“Nak
cuba timbang tak?” Fahmi pandang wajah isterinya. Kembang kempis hidung bila
dia cuba menahan tawa dari terhembur.
“Tak nak.” Mawardah tayang wajah
masam. Itu tak ada lain lah tu. Mesti nak bahankan dia. Mentang-mentanglah badan
dia dah tak berlekuk seperti zaman anak dara dulu.
“Lah
kenapa?” Dia ketawa kecil. Bukan niatnya mahu menyindir, Cuma dia geli hati
melihat wajah itu yang sudah seperti tertelan asam. Mencuka.
“Uitt,
beratur. Naik sorang-sorang.” Suaranya sengaja dibesarkan. Mahu meniru nada
suara suaminya. Malu apabila di ingat semula kenangan beberapa bulan dahulu.
Dia punyalah bersemangat nak timbang berat badan. Suaminya boleh pulak main
sindir-sindir. Terlebih muatan suaminya cakap. Nanti penimbang buat tunjuk
perasaan sebab ramai-ramai naik atas badannya. Memang tak patut!
“Abang tengok macam ada kurang
sikit. Cuba lah naik.” Tanpa mempedulikan penolakkan isterinya beberapa keping
syiling dimasukkan ke dalam mesin penimbang.
Semakin masam Mawardah mendengar
kata-kata suaminya. Dalam pada masa yang sama, kakinya tetap melangkah naik
atas penimbang. Mahu melihat hasil usahannya bersenam dalam masa beberapa
beberapa bulan ini. Ada perubahan ataupun langsung tak ada apa-apa.
“Lapan puluh enam kilogram.” Perlahan
Fahmi membaca nombor yang terpampang pada skrin. Terus bahu isterinya dipaut.
Bukan sahaja tiada penurunan, bahkan berat isterinya sudah naik lagi dua
kilogram.
“Tengok. Abang lah ni punya pasal.” Ikut
hati nak sahaja dia meraung dekat situ. Mimpi ngeri di siang hari!
“Eh, abang buat apa?” Fahmi pura-pura
tidak memahami kata-kata isteri kesayangannya.
“Kalau Mawar tak naik tadi, berat
Mawar kurang dua kilogram tahu.” Dicubit perlahan pinggang suaminya.
Kali ini Fahmi semakin galak ketawa.
Ada ke pulak macam itu. Tangannya naik ke atas tudung Mawardah. Diperbetulkan
tudung bawal yang sedikit senget. Kemudian bahu isterinya dipaut erat.
“Kalau naik sepuluh kilogram lagi
pun abang tak kisah.”
“Iyelah
tu tak kisah.” Ini baru suaminya. Tak termasuk lagi anak gadisnya, Afina. Sekarang
sudah pandai mengatur dia melakukan itu ini. Ada ke patut ditunjukkan dia iklan
sebuah syarikat pelangsingan badan. Sindir yang makan dalam. Tak menahan
pedihnya.
………………
“Abah tengok tak jiran baru kita? Cantik.”
Mawardah
menghentikan langkah. Terganggu mendengar perbualan antara anak sulungnya
dengan Fahmi.
“Dah. Mama kamu lagi cun.”
Kali ini Mawardah tersenyum lebar. Seronok
mendengar pujian suaminya. Tipu atau betul apa dia peduli. Asalkan hati dia
gembira sudahlah.
“Along pergi bancuh air sendiri.
Ewah, sedap saja kan dok mengutuk mama dekat belakang.” Dulang yang berisi air
kopi dan sepinggan karipap diletakkan di hadapan suami dan anaknya. Sebelum dia
melabuhkan tubuh sebelah suaminya, sempat dia mencapai sebiji karipap dan di
sumbat masuk ke dalam mulut.
“Mana ada mengumpat.” Afina
tersenyum kelat. Wajah abahnya dipandang menghantar isyarat membantu. Terus
muncungnya keluar bila abahnya hanya menjungkitkan bahu tanda tidak mahu masuk
campur.
