Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 2 November 2013

Cerpen : Sedang Ingin Bercinta




“Papa memang kejam.” Umairah intai reaksi papa kesayangannya. Langsung tiada perubahan. Bahkan lelaki itu siap duduk bergoyang kaki.

            “Kamu tak usah nak berlakon sangat. Papa tak kira, kamu kena juga kahwin dengan Fikri.”  Wajah anak gadisnya dipandang. Jangan mimpi papa nak percaya dengan kamu kali ini Umairah!

            “Sampai hati papa buat Umai macam ni.” Umairah cebikkan bibir. Tension betul dia. Dalam banyak-banyak anak manusia atas muka bumi ni, kenapa malaun tanah itu juga yang papa nya pilih? Apa dah pupus habis ke lelaki-lelaki lain?

            “Yang kamu tu, sampai hati malukan papa macam ni?” Haji osman tayang riak wajah tidak bersalah. Sesekali anak gadisnya itu harus di berikan sedikit pengajaran. Tahunya nak tunjukkan keras kepala saja.

            “Umai tahu papa memang dah tak sayangkan umai kan?” Umairah alih cerita. Semakin lebat air mata palsunya dibiarkan mengalir.

            “Bagus lah kalau kamu dah tahu.” Tempe goring pedas dimasukkan ke dalam mulut. Beruntung dia dapat orang gaji yang pandai memasak. Nak harapkan anak gadisnya? Uhh, kirim salam sajalah. Tahunya masak kerang rebus sahaja.

            “Papa.”  Umairah bengang. Papanya memang sengaja. Bukannya tak tahu, dia dengan Fikri mana pernah nak ngam. Kalau berjumpa, tak bercakar memang tak sah.

            “Papa…papa…papa…Cakap sajalah. Papa bukannya tuli lagi.” Haji Osman pura-pura menguap. Dia kalau boleh mahu melarikan diri. Sudah letih telinganya mendengar omelan Umairah. Itu ini tak kena.

            “Papa kasi umai masa. Lagi setahun Umai bawa balik calon.” Ada ke orang yang nak kan dia? Argh…Belum cuba belum  tahu.

            “No..No..No..Tempoh kamu dah tamat. Papa tak kira, kamu kena juga kawin dengan Fikri. Ke kamu nak papa ubah harta letak nama orang lain?” Anaknya itu mata duitan. Dia pasti, tak adanya Umairah nak benarkan. Jadi sudah terang lagi bersuluh, kemenangan sudah berada di pihaknya. Tunggu apa lagi. Jom lah masuk tidur!

            “Papa nak pergi mana tu?” Umairah cuba menghalang. Tidak percaya papanya yang lembut sudah menjadi tegas dalam masa tak sampai sejam.

            “Tidur lah. Tak kan kamu nak papa jadi jaga dekat sini?”

            “Kan kita tak habis lagi.” Tak boleh! Papanya kena juga batalkan rancangan gila tu.

            “Dah habis. Pergi masuk tidur. Nanti papa suruh keluarga bakal laki kamu tu masuk meminang.” Dengan riak wajah angkuh, terus Haji Osman berlalu pergi.  Dia tiada masa mahu mendengar bebelan anak gadisnya.
………………………
            “Kau memang tak malu kan?” Umairah bercekak pingang. Sakit hati bila Fikri selamba sahaja berbaring di atas tilamnya.

            “Nak malu buat apa? Aku bukannya tak pakai baju.” Malas sahaja Fikri menjawab. Di pandang wajah isterinya sekali imbas. Tak ubah macam singa dalam cerita Madagascar!

            “Kau…Erghh..” Umairah geram. Terus dia mendekati katil dan mencapai sebiji bantal. Bersiap sedia mahu berperang dengan dengan Fikri.

            “Hoi. Apa ni?” Pantas dia bangun apabila tubuhnya di hujani dengan pukulan dari bantal yang di pegang oleh Umairah. Batal yang digunakan untuk memukul dirinya cuba dicapai.

            “Kau lepas lah mangkuk.” Umairah sedikit terjerit. Terjegil matanya memandang ke arah Fikri yang hanya ketawa menahan asakannya.

            “Cuba kau matang sikit Umai.” Tangan isterinya terus di rentap. Tubuh yang hampir terjatuh ditarik mendekatinya.

