Remote
dibaling ke atas sofa. Terkebil-kebil matanya memandang keadaan sekeliling.
Keluhan resah terhembus lagi. Tiada satu kerja pun yang boleh dia lakukan. Semuanya
sudah dibereskan. Selepas bersembahyang subuh tadi, terus dia melakukan kerja
rumah. Sarapan juga sudah disediakan.
Seketika
kemudian dia terbayangkan sesuatu. Dengan tergesa-gesa terus dia melangkah
masuk ke dalam bilik.
Almari
dibuka dengan sedikit kasar. Tujuannya mahu mengejutkan makhluk Allah yang
masih enak dibuai mimpi. Jenuh dia mengejutkan suaminya bangun bersembahyang
pagi tadi, tetapi lelaki itu buat pekak sahaja. Kerana sakit hati, jam loceng
yang selalu digunakan oleh suaminya untuk bangun bekerja, sengaja dimatikan. Biar
padan muka lelaki itu.
Baby-T dan seluar pendek dikeluarkan
dari almari. Sebelum pakaiannya dibuka, sempat dia mengintai suaminya. Masih
statik dan kaku di tempat yang sama. Tidur mati ke apa?
“Abang..” Adra memanggil kuat. Tubuh
dirapatkan di tepi katil. Tangannya digawang dihadapan wajah lelaki itu. Risau
jika Zafry berpura-pura tidur, dan dia dengan senang hati membuat tayangan free. Kenyang lelaki itu nanti menjamu
mata. Setelah yakin yang suaminya masih enak dibuai mimpi, dia mula menukar
pakaian.
Berpuas
hati dengan apa yang tersarung ditubuh genitnya, Adra melangkah keluar. Sebelum
itu, berdetum pintu dihempas dengan niat mahu membangunkan suaminya. Bilik yang
terletak paling hujung dihampiri.
Seketika rasa kagum menjengah. Ruang
bilik yang sederhana besar, dipenuhi dengan bermacam alatan sukan dan juga
mesin senaman elektronik. Patutlah badan suaminya berketul-ketul.
Dia
hanya pernah beberapa kali mengintai keadaan bilik itu. Tetapi langsung tiada
hati mahu mengunakan apa yang ada. Apatah lagi dia bukanlah ‘ahli sukan’ yang
bagus. Baru berlari beberapa meter dia sudah terasa semput.
Cuma hari ini dia terasa mahu bersenam.
Daripada dia dilanda kebosanan yang melampau, lebih baik dia buat kerja yang
berfaedah. Untung-untung badannya boleh jadi macam badan kerengga. Phew!
Dengan penuh yakin Adra berjalan
menghampiri satu persatu mesin yang ada. Terdapat treadmills,crosstrainer, massage jump rope, dan pelbagai jenis lagi
alatan yang dia tidak ketahui namanya.
Adra
keliru. Tidak tahu yang mana satu harus digunakan dahulu. Seketika kemudian dia tersenyum. Apa susah.
Dia naik saja satu persatu. Yang mana seronok, dia gunalah lama-lama. Bukan
kena bayar duit.
“Argh…”
Terkial-kial dia cuba meletakkan kembali ab
wheel yang diangkat. Nampak kecil sahaja. Ingatkan ringan.
“Wah.
Ini best ni.” Dengan senang hati door pull up yang ‘ditempek’ di dinding
cuba dicapai. Terlompat-lompat dia bagi memaut palang besi itu. Malangnya hanya
hujung jari sahaja yang berjaya menyentuh permukaan besi.
“Saja
kedengkikan aku lah tu.” Adra mengomel geram. Suaminya pun satu. Saja berlagak.
Ingat dia jealous ke kalau kaki suaminya itu over panjang? Eeee…Menyampah
betul!
“Apa
ni?” Sebelah kakinya cuba menolak permukaan bulat satu alat senaman.
“Wah!”