“Tak
mengumpat. Tapi menyindir.” Disekeh perlahan kepala Afina. Dia tidak marah,
Cuma sedikit runsing. Buatnya suami dia tertarik hati dekat jiran sebelah
rumahnya yang ‘malatop’ itu macam
mana? Warghh! Bahaya ni.
“Mama tak nak kuruskan badan ke? Kawan along
ada makan ubat kurus. Dulu badan dia lagi besar pada mama. Sekarang, wulamak.”
“Eh, ubat apa dia makan?” Bersinar mata
Mawardah memandang anaknya. Kalau betul-betul boleh jadi kurus, dia pun nak
jugak. Ha kali itu bolehlah dia berlagak depan suaminya.
“Mawar.
Apa abang pesan?” Fahmi mengeraskan sedikit nada suaranya. Tidak suka mendengar
pertanyaan Mawardah. Yang anaknya pun satu. Suka sangat menjadi ‘hantu.’
“Katakan tidak kepada pil…” Malas
sahaja dia menjawab. Macam mana lah dia nak kurus kalau tak ada makan apa-apa supplement.
Nak harapkan dia berdiet? Huh, jadi macam sekaranglah. Sebiji karipap pun tak
menjengah mulut anak dan suaminya. Dia dah masuk tiga biji. Sudah tu nak kurus
macam mana?
“Alah abah, pil ni kawan along cakap
tak bahaya.” Afina cuba menyakinkan abahnya. Dia bukan apa, kesihan melihat
mamanya yang kadang-kala nampak termengah kalau banyak berjalan. Lagi pula
mamanya lebih cantik kalau kurus.
“Jangan nak mengada. Tak adanya ubat
kurus yang tak bahaya.” Fahmi hantar isyarat mata menyuruh anaknya mendiamkan
diri. Siapa yang tak suka kalau isteri kurus dan cantik? Dia juga suka. Cuma
dia lebih suka kalau dilakukan dengan diet yang betul. Isterinya bukan lagi
remaja yang mempunyai metabolism yang tinggi. Kalau tersilap langkah, apa-apa sahaja boleh
berlaku.
“Alah abang. Bolehlah. Kalau ada
rasa yang tak kena nanti, Mawar berhentilah.” Lengan suaminya dipegang erat.
Berusaha memujuk.
“Ainul Mawardah..” Perlahan sahaja
nada suara Fahmi. Tidak suka bila kata-katanya dibangkang. Kalau benda lain dia
boleh lagi nak pertimbangkan. Tapi kalau babitkan kesihatan dia tak boleh
hendak berkrompomi.
Terus Mawardah terdiam. Kalau sudah
nama penuh dipanggil, tahu benar suaminya tidak akan sesekali bersetuju. Silap
memujuk boleh makan tengkingan dia nanti.
……………
“Macam mana mama? Jadi tak?” Afina
sedikit berbisik. Risau jika suaranya sampai ke pendengaran abahnya. Boleh jadi
ribut nanti.
“Jadi lah. Kejap lagi dalam kereta
mama kasi duit.” Mawardah toleh kiri dan kanan. Terpandang wajah suaminya
membuatkan dia sedikit mengelabah. Yang anaknya pun satu, tak menyempat-nyempat
nak bertanya.
“Kasi duit? Buat apa?” Fahmi
bertanya. Sambil itu lengan bajunya disinting. Dia tersenyum bila isterinya
mendekat dan memperbetulkan ikatan tali leher yang sedikit senget. Sebuah
kucupan di hadiahkan di dahi isterinya sebelum dia berlalu menuju ke arah meja
makan.
“Emm..Emm…Mawar
nak mintak tolong along beli..beli…beli apa ye?.. Ha majalah.” Jantungnya terasa
bagaikan mahu melompat keluar. Risau jika suaminya tahu dia sedang berbohong.
