Hel!O mY DarLing!

Khamis, 28 November 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 21



Dipandang pergerakkan tangan Mak Edah. Rasa kagum menjengah. Wanita itu bagaikan bertangan magnet. Cekap menggunakan pisau. Hiris timun macam tangan robot. Tak sempat dia kejip mata…Puff! dah siap!

“Hebatnya Mak Edah.” Ternganga sedikit mulutnya.

“Hebat apa Adra. Hari-hari buat benda yang sama laju lah jadinya.” Hirisan timun, sengkuang, carrot dan taugeh disumbat masuk ke dalam tauhu. Seronok rasa hatinya kerana dapat memenuhi permintaan Zafry. 

“Mak Edah kerja apa?” Dia sudah mula menyusun kata. Niat hatinya mahu mengorek seberapa banyak rahsia suaminya. Mungkin jika dia mengetahui kisah silam suaminya, perasaan berbolak-balik yang selama ini melanda hatinya dapat dilepaskan. 

“Pengasuh Umar merangkap tukang masak.” Pelik bunyinya. Tetapi itulah yang dia lakukan sejak lapan belas tahun yang dulu.

“Huh?” Adra tergelak. Besar panjang macam itu kena ada pengasuh lagi ke?

“Mak Edah kerja ala-ala Nanny McPhee.” Dia turut ketawa. Tugasnya bukan hanya mengasuh, tetapi dia juga perlu mendidik anak itu dengan ilmu agama. Malangnya dalam dia berjaga-jaga, Zafry tetap tergelincir menyambut seruan dunia dengan penuh rasa bangga.

Pernah dia bertanya di mana silapnya  asuhan yang dia berikan selama ini.  Jawapan yang muntah dari bibir itu telah memberikan dia sebuah kejutan sehingga dia sendiri terkelu bicara. Tidak percaya hal yang disangkakan remeh, rupanya sudah meracuni hati dan menjadi nanah di dalam diri itu. Merebak bagaikan penyakit yang tidak mampu diubati.

“Mak Edah…Kalau Adra nak tanya boleh?” Tangannya digengam erat bagi menghimpun kekuatan agar dia dapat menuturkan kata.

“Tanya apa? Kalau boleh jawab Mak Edah jawab.” Tauhu sumbat yang sudah siap, dimasukkan ke dalam tudung saji. Tangannya dikesat dengan kain tuala yang ada di atas meja sebelum dia saling berbalas pandang dengan Adra.

“Emm…Zafry..” 

“Kenapa dengan dia?” Berkerut dahinya menanti bicara Adra. Dia gelisah sendiri. Risau jika apa yang ditanyakan oleh Adra merupakan soalan yang tidak akan pernah mampu dia berikan jawapan.  

“Mak Edah tahu tak kenapa dia marah sangat dekat ayah?” Sudah lama perkara itu bermain di fikirannya. Suami dan bapa mertuanya bagaikan musuh yang bila-bila masa sahaja bersiap sedia melancarkan serangan. Bukan dia tidak perasan reaksi suaminya setiap kali memandang wajah Tan Sri Hamzah, nampak menyilau dan begitu menakutkan.

“Mak Edah tak boleh nak cerita banyak. Adra kena tanya Umar sendiri. Tapi yang boleh Mak Edah kata, ada sesetengah anak-anak, dia orang tak pandang pada harta benda. Tapi kasih sayang itu yang penting.” Bahu itu ditepuk perlahan. Berharap Adra dapat memahami maksud yang cuba disampaikan. Amanah tetap Amanah dan rahsia sedaya mungkin cuba dihalang terbit dari bibirnya.

“Nanti Adra didik anak ni dengan ilmu agama. Bagi dia kasih sayang. Mak Edah tak harap dia jadi macam Umar.” Tangan tuanya dibawa menyentuh perut Adra. Mata dipejam dan senyuman menguntum di bibirnya bila terbayang keseronokkan bergelar seorang nenek.  Seketika kata-kata Zafry menjengah ingatan. Cepat-cepat matanya dicelikkan dan tangan dibawa menjauh dari perut itu.

“Mak Edah kenapa?” Adra terpinga-pinga memandang reaksi Mak Edah. Wanita itu kelihatan rungsing dan nampak terganggu.

“Umar layan Adra baik tak?” Mata bertentang mata. Mahu mencari kejujuran diraut wajah itu.

Adra terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengelaskan hubungan mereka. Suaminya jahat? Tidak. Walaupun semarah mana lelaki itu kepadanya, tidak pernah walau sekalipun lelaki itu mengangkat tangan ke arahnya.

Baik kah suaminya? Liur ditelan. Tidak pernah suaminya mahu bermanis bicara ketika meluahkan kata kepadanya. Ada kalanya bicara lelaki itu bagaikan belati tajam. Menikam-nikam setiap relung hatinya. Dan sungguh, dia tiada gambaran yang boleh dikelaskan bagi mengambarkan seorang Umar Zafry.

“Kalau ada kesalahan yang Umar buat pada Adra nanti, Mak Edah harap Adra dapat maafkan dia.” Yakin, rumah tangga yang sedang dibina pasti tidak seindah mana. Keluhan Adra bagaikan sudah memberikannya jawapan. Cuma dia berharap Adra dapat memberikan kembali ‘nyawa’ kepada anak kesayangannya. Meruntuhkan setiap dendam yang ada di hati itu dan digantikan dengan kasih-sayang.  

