Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 8 November 2013

Suami Untuk Aku Bab 1



            Kalaulah senyuman bisa digaris dengan sebuah kemaafan, pasti dengan senang hati akan aku lakukan. – Zara

Jika nyawa sebagai pertaruhan demi melihat sebuah senyuman, Aku rela andai nafas meninggalkan badan. – Fayadh

“Kemaafan?”  Zara merenung tajam wajah suaminya. Dia ketawa kecil kemudian. Menghantar maksud betapa dia jengkil mendengar kata-kata itu. Selagi kesakitan di hati masih terasa, tak akan ada sebuah kemaafan akan terluah dari bibirnya.

“Dah setahun lebih Zara. Sampai bila nak buat abang macam ni?” Fayadh merenung isterinya mengharap simpati. Sampai bila dia harus di hukum? Kalaulah dia mampu memutar kembali masa lalu, dengan rela hati dia akan lakukan. Segala khilaf yang dilakukan akan cuba diperbetulkan kembali. Tetapi dia tahu semua itu mustahil.

“Sampai bila-bila.” Tak tunggu lama Zara pantas bangun. Pinggan nasi dibawa ke singki. Seleranya yang memang tidak pernah ada sejak bertahun dahulu terus tertutup. Pinggan sebiji yang tidak terlalu kotor disental sekuat hati. Paip air dibuka. Kalau hatinya boleh diubati dengan cara membasuh seperti itu, tanpa ragu dia pasti akan lakukan.

            “Boleh tak Zara jangan layan abang macam ni?” Sedaya upaya Fayadh menahan rasa. Kalaulah tidak memikirkan ego yang masih ada, pasti dia sudah meraung. Zara yang ingin berlalu ditarik mendekatinya. Dia mahu memeluk wanita itu. Menghantar isyarat yang dia benar-benar sayangkan isterinya. Tetapi dia tahu, mustahil semua itu dapat dilakukan.
           
“Ini sikit sangat banding dengan apa yang abang dah buat.” Zara merentap tangannya dari pegangan Fayadh. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Bukan dia jijik, bukan juga dia tak kasih, cuma melihat wajah itu membuatkan dia mengenang kembali segala cerita yang mampu membuatkan lukanya berdarah kembali.

“Abang tahu. Tapi tolonglah Zara. Kita kena berbincang.” Sekali lagi tangan wanita kesayangannya cuba dicapai.

“Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi? Dulu masa Zara ajak abang bincang, ada abang nak dengar?” Kali ini air mata sudah terasa mula menodai kolam matanya. Berbulan dia menahan rasa. Cuba memujuk hati bila kasih suami yang amat disayanginya mula beralih arah. Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Dan semuanya berpunca dari Ahmad Fayadh. Sampai dia mati sekalipun mustahil dia akan lupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.

“Abang tahu semua salah abang. tapi kali ni abang mintak, Zara dengarlah cakap abang.” Dia mula rasa sebak melihat ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Air mata diwajah isteri kesayangannya cuba dikesat. Malangnya, yang dia perolehi hanyalah tepisan kasar wanita itu.

            “Memang semua salah abang.” Zara puas. Kalau boleh setiap saat dia mahu mengulang ayat itu di telinga Fayadh. Biar lelaki itu rasa apa yang dia terpaksa lalui. Biar juga lelaki itu sedar berapa banyak kelukaan yang terpaksa dia telan kerana sebuah kesilapan.

            “Abang tahu. Tapi sampai bila kita nak macam ni?” Dia mahu kembali Zara yang dulu. Yang ceria, yang peramah, juga yang sayang dan cintakannya sebagai seorang suami.

“Sampai abang ceraikan Zara.” Tak tunggu lama Zara terus berlalu pergi. Setiap langkahnya ditemani deraian air mata. Hatinya sakit meluahkan kata-kata itu. Tetapi dalam pada masa yang sama dia benar-benar mahukan perpisahan. Tidak mahu terus menanggung dosa akibat membenci suami sendiri.

            “Ya Allah...Zara.” Tubuh Fayadh melolot jatuh. Tangan dipekup ke muka. Air matanya yang mengalir tiada daya mahu disekat. Terbayang raut wajah comel anak-anaknya. ‘Maafkan papa sayang.’ Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakkan kecil.
..........................
            “Kami minta maaf Puan. Kami dah cuba sedaya...”