“Majalah masakan kan mama? Nanti
boleh lah mama masak sedap-sedap.” Afina cuba membantu. Dia tergeleng kecil.
Benda macam itu punya senang pun mamanya tak boleh nak kawal. Ufthh..
“Hak arr. Betul lah tu.” Mawardah
tersengih kelat. Wajah suaminya yang sudah berkerut di pandang sekali imbas,
sebelum dia melarikan pandangan ke arah lain. Tidak mahu lelaki itu membaca
pembohongan yang cuba dia cipta.
“Angah dengan Acik mana?” Pandangan
matanya meliar. Mencari bayang anak kedua dan anak bongsunya.
“Dah pergi sekolah.”
“Awalnya.” Air kopi di hirup. Wajah
isterinya di pandang dengan penuh tanda tanya. Entah mengapa dia rasakan ada
sesuatu yang tidak kena. Isterinya itu bagaikan mengelisah. Wajahnya juga
langsung tidak dipandang.
“Diorang kan ada pertandingan nasyid
hari ini. Abang lupa ke?” Tangan anaknya di tarik menghampiri meja makan. Tidak
mahu suaminya mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
“Oh. Ini yang along kenapa tak pergi
lagi?”
“Terbabas bangun.” Afina tersengih. Itulah
padahnya kalau menonton cerita korea sampai ke pagi. Tadi puas mamanya
memanggil. Itu pun dia rasa malas sahaja nak bangun.
“Sembahyang subuh ke tidak?”
“Sembahyang.” Perlahan dia menjawab.
Abahnya kalau bab agama memang tegas. Rotan juga pernah menjadi santapan
tubuhnya kerana sengaja meninggalkan solat.
“Abah dah nak pergi kerja. Along nak
abah hantar ke apa?” Fahmi menyudahkan sarapannya. Sehelai tisu disambar dan
dilekapkan di bibir.
“Eh tak usah. Biar Mawar yang
hantar.” Pantas Mawardah menghalang. Rosak lah program mereka nanti kalau
suaminya yang menghantar Afina.
“Kalau macam itu tak apa lah. Abang
pergi dulu.” Sebelum pergi sempat dia menyambut salam anak dan isterinya. Di
benaknya sudah bermacam perkara bermain. Dia tahu Mawardah sedang
menyembunyikan sesuatu darinya.
………………
“Pagi dua biji. Malam dua biji.”
Teranguk Mawar mendengar penerangan anaknya. Botol bewarna Merah di pegang
erat. Seerat azamnnya mahu mengurangkan berat badan. Kalau boleh raya nanti dia
nak melaram dengan baju kebaya. Membayangkan nya sahaja sudah cukup untuk
membuatkan dia tersenyum lebar.
“Beza betulkan kawan Along tu. Tak
kenal mama tadi.” Terbayang wajah Intan sahabat karib anaknya. Sebulan dahulu
masa kali terakhir mereka berjumpa, gadis itu masih agak berisi. Sekarang
nampak kurus dan begitu cantik.
“Ha sebab itulah Along bagi tahu
mama.”
“Jangan kasi tahu sesiapa pun. Budak
dua orang tu pun jangan.” Jarinya dibawa untuk di kaitkan dengan jari jemari
Afina, tanda berjanji.
“Okey.” Afina ketawa kecil. Adik
lelakinya yang dua orang itu memang tak boleh di percayai. Apa sahaja rahsia
yang disembang olehnya dan mama, pasti akan sampai ke telinga abahnya.
“Lepas ni boleh lah mama melaram.”
Afina ketawa. Seronok membayangkan mamanya dapat memakai pakaian cantik semula.
Mama bukanlah berusia sangat. Baru masuk tiga puluh enam tahun. Masih masuk
ketegori muda.