“Tapi Adra takut sampai satu tahap… Adra tak dapat maafkan dia.” Sekarang dia memang boleh menerima apa juga tindakan lelaki itu, cuma suatu hari nanti dia gusar jika kekuatan yang dia bina akan ranap dengan sendiri jika suaminya tiada usaha untuk berubah.

“Adra kena percayakan Mak Edah. Hati dia lembut sebenarnya. Kalau kena dengan cara Mak Edah yakin dia akan berubah.”

“Adra sebenarnya nak tanya Mak Edah sesuatu…” Tangan diseluk ke dalam poket seluar. Dia risaukan segalanya tentang Zafry. Cuma yang satu ini lebih mengusarkan hati. Membuatkan dia tertanya-tanya sendiri tentang status lelaki itu. Perlahan-lahan ditarik keluar sekeping foto yang hampir sebulan mengganggu setiap harinya dengan beribu macam pertanyaan dan persoalan.  

“Ya Allah…Mana Adra jumpa gambar ni?” Menggigil tubuhnya memandang sekeping foto yang dihulurkan oleh Adra. Semuanya sudah dimusnahkan. Kenapa masih ada lagi?
…………………….
“Keluar dengan Umar tadi buat apa?” Mak  Edah tepuk perlahan bahu Love. Kepala itu sudah terlentok di atas bahunya. 

“Wo kan dian ying.” Love menjawab teruja. Tubuh kembali ditegakkan. Tidak sabar mahu menceritakan apa yang ditontonnya sebentar tadi. Seronok betul dia dapat menonton aksi Jackie Chan yang berkungfu ala-ala ninja terbang. Yihakk..Wacakkk!

“Mak Edah nak masuk dapur dulu. Ada kerja sikit.” Kalut dia bangun untuk melarikan diri. Love kalau dibiarkan bercerita, sampai esok pun belum tentu habis. Dari A sampai ke Z akan diceritakan tanpa meninggalkan sebutir maklumat. 

“Mak Edah…Bie qu na bian.” Suaranya lebih kepada berbisik.

“Kenapa pulak?” Wajah Love dipandang pelik.

“Saosao dengan gege tengah bercinta dekat dapur.” Dia tersengih.

“Ini Adra punyalah!”

“Siapa cakap? Tak ada tulis nama kau pun!”

“Bercinta apa kalau macam gitu?” Mak Edah turut berbisik bila terdengar suara Adra dan Zafry saling bertingkah antara satu sama lain.

“Itu cara bercinta zaman moden lah Mak Edah.” Love sudah mula ketawa. Itulah puncanya dia lari dari dapur tadi. Tak tahan mendengar pertelingkahan yang terjadi antara pasangan suami isteri itu. Makanan pun boleh jadi bahan untuk digaduhkan. Hal kecil sengaja  diperbesarkan. Entah apa sudah jadi dengan abang kesayangannya. Dulu tak ada lah pula macam itu.

“Nasib baik lah dulu zaman Mak Edah bercinta tak serupa itu gayanya.”

“Rugi lah Love tak lahir zaman itu.” Dicuit pinggang Mak Edah. Semakin galak dia ketawa bila wanita itu mencebikkan bibir.

“Diam saja pun. Apa dah jadi dekat dapur tu?” Dari jauh dia cuba mengintai keadaan di dalam dapur. Risau jika ada periuk belanga yang terbang melayang. 

“Biarlah dekat dia orang Mak Edah. Kita tengok tv lagi bagus.” Tubuh Mak Edah kembali dipaut. Tidak mahu terlibat dalam pergaduhan manja antara abangnya dan Adra. 
 ………………….
“Aaa…”

“Kau ingat aku budak-budak ke apa?”

“Apa…Kena jadi budak dulu ke baru boleh makan bersuap? Hari itu abang suapkan Adra makan tak apa pun.” Ini yang dia nak angin. Susah sangat ke nak buka mulut? Ingat tangan dia kotor ke apa? Tangan dia bersih lagi suci murni okey! Jauh dari sebarang pencemaran!

“Aaa..” Disuakan kembali tauhu sumbat yang sudah dicarik menjadi cebisan kecil ke arah bibir suaminya. Hatinya benar-benar senang. Rasa macam nak berjoget dan berdendang sayang dek kerana masalah yang telah diangkat pergi.

Zafry bengang. Sakit hati dengan perangai Adra yang entah apa-apa. Tak apa. Nak makan bersuap sangat kan? Meh sini!

“Auch..!” Jarinya yang terasa perit akibat digigit kuat, dikocak bagi menghilangkan kesakitan. Masam wajahnya memandang ke arah Zafry yang masih beriaksi selamba bagaikan tiada apa yang berlaku. 

“Tauhu ada banyak lagi…Kalau abang lapar sekalipun, buat apa nak makan jari Adra?” Sesedih mungkin ayat diatur bagi meraih simpati.

