Hel!O mY DarLing!

Rabu, 16 Oktober 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 15




Remote dibaling ke atas sofa. Terkebil-kebil matanya memandang keadaan sekeliling. Keluhan resah terhembus lagi. Tiada satu kerja pun yang boleh dia lakukan. Semuanya sudah dibereskan. Selepas bersembahyang subuh tadi, terus dia melakukan kerja rumah. Sarapan juga sudah disediakan.

Seketika kemudian dia terbayangkan sesuatu. Dengan tergesa-gesa terus dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Almari dibuka dengan sedikit kasar. Tujuannya mahu mengejutkan makhluk Allah yang masih enak dibuai mimpi. Jenuh dia mengejutkan suaminya bangun bersembahyang pagi tadi, tetapi lelaki itu buat pekak sahaja. Kerana sakit hati, jam loceng yang selalu digunakan oleh suaminya untuk bangun bekerja, sengaja dimatikan. Biar padan muka lelaki itu.

            Baby-T dan seluar pendek dikeluarkan dari almari. Sebelum pakaiannya dibuka, sempat dia mengintai suaminya. Masih statik dan kaku di tempat yang sama. Tidur mati ke apa?

            “Abang..” Adra memanggil kuat. Tubuh dirapatkan di tepi katil. Tangannya digawang dihadapan wajah lelaki itu. Risau jika Zafry berpura-pura tidur, dan dia dengan senang hati membuat tayangan free. Kenyang lelaki itu nanti menjamu mata. Setelah yakin yang suaminya masih enak dibuai mimpi, dia mula menukar pakaian.
           
Berpuas hati dengan apa yang tersarung ditubuh genitnya, Adra melangkah keluar. Sebelum itu, berdetum pintu dihempas dengan niat mahu membangunkan suaminya. Bilik yang terletak paling hujung dihampiri.

            Seketika rasa kagum menjengah. Ruang bilik yang sederhana besar, dipenuhi dengan bermacam alatan sukan dan juga mesin senaman elektronik. Patutlah badan suaminya berketul-ketul.

Dia hanya pernah beberapa kali mengintai keadaan bilik itu. Tetapi langsung tiada hati mahu mengunakan apa yang ada. Apatah lagi dia bukanlah ‘ahli sukan’ yang bagus. Baru berlari beberapa meter dia sudah terasa semput.

             Cuma hari ini dia terasa mahu bersenam. Daripada dia dilanda kebosanan yang melampau, lebih baik dia buat kerja yang berfaedah. Untung-untung badannya boleh jadi macam badan kerengga. Phew!

            Dengan penuh yakin Adra berjalan menghampiri satu persatu mesin yang ada. Terdapat treadmills,crosstrainer, massage jump rope, dan pelbagai jenis lagi alatan yang dia tidak ketahui namanya.

Adra keliru. Tidak tahu yang mana satu harus digunakan dahulu.  Seketika kemudian dia tersenyum. Apa susah. Dia naik saja satu persatu. Yang mana seronok, dia gunalah lama-lama. Bukan kena bayar duit.

“Argh…” Terkial-kial dia cuba meletakkan kembali ab wheel yang diangkat. Nampak kecil sahaja. Ingatkan ringan.

“Wah. Ini best ni.” Dengan senang hati door pull up yang ‘ditempek’ di dinding cuba dicapai. Terlompat-lompat dia bagi memaut palang besi itu. Malangnya hanya hujung jari sahaja yang berjaya menyentuh permukaan besi.  

“Saja kedengkikan aku lah tu.” Adra mengomel geram. Suaminya pun satu. Saja berlagak. Ingat dia jealous ke kalau kaki suaminya itu over panjang? Eeee…Menyampah betul!

“Apa ni?” Sebelah kakinya cuba menolak permukaan bulat satu alat senaman.

“Wah!” Rasa teruja menjengah. Akhirnya ada juga yang boleh dia gunakan. Badannya dipusing ke kiri dan kanan. Lagu Akdong Musician, I Love You yang berkumandang di dalam laptop yang dipasang olehnya menambahkan lagi keseronokkan yang ada. Agak lama Adra ‘bermain’ dengan benda alah itu. Mulutnya pula riuh rendah menyanyikan lagu korea yang dia sendiri tidak faham apa maksudnya.

Jemu ‘bertwister,’ satu alatan sukan yang besar gabak dihampiri.

