Hel!O mY DarLing!

Khamis, 15 Ogos 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 8





            Adra gigit berus lukisan. Sambil itu tangannya cekap membetulkan ikatan tali apron di belakang tubuh bagi menghalang percikan cat dari mengenai pakaiannya. Rambut yang sedikit kusut turut dikemaskan. Lukisan abstrak yang hampir siap dipandang. Berkerut dahinya cuba mencari dimana kekurangan hasil ‘contengannya’ itu. Jari telunjuknya yang runcing dicelup ke dalam botol berisi cat bewarna hitam. Lincah ditampung mana-mana kawasan yang tidak sempurna.

            Senyuman girang terukir di bibir. Dia berpuas hati dengan hasil yang dilakukan. Walaupun lukisan itu tidak sempurna mana sekurang-kurangnya warna yang ‘dipercik’ ke atas kertas bewarna putih itu memberikan sedikit kecerian.

            “Mintak-mintaklah encik suami kesayangan aku tu tak marah..” Adra mengomel seorang diri. Air oren yang diletakkan di atas meja dicapai dan diteguk rakus. Dahaga terasa setelah seharian berperang seorang diri mengubah kedudukan perabot bagi memudahkan urusannya sebentar nanti.

            Setelah hilang sedikit lelah, dia meneruskan kembali aktiviti yang tergendala. Cat bewarna putih dituang ke dalam bekas.

            “Selamat tinggal black metal. Sayonara..” Terus dia ‘memusnahkan’ dinding bewarna hitam yang menjadi kegemaran suaminya. Entah apa punya taste lah yang menjadi pilihan Zafry. Langsung tak berseri. Kelam…hitam, pekat, melikat…Ufthh.

            Hari ini setelah seminggu majlis pernikahan mereka, dia akhirnya berkuasa. Sejak semalam lagi lelaki itu terpaksa ke Pulau Pinang kerana ada sedikit masalah dengan projek yang sedang dijalankan. Jadi bolehlah dia bermaharajalela di dalam rumah sesuka hati tanpa diawasi oleh mata liar Zafry. Kalau tidak, ada sahaja mahu dikomennya. Itu ini tak kena. Dia sahaja yang betul. Benar-benar membuatkan dia merasa jengkil.

            “Bila ku bersuara kau ketogorikan sebagai meleter,

            Bila kau tercabar sebelum bertarung pun ku dah kau singkir…

            Adra menyanyi riang mengikut lagu yang berkumandang di radio. Tangannya cekap menarik dan menurunkan roller. Gembira bila melihat sebahagian dinding sudah bertukar warna. 

            What the…Arghhh…” Zafry menjerit kuat. Beg pakaian di tangan sudah terhempas ke atas lantai. Berlari dia mendapatkan Adra yang terpinga-pinga melihatnya.

            “Hai….” Tangan diangkat dan dilambai ke arah suaminya. Sengihan nakal tersadai dibibir cuba menutup kegusaran hati. Katanya tiga hari. Kenapa dua hari dah balik? Alamak!

            “Kau buat apa ni?” Zafry bercekak pingang. Tangannya dibawa menyentuh dinding.

            “Cat tak ke…” Belum sempat Adra menghalang Zafry sudah menyentuh dinding. Sendiri cari penyakit betul lah!

            “Shit!”

            “Cantik bahasa.” Tanpa mempedulikan Zafry dia kembali meneruskan aktiviti mengecat yang tergendala.

            Zafry kembali bercekak pingang. Sakit hatinya bila Adra bagai tidak mempedulikan kepulangannya. Lebih menyakitkan hati siapa yang bagi kebenaran untuk perempuan itu mengubah warna rumahnya?

            “Baju abang kena cat.” Adra mengelengkan kepala. Tanpa melihat dia sudah pasti dengan kata-kata sendiri. Sentuh cat tak kering kemudian cekak pingang. Memang terbaik. Ada juga biol rupanya encik suami ni. Ingatkan cerdiknya berada pada tahap melampau.