“Tahu tak apa.” Semakin bersemangat
Mawardah mendengar kata-kata anaknya. Tak sabar pulak dia nak memulakan agenda
rahsianya.
………………….
“Mawar, abang nak tanya sikit.” Buku
di tangannya diletakkan ke atas meja di sisi katil. Wajah Mawardah dipandang. Isterinya
itu masih cantik seperti dahulu. Tiada apa yang kurang pada pandangan matanya. Cuma
sekarang ada perkara yang sedikit dia musykilkan.
“Apa?” Mawardah buka sedikit matanya
yang hampir terpejam. Entah mengapa dia sedikit letih semenjak dua menjak ini. Buat
kerja sedikit sudah mula terasa mengah.
“Mawar diet ke sekarang?” Fahmi
bertanya lembut. Bukan dia tidak nampak perubahan fizikal isterinya sekarang. Ketara
berubah. Cuma yang dia tak berkenan, Mawar bagaikan tidak bertenaga. Sesekali
dia terperasan, isterinya itu bagaikan mengeletar.
“Kenapa?” Kali ini dia buka mata
luas-luas.
“Nampak kurus.” Sudah beberapa
minggu dia mahu bertanya, tetapi ada sahaja halangan.
“Iya ke?” Mawar senyum lebar. Bersyukur
apabila suaminya nampak perubahannya sekarang. Dalam masa tak sampai sebulan
beratnya sudah turun sebanyak dua puluh lima kilogram. Berkat ubat yang di
makan juga senaman yang dilakukannya.
“Hem..” Fahmi turut membalas senyum
Mawardah. Isterinya yang mendekat di peluk erat. Rambut Mawardah yang hampir
menutup wajah di selit kebelakang telinga.
“Dah turun banyak mana?”
Mawardah terdiam. Dia teragak-agak
mahu memberitahu. Takut jika suaminya mengesan sesuatu yang tidak kena dek
kerana penurunan berat badannya yang melampau.
“Mawar tak timbang lagi.” Mata dipejam
rapat. Dalam hati tidak putus dia berdoa semoga Allah mengampuni dosanya kerana
berbohong kepada suami sendiri.
“Nak abang tolong timbangkan ke?”
Fahmi berkata nakal. Tangan Mawardah yang menampar dadanya perlahan dicapai dan
dibawa ke bibir. Dikucup jari-jemari itu.
“Abang nak Mawar tahu yang abang
terima Mawar bukan sebab fizikal Mawar. Tapi sebab hati Mawar.” Dia benar-benar
maksudkan itu. Tidak mahu kerananya, Mawar menyeksa diri.
“Mawar tahu.” Air matanya terasa
berlenang di kolam mata. Kalaulah suaminya tahu apa yang telah dia lakukan.
Maafkan Mawar abang…
…………….
“Anak kau dah berapa orang?”
“Tiga. Kau dah berapa?” Fahmi
bertanya sambil ketawa. Wajah Zuhdi, sahabat karibnya semasa bersekolah dahulu
dipandang. Langsung dia tidak percaya sahabat yang dulunya nakal sudah menjadi
doktor sekarang.
“Baru sorang.” Dia tiada rezeki
untuk memperolehi zuriat yang ramai. Ada seorang itu pun dia dah cukup
bersyukur.
“Tak apa. Nanti ada lah rezeki
engkau.” Sambil itu dia membalas lambaian tangan Mawardah. Isterinya itu nampak
menarik dibaluti dengan baju kurung moden bewarna merah bata.
“Tu bukan Mawar ke?” Zuhdi bertanya
dengan riak tidak percaya. Fahmi dan Mawar, keduanya sahabat karibnya semasa
bersekolah dahulu. Cuma selepas tamat bersekolah dia berpindah dan terputus
hubungan dengan keduanya. Malam ini, setelah berbelas tahun mereka ditemukan. Ada
juga rupanya hikmah mengadakan reunion dengan kawan-kawan. Hubungan yang
terputus dapat di sambung semula.