“Butterfly.” Adra membaca perlahan nama yang tertera pada mesin. Dilabuh tubuhnya pada tempat duduk mesin itu. Tangan diletakkan pada pemegang. Dengan sepenuh tenaga dia cuba menarik besi merapati tubuhnya. Hatinya sakit lagi bila seinci pun tidak beranjak dari kedudukan asal. Berulang kali mencuba, hasilnya masih sama.

“Kau pun nak sakitkan hati aku macam tuan kau ke?” Adra bengang. Dia sudah berdiri bercekak pingang. Bagi melepaskan rasa geram dihati kepada mesin dan juga ‘tuan’ mesin, sekuat hati dia menyepak benda itu.

“Auch!…” Adra terduduk. Kakinya dipekup dengan tangan. Sakitnya…  

“Bodoh betul!” Kepalanya diketuk perlahan. Bengang dengan kebodohan diri sendiri. Patutlah orang tua dulu-dulu kata., marahkan nyamuk kelambu dibakar. Yang dia pula marahkan orang, besi disepak. Sengaja cari penyakit. Tension dengan apa yang berlaku, Adra terus membaringkan tubuh ke atas lantai. Dia nak buat tunjuk perasaan!

“Aduh!.” Terlompat dia, bila cubaannya ‘menidurkan’ diri di atas lantai menyebabkan dia tertidur pula di atas massage jump rope yang kesannya bagaikan terkenan renjatan elektrik. Suaminya memang sengaja. Yang beli benda tak senonoh seperti itu kenapa? Tak cukup lagi ke kalau guna lantai saja? Kenapalah nasib dia malang sangat hari ini?

Tuala yang tergantung dibahu digunakan bagi mengesat peluh yang keluar. Bukannya kerana bersenam, tetapi kerana marah, bengang, sakit hati, dan segala macam lagi perasaan yang ada di dalam dirinya akibat kebiolan diri sendiri. Kalau dirakam apa yang berlaku, dia yakin gayanya pasti tak ubah seperti Mr.Bean. Memalukan!

Setelah agak tenang Adra bangun dan menghampiri treadmill. Kali ini dia pasti, dia akan berjaya mengunakan benda itu dengan senang hati. Seketika rasa kagum menjengah bila melihat apa yang tertera pada mesin. Ada beberapa fungsi antaranya kelajuan, jarak, masa, kalori, dan kadar degupan jantung. Ingatkan boleh belasah main saja.

            Jari jemari halusnya mula menekan beberapa butang. Bila mesin mula bergerak, dia memulakan larian. Tidak berpuas hati dengan kelajuan yang ada, dia naikkan lagi pecutan. Senyuman gembira terukir dibibir bila dia berjaya mengendalikan mesin tersebut. Yihaa!



“Abanggg……”

Zafry tersentak. Dada diurut perlahan. Langkah kakinya terus terhenti dari melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Apa kena dengan perempuan tu?” Bila bayang Adra tidak kelihatan di muka pintu, dia kembali bergerak menuju ke bilik air.

“Abangggg…”

Tak tunggu sesaat, Zafry terus berlari bila jeritan Adra kedengaran lebih kuat daripada tadi. Risau jika ada sesuatu yang buruk berlaku.

“Adra, Kau dekat mana?” Zafry melaung kuat bila bayang isterinya tidak kelihatan di dapur. Terus dia berlari menuju ke bilik yang menempatkan hamster kesayangannya. Risau jika haiwan itu terlepas dari sangkar.

“Abangggg….”

Seketika langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik yang dijadikan mini gym. Apa yang isterinya buat dekat dalam?

Buka sahaja pintu, terus mulutnya ternganga. Tidak percaya melihat apa yang berlaku. Seketika kemudian kejutannya bertukar menjadi rasa lucu. Tawanya terus meletus dari bibir tanpa dapat ditahan.

“What are you doing Adra?”

“Tolonglah.” Adra rasa mahu menangis. Kakinya sudah mula terasa lenguh. Sedaya upaya dia berusaha mencapai butang yang ada pada mesin. Malangnya tidak tersentuh langsung oleh jari-jemarinya.

Semakin galak Zafry ketawa melihat keadaan Adra yang terkial-kial. Lagak isterinya tak ubah seperti Dora dan Smith yang berkejaran di dalam gegelung bola yang ada di dalam sangkar.

“Abangg…” Tanpa dapat ditahan air matanya mula mengalir.

“Adra…Adra…Kalau dah tahu kau tak reti guna, yang kau naik juga kenapa?” Tangan dibawa memeluk tubuhnya yang tidak berbaju. Masih tiada hati mahu membantu. Dia seronok melihat gelagat isterinya. Comel betul!