Rasa teruja menjengah. Akhirnya ada juga yang boleh dia gunakan. Badannya
dipusing ke kiri dan kanan. Lagu Akdong Musician, I Love You yang berkumandang
di dalam laptop yang dipasang olehnya menambahkan lagi keseronokkan yang ada. Agak
lama Adra ‘bermain’ dengan benda alah itu. Mulutnya pula riuh rendah
menyanyikan lagu korea yang dia sendiri tidak faham apa maksudnya.
Jemu
‘bertwister,’ satu alatan sukan yang besar gabak
dihampiri.
“Butterfly.”
Adra membaca perlahan nama yang tertera pada mesin. Dilabuh tubuhnya pada
tempat duduk mesin itu. Tangan diletakkan pada pemegang. Dengan sepenuh tenaga
dia cuba menarik besi merapati tubuhnya. Hatinya sakit lagi bila seinci pun
tidak beranjak dari kedudukan asal. Berulang kali mencuba, hasilnya masih sama.
“Kau
pun nak sakitkan hati aku macam tuan kau ke?” Adra bengang. Dia sudah berdiri
bercekak pingang. Bagi melepaskan rasa geram dihati kepada mesin dan juga
‘tuan’ mesin, sekuat hati dia menyepak benda itu.
“Auch!…”
Adra terduduk. Kakinya dipekup dengan tangan. Sakitnya…
“Bodoh
betul!” Kepalanya diketuk perlahan. Bengang dengan kebodohan diri sendiri. Patutlah
orang tua dulu-dulu kata., marahkan nyamuk kelambu dibakar. Yang dia pula
marahkan orang, besi disepak. Sengaja cari penyakit. Tension dengan apa yang berlaku, Adra terus membaringkan tubuh ke
atas lantai. Dia nak buat tunjuk perasaan!
“Aduh!.”
Terlompat dia, bila cubaannya ‘menidurkan’ diri di atas lantai menyebabkan dia tertidur
pula di atas massage jump rope yang
kesannya bagaikan terkenan renjatan elektrik. Suaminya memang sengaja. Yang
beli benda tak senonoh seperti itu kenapa? Tak cukup lagi ke kalau guna lantai
saja? Kenapalah nasib dia malang sangat hari ini?
Tuala
yang tergantung dibahu digunakan bagi mengesat peluh yang keluar. Bukannya
kerana bersenam, tetapi kerana marah, bengang, sakit hati, dan segala macam
lagi perasaan yang ada di dalam dirinya akibat kebiolan diri sendiri. Kalau
dirakam apa yang berlaku, dia yakin gayanya pasti tak ubah seperti Mr.Bean.
Memalukan!
Setelah
agak tenang Adra bangun dan menghampiri treadmill. Kali ini dia pasti, dia akan
berjaya mengunakan benda itu dengan senang hati. Seketika rasa kagum menjengah
bila melihat apa yang tertera pada mesin. Ada beberapa fungsi antaranya kelajuan,
jarak, masa, kalori, dan kadar degupan jantung. Ingatkan boleh belasah main
saja.
Jari jemari halusnya mula menekan
beberapa butang. Bila mesin mula bergerak, dia memulakan larian. Tidak berpuas
hati dengan kelajuan yang ada, dia naikkan lagi pecutan. Senyuman gembira
terukir dibibir bila dia berjaya mengendalikan mesin tersebut. Yihaa!
“Abanggg……”
Zafry
tersentak. Dada diurut perlahan. Langkah kakinya terus terhenti dari melangkah
masuk ke dalam bilik air.
“Apa
kena dengan perempuan tu?” Bila bayang Adra tidak kelihatan di muka pintu, dia
kembali bergerak menuju ke bilik air.
“Abangggg…”
Tak
tunggu sesaat, Zafry terus berlari bila jeritan Adra kedengaran lebih kuat
daripada tadi. Risau jika ada sesuatu yang buruk berlaku.