“Yup.”
“Apasal semacam saja aku tengok.” Tidak
mempedulikan perasaan Fahmi, terus kata-kata itu meluncur keluar.
“Maksud kau?” Dia cuba memahami
maksud yang cuba di sampaikan oleh Zuhdi.
“Isteri kau tu sakit ke?” Sekali
tengok pun dia sudah tahu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri sahabatnya
itu.
“Tak lah.” Pantas Fahmi menafikan.
Dia kalih pandang. Kali ini merenung tubuh isterinya dari jauh. Keluhan resah
terluah dari bibirnya. Memang betul. Ada yang tidak kena pada isterinya.
……………
“Mawar sejuk.”
Fahmi bagaikan tidak percaya
mendengar kata-kata Mawardah. Dia hari ini sahaja sudah dua kali mandi dek
kerana tidak tahan dengan bahang panas. Apatah lagi hujan sudah tidak turun
hampir dua bulan. Isterinya boleh pula berbaju sejuk siap berstoking bagai. Pelik!
“Mawar demam ke? Jom kita pergi
klinik.” Tangan dibawa menyentuh dahi isterinya. Sejuk.
“Tak ada lah.” Tangan suaminya
dicapai. Tidak mahu lelaki itu risau. Seketika kemudian dia melabuhkan kepala
di atas paha suaminya. Jari-jemarinya dibawa memicit dahi. Kepalanya terasa
sedikit berpusing. Pandangan matanya juga berbalam-balam.
Fahmi capai tangan Mawardah. Ada
yang mencuri tumpuannya. Di belek kuku isterinya satu persatu. Kenapa kuku
isterinya kekuningan?
“Mama…mama…” Panggilan yang disertai
tangisan membantutkan hasrat Mawar untuk terus berehat. Perlahan-lahan dia
bangun dari paha suaminya.
“Mama letak mana ubat tu?”
Afina
yang kalut bertanya membuatkan dia terkedu. Dia pandang wajah Fahmi. Jelas
suaminya tidak memahami apa yang cuba anaknya sampaikan.
“Along…”
Mawardah memangil perlahan. Tidak percaya anaknya menanyakan soalan itu di
hadapan suaminya.
“Along
tanya mama, ubat tu mana?” Kali ini sedikit kuat suara Afina. Ikutkan hati yang
gementar, mahu sahaja dia mencapai tubuh wanita kesayangannya itu dan digoncang
kuat. Bukan niatnya mahu kurang ajar. Cuma ketakutan dan kesedihan yang melanda
sukar untuk di elakkan.
“Along,
apa yang kurang ajar ni?” Fahmi panas hati. Tidak suka mendengar anaknya itu
meninggikan suara kepada Mawardah. Apa anaknya itu sudah lupakah adab yang
diajar oleh mereka selama ini? Tak pernah lagi sepanjang enam belas tahun umur
Afina, gadis itu berkurang ajar dengan mereka. Kenapa hari ni?
“Abah
tanya mama mana mama letak ubat tu.” Semakin kuat tangisannya. Takut jika sesuatu
terjadi kepada mamanya disebabkan saranan gila dia itu.
“Ubat
apa?” Fahmi bertanya tidak puas hati.
“Along…”
Mawardah cuba menghalang. Dengan tubuh yang semakin lemah dia bangun dan cuba
mendapatkan anaknya. Menghalang gadis itu menceritakan ‘agenda’ mereka kepada
Fahmi. Takut jika suaminya itu mengamuk.
“Mama
makan ubat kurus. Abah tanya mama, dekat mana mama simpan ubat tu.” Afina paut
lengan abahnya. Dia tahu mamanya pasti tidak akan berbohong kepada abahnya.
“Mawar?”
Fahmi terpana. Dia tidak tahu apa lagi yang mahu dia katakan.