            “Jangan mencarut..” Sempat dia berpesan. Pasti kata-kata tidak enak berkumandang kalau tidak dihalang.

            Zafry terdiam. Kata-kata makian yang mahu terluah ditelan sendiri. Adra tak ubah macam nujum. Tahu sahaja apa yang dia mahu buat.

            “Siapa bagi kau kebenaran ubah cat rumah aku?” Dia bertanya dengan nada sedikit meninggi. Tubuh Adra yang dibaluti…Apron dapur? Apa jenis wanitalah yang ayah dia cari. Tak senonoh!

            “I miss you too abang.” Roller cat disandar pada dinding rumah. Kemudian dia meluru ke arah Zafry. Dipeluk tubuh itu erat. Sedaya upaya dia cuba menahan diri dari ketawa. Tanganya yang berlumuran dengan cat sengaja ditepuk pada pakaian mahal suaminya.

            “Kau merepek apa ni?” Dia cuba menolak tubuh Adra. Tetiba miss you segala bagai dah kenapa? Sengaja nak sakitkan hati dia lah tu.

            “Suami Adra kalau marah memang segak.” Semakin galak Adra mengusik. Pipi Zafry di belai. Terimalah hadiah cop kasih sayang dariku wahai suami. Sedikit cat putih jelas terpalit pada pipi suaminya. Kali ini Adra ketawa kecil.

            Tangan Adra disambar. Panas hati bila melihat tapak tangan itu dipenuhi dengan cat yang masih kelihatan basah.

            “Kau sengaja kan?”

            “Tolong Adra cat rumah nak? Lepas ni nampak berseri sedikit rumah kita.” Jangan marah wahai Umar Zafry. Isterimu ini tiada kata indah yang mahu dipersembahkan. Silap cakap mahu tercetusnya perang dunia antara mereka berdua.

            “Kau tukar cat rumah aku, sekarang kau nak aku tolong kau? Banyak cantik!” Wah.. Melampau betul lah perempuan sorang ini. Ikut hati ada juga yang makan tangan hari ini.

            “Habis itu, Abang nak biar Adra buat sorang-sorang ke? Kalau tak siap teruklah dinding rumah ni nanti. Kalau orang melawat macam mana?” Lelaki seperti Zafry pasti akan menjaga prestij. Semua benda mahu sempurna.

            Kali ini kakinya dijengket sedikit. Tangan digantungkan pada leher Zafry. Tanpa dipinta kucupan mesra bertaut pada pipi lelaki itu. Segala ilmu membodek harus dikeluarkan segera. Tahu benar, lelaki seperti Zafry pasti mengalah kalau ada yang sudi berpeleseran seperti kucing manja yang minta dibelai.

            Zafry tersenyum. Degupan jantungnya sudah bertukar rentak. Tahu Adra sedang mengodanya. Kalau ada yang sudi memberi, mustahil dia akan menolak. Wajahnya didekatkan pada raut wajah comel itu. Bibir isterinya yang nampak merah cuba dikucup.

            Adra pantas melarikan wajah. Jari-jemarinya melekap kemas pada bibir lelaki itu. Tak ada maknanya dia mahu menyerah sebegitu mudah.

            “Jom tolong Adra.” Dikenyit matanya nakal kepada Zafry. Kejap lagi pasti lelaki itu dengan rela hati menolongnya.

            Zafry mengeluh kecewa. Adra suka benar bermain tarik tali dengannya. Benar-benar membuatkan dia resah dan gelisah.

            Pelukan eratnya pada tubuh sasa itu dirungkaikan. Dia kembali mendapatkan roller bagi meneruskan aktiviti yang tergendala. Di dalam hati dia sempat mengira satu, dua, tiga.

            “Lain kali aku tak suka kau buat keputusan sendiri. Jangan nak memandai.” Bajunya dibuka. Six pack pada badan jelas kelihatan. Niat hatinya mahu membantu. Sebelum itu dia melangkah mendapatkan beg pakaian dan dibawa menuju ke dalam bilik.

