“Papa
memang kejam.” Umairah intai reaksi papa kesayangannya. Langsung tiada
perubahan. Bahkan lelaki itu siap duduk bergoyang kaki.
“Kamu tak usah nak berlakon sangat.
Papa tak kira, kamu kena juga kahwin dengan Fikri.” Wajah anak gadisnya dipandang. Jangan mimpi
papa nak percaya dengan kamu kali ini Umairah!
“Sampai hati papa buat Umai macam
ni.” Umairah cebikkan bibir. Tension
betul dia. Dalam banyak-banyak anak manusia atas muka bumi ni, kenapa malaun
tanah itu juga yang papa nya pilih? Apa dah pupus habis ke lelaki-lelaki lain?
“Yang kamu tu, sampai hati malukan
papa macam ni?” Haji osman tayang riak wajah tidak bersalah. Sesekali anak
gadisnya itu harus di berikan sedikit pengajaran. Tahunya nak tunjukkan keras kepala
saja.
“Umai tahu papa memang dah tak
sayangkan umai kan?” Umairah alih cerita. Semakin lebat air mata palsunya
dibiarkan mengalir.
“Bagus lah kalau kamu dah tahu.”
Tempe goring pedas dimasukkan ke dalam mulut. Beruntung dia dapat orang gaji
yang pandai memasak. Nak harapkan anak gadisnya? Uhh, kirim salam sajalah. Tahunya
masak kerang rebus sahaja.
“Papa.” Umairah bengang. Papanya memang sengaja. Bukannya
tak tahu, dia dengan Fikri mana pernah nak ngam.
Kalau berjumpa, tak bercakar memang tak sah.
“Papa…papa…papa…Cakap sajalah. Papa
bukannya tuli lagi.” Haji Osman pura-pura menguap. Dia kalau boleh mahu
melarikan diri. Sudah letih telinganya mendengar omelan Umairah. Itu ini tak
kena.
“Papa kasi umai masa. Lagi setahun
Umai bawa balik calon.” Ada ke orang yang nak kan dia? Argh…Belum cuba
belum tahu.
“No..No..No..Tempoh
kamu dah tamat. Papa tak kira, kamu kena juga kawin dengan Fikri. Ke kamu nak
papa ubah harta letak nama orang lain?” Anaknya itu mata duitan. Dia pasti, tak
adanya Umairah nak benarkan. Jadi sudah terang lagi bersuluh, kemenangan sudah
berada di pihaknya. Tunggu apa lagi. Jom lah masuk tidur!
“Papa nak pergi mana tu?” Umairah
cuba menghalang. Tidak percaya papanya yang lembut sudah menjadi tegas dalam
masa tak sampai sejam.
“Tidur lah. Tak kan kamu nak papa
jadi jaga dekat sini?”
“Kan kita tak habis lagi.” Tak
boleh! Papanya kena juga batalkan rancangan gila tu.
“Dah habis. Pergi masuk tidur. Nanti
papa suruh keluarga bakal laki kamu tu masuk meminang.” Dengan riak wajah
angkuh, terus Haji Osman berlalu pergi. Dia tiada masa mahu mendengar bebelan anak
gadisnya.
………………………
“Kau memang tak malu kan?” Umairah
bercekak pingang. Sakit hati bila Fikri selamba sahaja berbaring di atas
tilamnya.
“Nak malu buat apa? Aku bukannya tak
pakai baju.” Malas sahaja Fikri menjawab. Di pandang wajah isterinya sekali
imbas. Tak ubah macam singa dalam cerita Madagascar!
“Kau…Erghh..” Umairah geram. Terus dia mendekati katil dan mencapai
sebiji bantal. Bersiap sedia mahu berperang dengan dengan Fikri.
“Hoi. Apa ni?” Pantas dia bangun
apabila tubuhnya di hujani dengan pukulan dari bantal yang di pegang oleh
Umairah. Batal yang digunakan untuk memukul dirinya cuba dicapai.
“Kau lepas lah mangkuk.” Umairah
sedikit terjerit. Terjegil matanya memandang ke arah Fikri yang hanya ketawa
menahan asakannya.
“Cuba kau matang sikit Umai.” Tangan
isterinya terus di rentap. Tubuh yang hampir terjatuh ditarik mendekatinya.
Umairah terdiam. Terkebil-kebil
matanya bila bibir mereka bertaup. Seketika kemudian kalut dia bangun dan
berlari keluar. Malunya…Malunya…
Fikri hanya memandang reaksi
isterinya dengan tawa di bibir. Tahu pun malu. Ingatkan tahunya nak menyinga
sahaja sepanjang masa.
…………………….