            Kata-kata seterusnya dari doktor langsung tidak dicerna oleh pendengaran Zara. Apa yang dia tahu, dia benar-benar mahu tidur pada waktu itu juga. Berharap apa yang terjadi hanyalah mainan tidurnya. Hanya mimpi ngeri yang dikarang oleh minda dek kerana terlalu letih. Malangnya dia sedar yang semua itu adalah sebuah realiti. Dan dia terpaksa melaluinya.

            “Kenapa abang tak mati? Kenapa anak Zara?” Zara meraung sekuat hati. Bahu suaminya dipukul kuat. Tak cukup dengan itu, tamparannya berkali-kali menyentuh wajah Fayadh. Terus dia terlupa lelaki yang sedang diamuknnya adalah suami sendiri.

            “Zara...Zara dengar cakap abang sayang.” Tangan isterinya cuba di tangkap.  

“Zara tak nak dengar. Semua ni salah abang. Zara tak kan maafkan....Zara tak kan maafkan...” Ayat itu diulang berkali sebelum tubuhnya terus terasa lembik. Penglihatannya menjadi kelam. Dan segala kenangan manis bersama anak-anak kesayangannya mula menerjah ruang mata.

            “Abang...adik..!” Zara menempik kuat. Terus dia terbangun dari pembaringan. Tercungap dia cuba bernafas. Tubuhnya terasa berpeluh. Ditoleh kanan dan kiri. Kosong. Hanya ada dia yang menjadi penghuni katil besar itu. Mata dipejam. Diraba pembaringan kiri dan kananya. Mencuba untuk mencari dan merasai kehangatan tubuh-tubuh kecil yang pernah berada di dalam pelukkannya satu ketika dulu.  

            “Zara.”

            Zara angkat wajah. Tetapi hanya untuk sesaat. Kali ini dia terus berbaring. Tidak dipedulikan Fayadh yang sedang menapak masuk ke dalam biliknya. Dia sudah lali. Setiap malam ketika dia terbangun selepas dihantui peristiwa lama, pasti akan ada Fayadh yang datang menjengah.

“Zara nak tidur. Tolong keluar.” Matanya dipejam kembali. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu.

Fayadh tidak mempedulikan amaran Zara. Kakinya dibawa menghampiri tempat pembaringan isterinya. Tanpa segan kerusi kecil ditarik menghampiri katil. Lampu meja yang cerah terpasang, dilaraskan sehingga menjadi suram. Tidak mahu tidur Zara terganggu dek kerana cahaya yang terlalu terang.

            Wajah isterinya ditatap. Dia tahu Zara belum tidur. Tetapi mustahil dia dapat memulakan perbualan dengan wanita itu. Sukar dia mahu mendengar bicara Zara selepas segala peristiwa hitam yang terjadi dalam kehidupan mereka. Kalau ada sekalipun, nada yang terlontar hanyalah satu bentuk kata yang meletakkan semua kesalahan di pundaknya.

Dan setiap kali dia terpaksa mendengar kata yang terluah dari bibir Zara, setiap kali itulah juga hatinya bagaikan dilapah. Penat fikiran cuba menafikan, tetapi bila mana hati sendiri menjerit mengakui kata-kata itu, dia sendiri akan terdiam. Terhukum dengan khilaf yang dilakukan sendiri.

Setiap malam selepas mendengar jeritan Zara, dia dengan sendirinya akan terbangun. Setahun dia mengulangi perkara yang dia lakukan sekarang tanpa jemu. Mahu menenangkan wanita itu secara dekat dia tahu dia tidak akan mampu. Kerasnya hati seorang Az-Zahra bagaikan sukar dilentur.

Fayadh duduk menyandar. Gambar yang berada di sebelah katil isterinya dicapai. Tersenyum senang hati bila mana permandangan sebuah keluarga bahagia terpampang di hadapan mata. Ada dia, ada anak-anak yang comel, juga ada Zara.

Tidak lama senyuman itu dapat bertahan. Seperti malam-malam sebelumnya, air mata perlahan-lahan jatuh pada cermin gambar. Mengalir sehingga membasahi hujung bingkai. Perit rasa hati bila dia terpaksa menelan, dialah yang telah menjadi pemusnah kepada kebahagiaan keluarga sendiri!

            Air yang mengalir tidak berdaya disekat. Yakin, sekuat mana sekalipun dia menahan, pasti dia akan tewas juga pada akhirnya.

            “Abang sayangkan Zara.” Tangan dibawa mendekat pada wajah itu. Dia mahu menyentuh dan membelai wajah Zara semahu hati. Malangnya kekuatan yang satu itu dia masih belum ketemu. Perlahan-lahan tangannya ditarik menjauh dan jatuh atas pangkuan sendiri.




