini.

            “Aku bukan marah engkaulah. Cuma, kau tau tak siapa yang bakal jadi ‘boss besar’ projek tu?” Perkataan boss besar di tekan sedikit. Malang-malang.

            “Kau jangan cakap yang….” Melihat angukkan Larissa saja sudah cukup untuk mematikan terus kata-katanya. Sabar sajalah. Tetapi dalam benci dia harus mengakui yang adik iparnya itu memang dikurniakan otak yang bergeliga. Ketika orang lain bersaing di bumi sendiri, dia pula terus memulakan perniagaan di luar negara. Dan ‘lebih malang’ lelaki itu sangat berjaya.

            “ZH holding. Zafiq Haqweem. Apasallah aku langsung tak terfikir.” Larissa mengeleng kepala mengingatkan kebodohan diri sendiri. Dia tak terfikir langsung mengenai kemungkinan itu, sedangkan sebagai ahli perniagaan dia sepatutnya lebih peka. Dia tahu lelaki itu ‘jutawan muda’ kerana sering menjadi topik perbualan dimajalah bisnes, malangnya disebabkan kebencian yang mengunung tinggi dia terlupa mengambil tahu nama syarikat lelaki itu. Sekarang?

            “Yang kau pergi sign tu kenapa?”

            “Aku kalau tak terdesak, tak adanya aku nak bekerjasama dengan dia. Kau sendiri tahu kan syarikat aku macam mana sekarang? Tunggu masa nak rebah terus je. Lagi pula, itu sajalah peninggalan abang aku. Tak kan aku nak hancurkan?” Tangan di letakkan di dahi. Sejak dari hari ‘perjumpaan semula’ antara dia dan Zafiq, dia tak pernah sihat. Sakit, kerana terlalu memikirkan sangat perihal lelaki itu.

            “Kan aku dah bagitahu, kalau kau ada masalah jangan malu cakap dekat aku. Sekarang macam mana? Sudah macam kau serah diri dekat mulut buayalah.”

            “Dah banyak sangat kau dengan abang Zarif bantu aku. Aku sampai dah malu dekat korang berdua.” Lemah Larissa berkata. Wajah Hidayah di pandang bagi memohon sebuah pengertian.   

            “Ya Allah Lisa, apa kau nak malukan? Kita bukan baru berkawan sehari dua tahu. Dah lebih sepuluh tahun aku kenal kau. Lain kali jangan malu bagi tahu aku.” Terus dia bangun dan duduk sebelah sahabat baiknya. Bahu wanita itu di peluk erat.

             “Apa syarat perjanjian?” Hidayah bertanya setelah lama mendiamkan diri.

            “Biasa-biasa saja. Tak ada yang pelik.” Dia mahu menangis. Ucapan maaf bergema di dalam hati. Dia tidak mahu menjadi seorang pendusta, tetapi dia yakin jika syarat itu diberitahu kepada Hidayah,segalanya akan menjadi huru-hara.

            “Baguslah kalau macam tu..Dah jangan fikirkan sangat. Kita nak masak apa makan tengah hari nanti?” Suasana ceria cuba Hidayah wujudkan. Dia tidak mahu mengusutkan lagi Larissa. Cukuplah apa yang berlaku hari ini.
…………………………
              “Aku tak nak!” Larisa membentak kasar. Pautan tangan Zafiq yang kuat mencengkam lengannya sedaya upaya cuba dirungkaikan. Semakin dia meronta semakin kukuh gengaman tangan sasa itu, membuatkan dia bertambah geram. Dia tidak suka di pegang sesuka hati. Dia bukannya anak kucing yang boleh di belai apabila mahu. Ditendang apabila sudah jemu.

            Beberapa pasang mata yang memandang tidak dipedulikan. Kesangupannya untuk menghadiri majlis anjuran syarikat Zafiq juga sudah besar rahmat. Tetapi lelaki itu bagaikan tidak jemu-jemu cuba membangkitkan amarahnya.


           “Kau nak aku batalkan kontrak ke?” Zafiq mengugut. Dia bukanlah jenis yang bermain dengan kata-kata. Terlibat dalam perniagaan membuatkan dia menjadi bertambah ‘kejam.’ Musuh mahupun kawan tidak akan di pandang. Mereka akan menghingap kepada orang lain untuk mencapai tujuan. Setelah puas, dimusnahkan dan ‘sahabat’ baru akan di cari bagi meneruskan kelangsungan.

           
            Dia tidak percaya dengan perniagaan bersih. Baginya, siapa yang cepat dia yang dapat. Buruk atau baik cara yang perlu di lakukan dia tidak akan peduli. Yang dimahukan hanyalah keuntungan.

     
       “Kau tak boleh nak batalkan sesuka hati. Perjanjian kita dah tandatangan” Larissa tidak mahu mengalah. Apa, dengan memberikan kepadanya peluang perniagaan lelaki itu boleh membuat sesuka hati? Jangan mimpi!!!. Walaupun dia gementar berhadapan dengan Zafiq tetapi dia bukan lagi anak gadis yang lemah. Dia tidak akan membiarkan lelaki itu menindasnya sesuka hati.

      
      “You know me sweetheart…Aku mampu buat lebih dari itu. Syarikat kau bukan stabil sangat. Aku boleh buatkan kau jatuh tak bangun-bangun, kau dan anak ‘haram’ kau tu akan hidup merempat” Zafiq sengaja mengungut. Senyuman sinis tersadai di bibirnya bila rontaan Larissa mati secara tiba-tiba. Membuntang mata itu merenungnya.

            Zafiq terpana. Tanpa amaran pipinya menjadi habuan tangan mulus itu. Pedih, tetapi tidak sepedih hatinya yang sedang menahan rasa amarah yang membara.

            “Kau jangan berani nak sebuat pasal anak aku Zafiq. Kau siapa?” Larissa mula menengking. Entah mengapa perkataan ‘anak haram’ terngiang-ngiang’ di telinganya. Air mata yang terasa mula ingin menodai pipi sedaya upaya ditahan dari mengalir.

            “Aku siapa?.....Kau lupa ke Larissa siapa bapak anak haram kau tu?” Sinis kata-kata itu meluncur keluar. Tanpa di sedari dia mula mengakui anak yang pernah di nafikan kewujudannya itu sebagai anaknya.

            “Jadi sekarang ni, kau nak bagi tahu akulah, yang anak itu anak kau?” Larissa tersenyum dalam sendu. Benarlah apa yang di kata, lidah tidak bertulang. Kadang-kala gigi yang membantu akan cuba mengigit lidah walaupun sudah lama bersahabat baik.

            Zafiq terpana. Dia terperangkap dengan kata-kata sendiri. Akalnya cuba merangka ayat bagi mematahkan serangan itu. Malang, otaknya bagaikan sudah lumpuh tidak berfungsi.

            “Sekali lagi kau sebut perkataan anak haram, aku tak akan maafkan kau.” Kakinya terus melangkah masuk ke dalam dewan. Dia sudah malas mahu memikirkan tentang lelaki itu.
…………………
            “Mana ajam dapat kereta ni?” Larissa bertanya. Hairan, setahunya tidak pernah dia membelikan anaknya kereta control yang jika di lihat dia tahu harganya mencecah ratusan ringgit. Hendak dikatakan Hidayah, mustahil. Sudah seminggu mereka tidak bertemu dek kerana kesibukkan masing-masing.

            “Daddy yang kasi.” Ajam meneruskan permainannya yang tergendala. Gembira dia bila di hadiahkan permainan yang selama ini diidamkan.

            Entah mengapa mendengar sahaja jawapan Ajam, jantung Larissa bagaikan ingin meletup. Di fikirannya seraup wajah terus menyapa tanpa dialu.

            “Dekat mana Ajam jumpa daddy tu?” Suaranya sedaya upaya dikawal. Dia tidak mahu meninggikan suara tanpa usul periksa.

            “Tadi daddy jumpa Ajam di sekolah. Masa itulah daddy kasi.”

            “Ajam, berapa kali ibu cakap jangan jumpa orang yang kita tak kenal? Apa yang ibu bagi tahu?” Suaranya naik satu oktaf. Dia tidak perlu menengking.Anak itu sudah cukup takut kalau dia hanya menguatkan suara. Niat hati bukanlah untuk menakutkan, cuma dia mahu anaknya tahu menghormati dia sebagai seorang ibu.

            “Kena lari jauh-jauh, jangan dekat.” Terus mati niatnya ingin ‘bergembira’ dengan permainan baru. Mulutnya mula tercebik-cebik. Air mata kemudiannya mula menodai pipi si kecil. Terkebil-kebil wajah itu memandang Larissa.