            Adra mencebikkan bibir. Ingatkan lelaki itu terus bersetuju untuk menolong. Rupa-rupanya Zafry tak mudah termakan godaan. Sia-sia sajalah dia ‘bermanja’ tadi. Tapi dia tak kisah. Kejap lagi pasti….

            “Adra….”

            Adra ketawa mendengar jeritan suaminya. Tak sempat dia nak mengumpat. Pasti terperanjat melihat warna bilik dan susun-atur perabot sudah berubah kedudukan. Mula-mula dia memang mahu kekalkan sahaja apa yang ada. Tetapi semakin hari dia rasakan bilik itu tak ubah seperti suasana hotel. Tidak mesra dan tiada suasana romantic.

            “Apasal kau tukar semua benda dalam bilik?” Niat hati mahu menolong Adra mengecat dinding terhapus dengan sendiri.

            “Abang tak rasa romantik ke?” Kening diangkat.

            “Romantik apanya… Dah, kau cat sendiri. Aku tak tahu.” Zafry berpeluk tubuh. Niat hati mahu memprotes. Adra bagaikan sengaja mahu menaikan rasa amarahnya.

            “That’s because you think it’s difficult. Cuba lah dulu.” Mata dikenyit berkali-kali. Sengaja menayang riak wajah comel. Kalau encik suami tak tergoda memang masaklah dia nak siapkan seorang diri. Nampak sahaja Zafry terus dia rasa letih. Mengada-ngada juga rupanya tubuh dia.

            “Isy..” Zafry mengalah. Roller di tangan Adra cuba disambar.

            “Ini yang Adra punya. Abang guna yang itu.” Tangan dibawa menunjuk ke arah roller yang belum digunakan.

            “Tepi lah sikit.” Tubuh kecil Adra ditolak dengan badannya. Roller dicelup ke dalam cat. Seumur hidup inilah kali pertama dia melakukan kerja ‘bodoh’ seperti ini. Semuanya Adra punya pasal.

            Adra bergerak ke sisi. Dia tersenyum senang hati. Kemudian dia sengaja memeluk belakang badan Zafry.

            “Thanks my lovely husband.”

            “Adra…kejap lagi kalau kau kena buat kerja lain, kau jangan nak salahkan aku.” Tak habis-habis nak mengoda. Aku ngap jugak budak ketot ni karang!

            Terus tubuh suaminya dilepaskan. Dia kembali meneruskan kerja yang tergendala. Sebahagian dinding sudah bertukar warna. Tetapi masih banyak yang harus disiapkan. Masih ada beberapa ruang lagi yang perlu ‘dikerjakan.’

            “Mana kau dapat lukisan tu?” Zafry bertanya bila dia terpandang sekeping lukisan abstrak bewarna-warni. Roller yang dicelup ke dalam bekas cat diangkat kembali dan dengan penuh semangat, dinding ditonyoh sesuka hati.

            “Cantik tak?”

            “Bolehlah.”

            “Bolehlah? Alah kalau cantik cakap cantik. Penat Adra buat tau.”

            “Patutlah buruk semacam je aku tengok. Kau tahu lukis ke tak?” Fuh! Nasib baik dia tidak memuji. Kalau tidak, ada juga yang bangga diri.

            Adra menjeling tajam. Malang dapat suami mulut tak berinsuran. Geram betullah!

            “Sanalah sikit.” Tolak menolak berlaku antara mereka bila tubuh saling berlangar antara satu sama lain. Zafry tak mahu mengalah. Sengaja dia mengeraskan tubuh.

            “Eh apa pulak. Adra yang berdiri dekat sini dulu.” Kepala digelengkan.

            “Ini rumah siapa?” Sedikit angkuh Zafry bertanya. Berlagak lebih kepada dia pula tuan rumah.

            “Rumah suami Adra lah.” Tak bersalah jawapan itu terluah. Betul apa dia cakap. Bukannya dia menipu pun.

            Terdiam terus Zafry. Sakit hati bila ada sahaja jawapan yang terluah dari bibir itu. Boleh kiamat gamaknya kalau tak menjawab kata-kata dia. Bagi mengubati hati yang sakit, dengan penuh tenaga dia cuba melangar Adra dengan tubuh sasanya. Malang terjadi bila dia hilang imbangan kerana Adra bergerak ke hadapan secara tiba-tiba.