            “Zara. Bangun sayang. Dah subuh.” Keras kaku tubuhnya ditepi katil. Wajah Zara yang bagaikan anak kecil ketika tidur membuatkan dia tersenyum. Begitu polos wajah itu. Apa yang penting, tiada riak ‘kesakitan’ yang tergambar.

 Bertahun dahulu, itulah perkara pertama yang dia lakukan setiap hari. Memandang wajah Zara pada awal pagi bagaikan memberi segelas tonik untuknya berhadapan dengan hari yang mencabar.

“Zara...Bangun sayang..” Sekali lagi dia memanggil. Mahu menyentuh dia tiada keberanian. Hanya mampu memandang tubuh itu sedar sendiri. Bila ada pergerakkan kecil dari isterinya membuatkan dia mengeluh lega.

            Mata dibuka perlahan-lahan. Melihat wajah yang sedang tersenyum memandangnya membuatkan dia bingkas bangun. Senyuman itu langsung tidak dibalas. Tuala dicapai dan terus dia bergerak ke bilik air.

            Barus gigi dicapai. Malangnya, penglihatan dia cekap menatap beberapa batang berus gigi bersaiz kecil dengan hiasan katun pada hujung pemegang.

            ‘Sebuah kampung tepi gunung...Penduduknya bahagia...”

            “Bangun pagi gosok gigi..” Wajah abang kembarnya dijeling.

            “Eh abang yang nyanyi dulu kan?” Mata dijegilkan seluas mungkin.

            “Lagu abang tak sedap.”

Zara sebak. Gambaran itu menjengah lagi ingatannya. Setiap apa yang dia lakukan, pasti akan ada bayang itu menemani. Meracuni setiap ruang dalam hatinya. Membuatkan kemarahannya terasa membuak kepada Fayadh. Sampai bila-bila pun Fayadh tetap akan menjadi pembunuh di matanya. Sampai bila...bila...

Surat Cinta Untuk Di sana : Bab pengenalan. Sebagai peganti KSB nanti. Hope korang suka lah saya pilih cerpen ni jadikan novel...Kalau x nak cerpen ni...Korang boleh komen nun dibawah sana. :)

9 ulasan:

  1. Best.jalan cerita ceroen adanya dia untuk aku pun best jgk kalau jd novel

    BalasPadam
  2. sy lebih suka cerpen adanya dia utk aku....

    BalasPadam
  3. Mana mana pun boleh dik tp yg ni sedih sikit kan

    BalasPadam
  4. hurmmm... saya pernah baca cerpen ni... tapi sedih kannnn... novel air mata la pulak... hehhehe

    BalasPadam
  5. suka cerpen ini ingat dlu pertama meleleh air mata, tp pas ending2 die tertwa senyum2 sebp anak2 dia yang cmel 2 n pelat

    BalasPadam
  6. salam dik..citer ni byk pengajaran didalamnya..membaca cerpen ini pertama kali..akak begitu emosi ngan watak suaminya yg seakan akan tidak dapat memahami hati seorg ibu bila kehilangan anaknya disebabkan sang suami hendak membawa anak anaknya berjumpa dengan kekasih gelapnya dan kemalangan berlaku kerana kecuaian siayah kerana mengikut rasa hati yg marah kerana tidak dapat menerima kata kata yg dilontarkan oleh anak anaknya.. Kalau akak jadi wanita ini..dah lama akak akan tinggalkan dirinya dan tidak akan memaafkan setiap duka dan sakit yg diberikan kepada akak dan juga pada arwah anak anak akak..kerana setiap kali memandang wajah lelaki itu ia akan membawa derita yg berpanjangan.. Kalau lah itu takdir nya utk lelaki itu berpaling pada dirinya.dan arwah anak dia disatu ketika dulu...kenapa tidak dia pula melangkah pergi kerna sudah tiada apa apa yg hendak dipertahankan..kan.. kenapa mesti lelaki itu menagih sebuah kemaafan sedangkan lelaki itu tahu tiada kemaafan utk dirinya..kan...

    BalasPadam
  7. saya sukeeeeeeee... chaiyok kakkk

    BalasPadam
  8. tapi ada lg cerpen yg buat aq geram nak gigit, yang amni ngan abang firdaus., ngan tajuk ku beri cinta ku serah kasih fuyoh suka sangat aq kat cerpen akak yg it,

    BalasPadam
  9. Suka dgn semua cerita... Mana2 pon boleh.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)