            “Dah tu , kenapa buat juga?” Bukan dia tak kasihan. Cuma dia tidak mahu terlalu memanjakan anaknya. Entah siapalah daddy yang di maksudkan. Kalau benarlah apa yang ada di fikirannya sekarang, entah apalah motif lelaki itu.

            Larissa mengeluh kemudiannya bila tangisan Ajam semakin kuat kedengaran.
…………………….
            “Dia cakap dia suami Lisa. Itu yang Kak Yan bagi dia jumpa. Tapi Kak Yan ada masa diorang jumpa.” Izyan resah. Tidak mahu di cop sebagai pengasuh yang yang mengabaikan tangungjawab. Tetapi lelaki itu hadir dengan pakej yang boleh di percayai. Memang dia tak pernah bertemu suami Larissa, tetapi lelaki itu tahu segalanya tentang Ajam. Jadi, dia rasakan mustahil dia ditipu.

            “Siapa nama dia?” Larissa masih bersoal jawab dengan Izyan, pengasuh di tadika anaknya.

            “Kak Yan tak ingat. Syafiq…Rafik…macam tulah kot bunyinya.” Dia cuba mengingati nama lelaki yang tiba-tiba muncul memperkenalkan diri sebagai ayah kepada Ajam.

            “Zafiq.” Terus nama itu terpancul dari bibir Larissa.

            “Ha, betullah tu. Zafiq. Segak budaknya. Padanlah dengan Lisa.” Izyan mengeluh lega. Mujurlah Larissa mengenali lelaki itu.

            “Kalau dia datang lagi, Kak Yan jangan bagi dia jumpa Ajam.” Dia tahu dia harus bersemuka dengan Zafiq. Entah apalah rancangan lelaki itu mendekati anaknya.
………………….
            “Apa niat kau jumpa anak aku?” Tanpa mengetuk pintu, terus Larissa meredah masuk. Dia tidak mempedulikan setiausaha Zafiq yang setia menghalang. Wanita sama yang dijumpai semasa hari dia tidak sedarkan diri.

            Zafiq memanggungkan wajah. Terus terhenti kerja yang sedang disiapkan. Isyarat tangan dihantar kepada setaiusahanya. Wanita itu mengangukkan kepala dan melangkah keluar.

            “Why?” Sepatah sahaja ayat yang di ucapkan, sebelum dia duduk bersandar di kerusi dan mula memeluk tubuh.

            “Apa yang kau nak Zafiq? Tolonglah jangan kacau anak aku.” Bagaimana lagi yang harus dia lakukan bagi ‘memahamkan’ seorang lelaki bernama Zafiq Haqweem? Menjadi kudiskah kalau tidak mengangu kehidupan mereka anak-beranak?

            “Aku nak kan engkau.” Tanpa perasaan jawapan itu meluncur keluar. Benar, dia inginkan Larissa. Tiada cinta, juga tiada rasa debar, yang pasti dia benar-benar mahu wanita itu menjadi miliknya. Dia tidak peduli sama ada menjadi perempuan simpanan atau isteri. Baginya semua itu tidak membawa sebarang perubahan.

            “Kau dah gila ke Zafiq? Tolong cuci otak kau. Aku tak mungkin jadi hak engkau. Dulu masa aku merayu mintak kau bertangungjawab, ada kau fikir? Sekarang kenapa kau nak susahkan hidup aku?”

            “So, apa susahnya? Anggap saja aku nak bertangungjawab.” Terus dia bangun mendekati Larissa yang sedang berdiri di hadapannya.

            “Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu?”  Kenapa tingkah lelaki itu semakin hari semakin menakutkan? Apa sebenarnya salah yang telah dia lakukan? Besar sangatkah dosanya?

            “Sebab baru sekarang aku rasa nak bertangungjawab.” Mudah sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Cara baik atau cara jahat, dia tidak peduli. Apa yang pasti, Larissa pasti akan menjadi miliknya.

            “Kau dah gila!” Larissa pantas ingin berlalu. Sudah tidak kuasa mahu melayan kegilaan Zafiq. Entah syaitan apa yang telah merasuk lelaki itu. Sejak ‘reunion’ antara mereka terjadi, hidupnya sudah tidak aman. Ada sahaja kelibat lelaki itu di mana-mana.

            “Memang aku dah gila!..Aku gilakan kau.” Tangan Larissa ditarik kuat sebelum tubuh itu terhumban ke arahnya.

            Larissa kaku. Hampir putus nafasnya. Puas dia meronta ingin melepaskan diri tetapi pautan lelaki itu di rasakan begitu kuat membelit tubuhnya.

            “Lepaskan aku…lepaskan aku lah bo….” Bicaranya terus terhenti bila bibir lelaki itu mendarat tanpa amaran di bibirnya. Saat dia ingin menolak wajah itu pintu bilik terbuka secara tiba-tiba.

            “Ya Allah, Zafiq Haqweem, apa kena dengan kamu ni?” Melengking suara seorang wanita menampar pendengaran Larissa. Saat itu juga, tautan bibir mereka dileraikan oleh lelaki itu.
…………………..
            “Sakit kepala mama dengan perangai kamu. Tak pernah mama ajar kamu berperangai macam itu.” Datin Zaharah mengurut dadanya yang terasa berdegup lebih laju daripada biasa. Jijik dia mengenang kembali aksi lepas laku anaknya dan gadis yang sedang menundukkan wajah di hadapannya sekarang.

            “Kamu pulak, tak reti nak jaga maruah diri?” Amarahnya sudah meleret kepada Larissa yang tertunduk dari tadi.

            “Bukan salah saya.”Larissa cuba mempertahankan diri.

            “Habis itu bibir kamu ada magnet ke, yang boleh melekat macam itu saja?” Panas hati dengan perangai anaknya dan wanita muda itu. Si wanita ada juga rasa malunya, yang anak terunanya pula, hanya mempamerkan wajah tidak bersalah. Salah mendidikkah dia? Semakin hari dia rasakan dia semakin kehilangan anaknya yang dulu. Zafiq yang baik hati, Zafiq yang sayangkan keluarga dan Zafiq yang tahu menghormati dia sebagai seorang ibu. Sungguh, dia rindukan Zafiq yang dulu.

            “Sudahlah mama. Pada mama bising-bising, baik mama nikahkan kami saja. Kan senang.” Tie yang terasa menjerut leher dirungkaikan. Kalau mama bersetuju mudahlah kerjanya. Tidak perlulah segala ‘jurus’ di keluarkan.

            Terpana Larissa mendengar kata-kata Zafiq. Dia tidak sudi! Dia tidak hingin!

            “Saya tak nak. Saya nak balik.” Larissa semakin tertekan. Zafiq memang keparat! Langsung tidak berguna!

            “Ingat bila kamu balik, selesai semua masalah?” Datin Zahrah tidak berpuas hati. Sakit memikirkan bertapa pemuda pemudi sekarang sudah melupakan agama hanya kerana nafsu merajai hati. Lebih menyakitkan bila anak terunannya termasuk ke dalam golongan itu.

            “Saya tak nak berkahwin dengan anak datin. Saya mintak diri dulu.” Dia bangun dan ingin bersalaman dengan Datin Zahrah. Cukuplah apa yang terjadi hari ini. Dia sudah tidak larat menerima apa-apa tekanan lagi.

            “Sayang jangan balik. Kita selesai semua ini hari ni jugak.” Suaranya di lunakkan. Nampaknya mama mempermudahkan agendanya.  Tangan Larissa di tarik untuk duduk semula.

            “Tolonglah Zafiq, kau jangan nak rumitkan lagi keadaan.” Melengking suaranya memarahi lelaki itu. Bersayang segala, huh..dasar pelakon murahan.

            “Kamu berdua diamlah!… Siapa nama kamu?” Tegas Datin Zahrah bertanya. Dia sudah tiada mood ingin berlembut apabila melihat gelagat anaknya dan wanita itu. Tidak segan silu bersayang-sayang walaupun sudah melakukan kesalahan.

            “Larissa.” Lambat Larissa menjawab.

            “Bagi tahu keluarga kamu, esok kami hantar rombongan meminang.”

            “Hah?”

            Larissa kaku. Zafiq mula tersenyum lebar. Tahulah nasib kau nanti Larissa!
………………….
            “Kau what?” Hidayah terjerit kuat. Salah dengar atau dia sedang berfantasi?

            “Kahwin.” Lambat Larissa menjawab.

            “Kau gila ke apa?” Dia benar-benar tidak berpuas hati. Dia suka kalau Larissa berkahwin, sekurang-kurangnya wanita itu dan Ajam akan ada pelindung. Tetapi Zafiq? Uhh…

            “Apa kes ni? Cerita dekat aku. Kau buat perjanjian apa dulu dengan dia Lisa?” Hidayah tidak berpuas hati.