Zafry yang mendengar terus tersedak. Diketuk-ketuk dada bagi menghilangkan perit.Wajahnya sudah merah padam kerana menahan tawa dari terhembur. Tak tahan betul dia dengan perangai Adra. Wajah punyalah sedih. Tapi ayat…langsung tak boleh blah!

“Bukannya putus pun jari kau kan?”

“Memanglah tak. Tapi tengok…Dah lebam.”

“Drama queen!” Dijeling tajam wajah isterinya. Malas dia nak layan! Tauhu sumbat dicapai dan disuap masuk ke dalam mulut. Mata dipejam bagi menghayati kesedapan makanan hasil tangan Mak Edah yang sudah berbulan tidak dirasainya.

“Abang…Adra nak makan jugak.” Badan dilunjurkan ke hadapan dengan siku mengampu tubuh di atas meja. Mulut dingangakan di hadapan suaminya.

“Jangan mengada. Kau makan sendiri.” Ikutkan hati nak sahaja dia menunjal dahi Adra.

“Abang nak tahu tak, seorang suami yang menyuapkan isterinya makanan dijanjikan ganjaran pahala dari Allah? Hubungan pun boleh jadi erat. Abang tak nak ke?”

“Tak dapat pun tak apa.” Tak bersalah kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Dia masih santai bersandar pada kerusi. Langsung tiada niat mahu menyuapkan isterinya.

“Rugilah kalau macam itu. Adra baru  bercadang nak bersama dengan abang sampai ke Jannah. Nampaknya tak dapatlah kalau macam itu. Pahala mudah yang Allah nak beri pun abang sanggup tolak…”

“Kenapa kau selalu sangat nak sakitkan hati aku?” Bengang! panas hati dia mendengar bicara Adra yang jelas cuba menyindir dirinya. Bajet macamlah diri itu baik sangat!

“Sebab Adra boleh jadi doctor rawatkan hati abang yang sakit tu.” Adra tersengih. Kedua-dua belah keningnya diangkat.

Zafry hanya mampu mengelengkan kepala memandang reaksi Adra. Sebiji tauhu dicapai dan dibelah dua. Sebelah disumbat masuk ke dalam mulutnya dan sebelah lagi disuakan ke arah bibir isterinya.

“Abang nak suapkan Adra ke?” Terharu…Terharu! 

“Kau nak makan ke tidak ni?” Dia bertanya garang bila Adra masih seronok tersengih seorang diri.

“Nak la.” Mulut dingangakan seluas yang mungkin. Bersiap sedia mahu membaham.

“Nak ambil sendiri.” Tangan dilarikan dari bibir Adra. Tauhu yang masih berbaki terus di masukkan ke dalam mulut, sebelum dia bangun dan terus berlalu dengan senyuman terukir pada wajah. Seronok kerana dapat mempermainkan Adra.

“Abang!” Adra bengang. Dia terkena lagi! Cepat dia bangun untuk mengejar suaminya. Dalam kalut, perutnya berlaga kuat pada bucu meja. Terduduk dia menahan senak.

“Arghh..” Dihembus dan ditarik nafas perlahan-lahan bagi mengurangkan kesakitan yang mencengkam. Setelah terasa sedikit lega, dia mula mengatur langkah ke arah Mak Edah dan Love. Niat hati untuk mengejar suaminya padam dengan sendiri.

“Adra kenapa?” Wajah Adra yang berkerut mengusarkan hati tuanya. Terus dia bangun mendapatkan tubuh itu. Risau jika ada ‘habuan’ yang hadiahkan kepada wanita itu kerana tadi dia sempat terpandang wajah Zafry yang kelihatan gembira ketika melangkah keluar dari dapur.      

“Adra berlaga meja Mak Edah.” Baju yang membaluti tubuhnya diselak sedikit bagi melihat kesan pelanggaran tadi.

“Saosao. Bengkak tu. Tak nak pergi klinik ke?” Love turut bangun mendapatkan Adra. Disentuh tempat yang kelihatan membiru dengan hujung jarinya.

“Arghh..” Adra mengerang kecil. Terus tangan Love ditangkap dari menekan perutnya yang sudah terasa sedikit memulas. Langkah kaki di bawa mengikut tarikan tangan Mak Edah yang membawanya duduk di atas sofa.

“Duduk dulu… Mak Edah ajak Umar pergi klinik ye?” Dia sudah berura-ura ingin melaung nama Zafry sebelum tangannya ditarik oleh Adra.

“Tak usah Mak Edah. Sikit saja ni. Nanti Adra letak minyak angin baiklah.” Senyuman sedaya-upaya diukir pada wajah. Tubuhnya disandar pada sofa sebelum mata dipejam bagi melupakan kesakitannya.

“Biar Love ambil. Saosao letak dekat mana minyak tu?”

“Dalam bilik. Atas meja solek.” Adra menjawab perlahan. Dahinya yang terasa berpeluh dikesat dengan tapak tangan.

“Mak Edah ambilkan air kejap.”

Adra kemam bibir. Hatinya sebak dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Mak Edah dan Love kepadanya. Entah mengapa, semua itu bagaikan memberi dia sebuah keyakinan yang suaminya bukanlah ‘sekeras’ seperti yang disangka.

“Dekat mana yang sakit?”