“Adra,
Kau dekat mana?” Zafry melaung kuat bila bayang isterinya tidak kelihatan di
dapur. Terus dia berlari menuju ke bilik yang menempatkan hamster
kesayangannya. Risau jika haiwan itu terlepas dari sangkar.
“Abangggg….”
Seketika
langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik yang dijadikan mini gym. Apa yang
isterinya buat dekat dalam?
Buka
sahaja pintu, terus mulutnya ternganga. Tidak percaya melihat apa yang berlaku.
Seketika kemudian kejutannya bertukar menjadi rasa lucu. Tawanya terus meletus
dari bibir tanpa dapat ditahan.
“What are you doing
Adra?”
“Tolonglah.”
Adra rasa mahu menangis. Kakinya sudah mula terasa lenguh. Sedaya upaya dia
berusaha mencapai butang yang ada pada mesin. Malangnya tidak tersentuh
langsung oleh jari-jemarinya.
Semakin
galak Zafry ketawa melihat keadaan Adra yang terkial-kial. Lagak isterinya tak
ubah seperti Dora dan Smith yang berkejaran di dalam gegelung bola yang ada di
dalam sangkar.
“Abangg…”
Tanpa dapat ditahan air matanya mula mengalir.
“Adra…Adra…Kalau
dah tahu kau tak reti guna, yang kau naik juga kenapa?” Tangan dibawa memeluk
tubuhnya yang tidak berbaju. Masih tiada hati mahu membantu. Dia seronok
melihat gelagat isterinya. Comel betul!
“Orang
nak kurus lah.” Adra terjerit ketakutan. Langkahnya semakin perlahan. Dia yakin
sikit masa lagi kalau suaminya masih tidak mahu membantu pasti dia akan jatuh
tersembam. Ditoleh kebelakang. Massage
jump rope yang ‘membelai’ tubuhnya baru sebentar tadi bagaikan melambai
tubuhnya kembali. Membuatkan dia terasa seram. Semakin galak dia menjerit meminta
pertolongan suaminya.
Zafry
ketawa kuat. Badan sekerempeng macam itu nak kurus lagi? Hilang akal ke apa?
“Abang..”
Air matanya semakin lebat. Rasanya Zafry memang nak dia mati.
“Yes honey…”
Zafry sengaja mengusik. Seketika dia menjadi gelabah bila dilihat Adra semakin
hilang kawalan. Risau jika sesuatu yang buruk berlaku membuatkan dia cuba
berlari mendapatkan isterinya.
“Arghhh.”
Adra terjerit kuat. Tangan dibawa ke muka menutup wajah. Langkah kakinya juga
sudah terhenti. Sumpah…Dia tak nampak!
“Adra!!!”
Mulutnya ternganga bila Adra sudah terlentang di atas lantai. Apa yang
isterinya lakukan tadi? Yang tutup muka kenapa? Kan dah jatuh.
Erk..Tapi
kejap. Apasal sejuk semacam saja ni? Zafry pelik. Pandangan matanya dijatuh
pada tubuh sendiri. Dahi ditepuk kuat, sebelum tergesa-gesa dia mencapai kain
tuala yang sudah melurut jatuh.
“Adra
tak nampak.” Rasa sakit yang menjengah tidak dipedulikan. Mulutnya masih ramah
mengulangi ayat yang sama. Tangan tak lepas dari menutup mata. Isy..Malunya. Apasal suaminya buat free show? Dah tak ada kerja sangat ke?
“Kau
boleh bangun tak ni?” Zafry bercekak pinggang. Sakit hati melihat gelagat Adra.
Mendengar
pertanyaan suaminya membuatkan Adra merengangkan jari-jemarinya yang menutup
wajah. Mata dibuka perlahan-lahan. Diintai keadaan suaminya. Bila dilihat
suaminya sudah kembali bertuala barulah dia melepaskan tangan dari menutup muka.
Terus rasa sakit menjengah bila hilang rasa terperanjatnya tadi.