            “Aku…em aku bagi saham syarikat lima belas peratus dekat dia.” Dia tahu Hidayah pasti mengamuk, tetapi dia benar-benar tiada pilihan. Hanya lelaki itu harapannya. Dia sudah puas mendaki syarikat dan bank, malangnya tiada yang sudi membantu. Walaupun tawaran lelaki itu menjerut leher, sekurang-kurangnnya dia mencuba.

            “Ya Allah Lisa, apa lagi kau rahsiakan dari aku?” 

            Malas ingin terus berbohong Larissa terus menceritakan semua yang terjadi antara dia dan Zafiq. Mungkin Hidayah dapat membantu dia melepaskan diri dari ikatan yang cuba dibina.

            “Aku rasa ada baiknya kau terima cadangan mama. Sekurang-kurangnya kau ada tempat bergantung. Mama dengan papa tak akan biar dia buat macam-macam pada kau. Lagi pula inilah peluang kau nak tuntut lelaki tu bertangungjawab. Baik ada dari tiada langsung.”

            “Kau pun tahu kenyataannya kan? Dah tiada apa untuk dia bertanggungjawab. Lagi pulak aku dapat rasa dia ada agenda lain.” Sungguh, nalurinya kuat mengatakan lelaki itu tidak ikhlas. Cuma dia masih belum mengetahui apa sebenarnya yang di cari oleh Zafiq. Semakin hari dia semakin yakin, segalanya bukan hanya berkisar mengenai cinta tiga segi ahli keluarga mereka tetapi sesuatu yang lebih rumit. Sesuatu yang sukar di rungkaikan.

            “Kalau kita tak buka mulut, tak adanya dia nak tahu. Sekali sekala kita kena ajar dia Larissa sayang.” Hidayah mula tersenyum.
………………
            Baju pengantin yang tersarung kemas di tubuh mula di tanggalkan.Badannya benar-benar teras melekit. Setelah menanggalkan pakaian, dia membalut tubuh dengan tuala dan berlalu masuk ke dalam bilik air yang terletak di satu sudut bilik. Dalam pada masa yang sama dia tidak lupa membawa pakaiannya bersama.

            Zafiq melangkah masuk. Tanjak dibaling kasar ke satu sudut. Baju melayunya di tanggalkan. Dia benci terpaksa berpura-pura bahagia di hadapan orang. Sakit hatinya melayan kerenah Larissa. Mengada-ngada. Ada saja di suruh itu ini di hadapan tetamu. Hendak dibangkang habis-habisan dia tidak mampu. Maruahnya sebagai ahli perniagaan berjaya harus dijaga.

            Tubuhnya yang terasa lesu, di humban ke atas katil. Letih fizikal juga letih mental. Kalau di ikutkan perancangannya, dia hanya mahukan majlis akad nikah di pejabat agama. Tetapi mama terlalu beria-ia ingin mengadakan majlis besar-besaran. Itu ini diatur tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu.

            Lebih menyakitkan hati, ‘anak haram’ itu tidak sudah-sudah mahu menempel. Nanti pasti seronok mulut-mulut puaka bergosip. Tadi saja dia sudah mendengar ‘berita sensasi’ mengenai Ajam. Macam-macam spekulasi dan tomahan dilempar. Dasar busy body. Dalam bengang dia tertidur kerana keletihan.
……………….
            Larissa teragak-agak. Tubuh lelaki itu didekati. Dari petang sudah berganjak ke isyak, tetapi tiada tanda Zafiq akan bangun. Tadi dia sudah cuba membangunkan lelaki itu, malangnya langsung tiada reaksi. Dasar tidur mati!

            “Zafiq,,,Zafiq,,,bangunlah. Zafiq…” Tubuh suaminya di cuit berkali-kali. Malangnya seperti tadi masih tiada reaksi. Cuma dada itu yang turun naik sahaja mengesahkan yang dia masih hidup. Tidur seperti orang sudah mati. Langsung tak ingat dunia.

            “Jangan kacaulah.”

            Larissa mengelengkan kepala. Letih bagaikan dia seorang sahaja yang bersanding. Mengada-ngada.

            “Bangulah. Lama sangat dah kau tidur.” Larissa bagaikan mahu menjerit bila Zafiq menarik bantal dan menutup wajah. Tanda tidak mahu dia meneruskan leteran.

            “Zafiq, Kau jangan mengada-ngada. Bangunlah cepat. Sembahyang pun belum… Wei! Bangunlah.” Tangannya menampar kuat dada lelaki itu.

            “Kau boleh diam tak?” Dalam mata yang masih terpejam, Zafiq berkata. Dia tiada mood ingin mendengar segala macam leteran.

            “Aku nak diam macam mana? Kau tu mandi pun belum. Sembahyang dah berapa waktu kau tinggal? Bangunlah,,” Semakin kuat dia menampar dada lelaki itu. Panas hati dengan gelagat Zafiq. Dia bukan apa, tidak mahu menjadi bahan usikkan keluarga lelaki itu lagi. Naik kebas wajah bila kelibat Zafiq tidak kelihatan. Macam-macam telahan nakal di keluarkan.

            “Reti diam tak?”

            Larissa kaku. Terpana dek kerana tidak menyangka tindakan Zafiq. Kalut dia cuba melepaskan diri dari pelukkan erat lelaki itu.

            “Baik kau duduk diam-diam  kalau kau tak nak aku buat lebih teruk dari ini.” Zafiq mula mengungut. Dia tiada masa ingin beramah mesra. Sakit kepala mendengar ‘leteran’ Larissa.

            Terus dia kaku. Takut membayangkan segala macam kemungkinan. Bila dia yakin Zafiq kembali tidur. Pantas dia ingin bangun. Sudah tidak betah berada dalam keadaan yang boleh menyebabkan berlaku segala kemungkinan.

            “Kan aku suruh kau duduk diam-diam.”

            Larissa menelan liur. Ingatkan dah tidur. Tangan lelaki itu di rasakan semakin erat membelit pingangnya. Tubuhnya terasa bagaikan mahu lumpuh bila tangan lelaki itu mula menyentuh wajahnya.
……………………….
            “Aku nak keluar Zafiq.” Larissa menunduk. Balas dendam? Angan-angan yang dikarang mengunung tinggi bersama Hidayah langsung tidak berguna. Betul-betul sekadar angan-angan. Zafiq benar-benar mengamalkan dasar yang di ketengahkan Hitler. Kuku Besi! Dia langsung tiada kebebasan bersuara. Semuanya hanya mengenai lelaki itu.

            “Siapa izinkan?” Zafiq melangkah mendekati isterinya. Wajah itu di renung tajam. Tidak suka dengan tindakkan Larissa.

            “Kan aku dah mintak izin kau. Aku nak jumpa Hidayah kejap aja.” Sedaya upaya dia mengumpulkan semangat ingin memandang wajah itu.

            “Nak bercerita pasal rumah tangga kita? Seronok jaja hal suami dekat orang luar? Hem..” Dia tidak suka Larissa mendekati Hidayah. Kakak iparnya itu ibarat duri dalam daging. Sentiasa mengajar isterinnya melakukan perkara yang dia benci.

            “Aku tak pernah cerita pasal kita dekat orang luar.” Larissa cuba mempertahankan diri. Seburuk-buruk Zafiq, tidaklah dia sangup mengaibkan lelaki itu. Hanya perkara yang tak penting sahaja dia kongsikan dengan Hidayah. Itupun apabila di desak berkali-kali.

            “Aku tak izinkan kau keluar. Selangkah kau keluar kau tahulah nasib kau nanti. Kalau jadi sesuatu pada anak kau, jangan nak salahkan aku.” Terus dia berlalu menuju ke bilik. Dalam pada itu senyuman sinis tersadai di bibirnya bila jeritan Larissa kuat bergema tanda tidak berpuas hati terhadap dia.

            Larissa membalingkan beg tanganya di atas sofa. Terus dia menghumbankan tubuh. Empuk sofa tidak dapat membelai hatinya yang kepanasan. Zafiq benar-benar melampau. Tidak sudah-sudah menjadikan Ajam sebagai bahan untuk menakutkan dia.
……………….
            “Kau dah buat kerja yang aku suruh tu?” Dia bercekak pingang. Geram dengan kelembapan orang suruhannya. Kerja senang tapi lembab nak di siapkan. Bodoh!

            “Dah. Bos nak ke?” Takut-takut Ajib memandang wajah bosnya. Lelaki itu kalau marah memang menakutkan. Dia benci tetapi dia terpaksa besabar kerana lelaki itu kalau bab duit memang tidak berkira.

            “Sekali lagi kau tanya aku soalan bodoh, kau tahulah apa aku nak buat.” Melengking suaranya. Apa guna dia menyuruh melakukan kerja jika tidak mahukan keputusan.