“Orang nak kurus lah.” Adra terjerit ketakutan. Langkahnya semakin perlahan. Dia yakin sikit masa lagi kalau suaminya masih tidak mahu membantu pasti dia akan jatuh tersembam. Ditoleh kebelakang. Massage jump rope yang ‘membelai’ tubuhnya baru sebentar tadi bagaikan melambai tubuhnya kembali. Membuatkan dia terasa seram. Semakin galak dia menjerit meminta pertolongan suaminya.

Zafry ketawa kuat. Badan sekerempeng macam itu nak kurus lagi? Hilang akal ke apa?

“Abang..” Air matanya semakin lebat. Rasanya Zafry memang nak dia mati.

“Yes honey…” Zafry sengaja mengusik. Seketika dia menjadi gelabah bila dilihat Adra semakin hilang kawalan. Risau jika sesuatu yang buruk berlaku membuatkan dia cuba berlari mendapatkan isterinya.

“Arghhh.” Adra terjerit kuat. Tangan dibawa ke muka menutup wajah. Langkah kakinya juga sudah terhenti. Sumpah…Dia tak nampak!

“Adra!!!” Mulutnya ternganga bila Adra sudah terlentang di atas lantai. Apa yang isterinya lakukan tadi? Yang tutup muka kenapa? Kan dah jatuh.  

Erk..Tapi kejap. Apasal sejuk semacam saja ni? Zafry pelik. Pandangan matanya dijatuh pada tubuh sendiri. Dahi ditepuk kuat, sebelum tergesa-gesa dia mencapai kain tuala yang sudah melurut jatuh.

“Adra tak nampak.” Rasa sakit yang menjengah tidak dipedulikan. Mulutnya masih ramah mengulangi ayat yang sama. Tangan tak lepas dari menutup mata. Isy..Malunya. Apasal suaminya buat free show? Dah tak ada kerja sangat ke?

“Kau boleh bangun tak ni?” Zafry bercekak pinggang. Sakit hati melihat gelagat Adra.

Mendengar pertanyaan suaminya membuatkan Adra merengangkan jari-jemarinya yang menutup wajah. Mata dibuka perlahan-lahan. Diintai keadaan suaminya. Bila dilihat suaminya sudah kembali bertuala barulah dia melepaskan tangan dari menutup muka. Terus rasa sakit menjengah bila hilang rasa terperanjatnya tadi.

“Sakit…” Tangannya sudah mengeletar. Mahu bangun dia benar-benar tidak mampu. ‘tikar sakti’ benar-benar membuatkan tubuhnya rasa dicucuk dengan beribu jarum yang tajam. Seketika kemudian rasa terharu menjengah bila tubuhnya sudah melayang di udara. Terus leher suaminya dipaut erat. 
…………………….
Wajah Zafry diintai. Bila pandangan mata mereka bertemu, pantas dia melarikan wajah. Malu dengan aksi lepas lakunya, dan juga ‘tayangan’ yang suaminya persembahkan.

            “Siapa ajar kau naik treadmill tak pakai kasut?” Kaki Adra yang membengkak dipicit perlahan. Dalam cerdik ada juga rupanya wayar yang terputus dalam otak isterinya.

Adra terdiam. Memang wajib pakai kasut ke? Dia mahu bertanya soalan itu kepada suaminya. Tetapi bimbang lelaki itu akan melenting. Baik dia diam.

“Telinga kau terhentak sekali ke atas lantai tadi?” Melihat angukkan Adra membuatkan dia menjegilkan mata.

“Eh, tak…tak…” Kalut Adra menafikan.

“Dah tu tak reti nak jawab?” Dia benar-benar mahu ketawa. Adra betul-betul kelihatan comel semasa cubaan memperbodohkan diri sendiri. Sampai bila-bila pun dia tak akan lupakan apa yang berlaku.

“Semua ni salah abang.” Dipesongkan cerita bagi menutup kebodohannya.

“Eh, apasal pulak? Kau yang memandai sendiri.” Geram mendengar kata-kata Adra terus dia memicit sekuat hati kaki isterinya yang lebam.

“Ah…sakit…sakit…” Pantas tangan Zafry ditepis. Diketap bibir bagi menahan kesakitan yang menjengah akibat perbuatan lelaki itu.

“Tahu pun.”

“Lain kali beli lah skipping rope. Tak pun core ball. Ini beli semua yang mengarut-ngarut.” Setelah reda rasa sakit, dia mula menghantar serangan. Semuanya salah lelaki itu. Kalaulah beli barangan yang dia boleh guna, pasti tak jadi macam sekarang.