            Liur ditelan. Perlahan-lahan Zafry angkat kepala. Badannya masih terbaring di atas lantai. Kesakitan yang mengigit tubuh sudah tidak terasa bila melihat kawasan roller mendarat. Matilah!

            “Lukisan Adra….” Bibirnya sudah mencebik. Roller di tangan Zafry elok mendarat di atas karyanya dan menjahanamkan ‘struktur’ asal lukisan tersebut. Dengan tangan begetar dia mendapatkan lukisan itu.

            “Aku tak sengaja.” Zafry serba salah apabila melihat riak wajah Adra yang mendung.

            “Habislah…” Adra mengangkat lukisannya. Cat putih membasahi sebahagian besar lukisan. Sia-sia sahaja usahanya. Seharian membuat benda alah tersebut, tetapi sesaat sahaja diperlukan untuk memusnahkan segalanya.   

            “Kita buat yang lain. Aku tolong.”

            “Huh?” Boleh percaya ke ni?


         
           Adra ketawa bila dia selamat mendaratkan cop tangan pada tubuh Zafry. Sesaat kemudian dia terdiam bila wajahnya yang kecil ditempek dengan benda yang melekit.

            “Mana aci main muka.” Tak berpuas hati terus tangannya dicelup ke dalam bekas cat dan cuba dilumur pada wajah suaminya.

            Zafry melarikan wajah. Ketawa besar bila target Adra tersasar dan mengenai dadanya.

            “Sini lah.” Adra cuba mengagau. Geram bila sasarannya tidak mengena.

            Zafry cekap menangkap tangan isterinya. Pegelangan tangan kanan Adra digengam erat. Ditarik jemari halus itu mendekati mounting board yang dibentang di atas lantai.

            “Buat apa letak dekat muka aku. Letak dekat sini.” Ditekan tangan Adra pada mounting board yang sudah dipenuhi tapak tangan mereka berdua.

            Adra tersenyum lebar. Kalau macam ini hasilnya, dia sangup kalau setiap lukisan yang dia hasilkan dirosakkan oleh Zafry. Bukan senang mahu mewujudkan suasanan mesra antara mereka berdua.

            “Cantik tak?” Adra bertanya lembut.

            “Mestilah cantik sebab tangan aku yang cop. Kalau harapkan jari pendek engkau, memang jahanamlah lukisan ini.”

            Pasrah! Zafry memang bermulut lepas.

            “Nak minum tak?” Malas mahu melayan perasaan geram, Adra bertanya. Sejak Zafry sampai ke rumah dia belum sempat menghidangkan minuman kepada lelaki itu.

            “Kejap lagi lah.” Sambil itu dia membetulkan rambut Adra yang kusut dan hampir menutupi wajah. Tetapi dia harus mengakui, Adra kelihatan menawan dalam keadaan itu.

            “Abang..” Adra tayang wajah nakal. Di tangannya terdapat berus lukisan.

            “Nak buat apa tu?” Mesti ada agenda jahat. Tengok wajah pun tahu.

            “Cantik six pack. Sini lah.”

            “Kau jangan nak mengada. Kertas lukisan banyak. Sana conteng.” Terus dia mengusutkan kembali rambut Adra yang sebentar tadi diperbetulkan.

            “Mengada dengan suami sendiri dapat pahala kot.” Bahunya dilagakan pada lengan lelaki itu.

            “Kau jangan nak goda aku lah.” Zafry berkata tidak puas hati.

            “Goda suami sendiri apa salahnya kan? Bukannya berdosa pun.”

            Zafry cebikkan bibir.

            “Abang…”

            “Apa?”

            “Sinilah…” Adra mengamit menyuruh Zafry mendekatkan wajah ke arahnya.

            Tak tunggu sesaat, pantas dia mendekatkan wajah ke arah isterinya. Tak mahu menolak rezeki. Hatinya ketawa nakal.