“Sakit…”
Tangannya sudah mengeletar. Mahu bangun dia benar-benar tidak mampu. ‘tikar
sakti’ benar-benar membuatkan tubuhnya rasa dicucuk dengan beribu jarum yang
tajam. Seketika kemudian rasa terharu menjengah bila tubuhnya sudah melayang di
udara. Terus leher suaminya dipaut erat.
…………………….
Wajah
Zafry diintai. Bila pandangan mata mereka bertemu, pantas dia melarikan wajah. Malu
dengan aksi lepas lakunya, dan juga ‘tayangan’ yang suaminya persembahkan.
“Siapa ajar kau naik treadmill tak pakai kasut?” Kaki Adra
yang membengkak dipicit perlahan. Dalam cerdik ada juga rupanya wayar yang
terputus dalam otak isterinya.
Adra
terdiam. Memang wajib pakai kasut ke? Dia mahu bertanya soalan itu kepada
suaminya. Tetapi bimbang lelaki itu akan melenting. Baik dia diam.
“Telinga
kau terhentak sekali ke atas lantai tadi?” Melihat angukkan Adra membuatkan dia
menjegilkan mata.
“Eh,
tak…tak…” Kalut Adra menafikan.
“Dah
tu tak reti nak jawab?” Dia benar-benar mahu ketawa. Adra betul-betul kelihatan
comel semasa cubaan memperbodohkan diri sendiri. Sampai bila-bila pun dia tak
akan lupakan apa yang berlaku.
“Semua
ni salah abang.” Dipesongkan cerita bagi menutup kebodohannya.
“Eh,
apasal pulak? Kau yang memandai sendiri.” Geram mendengar kata-kata Adra terus
dia memicit sekuat hati kaki isterinya yang lebam.
“Ah…sakit…sakit…”
Pantas tangan Zafry ditepis. Diketap bibir bagi menahan kesakitan yang
menjengah akibat perbuatan lelaki itu.
“Tahu
pun.”
“Lain
kali beli lah skipping rope. Tak pun core ball. Ini beli semua yang
mengarut-ngarut.” Setelah reda rasa sakit, dia mula menghantar serangan. Semuanya
salah lelaki itu. Kalaulah beli barangan yang dia boleh guna, pasti tak jadi
macam sekarang.
“Kau
ingat aku perempuan ke apa?” Mengarut betul perempuan sorang ni.
Adra
hanya mendiamkan diri. Betul juga apa yang suaminya kata. Takkan lah lelaki itu
nak main skipping dengan golek-golek
badan atas core ball pulak? Isyh…Geli pulak dia membayangkan
keadaan lelaki itu nanti. Tanpa sedar ketawa kecil meletus dari bibirnya.
“Aku
ingatkan badan kau saja cedera, otak kau pun terjejas sekali rupanya.” Zafry
berkata sedikit menyindir.
Adra
hanya mampu ketawa. Tidak dipedulikan kata sindiran suaminya.
“Sakit tak?” lengan Adra yang membiru ditekan.
“Sakitlah.”
Berkerut dahinya. Jelas kelihatan beberapa lebam di tubuhnya. Seluar yang
sedikit ternaik ke atas berusaha ditarik ke bawah. Tiba-tiba dia terasa malu
dengan apa yang dipakai.
“Itulah
kau. Derhaka lagi dekat suami. Yang hempas-hempas pintu tadi kenapa? Nak
panggil elok-elok tak boleh?” Zafry bertanya sinis. Bukan dia tidak sedar tadi.
Cuma sahaja dia mahu melihat gelagat Adra.
“Abang
sedar lah ye tadi?” Adra tersengih.
Kata-kata suaminya terasa menikam hati. Seketika dia bagaikan tersedar yang
perbuatannya agak melampau. Cuma rasa sakit di hati sukar untuk dibuang bila
dia teringatkan pertemuannya dengan bekas-bekas kekasih lelaki itu.