            “Kejap-kejap saya ambil.” Tergagap-gagap Ajib menjawab. Terus dia berlari menuju ke kereta.

            “Nah.” Sampul di hulurkan kepada bosnya.

            “Dah, kau boleh pergi.” Zafiq pantas menarik keluar kertas dari sampul. Tulisan yang tertera di baca laju. Entah mengapa hatinya sakit secara tiba-tiba. Kertas itu terus dikoyak. Seraut wajah terus terbayang.

            “Tahulah nasib kau nanti betina.”
……………….
            “Ajam nak ikut daddy tak?” Zafiq tersenyum. Sedaya upaya dia cuba mengukir senyuman agar nampak ikhlas dimata itu.

            “Nak..nak..pergi mana?”

            “Kita pergi jalan-jalan.” Senyuman semakin melebar bila umpannya mengena.

            “Kau nak bawa anak aku pegi mana?” Kalut Larissa bertanya. Laju kakinya melangkah mendekati suami dan anaknya. Difikirannya sudah pelbagai bayang-bayang buruk tergambar.

            “Bawak anak aku pergi jalan-jalan. Salah ke?”

            “Aku tak suka.” Larissa cuba menarik tangan anaknya dari gengaman tangan Zafiq.

            “Kenapa tak suka? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” Pautan tangannya di tangan Ajam tidak di lepaskan. Bahkan semakin erat dia menggengam.

            “Aku tak faham apa kau cakap.” Bedebar dia mendengar pertanyaan Zafiq. Lelaki itu tahu sesuatukah?

            “Tak faham atau buat-buat tak faham?” Mencerlung matanya memandang Larissa.

            “Aku memang tak faham. Kau lepaskan tangan anak aku dulu.”

            Ajam sudah mula menangis. Takut memandang reaksi ibu dan daddynya. Kesakitan di tangan mula terasa akibat tarikan antara keduanya.

            “Kau diamlah!” Zafiq menjerkah kuat. Sakit telinga mendengar tangisan itu.

            “Kau ni kenapa?” Bila tautan tangan Zafiq berjaya dirungkaikan terus dia mengangkat anaknya dan dipeluk erat. Di tepuk bahu itu bagi menenangkan kembali anaknya yang jelas ketakutan melihat reaksi lepas laku Zafiq. Benar-benar tiada akal. Anak sekecil itu juga mahu di jadikan musuh.

            “Kau tu yang kenapa betina. Kau sengaja nak perangkap aku kan?”

            Panas hati Larissa mendengar kata-kata Zafiq. Pelukkan di tubuh anaknya di rungkaikan. Dan diturunkan tubuh kecil itu. Tidak mahu kata-kata kesat menjadi madah telinga anaknya.

            “Ajam masuk bilik. Nanti ibu pergi.” Tak tunggu lama terus tubuh itu berlari masuk ke dalam bilik.

            “Perangkap kau? Apa yang kau cakap ni? Dah gila ke?”

            “Budak tu bukan anak aku. Entah anak haram kau dengan jantan mana.” Bergema suaranya memekik.

            “Jadi kau dah tahu? Baguslah. Aku tak suruh pun kau bertangungjawab. Kau yang nak sangat kahwin kan? Nak salahkan aku kenapa?” Sinis Larissa berkata.

            “Jadi betullah budak tu bukan anak aku?” Tangannya di gengam erat. Sakit hati dengan kenyataan itu. Lebih sakit bila Larissa bagaikan tidak bersalah mengakuinya.

            “Memang betul. Kau nak buat apa sekarang? Ceraikan aku? Silakan. Aku pun tak hadaplah nak jadi isteri kau.” Larissa tidak mahu kalah. Dirasakan sekaranglah masa yang sesuai untuk dia melepaskan diri dari ikatan yang terbina. Dia sudah jemu mengikut telunjuk Zafiq.

            “Nak ceraikan kau? Kau jangan mimpilah. Aku akan buatkan hidup kau dengan anak haram kau tu, macam dalam neraka.” Terus dia berlalu. Kunci kereta di capai. Berdetum pintu rumah dihempas.
………………………
            Larissa termenung. Dia sudah benar-benar letih fizikal dan mental melayan kerenah Zafiq. Semakin menjadi-jadi perangai lelaki itu, setelah mengetahui yang Ajam bukanlah anaknya, amarah lelaki itu bagaikan tiada berkesudahan. Dia hairan, jika perkara itu dapat Zafiq siasat, kenapa kenyataan sebenar di sebalik kisah itu tidak dapat Zafiq rungkaikan sekali?

            Kenangan beberapa tahun dahulu mula terimbas difikiran. Kenangan yang membuatkan kehidupannya bagaikan bertukar paksi. Dan tanpa disedari air mata mula menodai pipinya.
……………………..
“Abang minta maaf Lisa. Semua ni salah abang.” Gadafi mengucup dahi Larissa penuh kasih. Kalaulah dia tidak bertindak terburu tentu semua ini tidak akan terjadi

“Abang tak salah. Mungkin dah takdir. Anak Lisa tak sempat nak melihat dunia... Kak Yani macam mana?” Dia sedih. Sangat sedih. Anak yang dibelai dengan penuh kasih sedari  dalam kandungan meninggal beberapa jam selepas dilahirkan. Hanya sekali dia sempat menyusu anak perempuannya, tetapi itu akan tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup dia. Tidak mungkin dia akan melupakkan seraut wajah itu.

“Dia tak sedar lagi.” Gadafi memejamkan mata. Cuba menenangkan kembali hati yang rawan. Sudah cuba dia meyakinkan diri semua ini qada dan qadar Allah. Cuma dia sebagai manusia tidak lepas dari menyalahkan diri sendiri. Kalaulah dia lebih bersabar…

“Anak kami masih dalam icu. Kalau apa-apa terjadi pada abang dengan Kak Yani, Lisa tolong jaga anak kami. Lisa kena sayangkan dia macam abang sayangkan Lisa.” Air matanya menitis. Dia tidak cedera, tetapi entah mengapa dirasakan dia akan meninggalkan semua orang yang disayanginya. Tangan Larissa yang terbaring digengam erat.

“Apa abang merepek ni?”

“Please… Lisa janji dengan abang.” Gadafi merayu lagi. Tangannya dibawa menyentuh wajah itu. Sampai nafas terakhir sekalipun dia tidak akan melupan Larissa. Gadis itu sudah seperti nyawanya Memang dia marahkan Larissa, tetapi marahnya hanya sebentar. Dia ingin menghulurkan bantuan saat Larissa menghadapi masalah dalam kehamilan tetapi egonya sebagai seorang lelaki menghalang. Kalaulah….

“Abang kenapa? Jangan takutkan Lisa.” Tangan abangnya yang masih membelai pipinya disambar dan digengam erat. Sejuk tangan itu menyapa sentuhannya.

“Lisa janji dengan abang.” Gadafi masih merayu.

“Lisa janji.”
……………….
“Aku dah penat Zafiq. Sampai bila kita nak hidup macam ni? Kalau kau tak suka, kau boleh lepaskan aku.” Larissa cuba memujuk. Wajah suaminya yang sedang berbaring di atas katil dipandang.

“Berapa kali aku cakap, aku tak akan lepaskan kau.” Zafiq malas melayan. Dendam dihati masih menenbal. Apa yang Larissa rasa sekarang hanya permulaan.

“Tapi sampai bila?” Terus dia menapak menghampiri suaminya. Lelaki itu masih ralit dengan buku di tangan.

“Sampai aku puas.” Muka surat sebelah diselak. Dia tiada perasaan ingin berterusan berbahas. Masih banyak benda yang boleh dia fikirkan dari meletihkan lidah bertikam urat dengan Larissa.

“Kau jangan jadi jantan dayuslah Zafiq. Takkan kau nak ‘simpan’ aku lagi lepas kau tahu yang Ajam tu bukan anak kau? Kau tak rasa kau bodoh ke?” Larissa cuba membangkitkan kemarahan Zafiq. Berharap lelaki itu berang, dan melafazkan talak ke atas dia.

Zafiq pangung kepala. Jantan dayus? Buku ditangan terus dicampak kasar. Tangan Larissa direntap membuatkan tubuh itu hilang imbangan dan terjatuh ke atas tubuhnya. Turun naik nafas menahan rasa amarah yang mengunung.

Larissa terkaku. Tidak menyangka tindakan Zafiq. Kenangan ‘malam pertama’ semasa hari perkahwinan mereka mula terbayang. Situasi yang sama dan dia tidak mahu ‘perkara’ yang sama berlaku lagi. Semangat kembali dikumpul. Dia ingin melepaskan diri dari Zafiq. Lelaki itu benar-benar gila!