            Umairah terdiam. Terkebil-kebil matanya bila bibir mereka bertaup. Seketika kemudian kalut dia bangun dan berlari keluar. Malunya…Malunya…

            Fikri hanya memandang reaksi isterinya dengan tawa di bibir. Tahu pun malu. Ingatkan tahunya nak menyinga sahaja sepanjang masa.
…………………….
            “Apa yang kau masak ni?” Fikri pandang makanan di atas meja. Ikan kembung goreng yang kalau diukur tahap kehitamannya, sudah setanding dengan arang. Yang lain-lain, dia memang tak dapat kesan jenis masakan itu.

            “Makan sajalah.” Umairah bengang. Dia memang tak tahu memasak. Tapi memikirkan perutnya yang lapar terpaksalah dia mengagahkan diri masuk ke dapur. Yang papanya pun satu, nak pinjam orang gaji mereka sekejap pun tak kasi. Tak patut sungguh.

            Fikri tarik kerusi. Kalau di ikutkan hati dia mahu sahaja menolak ajakkan itu. Tetapi dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

            “Sedap tak?” Umairah bertanya nakal. Baru padan muka.

            “Sedap sampai rasa nak pitam.” Fikri menjawab malas. Makanan terburuk yang pernah dia rasa. Dengan nasi mentah, gulai cair, ikan rentung, memang cukup pakej untuk meracunkan diri sendiri!

            Umairah ketawa mendengar kata-kata Fikri. Puas hati dapat membuatkan lelaki itu terpaksa menjamah makanan yang dimasaknya. Mangkuk yang di tutup dengan tudung periuk di tarik mendekat. Seketika kemudian aroma maggi memenuhi ruang makan.

            “Pandai kau kan?” Terus pinggan nasi di tolak. Tiada hati mahu meneruskan suapan. Patutlah Umairah hanya memandangnya makan, rupa-rupannya ada menu lain yang hendak di jamah oleh wanita itu. Sedangkan dia dijamu dengan ‘racun’ merbahaya.

            “Nasib kau lah.” Dengan penuh berselera dia menyedut maggi masuk ke dalam mulut. Sengaja dia menguatkan bunyi slurp untuk menyakitkan hati Fikri. Biar berbulu mata lelaki itu.

            Fikri hanya mampu mengelengkan kepala. Tidak percaya Umairah sangup mempermainkan dirinya.
……………………..
            “Kau cinta kan aku?”

            Umairah laju menganguk. Merah padam wajahnya menahan malu. Tetapi desakan hatinya sukar di tolak. Sudah puas dia mengintai anak teruna sebelah rumah. Di sekolah mereka sekelas. Jadi peluang yang ada dia mahu gunakan dengan sebaiknya.

            Fikri ketawa besar. Wajah tembam yang membulat di hadapannya di pandang dengan pandangan jengkil. Rasanya gadis itu terlupa mahu becermin di rumah.

            “Kau berdiri dekat sini.” Sebelahnya ditunjukkan. Bila Umairah berdiri di sebelahnya, dia memanggil rakan sekelas mereka.

            “Korang tengok aku dengan dia macam mana?” Tak bersalah soalan itu meluncur dari bibirnya.

            “Wulamak. Pasangan paling tip top aku pernah jumpa.” Amirul ketawa nakal. Beberapa lagi jawapan keluar dari bibir rakan sekelas mereka. Semuanya jawapan yang menunjukkan bertapa berbezanya mereka.

            Umairah terdiam. Dia langsung tidak menyangka akan tindakan Fikri. Kalau tidak suka kenapa tidak menolak sahaja? Kenapa nak malu kan dia? Dan tanpa dipinta air matanya mengalir membasahi pipi.

            Bunyi guruh yang kuat berdetum memeranjatkan Umairah. Terbang melayang kenangan beberapa tahun dahulu. Disebabkan Fikri, dia takut untuk mendekati mana-mana lelaki. Lebih malang, lelaki itu bagaikan menghantuinya. Bukan sahaja di sekolah, sampaikan ke universiti dia terpaksa mengadap wajah lelaki itu.