Terbang melayang lamunannya bila terasa ada benda hangat menyentuh perut. Pandangan mata dibawa melihat akan gerangan pemilik tangan. Membulat matanya bila terpandang wajah Zafry yang hanya berjarak beberapa inci dari wajahnya.

“Umar tengokkan Adra sekejap. Mak Edah nak masuk sembahyang dulu.” Tangan Love di tarik mengikut langkah kakinya. Mahu memberikan peluang kepada pasangan muda itu menguruskan sendiri hal yang berlaku di dalam rumah tangga mereka.

“Gege. Jaga saosao baik-baik.” Mata dikenyitkan ke arah Adra yang sudah menjelingnya tajam. Nak buat macam mana. Sudah lelaki itu yang kalut bertanya siapa yang nak menggunakan minyak angin, tak kan dia nak menipu pulak.

“Jom masuk dalam bilik.”

“Nak buat apa?” Terus tangan suaminya ditolak dari berterusan menyentuh perutnya. Ikutkan hati dari tadi lagi dia mahu menepis. Tetapi air muka suaminya harus juga dijaga walau seteruk mana sekalipun layanan lelaki itu kepadanya.

“Aku nak letakkan ubat lah. Kau fikir apa?”

“Eh tak usah. Adra boleh letak sendiri.” Kepala digeleng laju. Tak sangup dia nak membiarkan jemari lelaki itu ‘menari-nari’ di atas perutnya. Boleh pitam tak bangun-bangun dia nanti.

“Kau nak aku tanggalkan baju kau dekat sini ke?” Zafry mula panas hati. Bengang dengan kedegilan isterinya. Malas mahu melayan kerenah Adra, terus tubuh itu dicempung ke dalam rangkulannya. 

“Apa ni!” Ditolak dada suaminya menjauh. Dia sakit perut, bukannya sakit kaki!

“Kalau kau tak nak aku hempas kau atas lantai ni, baik kau duduk diam-diam.” Laju dia mengatur langkah menuju ke dalam bilik. Tersengih dia memandang Adra yang mengeraskan tubuh di dalam pelukannya. Tahu pun takut!

“Bak minyak angin.” Tapak tangannya disuakan ke arah suaminya. Risau jika lelaki itu masih mahu meneruskan hasrat untuk menolongnya.

“Jangan nak mengada. Selak baju kau.” Bila Adra masih buat tidak peduli arahannya, terus dia naik ke atas katil dan cuba menyelak baju yang dipakai oleh isterinya.
           
“Adra Afeefa.”
           
Tanganya yang cuba menghalang pergerakkan Zafry terus jatuh ke sisi. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia mudah lemah setiap kali lelaki itu memanggil nama penuhnya.

            “Kenapalah kau cuai sangat?”

            “Bukannya Adra minta terlanggar meja tu.” Sedikit berkecil hati dia berkata.

            “Diamlah.” Minyak dituang pada tapak tangan sebelum dia mula mengoles perlahan-lahan perut itu. Keinginan yang datang bila melihat kegebuan badan isterinya cuba dibuang sejauh yang mungkin.

Adra terdiam. Seinci pun dia tidak berani mengerakkan tubuh. Rasa malu dan geli bercampur baur di dalam diri bila jemari suaminya bagaikan sotong yang cuba mengeletek badannya.  Ikutkan hati nak sahaja dia menghemburkan tawa.

“Perut kau nampak besar.” Terhenti pergerakkan tangannya. Cuba membaca apa yang hatinya mahukan. Perlahan-lahan tangan dilarikan dari berterusan menyentuh perut isterinya. Wajah itu dipandang dengan pandangan sebu.

            “Nah.” Minyak dihulurkan kepada Adra. Perut itu dipandang lagi buat sekian kali sebelum dia bangun dan melangkah keluar dari bilik.

            Adra mengeluh kecil. Ada sesuatu yang tergambar pada riak wajah suaminya….Kesedihan…

Surat Cinta Untuk Di sana : Aleww…. Tinggal ‘Yi’ bab saja lg dekat blog… Knflik bermula nxt capt. Nanti saya upkan ‘secoet’ jajans dekat group.. :) muah2… (Sy mnta maaf pasal post yg x ‘cukup sifat’ tadi. Ingatkan dah lekat lah tadi post tu…Rupanya hampeh!... Ini lah berkatnya guna line itenet cap siput) ;)

Rabu, 27 November 2013

Jajan's Kalau Sudah Berkenan Bab 21



“Keluar dengan Umar tadi buat apa?” Mak Edah tepuk perlahan bahu Love. Kepala itu sudah terlentok di atas bahunya.  

“Wo kan dian ying.” Love menjawab teruja. Tubuh kembali ditegakkan. Tidak sabar mahu menceritakan apa yang ditontonnya sebentar tadi. Seronok betul dia dapat menonton aksi Jackie Chan yang berkungfu ala-ala ninja terbang. Yihakk..Wacakkk!

“Mak Edah nak masuk dapur dulu. Ada kerja sikit.” Kalut dia bangun untuk melarikan diri. Love kalau dibiarkan bercerita, sampai esok pun belum tentu habis. Dari A sampai ke Z akan diceritakan tanpa meninggalkan sebutir maklumat.  