“Lepaslah.” Terus dia meronta ingin meloloskan diri. Takut melihat wajah Zafiq yang jelas sedang menangung api kemarahan.

“Aku bukan jantan dayus sayang..” Tubuh Larissa yang meronta ingin melepaskan diri di peluk semakin erat. Sakit dihati terasa membara.

“Lepaskan aku Zafiq.” Larissa mahu menangis. Ternyata dia silap apabila menduga lelaki itu. Tiada siapa suka digelar dayus. Ternyata dia sudah benar-benar membangkitkan amarah seorang lelaki.

“Dah terlambat. Aku benci kau Lisa..Aku benci kau..”

Larissa kaku. Lelaki itu semakin rakus. Jelas dimatanya ada air yang mengalir dikolam mata suaminya. Dan saat itu dia mula pasrah. Entah mengapa rasa bersalah datang menimpa.
………………..
Wajahnya yang terbias dicermin di pandang. Tiada kegembiraan yang terlihat. Dia benar-benar ingin merasa bahagia seperti beberapa tahun dahulu. Saat dia menjadi adik kesayangan Gadafi dan saat sebelum dia bertemu dengan Zafiq. Dia benar-benar rindukan saat itu. Semakin hari, bahagia semakin menjauhkan diri. Dan derita semakin menghampiri kehidupan dia.

Tanda-tanda merah di leher membuatkan dia memejamkan mata. Entah bila semua ini akan menemukan titik nokhtah. Salah diakah bila beria-ia ingin membalas dendam terhadap lelaki itu? Siapa yang tidak marah bila kehilangan maruah diri, dan sampai kedetik ini kejadian ‘hitam’ itu masih kemas terakam di kotak fikirannya.

Tetapi sekarang dia menyedari sesuatu. Dia langsung tidak bahagia ingin meneruskan agenda ‘membalas dendamnya.’ Bahkan dia semakin tersepit dalam perhubungan itu. Mama dan papa menerima dia dengan baik. Bahkan dia dilayan sama seperti Hidayah. Kerana itu juga dia tidak mahu meneruskan perhubungan mereka. Tidak sangup rasanya mahu mengecewakan mereka jika perihal perkahwinan mereka terdedah, dan rahsia ‘kekejaman’ Zafiq bertahun dahulu disingkap kembali.

Zafiq Haqweem, lelaki itu pula bagaikan masih berada dalam dunia sendiri. Sesuatu yang pasti, dia dapat rasakan dendam Zafiq terhadap dia bukanlah dendam biasa. Bahkan dia berani katakan semua ini bukanlah mengenai Zarif dan Gadafi, tetapi sesuatu yang lebih rumit. Cuma apa dan kenapa, dia masih tercari-cari jawapan yang pasti.
…………..
“Bersiap cepat. Lepas Maghrib kita pergi rumah mama.”

Larissa hanya memandang langkah kaki lelaki itu yang laju menapak menuju ke tingkat atas. Bercakap macam penyamun. Pergi macam pencuri. Hem..
……………….
“Apasal aku tengok engkau semacam aja Lisa?” Hidayah tekun menilik. Cuba mencari sesuatu yang difikirkan berubah.

“Aku biasa ajalah Hidayah. Engkau tu yang berubah. Makin bam..bam..aku nampak.” Larissa ketawa kecil bila Hidayah menjegilkan mata tanda tidak berpuas hati mendengar kata-katanya.

“Pandailah engkau. Eh Lisa jom lepak kat tempat lain. Orang dah ramai ni.” Hidayah sudah mengelisah. Dia semenjak mengandung mengalami perangai yang pelik. Mudah ‘panas’ kalau berada di kawasan ramai orang.

“Eh, nanti apa kata orang pulak.”  Larisa mengelengkan kepala. Dia tidak mahu dicop sebagai menantu mak datin yang belagak.

“Kejap aja. Alah…jomlah. Kejap aje. Nanti kita datanglah sini balik.” Berkerut-kerut wajah Hidayah memujuk.

Iyelah. Jom aku temankan kau. Tapi kejap ajer tau.” Larissa pantas membantu Hidayah bangun.

“Kita masuk bilik aku jelah.” Hidayah berbisik di telinga Larissa. Tidak mahu kata-katanya di dengar oleh tetamu yang mula memenuhi ruang rumah. Dia mahu relaks sekejap. Nanti bila bacaan Yassin akan bermula, barulah dia turun semula.

“Kau rehat dulu. Nanti aku datang balik.” Setelah Hidayah masuk ke dalam bilik, Larissa pantas ingin berlalu. Tekaknya terasa dahaga secara tiba-tiba.

“Kau tak nak temankan aku ke?” Tidak puas hati nada Hidayah. Setakat hantar masuk bilik sahaja nak buat apa.

“Nanti aku datang balik.” Pintu bilik Hidayah ditutup. Laju kakinya menapak. Tetapi sesuatu mencuri tumpuannya. Terus langkah kakinya mati. Sebuah bilik yang tidak ditutup rapat dengan lampu terpasang membuatkan dia tertarik hati. Hendak dikatakan bilik tetamu, mustahil kerana setahunya bilik tetamu berada dibawah.

Pintu bilik ditolak perlahan. Larissa kaku. Terpesona melihat susun atur bilik yang kemas. Semuanya bewarna biru dan pink. Seperti bilik seorang puteri.

Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Pelik. Setahunya lelaki itu hanya dua beradik. Entah bilik siapalah ini. Anak patung beruang bewarna coklat gelap dengan ikatan reben di leher mencuri tumpuan. Terus tangannya mencapai dan dipeluk erat. Entah mengapa dia seakan terhidu bau yang dikenali dibadan anak patung beruang. Bau Zafiq! Parah dirasakan bila bau itu menyebabkan dia terasa tenang. Lama dia berkeadaan begitu. Terus terlupa yang dia menceroboh bilik ‘orang’ tanpa keizinan.

“Kau buat apa dalam bilik ni?”

Terperanjat Larissa apabila disergah secara tiba-tiba. Terkebil-kebil dia merenung wajah Zafiq yang jelas sedang menahan perasaan marah.

“Pintu bilik terbuka….”

“Aku tak nak dengar alasan kau. Keluar sekarang!” Zafiq mula menjerkah. Wajah Larissa dipandang dengan pandangan mengancam. Turun naik dadanya menahan perasaan amarah yang bila-bila masa akan meletus.

“Iya…iya.” Tergagap Larissa menjawab. Malas mahu berbalas kata kerana dia sedar memang salahnya. Kakinya pantas ingin melangkah keluar. Namun sesuatu menyapa pandangannya. Membuatkan langkah kakinya bertukar arah. Semakin jelas ‘benda’ itu terpampang, semakin membuatkan debaran didadanya berkocak kencang.

Gambar seorang gadis sedang tersenyum gembira dengan bahu dipeluk erat oleh seorang pemuda membuatkan dia hampir melolot jatuh. Didalam pelukan tangan gadis itu itu, ada anak patung beruang yang sama sedang dipegangnya. Wajah itu, tidak pernah hilang dari fikirannya. Tidak pernah dan tak akan pernah dia melupakan wajah gadis itu.

“Kau keluar sekarang Lisa…”

Wajah Zafiq dipandang silih berganti dengan gambar yang terbentang di hadapan mata. Sekarang dia sudah peroleh jawapan dari mana datangnya kebencian Zafiq terhadap dia. Dan air mata perlahan-lahan mula menodai pipinya. Anak patung ditangan terlepas dari gengaman dan melolot jatuh di kaki.

“Zafiq…Aku…” Larissa memejamkan mata. Berusaha mengumpul kembali semangat yang hampir hilang.

“Aku nak kau keluar Lisa..”

Langkah kakinya dibawa mendekat kepada Zafiq yang berdiri di muka pintu. Tangan itu cuba dicapai. Malangnya hanya tepisan kasar yang di terima.

“Aku tak tahu..”

“Kau faham ke tak? Keluar sekarang!” Zafiq panas Hati. Tubuh Larissa di tolak kasar. Dan pintu dihempas.

Tubuhnya yang terhempas kuat di atas lantai sudah tidak terasa sakit. Tangisannya semakin mendayu. Gadis itu, gadis yang telah menyelamatkan nyawanya bertahun dahulu. Dia cuai apabila terburu-buru semasa melintas jalan. Sedar-sedar sahaja tubuhnya sudah ditolak kuat. Sebagai galang ganti gadis itu yang menerima padah. Kenangan dulu bagaikan wayang terimbas kembali dikotak fikiran. Kenapa dia langsung tidak dapat mengenali wajah Zafiq? Argh…terlalu banyak perubahan diwajah itu.
…………………….
“Zafira Hazwani namanya kalau tak salah aku. Arwah dah lama meninggal disebabkan kemalangan. Yang kau tanya kenapa?” Wajah Larissa dipandang menantikan jawapan. Pelik apabila ditanya mengenai Zafira. Mustahil Zafiq tak pernah cerita.