            Dan sekarang langsung dia tidak menyangka lelaki yang dulu pernah mengutuknya, kini sudah menjadi suaminya. Dan dia akan pastikan lelaki itu menyesal mengahwininya.
…………………
            Gambar perkahwinan mereka di capai. Fikri tersenyum memandang wajah Umairah yang bagaikan terpaksa mengukir senyuman. Tiada lagi gadis montel yang pernah menjadi bahan usikannya. Yang ada hanyalah gadis cantik tetapi sangat dingin.  

            Dahulu dia memang tidak matang. Dan bila Umairah membuat pengakuan berani mati seperti itu, yang ada dalam fikirannya hanyalah rasa kelakar. Tidak percaya Umairah yang diketegorikan sebagai gadis biasa-biasa itu menyimpan hati mahu bergandingan dengan dia yang merupakan jejaka rebutan di sekolah.  

            Setelah puas menyelak gambar perkahwinan mereka, dia mengatur langkah keluar dari bilik. Mujurlah dalam degil Umairah, tidak pula gadis itu melawan katanya bila dia mahu mereka tinggal sebilik.

            “Buat apa tu?” Tubuhnya di labuhkan di sebelah Umairah yang sedang ralit melihat filem Hindustan.

            “Tengah berperang.” Tanpa perasaan dia menjawab. Sudah nampak lagi mau tanya.

            Fikri ketawa kecil. Setempek terkena pada wajah. Tangan dijatuhkan di atas bahu Umairah. Niat hatinya mahu mengusik.

            “Oit, tangan jangan jalan.” Di cubit lengan suaminya. Bila terdengar suara lelaki itu mengaduh, senyuman terukir pada wajahnya. Baru padan muka lelaki itu.
           
            “Sakitlah..” Digosok bekas cubitan Umairah. Tengok gayanya ni, boleh lebam seminggu.

            “Buat lah lagi perangai gedik tu.” Matanya difokuskan kembali pada filem yang di tontonnya. Masuk ini entah sudah berapa puluh kali dia mengulang menonton cerita Mann. Cerita yang mampu membuatkan air matanya mengalir.

            “Kenapa kau kurus sangat sekarang?” Sudah lama dia mahu bertanya. Sejak kaki mereka melangkah masuk kedalam universiti fizikal Umairah semakin berubah. Tubuh yang dulunya berisi, tinggal melidi.

            “Tak adalah orang nak kutuk aku lepas ni.” Sedikit sinis kata-kata Umairah. Sudah lelaki itu bertanya, takkan dia tak nak menjawab.  

            “Kau marahkan aku lagi ke?” Fikri bertanya perlahan. Dia yakin pasti ada lagi rasa tidak puas hati Umairah kepadanya.

            “Atas alasan apa aku nak marahkan kau?” Kali ini dia pandang tepat wajah suaminya. Cuba mencari jika rasa itu masih ada untuk Fikri, tetapi hatinya langsung tidak bergetar. Semunya bagaikan terasa kosong.

            “Sebab kes dulu.” Kalau boleh dia mahu segera menyelesaikan masalah yang pernah terjadi antara mereka berdua. Dia mahukan kehidupan berumah tangga yang normal. Bukannya seorang ke kutub utara, seorang lagi pula ke kutub selatan.

            Umairah mendiamkan diri. Dia tiada hati mahu mengenang kembali kata-kata sinis Fikri. Masih banyak yang perlu dia fikirkan berbanding dengan mengulang tayang kenangan lama.

            “Aku minta maaf kalau kau sakit hati dengan apa yang aku buat dulu.” Kalau boleh di putarkan masa, pasti dia tidak akan memalukan Umairah. Pasti dia akan memikirkan cara yang lebih matang ketika menolak gadis itu. Tetapi semuanya sudah terlambat. Dan dia harap Umairah mengerti yang dulu meraka masih remaja.

            “Hem..” Jangan mimpi dia mudah nak maafkan lelaki itu.
………………….
            “Kita keluar jalan-jalan nak?” Umairah yang baru melangkah keluar dari bilik air dengan hanya berkemban dipandang. Liur di telan kesat. Umairah sengaja mahu mengodanya atau apa? Semakin hari dia semakin tidak mengerti dengan tindak tanduk isterinya.

            “Tak nak. Nak tidur.” Kalau diikutkan rasa hati, dia mahu sahaja pergi ke pejabat. Tetapi papanya pasti akan mengamuk. Cutinya pula masih berbaki empat hari. Boleh gila dia kalau terpaksa mengadap wajah lelaki itu setiap detik.

