Hel!O mY DarLing!

Rabu, 2 Oktober 2013

Pastri Adra Vs Kek Coklat Yuyu


Bahan untuk pastry
Tepung gandum          250g
Garam halus                ½ cam/teh
Air                               400ml
Marjerin                       165g
Gula halus                   2 cam/teh
Telur                            5 biji
Cara
1.      Ayak tepung
2.      Masak air, gula,garam, & marjerin dlm periuk hingga mendidih.
3.      Angkat sebentar dari api & masukkan tepung. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
4.      Letak balik atas api (perlahan) dan sentiasa kacau sampai adunan licin dan tak melekat dekat tepi periuk. (buat sampai adunan jadi seketul doh)
5.      Sejukkan sebentar
6.      Masukkan dalam mixel dan putar. Sambil itu korang masukkan telur sedikit demi sedikit sampai adunan jadi licin, berkilat dan boleh di bentukkan. (Telur tu x semestinya korang kena guna semua) Lagi lama korang ‘pukul’ adunan tu lagi bagus. Kot tak ada mixel boleh ja kalau korang rajin nak guna ‘tangan.’

Bentuk
Bentuk korang boleh ja suka hati nak buat macam mana pun. Cuma saya syorkan bentuk seperti ini :


Lebih kurang macam ini lah.
1.      Cara nak buat, korang ambil acuan samperit.
2.      Kot nak jimat tak nak beli plastic piping korang boleh pakai plastic putih yang orang isi ikan/lauk. Tebuk sedikit penjuru hujung.
3.      Kemudian masukkan acuan samperit. Dan keluarkan muncungnya disebalik plastic. Isi dengan doh, dan mulakan ‘kekretifan’ korang. (kalau malas juga, korang boleh saja buat dengan sudu. Cedok dan letak atas dulang pembakar.
4.      Kalau nak buat ‘angsa’ korang kena buat bentuk ‘s’ untuk jadikan kepala dia.
5.      Lepas itu bakar. Selalunya dalam 10-15 minit saja. (warna keemasan)
6.      Keluarkan dan biar sebentar. Selepas itu potong separuh putus. (3/4 bahagian)
7.      Isi dengan custard. Kot nak special letak koktail atas kastard. (kalau rajin korang boleh ayak gula yang sudah di blend atas dia…@ tuang coklat cair)…dan silalah menjamu selera dengan senang hati..


                                              


Potong lebih kurang macam ini. Jangan sampai putus. Tapi kalau korang nak buat angsa, kena potong sampai putus. Yang bahagian atas korang belah dua.


Inti custard
Tepung kastard           50g
Susu tepung                50gm
Air                               500gm
Gula halus                   120gm
Marjerin                       10gm
Esen vanilla                 2cam/t

Cara
1.      Bancuh susu dengan air. Kacau pakai garfu
2.      Bancuh tepung kastard dengan sedikit susu. (dlm mangkuk keluli)
3.      Panaskan baki susu & tuang dlm adunan tepung kastard. Kacau sebati dengan senduk kayu. 
4.      Tuang dalam periuk dan masak sampai mendidih.
5.      Masukkan gula kacau sampai adunan masak dan jadi pekat.
6.      Masukkan marjerin & esen vanilla. Kacau sampai sebati.
7.      Angkat & tuang dalam bekas. (sejukkan)
8.      Tutup dengan plastic wrap @ kertas minyak.
9.      Silalah cubit & rasa…Sedap ke idok..haha (tapi klau buat angsa sy lgi suka mock cream)




Bahan-Bahan Untuk Kek
2 cawan tepung gandum,
2 cawan serbuk koko,
1 sudu kecil baking powder,
1 sudu kecil soda bikarbonat,
 250 gm butter cup
2 cawan gula (dikisar halus)
 4 biji telur
 2 cawan susu coklat dutch lady (kot tak nak DL korang boleh je belasah pakai susu coklat jenama yang lain)
1 sudu kecil esin vanilla
           
 Cara-Cara
·         Mula-mula ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. (srbuk koko kalau lebihkan sdikit pun boleh)
·         Pukul butter cup bersama gula sampai kembang. (warna keputihan) Kot korang x ada mixer pastikan gula tu betul2 halus semasa di blend. Takut nanti jenuh tangan korang nak buat senaman...hehe..
·         Kemudian laraskan mixer pd butang yang paling perlahan. Masukkan telur satu persatu. Setelah digaul rata ambil susu coklat dan tuang sedikit demi sedikit.
·          Masukkan satu sudu kecil esin vanilla. (malas nak bersudu, korang pakai je penutup dia)
·         Lepas itu korang boleh masukkan bahan yang telah diayak tadi ke dalam mixer sedikit demi sedikit.  ‘Pukul’ laju. Dah sebati, tutup mixer. (ini part yg paling sy suka...Korang try rasa....Nyummy..)

Cara nak griskan loyang
·         Potong kertas minyak ikut acuan. Masukkan ke dalam loyang dan sapu marjerin/mentega.
·         Satu lagi cara, korang boleh sapu marjerin dalam bekas loyang. (jangan biar marjerin bertompok) Kemudian masukkan tepung gandum. Sengetkan ke kiri kanan agar tepung tu kena setiap tempat yang dah di marjerinkan. Setelah rata, korang boleh buang baki tepung. Tapi jangan sentuh dengan tangan bekas yang dah digriskan tu.
·         Masukkan adunan dan Bakar dalam suhu 180 drjah clcius lbih kurang dalam 45 minit.
·         Dah masak, sejukkan sebentar sebelum korang terbalikkan dia.

Topping
coklat masakan
 satu sudu mentega
 setengah cawan susu coklat
(bahan-bahan ni korang boleh sesuaikan sesuka hati...Kalau nak topping banyak..Banyakkanlah bahan2 ni..)
Cara nak masak
·         Gunakan Double boiler. (klau x ada... boleh pakai belanga.. masukkan air...masak sampai mendidih. Kemudian letak periuk atas permukaan dia)
·         Masukkan semua bahan dekat atas.
·         Masak sampai semua mencair. Lepas tu angkat terus. Jangan masak terlalu lama sebab nanti kalau terlampau masak coklat akan jadi pahit. (Kalau nak jimatkan duit...Coklat bar tu korang boleh ganti dengan serbuk koko baki yang d’gunakan buat kek) lebih kurang saja rasa dia.
·         Sejuk kan sebentar lepas itu tuang atas kek.
·         Silalah menjamu selera dengan senang hati...Nak lagi mabeles bak mai dekat saya sebijik...haha
Kalau nak buat sambutan hari jadi, korang boleh hias dengan anggur n straberry. Kalau nak warna warni letak coklat urai...(tp sy lg suka makan ‘buta’ macam itu saja tanpa letak benda2 pelik...haha) Nanti rajin sy ajar buat aising.. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)