“Maybe”
Senyuman tersadai dibibir.
“Abang
nampak …erkk…” Adra mati kata. Terus
wajah terasa membahang bila melihat senyuman yang terpamir pada wajah Zafry. Pasti
setiap perbuatannya disedari oleh lelaki itu. Isy..Malunya…
Zafry
hanya ketawa. Apalah sangat yang Adra malukan.
“Aku
lapar. Kau dah masak belum?” Pertanyaan isterinya tidak dipedulikan. Masih
banyak perkara yang perlu diselesaikan dari memikirkan rasa malu Adra. Dia mahu
tahu apa yang berlaku semalam sehingga Adra buat perangai. Pasti ada sesuatu
yang telah ayahnya katakan kepada isterinya. Ahh…Lelaki itu tidak pernah mahu melihat hidupnya senang.
“Dah.”
“Jom
sarapan.” Terus dia bangun dari katil. Bekas berisi ubat diletakkan kembali ke
tempat asal sebelum dia kembali ke katil dan membantu Adra bangun.
“Abang tak kerja ke?” Seketika rasa
terharu menjengah. Lengan Zafry dipaut erat. Pasti lelaki itu risaukannya sehingga sangup
mengambil cuti.
“Kau mabuk ke apa? Hari ni hari
merdeka cik kak oii.” Zafry hanya
mampu mengelengkan kepala. Mujurlah dia memang bukan penidur tegar. Kalau tidak
pasti ada yang sudah makan penampar kalau dikejutkan dengan cara tak senonoh
seperti yang isterinya lakukan tadi.
“Oh.”
Muncung bibir Adra. Ingatkan lelaki itu risaukannya. Yang dia pun satu, macam
manalah boleh terlupa yang hari ini hari merdeka?
“Abang…” Adra memanggil perlahan. Di
pandang wajah suaminya.
“Apa?”
“Adra minta maaf…” Pasti apa yang
berlaku tadi balasan Allah untuknya. Di atas dunia lagi dia sudah dibayar
‘penghargaan’ kerana biadap dengan suami sendiri. Sungguh, bukan dia sengaja.
“For
what?” Berkerut dahinya memandang wajah Adra.
“Everything.”
“Lupakan.”
“I love you
abang…”
Terdiam
Zafry mendengar kata-kata Adra. Keluhan resah terhembus perlahan dari bibirnya.
Tangan dibawa ke dada. Tidak seperti kelmarin, detak jantungnnya masih seirama.
Tidak berdegup kencang bahkan bagai langsung tidak terkesan mendengar pengakuan
Adra.
………………………..
“Ni jiang shen ma ?....
ke yi”
Telinganya
dipasang selebar yang mungkin. Malangnya satu perkataan pun dia tak faham. Rasa
kagum menjengah. Tidak menyangka suaminya boleh bertutur dalam bahasa cina. Tapi
dia tak pasti pula apa jenis ‘keturunan’ yang digunakan. Entahkan hokkien
entahkan mandarin. Erkk.Tak pun
kantonis.
Zafry
pandang wajah Adra. Bukan dia tidak sedar yang Adra itu sedang mencuri dengar
perbualannya.
“Wo che mien.”
Mee yang sedang mengembang di dalam mangkuk dipandang. Sesekali tawanya meletus
mendengar jenaka sepupunya.
“Ni you me you che?” Rambut
Adra ditarik sedikit. Geram melihat aksi isterinya yang semakin menghimpit.
Macam lah faham apa yang dia bualkan.
Mendengar
pertanyaan yang terluah dari sepupunya mengenai kecantikan Adra membuatkan
tawanya meletus tanpa dapat ditahan.
“Pu mei.”
Kalaulah Adra faham apa yang dikatakan pasti ada sahaja jawapan yang keluar
dari bibir itu bagi membangkang kata-katanya.