Baju tidurnya dicapai dan di sarungkan ke tubuh. Setelah itu terus dia menyusup masuk ke dalam selimut. Tidak dipedulikan wajah kelat suaminya.

            “Kau pilih, nak keluar atau nak tidur dengan aku.” Kali ini Fikri mengeraskan sedikit suaranya. Seminggu perkahwinan mereka, ada sahaja perangai Umairah yang menaikkan darahnya. Ajak pergi berbulan madu ada sahaja alasan yang keluar. Kalau macam itu lah gayanya, bagaimana masalah merek mahu selesai?

            “Dua-dua tak nak.” Umairah tarik selimut menutupi wajah. Seketika kemudian dia tersentak bila tiba-tiba sahaja Fikri menyelit di sisinya.

            “Seorang isteri yang baik dia akan ikut apa sahaja cakap suami selagi tak melanggar hukum syarak.” Fikri rangkul tubuh isterinya. Sebuah ciuman berlabuh pada dahi Umairah.

            Umairah kaku. Terdiam mendengar kata-kata Fikri. Dia mahu menolak, tetapi setiap sentuhan lelaki itu membuatkan dia menjadi lemah. Dan tanpa sedar dia memeluk erat tubuh sasa itu.
…………………..
            “Jauh lagi ke?” Pandangan matanya dibawa mengintai keluar tingkap. Mahu memandang wajah Fikri dia tidak sangup. Malu apabila mengenangkan kejadian semalam.

            “Dah dekat.” Fikri tersenyum. Hari ini walau apa pun yang terjadi, Umairah kena mendengar kata-katanya. Dia mahu menyelesaikan semua masalah yang tercetus antara mereka.

            “Teluk Batik?” Umairah pandang wajah suaminya. Tidak percaya sampai ke situ suaminya membawa dia. Patutlah rasa jauh semacam sahaja.

            “Yup. Umai bawa kan baju ganti?”

            “Bawa.” Patutlah lelaki itu beria-ia mengingatkannya. Cuma dia sedikit pelik sekarang. Umai? Tak pernah-pernah lelaki itu memanggilnya dengan nama itu. Selalunya hoi, aku sahaja.

            Umairah melangkah turun dari kereta. Angin yang berderu membuatkan dia berasa tenang. Tanpa dapat di tahan laju kakinya melangkah menghampiri kawasan pantai. Rambutnya sesekali di perbetulkan.

            “Umai. Kejap lah.” Kalut Fikri mengikut jejak langkah isterinya.

            “Umai sukakan pantai kan?” Fikri pertanya lembut. Sesekali kakinya menguis pasir di kaki.

            “Suka.” Umairah tersenyum lebar. Setiap kali bercuti, pasti dia tidak akan pernah melepaskan peluang untuk pergi ke kawasan pantai. Dia sukakan bunyi ombak. Setiap hempasan itu memberikan ketenangan kepada jiwanya.

            “Nak tanya boleh?” Umairah pandang wajah Fikri. Dia mendekati sebuah kerusi dan melabuhkan tubuh di situ.

            “Apa?”

            “Sebab apa kau setuju kawin dengan aku?”   Seminggu sebelum perkahwinan mereka berlangsung, dia ada bertemu dengan Fikri. Mahu lelaki itu menarik diri. Tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Pada angapannya pasti Fikri turut bersetuju dengan cadangannya.

            Fikri tersenyum. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Umairah. Lepas pengakuan cinta gadis itu semasa mereka bersekolah, dia tiba-tiba sahaja jadi seronok mengintai setiap apa yang dilakukan oleh gadis itu.

 Semasa dapat tawaran belajar di luar negara, dia sangup menolak semata-mata ingin masuk ke dalam universiti yang sama dengan Umairah. Setiap hari dia memang tak jemu mencari pasal dengan gadis itu. Dia mahu Umairah sentiasa sedar kewujudannya.

“Sebab ini..” Tangan Umairah dicapai dan didekatkan ke dadanya. Berharap isterinya mengerti maksud yang cuba di sampaikan.

Umairah terkebil-kebil memandang Fikri. Dia cuba memahami maksud yang cuba di sampaikan oleh lelaki itu. Bila jawapan menjelma, pantas dia menolak. Mustahil Fikri sukakannya.
……………….
            “Abang. Ala..Bolehlah.” Umairah paut erat lengan suaminya. Dia tak kira, dia nak makan juga.