“Mama
cakap cepat. Intan, dia masuk hospital. Doktor cakap sebab ubat kurus tu.” Dia
takut apabila mendengar berita sahabat baiknya itu dimasukkan ke hospital. Tak
mustahil mamanya akan menerima nasib yang serupa. Dia rela kalau mama besar
sekalipun, asalkan wanita itu sentiasa ada di sisinya.
Fahmi pandang wajah Mawar. Merah
padam wajahnya menahan marah. Dia sakit
hati bila mawar tidak mempedulikan amarannya. Terasa dirinya di perbodohkan.
Selama ini hamper saban hari Mawar menyakinkan dia yang isterinya itu kurus di
sebabkan diet yang seimbang. Argh..Bodohnya dia kerana terpedaya.
Mawardah pandang wajah suaminya. Dia
mahu meminta maaf. Malangnya pandangan dia menjadi kabur secara tiba-tiba. Tubuh
suaminya cuba dicapai.
“Mama…” Afina menjerit kuat bila
tubuh mama kesayangannya melolot jatuh. Air matanya sudah mengalir semakin
lebat. Kalau apa terjadi, pasti dia tidak akan dapat memaafkan diri sendiri.
…………………………
“Buah pinggangnya gagal berfungsi…”
Fahmi pejam mata. Mengeletar seluruh tubuh dirasakan. Penerangan Zuhdi tadi langsung
tidak dapat dicerna pada pendengarannya. Sekarang tidak putus doa dibaca.
Meminta agar buah pinggangnya sesuai dengan Mawardah.
“Along minta maaf abah.”
Fahmi kalih pandang. Keluhan resah
terhembus dari bibirnya. Di tarik Afina ke dalam pelukannya. Dia tahu niat baik
anak gadisnya itu. Mustahil dia akan menyalahkan anaknya atas apa yang berlaku.
Mawardah sudah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri tanpa di pengaruhi
sesiapa.
“Tak apa.” Seketika kemudian dia
memegang erat tangan isterinya yang masih tidak sedarkan diri. Sedikit berkecil
hati dia dengan tindakan isterinya. Sudah berulang kali dia memberitahu
Mawardah yang dia tidak kisah dengan keadaan fizikal isterinya itu. Kenapa wanita
kesayangannya itu tidak mahu mengerti?
Memang betul dia ada mengusik
Mawardah mengenai tubuh wanita itu, tetapi isterinya bukan kenal dia baru
sehari dua. Sudah berbelas tahun mereka berumah tangga, mustahil Mawardah masih
tidak dapat membaca isi hatinya.
“Abah, Along bawa adik-adik keluar
dulu.” Afina berkata perlahan. Tidak mahu mengangu. Pasti abahnya mahukan ruang
untuk diri sendiri.
“Angah nak teman mama.” Afiq cuba
menolak. Dia mahu berada di sisi mamanya. Wajah Afina dipandang dengan riak
tidak berpuas hati. Kalaulah alongnya itu tidak memandai, pasti semua ini tak
akan terjadi.
“Angah..” Afina menjegilkan mata.
“Iyelah-iyelah.” Malas mahu berlawan
kata dia bangun. Tangan adik bongsunya turut di tarik sekali.
Fahmi memandang kelibat
anak-anaknya. Kemudian di pandang wajah Mawardah. Nampak begitu pucat. Kalaulah
dia lebih mengambil berat, pasti isterinya tak akan berani membelakanginya.
“Mawar…Mawar…” Perlahan dia
memanggil isterinya. Lengan itu di usap penuh kasih.
“Abang sayangkan Mawar…” Dikucup
dahi isterinya. Tanpa di pinta air hangat mengalir menuruni lekuk pipinya.
………………….
Dua Tahun Kemudian
“Happy
anniversary day mama, abah.”