“Mak Edah…Bie qu na bian.”  Suaranya lebih kepada berbisik.

“Kenapa pulak?” Wajah Love dipandang pelik.

“Jiejie dengan gege tengah bercinta dekat dapur.” Dia tersengih.

“Ini Adra punyalah!”

“Siapa cakap? Tak ada tulis nama kau pun!”

“Bercinta apa kalau macam gitu?” Mak Edah turut berbisik bila suara Adra dan Zafry saling bertingkah antara satu sama lain.

“Itu cara bercinta zaman moden lah Mak Edah.” Love sudah mula ketawa. Itulah puncanya dia lari dari dapur tadi. Tak tahan mendengar pertelingkahan yang terjadi antara pasangan suami isteri itu. Makanan pun boleh jadi bahan untuk digaduhkan. Hal kecil sengaja  diperbesarkan. Entah apa sudah jadi dengan abang kesayangannya. Dulu tak ada lah pula macam itu.

“Nasib baik lah dulu zaman Mak Edah bercinta tak serupa itu gayanya.”

“Rugi lah Love tak lahir zaman itu.” Dicuit pinggang Mak Edah. Semakin galak dia ketawa bila wanita itu mencebikkan bibir.

“Diam saja pun. Apa dah jadi dekat dapur tu?” Dari jauh dia cuba mengintai keadaan di dalam dapur. Risau jika ada periuk belanga yang terbang.

“Biarlah dekat dia orang Mak Edah. Kita tengok tv lagi bagus.”  
 ………………….
“Aaa…”

“Kau ingat aku budak-budak ke apa?”

“Apa…Kena jadi budak dulu ke baru boleh makan bersuap? Hari itu abang suapkan Adra makan tak apa pun.” Ini yang dia nak angin. Susah sangat ke nak buka mulut? Ingat tangan dia kotor ke apa? Tangan dia bersih lagi suci murni okey! Jauh dari sebarang pencemaran!

“Aaa..” Disuakan kembali tauhu sumbat yang sudah dicarik menjadi cebisan kecil ke arah bibir suaminya.

Zafry bengang. Sakit hati dengan perangai Adra yang entah apa-apa. Tak apa. Nak makan bersuap sangat kan? Meh sini!

“Auch..!” Jarinya yang terasa perit akibat digigit kuat, dikocak bagi menghilangkan kesakitan. Masam wajahnya memandang ke arah Zafry yang masih beriaksi selamba bagaikan tiada apa yang berlaku.  

“Tauhu ada banyak lagi…Kalau abang lapar sekalipun, buat apa nak makan jari Adra?” Sesedih mungkin ayat diatur bagi meraih simpati.

Zafry yang mendengar terus tersedak. Diketuk-ketuk dada bagi menghilangkan perit.Wajahnya sudah merah padam kerana menahan tawa dari terhembur. Tak tahan betul dia dengan perangai Adra. Wajah punyalah sedih. Tapi ayat…langsung tak boleh blah!

“Bukannya putus pun jari kau kan?”

“Memanglah tak. Tapi tengok…Dah lebam.”

“Drama queen!” Wajah Adra dijeling tajam.......................

Surat Cinta Untuk Di Sana : Aloha darlingku sayang.... :) Nak bagitahu kot ada yang pakar bahasa 'cina' jangan segan bagitahu kalau ayat yang saya tulis tu tak betul... :) 

“Wo kan dian ying.”( saya tengok wayang)

             Bie qu na bian.” (Jangan pergi ke sana)

Selasa, 26 November 2013

Jajan's Suami Untuk Aku Bab 2




“Abang nak hadiah apa hari ini?” Zara bertanya lembut. Kepalanya disandar pada dada lelaki itu. Kepanasan tubuh suaminya memberikan keselesaan. Rasa selamat bagaikan dia akan sentiasa dilindungi.

“Abang tak perlukan hadiah. Zara dengan anak-anak adalah hadiah terbaik yang abang pernah terima.” Dia ketawa kecil bila Zara mencium pipinya.

“Nak tahu sesuatu tak?” Zara angkat kening. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Apa?”

“Abang pandai bermanis mulut.” Zara ketawa kecil apabila jari jemarinya digigit oleh Fayadh.

“Manis mulut untuk isteri sendiri, apa salahnya. Ke Zara nak abang manis mulut dekat orang lain sama?” Fayadh bertanya dengan nada menusik.

“Zara potong lidah abang nanti.” Zara tayang riak wajah serius.

“Tak bolehlah kita berbual lepas itu. Zara sangup ke tengok suami Zara yang handsome lagi menawan ni cacat?”

Zara pegang wajah suaminya dengan kedua belah tangan. Sekejap dia pusingkan kepala lelaki itu ke kanan dan sekejap ke kiri. Serius wajahnya tanpa sebarang senyuman.

“Kenapa ni?” Fayadh bertanya risau. Gurauannya tadi keterlaluan sangat ke? Rasanya biasa-biasa sahaja.

“Zara tengah cari dekat mana letaknya handsome dengan menawan tu..Kenapa abang menipu?”