            “Mana abang nak cari ais kacang pagi-pagi buta ni sayang?” Fikri menguap kecil. Jam di jengah. Baru masuk pukul tiga pagi.

            “Abang dah tak sayangkan Umai kan?” Umairah tarik muncung. Sampai hati suaminya. Dia bukannya minta berlian sepuluh karat. Dia hanya minta ais kacang. Itu pun susah sangat ke nak tunaikan?

            “Ya Allah Umai. Abang sayang…” Ini yang malas. Kalau permintaan isterinya itu tidak dituruti, pasti kasih sayangnya mula dipertikai. Memang wanita mengandung macam ini ke perangainya?

            “Kalau sayang. Jom kita pergi cari.” Umairah tersenyum lebar.

            Fikri hanya mampu mengeluh. Dengan perlahan dia bangun dari katil. Tangan isterinya dicapai bagi membantu wanita itu bangun.

            “Anak abah dah lapar ais kacang ye?” Perut isterinya yang sudah jauh ke hadapan di pegang.  

            “Abang sindir Umai kan?” Ini yang buat dia nak sentap. Nak buat macam mana. Dah dia teringin.

            “Eh, teras pulak dia. Abang cakap dengan anak kita lah.” Tangan dibawa menyentuh rambut Umairah. Terus dikocak bagi mengusutkan semula rambut itu.

            “Iyelah tu.” Lengan suaminya di paut erat. Tidak sabar mahu merasa keenakkan ais kacang.

            “Kot iye pun, bagilah abang basuh muka dulu.” Fikri menegur. Ini betul-betul lapar ni!
……………………….
            “Sedap?” Kepalanya dilentokkan ke atas stereng kereta. Tawa kecil terhambur melihat wajah masam isterinya.  

            “Bolehlah dari tak ada langsung.” Sedikit jelingan dia hadiahkan buat suaminya yang sudah semakin galak ketawa. Lain yang dia mintak, lain yang dia dapat. Perut di usap perlahan. Sabar ye anak ibu. Matahari keluar besok kita cari ais kacang.

            “Itu saja yang ada. Kira bolehlah.” Sudah puas di mengelilingi kawasan sekitar. Malangnya langsung tak ada apa yang dicari. Sudahnya di berhenti di Seven Eleven dan membeli slurpee.

            “Lapar roti canai.” Umairah pandang wajah Fikri. Entah mengapa malam ini semua benda dia terasa mahu makan.

            “Nasib baik..” Fikri mengeluh lega. Kalau minta roti canai dari awal kan mudah. Tak usahlah dia melilau merata.

            “Jom keluar.”

            “Nak kemana?” Umairah terpinga-pinga.

            “Kata nak makan roti canai. Itu…” Bibirnya dimuncungkan menunjuk ke satu arah. Mujurlah kedai makan dua puluh empat jam, dekat sahaja dengan tempatnya meletakkan kereta. Mungkin Umairah masih belum perasan.

            “Umai nak empat keping.” Empat batang jari-jemarinya di naikkan.

            “Mak ai..Larat habis ke tu?” Fikri bertanya tidak percaya. Selalunya sebiji roti canai yang kecil itu pun isterinya tak mampu nak habiskan.

            “Larat.” Air liurnya sudah teras kecur. Terbayang keenakkan roti yang dicicah dengan gulai kari dan sambal ikan bilis.

            Sampai sahaja apa yang dipesan, terus Umairah membaca doa dan mula menyumbat masuk roti canai ke dalam mulut.

            Fikri pandang wajah isterinya. Kembung pipi itu bila mengunyah roti. Pinggan di hadapannya dipandang. Langsung tidak terluak. Tekaknya tidak dapat menerima makanan pada awal pagi. Secawan kopi yang dipesan, dihirup perlahan.

            “Abang..” Umairah tersenyum.

            “Nak apa pula?”

            “Abang tak nak ke tu?” Bibirnya di muncungkan ke arah pinggan suaminya.

            “Tak kenyang lagi?” Fikri membeliakkan mata. Tidak percaya dengan kelakuan Umairah. Dalam pada masa yang sama pinggan berisi roti canai miliknya di tolak menghampiri Umairah.