“Zai jian”
“Senang
hati nampak.” Adra berkata perlahan. Cemburu melihat riak wajah itu ketawa
gembira. Kalau dengannya bermacam perkara perlu dilakukan bagi membuatkan Zafry
tersenyum. Ini, baru berbual sahaja
sudah terbahak lelaki itu ketawa. Cakapnya juga banyak. Kalau dengan dia , asal
cakap sahaja, muntahkan sekali dengan nuclear. Bergegar hati!
“Kau
cemburu ke?” Dia tersenyum lagi. Tidak sabar menantikan kedatangan sepupunya
dari luar negara. Sudah beberapa bulan mereka tidak bertemu. Perkahwinan dia
dan Adra juga tidak dapat dihadiri oleh gadis itu.
“Tak
ada maknanya nak cemburu.” Wajahnya sudah masam. Dia bukannya pekak. Tawa
seorang gadis masih sempat singgah pada pendengarannya tadi. Pasti gadis itu
istimewa dihati suaminya. Kalau tidak tak kan lah nak berbual sampai hampir
sejam.
“Siapa
tu?” Dia tidak dapat menahan diri dari menyoal. Wajah Zafry dipandang menanti
jawapan. Jangan-jangan kekasih baru suaminya tak? Ini yang dia hangin sangat ni!
“My love.”
Tak bersalah kata-kata itu meluncur dari bibirnya.
“Berapa
banyak love yang abang ada?” Adra
menjeling tajam. Terus dia teringat kembali kenangan semalam. Semalam dah ada
dua. Sekarang masuk lagi satu. Kejap lagi kalau jumpa lagi satu, dia nak
pancung suaminya. Gedik!
“Kau
rasa?” Kening diangkat. Wajah bangga ditayang.
“Satu.
Adra lah tu.” Ditarik leher suaminya kuat sehingga mendekat ke arahnya. Terus
sebuah kucupan kuat menjengah pipi lelaki itu. Puas hati!
“Kau
nak goda aku ke?”
“Abang
rasa?” Diulang semula ayat suaminya. Dalam pada masa yang sama dia sudah
bersiap sedia mahu melarikan diri.
“Adra..”
Zafry sengih jahat. Sengaja mahu mengusik.
Tak
tunggu sesaat terus Adra berdesup pegi. Hello…Dia
masih marah okey. Jangan mimpi suaminya boleh nak manja-manja. Kalau lelaki itu
sakit hati pun tak apa. Apa susah, esok dia minta maaf lah lagi. I love you Umar Zafry!
Surat
Cinta Untuk Di sana : Harap korang fahamlah apa yang jari
montok saya ketuk. Kot bahasaku terlalu ‘indah permai’ sila tegur2…haha..papai…muahhhh..opsss…Selamat
Hari Raya Aidiladha..Maaf Zahir batin semua…
“Ni jiang shen ma ?.... ke yi” :Kau cakap apo?...boleh
“Wo che mien.
: Saya syoru mee.
“Ni you me you che?” :
Hang dah makan ka dak lagi?
“Pu mei.” : Idok cantik
“Zai jian” : Sayonara….adios…
Kalau sudah berkenan antara novel paling sweet yg prnah sy bc. Harap akan ke versi cetak nanti.
BalasPadamSetuju dengan atin..... Best sgt2.....
BalasPadamBestla... Nk lg...
BalasPadamkayao
BalasPadamBEST...
BalasPadamNovel ksb akan dterbitkan ke? X sabar nak peluk zafry & adra. Cepat siapkan cik writer :-D
BalasPadamCpt2 sambung ye...:-)
BalasPadamOhmai ohmai...sweet nya
BalasPadamAdra yg comel
BalasPadambest... dan sweet sangat.....
BalasPadamnak lagi
hahahahah... lawak tul adra. tp sakit2 pun leh tgk free show. oklah kan br adil kan sblm tu zafry dh tgk....
BalasPadamSangat menarik n tertarik. Cepat smbungggg
BalasPadamnk lg 100x
BalasPadam