Surat Cinta Untuk Di sana : En. Fayadh akan mngambil alih jawatan Pak Cik Singa... :)

Ahad, 24 November 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 20



“Adra. Pergilah tengok siapa yang datang.” Kepala isterinya yang terasa memberat di atas pahanya ditolak sedikit. Naik kejung kakinya dek kerana peredaran darah yang terganggu kerana terlalu lama ‘memikul’ beban.

“Adra tengah tidur.” Sedikit mengumam suaranya.

“Habis tu siapa yang tolong jawabkan untuk engkau? hantu?”

“Uitt! Hantu-hantu jangan main.” Terus terbuka matanya mendengar bicara lelaki itu. Pantang tok nenek sebut-sebut hantu. Alergik!

 Loceng yang semakin galak berbunyi membuatkan dia perlahan-lahan bangun. Kalau nak harapkan suaminya, pakai membekulah tetamu dekat luar itu menunggu. Dengan mata sedikit terpejam dek kerana kantuk yang masih menyerang dia melangkah ke arah pintu.

“Biar aku buka. Kau pergi tukar baju.” Zafry menarik perlahan tangan isterinya. Mungkin Adra terlupa yang pakaian yang dikenakan sedikit menjolok mata. Mahu kenyang tetamunya menjamu mata nanti.

“Oh..” Kepala digaru perlahan sebelum dia berlalu ke arah bilik dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang. Entah mengapa hari ini dia terasa seperti diserang virus. Virus tidur!

Zafry hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Adra. Entah apa fesyen yang isterinya kenakan. Baju Baby-T dipadankan dengan sehelai overall legging yang agak menyendat. Atas terbuka, bawah tertutup!

Setelah kelibat isterinya hilang dari pandangan barulah dia membuka pintu. Seketika dia tergamam melihat wajah-wajah yang muncul dihadapannya. Mata dipejam celik berkali-kali bagi meyakinkan dia yang itu semua bukanlah mimpi.

“Gege.”

“Love! Mak Edah!” Hilang rasa terperanjat terus kedua tubuh itu didapatkan dan dibawa ke dalam rangkulannya.

“Wei shen me ni mei you gen wo jiang?” Disekeh perlahan dahi gadis comel yang sedang ketawa di dalam pelukannya. Terbang melayang rasa rindu yang selama ini mengebu di hatinya. Sungguh, dia langsung tidak menyangka yang dia akan dikejutkan dengan kedatangan dua wanita yang paling penting dalam kehidupannya.

“Wo hen xiang ni.” Wajahnya didongak memandang ke arah Zafry. Dia tersenyum lebar kerana dapat memberikan kejutan kepada lelaki itu. Jelas riak tidak percaya masih terpeta pada wajah itu.

Jiejie?”

Zafry pandang riak teruja pada wajah adik angkat kesayangannya. Entah mengapa agenda nakal menjengah. Dia tersengih lebar.

“Umar. Mak Edah dah lenguh asyik kena peluk. Tak nak ajak masuk dalam rumah ke?”

“Bagi hadiah dulu baru boleh masuk dalam.” Dahinya ditunjukkan kepada wanita separuh baya itu. Rindu mahu menerima kucupan yang dulu saban hari diterimanya.

Mak Edah ketawa kecil mendengar permintaan Zafry. Anak itu dari dulu tidak pernah berubah. Diusap perlahan kepala anak kesayangannya. Sebuah kucupan menjengah dahi. Setelah itu bahu Zafry diusap lembut.  Banyak yang ingin dia katakan dan dia soalkan kepada pemuda itu nanti.  

“Mana jiejie? Tak nampak pun.” Tubuh kecilnya sudah menyusup masuk kebawah lengan abangnya. Dia sudah tidak sabar mahu berkenalan dengan wanita yang berjaya ‘merampas’ lelaki itu darinya.

“Syuh..” Ditarik tubuh Love. Jari telunjuk didekatkan dibibir. Sesuatu dibisikkan ditelinga itu. Tidak sabar dia mahu meneruskan agenda mempermainkan Adra.

“Tak baik lah buat macam itu.” Mak Edah yang terdengar perbualan antara keduanya menegur. Kurang senang mendengar perancangan yang diatur oleh Zafry.

“Alah..Sekejap saja Mak Edah. Umar janji tak lebih dari tiga jam.” Tangan diangkat tanda berikrar. Apa pun dia nak juga mengenakan Adra hari ini. Pasti menarik reaksi isterinya nanti. Hatinya sudah galak bergelak-tawa membayangkan aksi-aksi comel yang bakal Adra persembahkan nanti.

“Jangan macam-macam sudah.” Mak edah mengalah. Tidak tahan melihat wajah penuh rayuan Zafry.

“Tak apa ke?” Love sudah sedikit berbisik. Risau jika suaranya sampai ke perdengaran isteri lelaki itu.

“Don’t worry dear.”

“Abang.”

“Itu…?” Mak Edah telan liur. Tidak percaya melihat figura yang terbentang dihadapan matanya. Jauh berbeza dari apa yang dia bayangkan. Entah mengapa dia rasa mahu ketawa. Gembira dengan apa yang dilihat. Tidak putus lafas kesyukuran bermain dihatinya.

“Isteri Umar Mak Edah. Adra.”

Adra ukir senyuman. Dia pernah mendengar nama itu disebutkan oleh ayah mertuanya dahulu. Wanita yang diamanahkan oleh lelaki itu untuk menjaga suaminya.