“Eh tak ada apa.”

“Kau tanya aku, bukannya aku tahu sangat. Suami aku cakap arwah rapat dengan suami engkau. Adik kesayangan katanya. Kau tanyalah Zafiq.”

“Aku saja je tanya.” Larissa cuba mengukirkan senyuman. Mahu bertanya kepada Zafiq? Lelaki itu sudah mengisytiharkan perang bisu kepadanya. Kalau dulu ramah mulut itu ingin menghemburkan sumpah seranah, sekarang hendak mendengar sepatah perkataan pun susah.
………………
“Zafiq kita kena berbincang.” Larissa tidak peduli. Walau apa yang terjadi, semuanya harus menemui titik nokhtah. Sudah penat melayan ‘kebisuan’ lelaki itu. Dan seperti yang dia duga, lelaki itu tanpa perasaan melangkah melewatinya. Gayanya seperti terburu ingin keluar dari rumah.

“Janganlah pentingkan diri Zafiq. Semua ni tak akan selesai kalau kau berterusan macam ini.” Tangan Zafiq disambar. Terhenti seketika langkah kaki itu.

“Kau nak aku buat apa? Bergelak ketawa dengan engkau macam tak ada apa yang berlaku. Macam itu?” Tanpa nada dia bertanya.

“Kita bincang dulu. Please?” Dia rela melayan sumpah seranah lelaki itu, tetapi dia tidak betah bila mana Zafiq berterusan berlakon bagaikan dia tidak wujud. Mereka sekatil, tetapi jauhnya bagaikan tiada daratan.

“Nak bincang apa lagi? Kau pun sudah tahu kan sebab apa aku bencikan kau?” Wajah Larissa dipandang tanpa perasaan.

Terdiam Larissa mendengar kata-kata yang muntah dari bibir Zafiq. Dia tahu kehilangan orang yang disayangi memang berat untuk dihadapi. Tapi tahukah lelaki itu apa yang harus dia lalui hanya kerana dendam lelaki itu yang tidak berkesudahan?

“Kita kena selesaikan hal kita hari ini jugak Zafiq. Sampai bila kau nak seksa hidup aku?”

“Sampai hati aku puas Lisa. Kau tak tahu sakitnya hati aku. Sebab kebodohan engkau adik aku mati.” Tak pernah sedetik waktu pun dia melupakan kejadian ngeri tersebut. Dulu, hampir setiap malam dia terbangun dari tidur dengan tubuh berpeluh dan air mata yang entah bila mengalir. Kemalangan itu bagaikan bayang-bayang yang mengikut setiap langkahnya. Dia bukan sahaja kehilangan seorang adik, bahkan seorang kawan yang selama ini berkongsi masalah bersama. Bertahun dia mengumpulkan kembali semangat yang menghilang.

Ketika dia kalut melakukan persediaan untuk keluar negara, dia ternampak Larissa di university. Disebabkan dendam lama yang masih menyala dia sangup membatalkan rancangan asal. Puas merayu kepada papa agar membenarkan dia menyambung pelajaran di Malaysia. Sedikit demi sedikit hal mengenai Larissa dikumpul. Lebih membuatkan dendamnya membara bila abangnya kehilangan Suriyani. Dia begitu menyukai wanita itu. Saat abangnya memberitahu ingin mengahwini Suriyani dialah orang yang paling gembira. Suriyani sudah diangap seperti kakak sendiri.

Sejujurnya dia langsung tidak kisah bila Suriyani tingalkan Zarif. Dia tahu abangnya memang tak layak untuk Suriyani, cuma dia tak betah bila Suriyani memilih Gadaffi. Dia benci kerana lelaki itu abang kepada gadis yang dibencinya.

Kerana kehilangan itu jugak berat badannya menyusut dengan banyak, lebih malang dia hidup bagaikan lelaki yang tidak punya perasaan. Hidup bagaikan tidak bernyawa, bernafas seperti tiada udara. ‘Luka’ yang kecil entah bila merebak menjadi nanah yang membusuk. Dan semuanya berpunca dari Larissa.

“Kalau kau nak balas dendam, rasanya sudah lama kau berjaya Zafiq. Dendam kau bukan sahaja bunuh abang dengan kak ipar aku, tapi kau bunuh sekali dengan anak aku.” Sedikit menengking kata-kata itu terluah dari bibir Larissa. Dendam lelaki itu telah memusnahkan seluruh kehidupannya. Dia bukan sahaja kehilangan kehormatan diri, bahkan dia juga kehilangan semua orang yang disayanginya.

Mencerlung tajam matanya memandang Zafiq yang jelas terperanjat mendengar kata-katanya.

“Ajam..”

“Anak abang aku.” Belum sempat Zafiq menyudahkan kata pantas Larissa memotong. Sudah bosan mahu bermain tarik tali. Apa yang dia mahu, semua perkara diselesaikan secepat mungkin. Dia sudah tidak betah menjadi isteri Zafiq. Dia sendiri sudah tidak tahu apa yang dia mahukan. Cuma perpisahan mungkin jalan terbaik untuk mereka berdua. Apa guna bersama jika masing-masing menyimpan dendam dan agenda sendiri.

“Kenapa aku tak tahu?” Zafiq panas hati. Terasa dia mempamerkan kebodohan di hadapan Larissa. Memalukan!

“Sebab kau tak nak ambil tahu.” Kali ini Larissa memberanikan diri bergerak mendekati Zafiq. Wajah kacak itu dipandang. Dia marahkan Zafiq diatas apa yang telah lelaki itu lakukan, tetapi entah mengapa sukar untuk dia menanam api kebencian terhadap lelaki itu.

“Lelaki ke perempuan?” Wajah diraup. Entah mengapa hatinya menjadi runsing.  

“Perempuan. Maryam Suhana. Wajah dia macam wajah kau.” Larissa tersenyum sayu. Terbayang wajah si kecil. Dia sedih bila terpaksa menerima pemergian anak perempuannya tetapi Allah tidak pernah kejam terhadap hambanya. Ditarik Maryam Suhana dan diberikan pula Ikram Syahmi kepada dia.
………………….
“Daddy. Cepatlah” Ajam melambai tangan memangil Zafiq yang masih berlengang menuju ke arahnya. Tidak sabar mahu bermain bola.

“Tak kena langsung. Ibu dengan daddy? Tak pernah dibuat orang.”

“Baru unik. Kau apa tau.” Larissa tersenyum. Senang hati melihat kemesraan antara Zafiq dan Ajam. Selepas sesi ‘meluahkan perasaan’ dahulu, hubungan mereka mula jernih. Tetapi Zafiq tetap Zafiq, sampai sekarang masih dengan egonya yang tinggi. Jika dengan Ajam kemesraan mudah tercipta berbeza pula jika dengannya.

“Kau bahagia?” Hidayah bertanya. Anak kecilnya yang merengek ditepuk lembut bagi menidurkannya kembali.

“Bahagia. Kalau kau maksudkan apa yang aku ada sekarang. Tapi kurang bahagia bila aku memiliki tapi tak menguasai.” Senyuman masih tersadai dibibirnya. Biarlah lambat. Asalkan kebahagiaan itu masih menjadi miliknya.

“Aku doakan yang terbaik untuk kau Lisa. Aku hanya nak kau bahagia. Kalau ada apa yang kau perlukan jangan malu bagitahu aku. Selagi aku boleh tolong pasti aku tolong.”  

“Aku tahu. Kau jangan risau. Inshaallah semuanya akan okey. Doakan aku.”

“Sentiasa.” Hidayah tersenyum. Gembira apabila setelah sekian lama, Larissa sudah kembali pandai mengukirkan senyuman.
……………….
“Nak joint?” Zafiq bertanya nakal.

“Tak nak..tak nak.” Laju Larissa mengelengkan kepala. Mandi bersama? Phew! Tawaran hebat, Tapi terima kasih sahaja.

“Rugilah..”

Pipinya di pegang bagi menghilangkan rasa malu yang menyerang. Semakin ‘gedik’ lelaki itu sehari dua ini. Kalau sebelum kahwin dia memang selalu mendengar ayat kasanova, murah bermain dibibir lelaki itu, tetapi sekarang? Huh, semakin menjadi-jadi.

“Malu?” Matanya dikenyitkan. Ketawa meletus bila Larissa mengelengkan kepala tetapi wajah memandang ke arah lain.

“Siapa cakap?” Tak nak kalah Larissa menjawab. Wajahnya semakin merah. Terasa membahang.