            “Terima kasih..” Umairah kembali menyambung suapan yang tergendala. Tidak dipedulikan pandangan suaminya. Entah mengapa, dia benar-benar terasa lapar..
…………………….
            “Abang.” Umairah pandang wajah suaminya yang tenang memandu.

            “Umai nak makan apa-apa lagi ke?” Fikri ketawa dengan kata-kata sendiri. Kalau Umairah mintak benda makan lagi, dia memang nak buat tabik hormat pada isterinya itu.  

            “Umai rasa, ketuban dah pecah.” Suaranya sedikit bergetar. Perutnya juga sudah mula terasa memulas. Sambil itu dia menekan lampu kereta. Matanya terus tertacap pada kain yang sudah basah.

            “Ya Allah, bukan lagi seminggu ke?” Fikri mula gelabah.

            “Anak abang ni dah tak sabar nak keluar.” Umairah cuba menenangkan diri sendiri. Mujurlah kenderaan tidak banyak sekarang. Kalau sesak jenuh dia nk menahan.

            “Sayang boleh tahan tak?”

            “Boleh. Abang jangan risau.” Dahinya sudah mula terasa berpeluh. Tetapi sedaya upaya di tahan. Tidak mahu suaminya menjadi gelabah.
………………………
            “Terima kasih sayang.” Fikri kucup dahi isterinya. Terharu dengan pengorbanan yang Umairah lakukan untuk melahirkan zuriatnya.

            “Abang dah tengok ke anak kita?” Umairah bertanya dengan suara yang sedikit serak. Tadi puas dia menangis kerana terlalu gembira. Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuknya.
           
            “Dah. Muka macam abang.” Fikri duduk sebelah isterinya. Bahu itu di paut erat. Berbangga akhirnya dia dapat memegang jawatan yang menjadi idaman setiap lelaki di dalam dunia ini.

            “Muka Umai tak ada ke?”

            “Tak ada.” Fikri ketawa bila Umairah mula buat muka.

            “Hidung dia macam hidung Umai.” Anak lelakinya memang mewarisi wajahnya. Tetapi hidung yang comel itu sebiji seperti Umairah. Saling tak tumpah.

            “Kira okey lah tu.” Umairah ketawa kecil. Tangan suaminya digengam erat. Bersyukur akhirnya dia bertemu dengan bahagia. Bertitik tolak dari pengakuan Fikri semasa di Teluk Batik dahulu, hubungan mereka menemui fasa baru. Mereka saling cuba melengkapi antara satu sama lain.

            “Terima kasih sayang sudi jadi sebahagian dari hidup abang. Abang harap Ahmad Faliq akan jadi anak yang baik untuk kita nanti.” Itu doa dan harapannya. Dan dia tahu Umairah pasti juga begitu.

            “Terima kasih juga untuk abang sebab sudi terima segala kekurangan Umairah.” Sebuah kucupan dia labuhkan pada pipi suaminya.

            “Lepas ni abang harap, kekurangan tu Umai dapat baiki.” Fikri galak ketawa. Umairah isteri yang sempurna pada pandangan matanya. Cuma ada satu sahaja yang kurang. Isterinya sampai sekarang masih menghidangkan dia ikan kembung rentung!

            Umairah hanya mampu ketawa kecil. Faham dengan apa yang lelaki itu maksudkan. Dan pasti nanti dia akan lebih mencuba untuk menjadi isteri yang boleh seorang suami banggakan.

Surat Cinta Untuk Di sana : Ada lagi dua cerpen yg tinggal. Nanti sy letak. Haishh…Betul2 rasa mcm makan nasi tak minum air… Lepas ni kena tumpu ‘cerpang’ sj rasanya… :)                                                                                                                 

9 ulasan:

  1. best...suka sume cerpen awk
    keep it up
    waiting ur next cerpenggg

    BalasPadam
  2. Best2.... Nak lagi cerpen akak
    Please... Hehehe

    BalasPadam
  3. Best. Simple je. Tp still sweet..

    BalasPadam
  4. Tenang n cool jer citernya. Best

    BalasPadam
  5. bila nak siapkan katakan bila kau cinta?? wuwuwuw...nak tahu ending die

    BalasPadam
  6. Best...tibe2 rase nk mkn ais kacang plak...haish....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)