Mawardah ketawa kecil. Seronok dan
terharu bila ulang tahun perkahwinannya masih diingati oleh anak-anaknya. Jemari
suaminya di gengam erat. Mahu mengkhabarkan bertapa dia menghargai setiap detik
hidupnya ketika bersama dengan lelaki itu,. Tidak pernah sesaat dia menyesal
memilih Fahmi sebagai suami.
“Terima kasih sayang.” Pelukan demi pelukan
dari anak kesayangannya menzahirkan lagi kegembiraannya. Bersyukur Allah masih
mahu memanjangkan umurnya untuk berbahagia bersama dengan keluarga.
“Dah. Kita orang tak nak gangu mama
dengan abah.” Afina ketawa nakal.
“Eh, nak pergi mana tu?” Mawardah
cuba menahan. Dia hanya mampu mengeleng kepala, bila kelibat anak-anak kesayangannya
sudah menghilang.
“Biarlah.” Fahmi peluk erat tubuh
isterinya dari belakang. Bahu isterinya dikucup.
“Abang manja-manja ni, ada apa?”
Mawardah bertanya perlahan. Kemudian dia menoleh ke belakang. Mencari wajah
suaminya.
“Makin kecil pinggang isteri abang
sekarang ni.”
Mendengar kata-kata Fahmi, Mawardah
hanya mampu ketawa. Perutnya yang belum menampakkan betuk di usap perlahan. Tidak
percaya setelah apa yang berlaku dia dikurniakan rezeki untuk memperolehi
cahaya mata lagi.
“Kenapa? Kalau besar abang dah tak
sayang ke?” Mawardah turut mengusik.
“Bertambah sayang. Jimatlah abang.
Tak usah beli bantal peluk.” Fahmi semakin galak ketawa bila Mawardah menampar
perlahan dadanya.
“Terima kasih.” Mawardah berkata
perlahan. Dia tidak tahu apa yang boleh di berikan, melainkan ucapan itu. Sudah
banyak Fahmi bekorban untuknya. Mujurlah Allah kurniakannya seorang suami yang
bukan hanya ada semasa dia ketawa, tetapi turut ada semasa dia menderita.
“Untuk?” Fahmi pura-pura bertanya. Dia
dermakan buah pingangnya bukan untuk membuatkan Mawardah terhutang budi, tetapi
dia mahu wanita itu sedar yang dia sayangkan isterinya itu melebihi nyawa
sendiri.
“Segalanya.” Di peluk erat tubuh
suaminya. Sesaat pun dia tidak pernah menyesal memilih Fahmi sebagai suami. Lelaki
itu istimewa pada dalam hatinya dan bermakna dalam kehidupannya.
“Abang ada hadiah.”
“Apa?” teruja Mawardah bertanya.
“Pejam mata dulu.”
Tak tunggu sesaat Mawardah terus
menutup matanya. Sesekali dia mengintai apa yang cuba di lakukan oleh suaminya.
“Aip..Pejam
mata.” Fahmi ketawa kecil melihat telatah Mawardah. Beberapa keping kertas di keluarkan
dari poket seluar dan di letak di hadapan isterinya.
“Apa ni?” Mawardah buka mata setelah
mendapat kebenaran dari suaminya.
“Tengoklah.”
“Tiket percutian ke Maldives?”
Membulat matanya memandang Fahmi. Tidak percaya dengan apa yang dibaca. Sejak
dari dulu lagi impiannya mahu bercuti di situ. Tetapi ada sahaja halangan.
“Suka?” Fahmi hanya mampu ketawa
bila Mawardah meluru ke dalam pelukannya. Mulut itu tidak berhenti menceritakan
kegembiraan.
“Sangat…sangat…Terima kasih abang.”
Ikutkan hati yang teruja, nak sahaja dia melompat-lompat.
“Mana hadiah abang?” Terpana dia
apabila kucupan Mawardah bertalu-talu mengenai wajahnya.
“Lepas ni abang nak Mawar janji dengan abang. Jangan nak buat benda
pelik-pelik lagi. Abang terima Mawar sebab Mawar. Bukan sebab lain.”