“Hek eleh, berani belakang. Kalau berani sangat jomlah.” Zafiq belum puas mengusik.

“Lisa dah mandi. Hah..Tadi Ajam panggil. Nak keluar…” Gelabah Larissa melarikan diri. Cakapnya sudah bertaburan. Bukan tidak biasa melihat tubuh itu, tetapi perasaan malunya masih menebal. Kejung tubuh kalau Zafiq beraksi nakal.

Zafiq ketawa kecil bila Larissa bagaikan lipas kudung berlari keluar. Berdesup pergi. Tak menyempat-nyempat.

Senyuman masih tersadai dibibir saat dia melangkah masuk kedalam bilik air. Setelah sekian lama akhirnya dia mampu mengukirkan senyuman ikhlas. Dia sukar memaafkan Larissa, tetapi bila mengenangkan, kerana dendamnya banyak nyawa terkorban membuatkan dia kembali berfikir.

Dia sendiri sudah letih. Penat menyimpan dendam. Dia juga ingin bahagia. Pernah dia terfikir ingin melepaskan Larissa dari perhubungan mereka, tetapi bila sampai saatnya, lidahnya menjadi kelu dan kaku. Dia tidak sangup. Tidak rela melepaskan rasa bahagia yang sesekali bertiup di relung hatinya.
………….
“Balik cepat. Abang tunggu.”

Belum sempat Larissa membalas, suaminya sudah meletakkan talifon. Dia hanya mampu mengelengkan kepala. Entah apa yang dikalutkan sangat. Gambar bersaiz kecil yang diletakkan di atas meja dicapai dan direnung dengan perasaan yang mengebu.

“Abang.” Bait perkataan itu tercetus dari bibirnya. Semua berpunca dari Datin Zaharah. Wanita itu yang memintanya menggunakan pangilan itu. Dia sebenarnya lebih senang memanggil suaminya nama sahaja. Sudah terbiasa. Tetapi bila Zafiq sendiri yang membahasakan diri dengan pangilan itu menyebabkan dia terikut. Sejujurnya dia sendiri senang mengunakan pangilan abang, kerana dirinya terasa dekat dengan lelaki itu.

Meja pantas dikemas. Kerja yang belum sempat diselesaikan diletakkan di satu tempat. Takut bersepah dan sukar untuk dia mencari.
…………………
Larissa pura-pura memandang kearah lain. Sedaya upaya dia cuba menahan tawa yang bila-bila masa sahaja akan terhambur keluar. Apa fesyen itu?

“Cantiknya suami Lisa hari ni.” Akhirnya dia melepaskan tawa. Tak tahan melihat lelaki itu mengenakan ‘pakaian rasmi’ yang selalu digunakannya didapur. Apron bercorak cartoon dan selipar berbulu yang di hiasi kepala katak.

“Pujian ke apa cam gitu?” Wajah isterinya dipandang sekilas sebelum dia meneruskan agendanya.

“Pujian lah ni. Ajam mana? Lisa tak nampak pun dari tadi.” Hairan juga. Selalunya bila dia pulang sudah riuh wajah itu menyambutnya. Bayang bibik yang baru diambil bekerja dengan mereka juga tidak kelihatan.

“Abang hantar balik rumah mama. Kacau daun nanti.” Pinggan dicapai. Sayur ‘jadian’ dimasukkan ke dalam pinggan.

“Sayur apa ni.” Berkerut dahi Larissa cuba mengenal pasti ‘keturunan’ sayur yang sudah tidak kelihatan rupa dan warna.

“Entah. Abang main masak aja.” Selamber ayat itu meluncur keluar. Dia sudah tidak pasti apa yang telah dimasak. Resepi yang dijengah bagaikan langsung tidak berguna. Sudahnya apa yang terasa ingin ‘dicampak’ dia masukkan aja.

Sudu dicapai. Sedikit sayur disudu dan dimasukkan ke dalam mulut. Berkerut dahi Larissa. Ewww…Pahitnya.

“Mana abang ambil sayur ni?”

“Dalam peti sejuklah.”

“Ini buah peria lah abang. Mana pernah orang masak buah peria letak kicap, ayam, udang segala macam ni.” Larissa ketawa. Itulah belagak lagi. Selera tak menahan mat salehnya. Hari-hari nak makan makanan ‘obesi.’ Ini sampaikan buah peria pun dah tak tahu. Sabar ajelah.

“Orang tak buatlah kita buat.”

“Abang cuba rasa.” Larissa mencabar.

“Tak nak. Takut keracunan.” Zafiq ketawa besar bila Larissa sudah bangun dan bercekak pingang.

“Pandai.. Kalau Lisa yang keracunan macam mana?” Muncung mulutnya mendengar jenaka Zafiq.

“Abang ada. Nanti abang jagalah Lisa. Apa susah.”

“Iyelah tu. Abang masak apa lagi nak ‘racun’ Lisa?” Terus dia menapak ke arah suaminya yang duduk di kerusi berhadapan dengannya.

“Abang masak special punya. Lisa mesti suka. Ada dalam periuk. Pergilah tengok.” Zafiq menanggalkan apron di tubuh. Tugas memasaknya sudah selesai.

“Ini special?” Sebiji makhluk bernama kerang diletakkan di tapak tangan. Kerang rebus? Aduhlah suami. Memang fail.

“Special lah tu. Nak lagi special apa kata Lisa naik atas pergi bersiap. Nanti kita makan dekat luar ajalah.” Ini kali pertama dan terakhir dia meringankan tangan di dapur. Satu apa pun dia tak kenal. Kononnya nak memberikan kejutan, tapi hampeh.
………………
“Suka?” Tubuh Larissa yang sedang berbaring di sebelahnya dipeluk erat.

“Mestilah.” Rantai leher dengan loket berhuruf Z dan L serta corak berbentuk love diantara kedua huruf membuatkan dia tersenyum gembira. Loket yang tergantung dileher sejak tadi dipandang tanpa jemu. Seronok kerana menyukai maksud disebalik huruf dan bentuk.

Apa yang lebih membuatkan dia gembira kerana, lelaki itu tidak melupai tarikh perkahwinan mereka. Biarpun ikatan yang terjalin terjadi bukan di atas dasar cinta, tetapi dia tetap gembira bila akhirnya dendam dan amarah didalam diri mereka dapat dihapuskan. Saling mencintai, itu adalah bonus dalam perhubungan mereka. Itu sudah mencukupi baginya. Dia hanya perlukan seorang suami yang ‘mahukan’ dia. Yang boleh menerima segala kekurangan yang ada di dalam dirinya.

“Hadiah abang mana?”

“Abang nak hadiah jugak ke?” Wajah nakal terpamer. Keningnya diangkat-angkat.  

“Iyelah. Mana hadiah abang?”

“Cuba pejam mata.”

Tidak menungu sesaat matanya terus dipejam. Senyuman merekah dibibir.

“Ini, kerana sudi terima dan memaafkan Lisa.” Dahi suaminya dikucup lembut.

“Ini, kerana sudi membahagiakan Lisa.” Pipi kiri suaminya pula yang menjadi mangsa.

“Ini, sebab sudi cintakan Lisa.” Pipi kanan dicium lama.

“Yang..ayat tu sepatutnya ciumnya dekat lain.” Bibir dimuncungkan. Matanya masih terpejam.

Ketawa Larissa mendengar kata-kata suaminya.

“Cukup tak hadiah Lisa?” Dagunya ditongkat didada lelaki itu.

“Cukup, tapi tak sempurna.” Zafiq belum berpuas hati.

“Nak hadiah sempurna tak? Kalau nak abang buka dulu mata.”

Zafiq ketawa. Kertas? Nak buat apa.. Ingatkan bila buka mata dapatlah dia hadiah yang ‘romantik.’ Ini?? eleh…

“Nak buat apa kertas ni?” Malas dia bertanya. Tubuh Larissa yang memeluk erat tubuhnya membuatkan dia keresahan. Ini nak goda ke apa?

“Kertas? Gambarlah. Apalah abang ni.”

“Gambar apa? Hitam ajer ni.” Gambar yang disangkakan kertas biasa tadi dicapai. Lama merenung mencari apa makna disebalik gambar.

“Ya Allah suami siapalah ini?” Larissa mengelengkan kepala. Sabar ajelah. Takkan gambar itu pun tak kenal? Hidup zaman batukah suaminya?

“Lisa rasa kita nak letak nama apa nanti?”

Hampir jatuh rahang mendengar pertanyaan suaminya. Disangkakan suaminya lambat tangkap, tetapi sudah terkehadapan rupanya. Dia sendiri tak terfikir sampai ke situ.

“Suka?”