            “Hadiah sebab tolong Adra siapkan lukisan ini.” Tangan yang berlumuran cat ditekap pada wajah suaminya. Pantas Adra bangun dan melarikan diri. Ketawa besar bila Zafry masih terpinga-pinga. Pasti otak lelaki itu fikirkan benda lain.

            “Adra!” Zafry bengang. Terus dia bangun dan mengejar tubuh kecil itu yang sedang berlari menuju ke arah bilik.

            “Lepaslah..orang boleh jalan sendiri.” Adra terjerit bila pingangnya dipaut dan lelaki itu memeluknya erat.

            “Tahu. Tapi aku rajin nak dukung kau.” Zafry ketawa bila wajah Adra bertukar pucat mendengar kata-katanya.

            “Acah sikit pun dah cuak.” Di lepaskan tubuh isterinya secara mengejut, membuatkan Adra hilang imbangan dan jatuh tersembam.

            “Adra…Adra…Eh, bangunlah.” Zafry gelabah bila Adra langsung tidak beriaksi. Keras kaku di atas lantai. Terus dia duduk di sebelah gadis itu. Di tarik tubuh Adra mengadapnya. Pipi isterinya ditepuk-tepuk perlahan.

            “Adra. Bangunlah.” Kepala Adra dipangku. Kalau jadi apa-apa jenuh dia nak menjawab nanti.

            Adra buka mata sekecil yang boleh. Mahu mengendap reaksi Zafry. Itulah main lawak kasar lagi. Sakit badannya jatuh terhempas. Mata dipejam rapat bila dia perasan Zafry memandang ke arah matanya. Mintak-mintaklah tak kantoi.

            Zafry sengih nakal. Cis, ada hati mahu permainkan dia. Matanya jatuh pada bibir Adra. Jangan nak salahkan dia nanti.

            Terbeliak mata Adra. Terus dia menolak wajah Zafry.

            “Oitt..Ambil kesempatan.” Adra pantas bangun.

            “Macam tak biasa. Kau guna lip bam strawberi ke?” Tanpa bersalah Zafry berkata. Dia galak ketawa bila Adra kalut melarikan diri.

            “Arghhhh.” Adra jerit kecil. Geram mendengar kata-kata Zafry. Menyesal dia pura-pura pengsan. Kan dah terkena.

Surat Cinta Untuk Disana : Aloha sayang…sory lmbat updte coz sy masih berada di dlm mood malas dek kerana terlebih makan kuih raya dan ketupat. Haha… Ini sajalah dapat diberi. Langsung tak edit sebab rasa malas itu bagaikan tidak mahu pergi dari diriku. (salah siapakah itu?) Kalau ada ejaan yang salah or ayat yg x betul nahunya korang buat ‘buta’ sajalah. Nanti bila kerajinan melanda, si Cempaka Rembulan yang comot ini akan ‘renovate’ balik mana yang lintang-pukang. Sperti biasa kalau sayang2 ku rajin, silalah komen nun dibawah sana.

20 ulasan:

  1. hahahha...bagus adra
    sambung lg ye ..makin menarik suda

    BalasPadam
  2. hamboii. kemain sweet,, haha,.,. gaduh2 manja gitew.. kikiki

    BalasPadam
  3. Cempaka.. Good job sis.. Sgt menghiburkan. Pandai Zafry kaber line... Adra yg notty tapi penakut rupanya.. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq sis... Wtak Adra memang penakut sebenarnya... haha :)

      Padam
  4. sweet manis cukup rasa, best!! err btw ada watak gedik ke ek dalam cerita ni? harap2 kisah diorang berdua je.. hehe, tapi its all up to you cik writer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. psst.. watak gedik tu i mean watak antagonis yang maybe kacau rumahtangga diorang ke macam novel2 lain

      Padam
    2. ada...tp kejap sahaja...akan 'dimatikan' oleh Zafry.haha..Kalau ada pun hanya konflik antra Adra dan Zafry... :)

      Padam
  5. wahhhh..menarik ny main cat2 ni..manis bebenor..haha

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)