“Kau ingat aku perempuan ke apa?” Mengarut betul perempuan sorang ni.

Adra hanya mendiamkan diri. Betul juga apa yang suaminya kata. Takkan lah lelaki itu nak main skipping dengan golek-golek badan atas core ball pulak? Isyh…Geli pulak dia membayangkan keadaan lelaki itu nanti. Tanpa sedar ketawa kecil meletus dari bibirnya.

“Aku ingatkan badan kau saja cedera, otak kau pun terjejas sekali rupanya.” Zafry berkata sedikit menyindir.

Adra hanya mampu ketawa. Tidak dipedulikan kata sindiran suaminya.    

 “Sakit tak?” lengan Adra yang membiru ditekan.

“Sakitlah.” Berkerut dahinya. Jelas kelihatan beberapa lebam di tubuhnya. Seluar yang sedikit ternaik ke atas berusaha ditarik ke bawah. Tiba-tiba dia terasa malu dengan apa yang dipakai.  

“Itulah kau. Derhaka lagi dekat suami. Yang hempas-hempas pintu tadi kenapa? Nak panggil elok-elok tak boleh?” Zafry bertanya sinis. Bukan dia tidak sedar tadi. Cuma sahaja dia mahu melihat gelagat Adra.

“Abang sedar  lah ye tadi?” Adra tersengih. Kata-kata suaminya terasa menikam hati. Seketika dia bagaikan tersedar yang perbuatannya agak melampau. Cuma rasa sakit di hati sukar untuk dibuang bila dia teringatkan pertemuannya dengan bekas-bekas kekasih lelaki itu.

“Maybe” Senyuman tersadai dibibir.

“Abang nampak …erkk…” Adra mati kata. Terus wajah terasa membahang bila melihat senyuman yang terpamir pada wajah Zafry. Pasti setiap perbuatannya disedari oleh lelaki itu. Isy..Malunya…

Zafry hanya ketawa. Apalah sangat yang Adra malukan.
           
“Aku lapar. Kau dah masak belum?” Pertanyaan isterinya tidak dipedulikan. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dari memikirkan rasa malu Adra. Dia mahu tahu apa yang berlaku semalam sehingga Adra buat perangai. Pasti ada sesuatu yang telah ayahnya katakan kepada isterinya. Ahh…Lelaki itu tidak pernah mahu melihat hidupnya senang.

            “Dah.”
           
“Jom sarapan.” Terus dia bangun dari katil. Bekas berisi ubat diletakkan kembali ke tempat asal sebelum dia kembali ke katil dan membantu Adra bangun.

            “Abang tak kerja ke?” Seketika rasa terharu menjengah. Lengan Zafry dipaut erat.  Pasti lelaki itu risaukannya sehingga sangup mengambil cuti.

            “Kau mabuk ke apa? Hari ni hari merdeka cik kak oii.” Zafry hanya mampu mengelengkan kepala. Mujurlah dia memang bukan penidur tegar. Kalau tidak pasti ada yang sudah makan penampar kalau dikejutkan dengan cara tak senonoh seperti yang isterinya lakukan tadi.

            “Oh.” Muncung bibir Adra. Ingatkan lelaki itu risaukannya. Yang dia pun satu, macam manalah boleh terlupa yang hari ini hari merdeka?

            “Abang…” Adra memanggil perlahan. Di pandang wajah suaminya.

            “Apa?”

            “Adra minta maaf…” Pasti apa yang berlaku tadi balasan Allah untuknya. Di atas dunia lagi dia sudah dibayar ‘penghargaan’ kerana biadap dengan suami sendiri. Sungguh, bukan dia sengaja.

            “For what?” Berkerut dahinya memandang wajah Adra.

“Everything.”

“Lupakan.”

“I love you abang…”

Terdiam Zafry mendengar kata-kata Adra. Keluhan resah terhembus perlahan dari bibirnya. Tangan dibawa ke dada. Tidak seperti kelmarin, detak jantungnnya masih seirama. Tidak berdegup kencang bahkan bagai langsung tidak terkesan mendengar pengakuan Adra.  
………………………..
“Ni jiang shen ma ?.... ke yi”

Telinganya dipasang selebar yang mungkin. Malangnya satu perkataan pun dia tak faham. Rasa kagum menjengah. Tidak menyangka suaminya boleh bertutur dalam bahasa cina. Tapi dia tak pasti pula apa jenis ‘keturunan’ yang digunakan. Entahkan hokkien entahkan mandarin. Erkk.Tak pun kantonis.