“Abang jangan risau.” Tangan dia
diangkat tanda berjanji. Sejak dari kejadian yang hampir meragut nyawanya itu,
entah sudah berapa puluh kali dia terpaksa berjanji dengan suaminya tidak akan
buat lagi tindakan bodoh seperti itu.
“Tak usah nak kurus. Abang lagi suka
isteri abang berisi. Nak peluk pun sedap.”
“Abang nak tahu tak?” Mawardah
pura-pura tidak mendengar usikan suaminya. Tahu benar dia dengan telatah lelaki
itu, makin di layan makin menjadi nanti.
“Apa?” Wajah isterinya dipandang
dengan riak penuh curiga.
“Terima kasih sebab sudi jadi suami
terhebat untuk Mawar.” Pipi Fahmi di belai penuh kasih. Sebelum bibirnya jatuh
pada pipi itu lama.
“Abang hebat ke?” Rasa berbunga
hatinya mendengar pujian yang muntah dari bibir mawardah.
“Isyh..Main-main
pulak dia.” Kepalanya dilentokkan pada bahu suaminya. Kalau boleh dia mahu
mengkhabarkan kepada dunia, bertapa beruntungnya seorang Ainul Mawardah kerana
mendapat seorang suami sebaik Muhammad Fahmi.
“Abang sentiasa berdoa yang kita
akan bahagia sampai ke jannah.” Fahmi ukir senyuman gembira. Kecil besar ukuran
tubuh, bukanlah penentu sebuah kebahagian. Dan dia tak akan pernah jemu meyakinkan
isterinya yang dia menerima apa adanya wanita itu.
Surat
Cinta Untuk Disana : Ada beberapa lagi cerpen pendek yg sy
buat.. Tp serius…Rasa tak kena dgn jiwa sy…haha…Sy lebih selesa ‘bercerpang’
dari ‘bercerpen’… Tapi tak apa…pengalaman berguna sebenarnya.…Silakan komen nun
dibawah sana....mihahaha..
best!!! seyesly x sangka suami sendri yg donate... hrmmmm... bestnyer belahan jiwa yang memahami.. i lioke!!! teruskan berkarya ya!
BalasPadamso sweet!!ni baru betol sayang!!bulat ke lebor ke terima juge..hee..kurus buat ape??tulang je..haha..sedap kn hati je gayeny..haha
BalasPadamha ha ha.... Macam cerita saya je. Dah la nama pun sama. Hubby memang tak bagi saya makan ubat kurus walaupun badan saya XXL dan dia saiz M. Masa mula kenal memang dah mcm ni. Bagi dia yang penting saya sihat, x ada kolesterol tinggi, kencing manis atau darah tinggi.
BalasPadamha ha ha.... Macam cerita saya je. Dah la nama pun sama. Hubby memang tak bagi saya makan ubat kurus walaupun badan saya XXL dan dia saiz M. Masa mula kenal memang dah mcm ni. Bagi dia yang penting saya sihat, x ada kolesterol tinggi, kencing manis atau darah tinggi.
BalasPadamStory yg simple tp penuh dgn pengajaran.thanks cempaka. Saya baru cadang nk mkn ubat kurus. Bc cerpen awak jd takut pulak. Hik3
BalasPadamhehehehehe..yg penting hati, kurus gemuk tp kalau hati tak tenang tak blh juga....
BalasPadamBest best... nak lagi nak lagi.. *lompat-lompat*
BalasPadambest....
BalasPadamBest la...♥♥♥
BalasPadamciter yg bagus!
BalasPadamutg dpt suami cm Fahmi
BalasPadamCerpen yg menarik..
BalasPadambest..cuba perlu perbaiki apa yg patut,
BalasPadamTeruskan berkarya ....bak kata Boboiboy 'terbaik'
BalasPadam