“Apa khabar Mak Edah?” Tangan disuakan ke arah wanita itu untuk bersalaman. Terkedu seketika dia bila tubuhnya ditarik ke dalam pelukkan wanita itu.

“Baik. Alhamdullillah.”

Adra jongket kening ke arah suaminya. Tertanya-tanya akan gerangan gadis yang sedang ‘bergayut’ pada lengan suaminya.

“Jie…” Sengihan lebar yang mahu dihadiahkan buat kakak iparnya mati dengan sendiri bila pingangnya terasa dicubit kuat. Terlupa pula dia dengan rancangan yang sudah diaturkan oleh lelaki itu.

“Adra ini Love.”

“Love?” Sedaya upaya senyuman cuba digariskan pada wajahnya. ‘Mimpi ngeri’ sudah datang!

“Dia tak tahu cakap melayu.” Lakonan pertama mula dilancarkan.

“English?” Bila melihat gelengan kepala oleh suaminya Adra mula mengerutkan dahi. Bukan si Love tu tinggal dekat London ke? Pelik pula dia rasakan bila gadis itu tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau tak tahu bahasa melayu bolehlah diterima akal.

“Chinesse only!” Suaranya lebih kepada fakta. Titik!

“Umar…” Mak Edah sudah mula mengelengkan kepala. Ada-ada sajalah akal yang dikarang.
………………….
“Abang.” Dicuit-cuit tubuh sumainya. Akhirnya peluang untuk dia bermanja dengan lelaki itu terbentang juga.

“Love kesayangan abang tu mana?” Sakit hati betul dia dengan makhluk seorang itu. Dari tadi asyik menempel sebelah suaminya bagaikan magnet. Bertepuk tampar bagai. Ikutkan hati nak sahaja dia menolak tubuh itu menjauh dari suaminya. Kalau nak bermanja…Pergilah Kahwin. Tak tahu ke si ‘gege’ tu suami dia? Hisyh…Gegeh betul!

“Toilet.” Remote tv dicapai. Di tekan-tekan butang bagi mencari rancangan yang menepati seleranya.

“Nak cakap ‘saya punya’ dalam bahasa cina macam mana?”

“Kau nak buat apa?” Wajah isterinya dipandang pelik.

“Adalah. Cepatlah abang.” Dia sudah mengesa bila kelibat ‘si kucing parsi’ itu sudah kelihatan menghampiri mereka. Dasar penyibuk! Memang tak boleh nak tengok orang senang.

Zafry tergelak kecil. Rasanya dia sudah boleh meneka apa yang Adra mahu lakukan bila pandangan isterinya tidak lepas dari memandang ke arah love.

“Hen  shuai.” Merah padam wajahnya menahan tawa. Tak sabar mahu melihat drama yang isterinya mahu persembahkan.

Adra bangun. Terus dia berjalan ke arah Love. Dia nak berlakon konon-kononya mereka berselisih bahu. Adra kau memang hebat! Dipuji diri sendiri di atas kepandaian melampaunya.

“Zafry…Hen shuai.” Terus kata-kata itu diluahkan bila dia dan Love bertembung. Tangan ditepuk ke dada bagi menguatkan lagi fakta yang dikeluarkan olehnya.


“Ni hen ke ai.” Love tergelak kecil sambil berlalu. Comel melihat aksi kakak iparnya yang nampak beria-ia. Dia pandang ke arah Zafry yang juga sudah sakan bergelak tawa. Pasti ada yang telah abangnya autakan wanita itu.

Berkerut dahi Adra. Dia ada buat lawak ke?

“Jiejie.” Love pandang wajah Adra dengan riak yang sengaja diseriuskan. Zafry yang ada disebelahnya masih seronok bergelak tawa. Hatinya menjerit suka. Dia nak tengok, sekejap lagi lelaki itu boleh ketawa lagi atau tidak.

“Ta..” Ditunjuk ke arah Zafry.

“…xi huan ni.”

“Love.” Kalut dia menekup bibir itu dari meneruskan kata. Cis! harapkan pagar, pagar makan padi!

“Huh?” Adra blur. Sepatah perkataan pun dia tidak faham. Apa yang keluarga pelik itu katakan kepada dia?

“Hai. Tak habis lagi?” Mak Edah yang sedang melangkah keluar dari dapur menegur. Kepala digeleng perlahan melihat aksi Zafry yang cuba menutup bibir Love. Riuh-rendah jadinya.

“Gege ni lah. Main pekup mulut orang pulak.” Love berkata tidak puas hati.

Zafry tepuk dahi. Musnah rancangannya. Love memang banyak mulut. Duduk diam-diam tak boleh ke?

Adra mengeluh dengan bibir yang sudah dicebikkan. Sudah terang lagi bersuluh… Dia sudah terkena!
……………..
“Jiejie umur berapa?” Love sudah bergolek-golek di atas katil.

“Sembilan belas.” Adra angkat Sembilan batang jarinya. Tersenyum memandang gelagat adik angkat suaminya. Nasib baik lah tak banyak aksi luar alam yang dia persembahkan. Kalau tidak tujuh keturunan sekali pun pasti dia akan dibahankan oleh lelaki itu.