“Sangat. Hadiah paling besar dan berharga pernah abang terima selain Lisa dengan Ajam. Thank sayang.” Dahi Larissa dikucup lama. Rasa terharu dan sebak bercampur baur didalam diri. Tidak putus ucapan Alhamdullillah bermain dibibir.

“Abang pun hadiah terbesar dalam hidup Lisa.” Terus bibir suaminya dikucup. Spontan. Jelas suaminya terkedu kerana tidak menjangka tindakannya.

“Dah sempurna?” Wajahnya dijarakkan dari Zafiq. Memandang tepat kedalam anak mata lelaki itu.

“Perfect.”
……………………..
“Ini baby yang nak makan.”

“Siapa yang mengandung sekarang?” Baby nak makan? Hello…

“Itupun nak sentap.” Tanpa mempedulikan isterinya, suapan yang tergendala diteruskan. Sedap pula rasa ‘roti empat segi’ dicicah air milo. Sebelum ini tengok pun tak terliur.

“Lambat lagi ke? Lisa mengantuk ni.” Kepalanya diletakkan di atas meja. Sedaya upaya mata yang layu dicelikkan. Pagi-pagi buta suaminya kejutkan dia dari tidur kerana lapar. Memang tak patut. Sejak dia mengandung macam-macam permintaan daripada Zafiq. Sampaikan, kadang-kala dia sendiri keliru siapa yang mengandung sebenarnya.

“Jangan tidur. Kejap ajer ni.” Zafiq memandang Larissa yang sudah terpejam celik matanya.

“Lisa naik atas dulu boleh tak? Sakit perutlah.” Perutnya tiba-tiba terasa kurang selesa di usap lembut. Terus hilang rasa mengantuk yang melanda.

“Dah. Jom naik. Abang dah sudah makan.” Zafiq pantas mengikut langkah isterinya yang sudah sedikit kehadapan.

“Sayang, kain basah kenapa? Tak tahan sangat ke?” Jelas baju tidur yang dipakai Larissa nampak basah. Tak kan terkucil kot isterinya. Ini betul-betul tak tahan ni.

“Lisa rasa ketuban dah pecah.” Lambat-lambat dia berpaling mengadap suaminya yang laju merapati apabila mendengar kata-katanya.

“Dah tu kita nak buat apa?” Kalut Zafiq bertanya.

“Nak buat apa lagi. Kita pergi hospitallah.” Ya Allah saat-saat macam ini suaminya boleh tanya soalan ‘bernas’ seperti itu? masalah.
………………..
“Terima kasih sebab lahirkan zuriat untuk abang.” Dahi Larissa dikucup. Bayi lelaki yang berada dalam pelukkannya turut menjadi mangsa ciumannya. Menyedut aroma yang ada. Serta merta jiwanya berasa tenang.

“Kalaulah dulu abang bertangungjawab..” Sunguh, sampai ke saat ini, rasa kesal kerana kehilangan anak perempuannya masih terasa.

“Jangan kenang perkara lama. Lisa dah cukup bahagia sekarang. Lisa nak abang pun bahagia, sama macam yang Lisa rasa sekarang.” Pinggang suaminya dipeluk erat. Sebuah senyuman dihadiahkan buat suaminya.

“Abang menyesal buat perkara bodoh dahulu.” Kalaulah dulu dia yakin dengan kuasa tuhan yang mengatur setiap apa yang terjadi, tentu dia tidak perlu menanggung perasaan bersalah terhadap Larissa. Dia kehilangan seorang adik, tetapi Larissa lebih teruk, kehilangan ibu dan ayah sedari kecil. Kemudian Gadafi dan Suriyani. Bahkan anak mereka turut menjadi korban dek kerana perasaan dendamnya.

“Lisa tahu. Tapi sekarang Lisa dah dapat suami yang baik, yang penyayang, yang cintakan Lisa, yang busuk..” Dia cuba membeli kembali hati suaminya. Cukuplah adanya Zafiq untuk dia, dia tidak mahu lelaki itu hidup didalam kenangan silam lagi.

“Semua abang terima, kecuali part yang last tu. Wohh..tolong sikit. Wangi lah.”

“Eh bukan ke?”

“Mestilah tak.”

Jarinya telunjuknya bergerak-gerak menghantar isyarat supaya Zafiq mendekat.

“Kenapa?”

“Nak ciumlah wangi ke tak.” Larissa ketawa bila Zafiq laju mendekatkan wajah ke arahnya. Pipi anaknya yang sedang enak tidur dalam rangkulan Zafiq dicuit sebelum diambil dan diletakkan di sebelahnya. Kemudian tangannya dibawa menyentuh kedua pipi suaminya.

“Nak tahu satu rahsia tak?” Perlahan Larissa bertanya.

“Apa?”

“I love you.”

“I know.”

“Lah..tak romantiklah abang ni. Cakaplah I love you to ke.” Terus wajah suaminya dilepaskan. Baru nak beromantika dah potong stim. Hapalah..

“Abang cintakan Lisa lebih dari Lisa cintakan abang. Kalau Lisa nak suruh abang ukur sebesar dan seluas mana cinta abang untuk Lisa memang abang tak mampu. Tapi abang akan buktikan melalui kasih sayang abang untuk Lisa dan anak-anak. Kalau nyawa abang sekalipun sebagai galang ganti untuk kebahagian Lisa, abang sangup tukar.”

“Lisa mintak maaf.” Air matanya menitis perlahan mendengan kata-kata suaminya. Terharu. Tidak menyangka lelaki itu boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu. Bahagia? Dia bukan sahaja bahagia, tetapi sangat bahagia, dan tidak pernah putus doa dititipkan agar mereka akan bahagia dan bersama selagi hayat dikandung badan.

“Jangan menangis.” Jari-jemari kasarnya dibawa menyapu air mata isteri. Dengan penuh kasih tubuh itu dipeluk erat.

Pergilah duka semalam agar aku bisa tersenyum bersamanya. Cukuplah adanya dia untuk aku….Kerana sesunguhnya aku amat mencintai dia……

Sampai mati pun engkau takkan ku lepaskan
Akan ku jaga seumur hidupku
Beribu puisi yang ku untaikan untukmu
Ingin ku selalu memiliki kamu

Jangan pernah kau sakiti aku lagi
Cobalah untuk lengkapi hidupku
Ku ingin menjaga dirimu
Tak akan pernah ku sakiti kamu

Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu

Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu

Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh
Di sepanjang umurmu

Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu

Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu

               Kehilanganmu Berat Bagiku : Kangen Band



Surat Cinta Untuk Di sana : aloha my pren…Soli maa…terlambat letak. Ada hal sikit sampai x sempat nk ‘beramah mesra’ dengan cik lappy. Ini sahaja saya mampu beri. Di tokok tambah dan..pufff…terhasillah Adanya Dia Untuk Aku. Berbeza berbanding yg asal…Kalau ikutkan yg asal seingat saya watak hero sy ‘kebumikan’ dan jln cerita lebih mendayu…tapi yg ini sy bagi nyawa sikit…Kekurangan yang ada dlm cerpen ni saya minta dihalalkan… Dlm dua hari masa di ambil hanya ini yg mampu sy bagi…Kot rasa ada yang ‘keterlaluan’ jgn malu bagitahu…Dah baca rajin2kanlah komen…papai..muahhh



31 ulasan:

  1. nurul syahirah10 Jun 2013 10:14 PTG

    dah lama tunggu smbungan citer ni.. apa2 pun citer ni memang best giler... terima ksih...teruskan menulis..

    BalasPadam
  2. TERBAIKK....double tumb up!!

    BalasPadam
  3. awesome!!! sedap nama hero..

    BalasPadam
  4. Power!! Jalan cerita - i loike!!! Lurve u ms cempaka rembulan ~ kak ifa

    BalasPadam
  5. jatuh cinta dengan blog awak..hehehe...cerpen2 yang mampu buat saya tak sedar jam...

    BalasPadam
  6. Best weih bestttt.....

    Sufi

    BalasPadam
  7. Awww sweetnyee

    BalasPadam
  8. Walau pun sy xdpt bc yg versi asal, tp yg ni ttp the best..di blend dgn sgt bgs...ada suka duka geram sedih....and ending mmg sweet....teringat kt pak singa n adra.....gud job sis....-jumay jue..

    BalasPadam
  9. noorasikin muhammad9 Januari 2014 5:30 PG

    Bes la... cerita yg berbeza dr biasa..
    Suke sgt..

    BalasPadam
  10. best la citer ni . dah banyak kali baca .

    BalasPadam
  11. suhanie sharif14 Mei 2014 10:00 PG

    Best banget....Mak Jemah bagi 5 bintang....

    BalasPadam
  12. memang best... dah banyak x baca.. ..kak zaza....

    BalasPadam
  13. Bestnye.....,

    BalasPadam
  14. Best .. Puas hati sangat

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)