Zafry pandang wajah Adra. Bukan dia tidak sedar yang Adra itu sedang mencuri dengar perbualannya.

“Wo che mien.” Mee yang sedang mengembang di dalam mangkuk dipandang. Sesekali tawanya meletus mendengar jenaka sepupunya.

“Ni you me you che?” Rambut Adra ditarik sedikit. Geram melihat aksi isterinya yang semakin menghimpit. Macam lah faham apa yang dia bualkan.

Mendengar pertanyaan yang terluah dari sepupunya mengenai kecantikan Adra membuatkan tawanya meletus tanpa dapat ditahan.   

“Pu mei.” Kalaulah Adra faham apa yang dikatakan pasti ada sahaja jawapan yang keluar dari bibir itu bagi membangkang kata-katanya.

“Zai jian”

“Senang hati nampak.” Adra berkata perlahan. Cemburu melihat riak wajah itu ketawa gembira. Kalau dengannya bermacam perkara perlu dilakukan bagi membuatkan Zafry tersenyum.  Ini, baru berbual sahaja sudah terbahak lelaki itu ketawa. Cakapnya juga banyak. Kalau dengan dia , asal cakap sahaja, muntahkan sekali dengan nuclear. Bergegar hati!

“Kau cemburu ke?” Dia tersenyum lagi. Tidak sabar menantikan kedatangan sepupunya dari luar negara. Sudah beberapa bulan mereka tidak bertemu. Perkahwinan dia dan Adra juga tidak dapat dihadiri oleh gadis itu.

“Tak ada maknanya nak cemburu.” Wajahnya sudah masam. Dia bukannya pekak. Tawa seorang gadis masih sempat singgah pada pendengarannya tadi. Pasti gadis itu istimewa dihati suaminya. Kalau tidak tak kan lah nak berbual sampai hampir sejam.

“Siapa tu?” Dia tidak dapat menahan diri dari menyoal. Wajah Zafry dipandang menanti jawapan. Jangan-jangan kekasih baru suaminya tak? Ini yang dia hangin sangat ni!

“My love.” Tak bersalah kata-kata itu meluncur dari bibirnya.

“Berapa banyak love yang abang ada?” Adra menjeling tajam. Terus dia teringat kembali kenangan semalam. Semalam dah ada dua. Sekarang masuk lagi satu. Kejap lagi kalau jumpa lagi satu, dia nak pancung suaminya. Gedik!

“Kau rasa?” Kening diangkat. Wajah bangga ditayang.  

“Satu. Adra lah tu.” Ditarik leher suaminya kuat sehingga mendekat ke arahnya. Terus sebuah kucupan kuat menjengah pipi lelaki itu. Puas hati!

“Kau nak goda aku ke?”

“Abang rasa?” Diulang semula ayat suaminya. Dalam pada masa yang sama dia sudah bersiap sedia mahu melarikan diri.

“Adra..” Zafry sengih jahat. Sengaja mahu mengusik.

Tak tunggu sesaat terus Adra berdesup pegi. Hello…Dia masih marah okey. Jangan mimpi suaminya boleh nak manja-manja. Kalau lelaki itu sakit hati pun tak apa. Apa susah, esok dia minta maaf lah lagi. I love you Umar Zafry!

Surat Cinta Untuk Di sana : Harap korang fahamlah apa yang jari montok saya ketuk. Kot bahasaku terlalu ‘indah permai’ sila tegur2…haha..papai…muahhhh..opsss…Selamat Hari Raya Aidiladha..Maaf Zahir batin semua…  

“Ni jiang shen ma ?.... ke yi” :Kau cakap apo?...boleh
“Wo che mien. : Saya syoru mee.
“Ni you me you che?” : Hang dah makan ka dak lagi?
“Pu mei.” : Idok cantik
“Zai jian” : Sayonara….adios…


13 ulasan:

  1. Kalau sudah berkenan antara novel paling sweet yg prnah sy bc. Harap akan ke versi cetak nanti.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan atin..... Best sgt2.....

    BalasPadam
  3. Novel ksb akan dterbitkan ke? X sabar nak peluk zafry & adra. Cepat siapkan cik writer :-D

    BalasPadam
  4. best... dan sweet sangat.....

    nak lagi

    BalasPadam
  5. hahahahah... lawak tul adra. tp sakit2 pun leh tgk free show. oklah kan br adil kan sblm tu zafry dh tgk....

    BalasPadam
  6. Sangat menarik n tertarik. Cepat smbungggg

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)