“Love?” Bajetnya, usia gadis itu tidak lebih dari usianya.

“Dua puluh tiga.”

“Lapan belas…Isyh dia ni.” Mak Edah hanya mampu tersenyum. Kadang-kala dia sendiri tidak terlayan aksi nakal gadis itu.

“Muda lagi.” Baju disuakan kepada Mak Edah. Mujurlah bilik tetamu selalu dikemas olehnya. Kalau tidak berdebu lah malam ini Mak Edah dan Love.

“Always young.” Love bangga diri. Kening dijongket-jongket dengan riak comel terpeta pada wajahnya.    

“Me too.” Adra ketawa kecil. Rasanya Love boleh dijadikan geng. Apa yang penting gadis itu bakal menjadi sifunya nanti. Umar Zafry…Watch out!

“Pitam Mak Edah dengar.” Baju yang sudah siap dilipat oleh Adra dimasukkan ke dalam almari. Buat pertama kali dia dapat rasakan yang tindakan Tan Sri Hamzah adalah tepat. Cuma dia risau jika apa yang selama ini selalu mengangunya bakal menjadi kenyataan. Dia tidak mahu Adra terluka.

“Jiejie… Dah berapa bulan?” Bibirnya dimuncungkan ke arah perut wanita itu. Terlompat-lompat dia bila diberitahu oleh Zafry yang Adra mengandung. Tidak sabar mahu memeluk si kecil. Pasti sangat comel.

“Tiga… Mana Love tahu?”

“Gege yang cakap.”

Mak Edah terkedu. Tidak percaya mendengar kata-kata Love dan Adra. Kenapa Zafry tidak memberitahu dia mengenai berita itu? Patutlah dia tengok Adra nampak semacam. Keluhan resah terhembus dari bibirnya. Semakin sukar dia mahu menembak hati pemuda itu.  
…………………….
Cadar yang sedikit berkedut dirapikan. Sesekali dia menjengah ke muka pintu. Kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Pasti masih seronok berbual dengan Love. Terbit sedikit rasa cemburu dihatinya. Sejak dari pagi tadi suaminya tidak sudah-sudah ketawa. Kalau bersama dengannya, tawa lelaki itu bagaikan satu khazanah berharga yang harus dipelihara. Nampaknya dia harus berusaha lebih gigih untuk menambat hati lelaki itu.
“Adra. Cadar tu sekejap lagi nak berkedut jugak. Yang kau beria-ia tarik tu kenapa?” Zafry menegur. Tergeleng kepalanya melihat tingkah Adra.

“Sajalah. Love dah tidur ke?” Suaminya hanya menganguk sebelum mencapai kain tuala dan berlalu ke bilik air. Dia dah kata. Kalau dengan dia berat benar mulut lelaki itu. Rasanya salah satu punca sebab dia tidak tahu bertutur dalam bahasa kegemaran lelaki itu. Tengoklah tadi, sepanjang masa bercakap dalam bahsa cina dengan Love. Yang tak boleh blah, ramah pulak itu. Eee…Geram betul!

Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Sambil itu otaknya sudah cekap merangka beberapa agenda penting yang mahu dilakukan esok.

“Abang…” Dia memanggil perlahan bila suaminya sudah berbaring di atas katil setelah menutup lampu. Teraba-raba dia mencari lengan lelaki itu di dalam gelap.

“Bantal kau kan ada.” Zafry cuba menarik lengannya yang cuba dijadikan bantal oleh Adra. Hari-hari seperti itu. Dia nak mengiring pun sudah tidak boleh.

“Lengan abang lagi best pada bantal tu.” Mata dipejam rapat. Doa tidur dibaca. Tidak lupa juga dia mengucap dua kalimah syahadah. Risau jika itu kali terakhir dia dapat mengungkap kalimah agung itu.

“Abang dah berapa lama tak sembahyang?” Dia bertanya perlahan. Tangan diletakkan di dada suaminya.

“Nanti aku sembahyang lah.” Zafry menjawab malas. Sejak perang dingin mereka Adra jarang menegurnya secara terang-terangan. Selalunya melalui perbuatan. Seperti sengaja menghampar sejadah dan di atasnya diletakkan kain pelekat, baju melayu dan kopiah. dia sahaja yang berpura-pura tidak nampak.

“Nanti tu bila?” sebelah lagi tangan lelaki itu dicapai dan dibawa memeluk pinggangnya.

“Bila akau bersedia.” Mata dipejam. Malas mahu melayan pertanyaan Adra.

“Abang tak takut ke, kalau esok abang bangun, abang terus jadi imam dekat depan?” Bukan dia mahu menakutkan suaminya. Janji Allah itu pasti. Mati itu juga pasti!

“Tidurlah..”

“Selamat malam abang.” Tangan Zafry ditarik menyentuh perutnya.

“Good night papa.”

Zafry terdiam. Terasa panas perut itu menyentuh tapak tangannya. Sekejap sahaja sebelum pantas tangannya ditarik. Dia tidak boleh lemah dengan taktik isterinya…

Surat Cinta Untuk Di sana : Halo…Ce korang komen sikit kot ada yg korang nak ‘hamun saya’… :)