“Apa yang kau masak ni?” Fikri
pandang makanan di atas meja. Ikan kembung goreng yang kalau diukur tahap
kehitamannya, sudah setanding dengan arang. Yang lain-lain, dia memang tak
dapat kesan jenis masakan itu.
“Makan sajalah.” Umairah bengang. Dia
memang tak tahu memasak. Tapi memikirkan perutnya yang lapar terpaksalah dia
mengagahkan diri masuk ke dapur. Yang papanya pun satu, nak pinjam orang gaji
mereka sekejap pun tak kasi. Tak patut sungguh.
Fikri tarik kerusi. Kalau di ikutkan
hati dia mahu sahaja menolak ajakkan itu. Tetapi dia tidak mahu mengeruhkan
lagi keadaan.
“Sedap tak?” Umairah bertanya nakal.
Baru padan muka.
“Sedap sampai rasa nak pitam.” Fikri
menjawab malas. Makanan terburuk yang pernah dia rasa. Dengan nasi mentah,
gulai cair, ikan rentung, memang cukup pakej untuk meracunkan diri sendiri!
Umairah ketawa mendengar kata-kata
Fikri. Puas hati dapat membuatkan lelaki itu terpaksa menjamah makanan yang
dimasaknya. Mangkuk yang di tutup dengan tudung periuk di tarik mendekat. Seketika
kemudian aroma maggi memenuhi ruang makan.
“Pandai kau kan?” Terus pinggan nasi
di tolak. Tiada hati mahu meneruskan suapan. Patutlah Umairah hanya
memandangnya makan, rupa-rupannya ada menu lain yang hendak di jamah oleh
wanita itu. Sedangkan dia dijamu dengan ‘racun’ merbahaya.
“Nasib kau lah.” Dengan penuh
berselera dia menyedut maggi masuk ke dalam mulut. Sengaja dia menguatkan bunyi
slurp untuk menyakitkan hati Fikri. Biar
berbulu mata lelaki itu.
Fikri hanya mampu mengelengkan
kepala. Tidak percaya Umairah sangup mempermainkan dirinya.
……………………..
“Kau cinta kan aku?”
Umairah laju menganguk. Merah padam
wajahnya menahan malu. Tetapi desakan hatinya sukar di tolak. Sudah puas dia
mengintai anak teruna sebelah rumah. Di sekolah mereka sekelas. Jadi peluang
yang ada dia mahu gunakan dengan sebaiknya.
Fikri ketawa besar. Wajah tembam
yang membulat di hadapannya di pandang dengan pandangan jengkil. Rasanya gadis
itu terlupa mahu becermin di rumah.
“Kau berdiri dekat sini.” Sebelahnya
ditunjukkan. Bila Umairah berdiri di sebelahnya, dia memanggil rakan sekelas
mereka.
“Korang tengok aku dengan dia macam
mana?” Tak bersalah soalan itu meluncur dari bibirnya.
“Wulamak. Pasangan paling tip top aku pernah jumpa.” Amirul ketawa
nakal. Beberapa lagi jawapan keluar dari bibir rakan sekelas mereka. Semuanya
jawapan yang menunjukkan bertapa berbezanya mereka.
Umairah terdiam. Dia langsung tidak
menyangka akan tindakan Fikri. Kalau tidak suka kenapa tidak menolak sahaja?
Kenapa nak malu kan dia? Dan tanpa dipinta air matanya mengalir membasahi pipi.
Bunyi guruh yang kuat berdetum
memeranjatkan Umairah. Terbang melayang kenangan beberapa tahun dahulu.
Disebabkan Fikri, dia takut untuk mendekati mana-mana lelaki. Lebih malang,
lelaki itu bagaikan menghantuinya. Bukan sahaja di sekolah, sampaikan ke universiti
dia terpaksa mengadap wajah lelaki itu.
Dan sekarang langsung dia tidak
menyangka lelaki yang dulu pernah mengutuknya, kini sudah menjadi suaminya. Dan
dia akan pastikan lelaki itu menyesal mengahwininya.
…………………
Gambar perkahwinan mereka di capai. Fikri
tersenyum memandang wajah Umairah yang bagaikan terpaksa mengukir senyuman. Tiada
lagi gadis montel yang pernah menjadi bahan usikannya. Yang ada hanyalah gadis
cantik tetapi sangat dingin.
Dahulu dia memang tidak matang. Dan
bila Umairah membuat pengakuan berani mati seperti itu, yang ada dalam
fikirannya hanyalah rasa kelakar. Tidak percaya Umairah yang diketegorikan
sebagai gadis biasa-biasa itu menyimpan hati mahu bergandingan dengan dia yang
merupakan jejaka rebutan di sekolah.
Setelah puas menyelak gambar
perkahwinan mereka, dia mengatur langkah keluar dari bilik. Mujurlah dalam
degil Umairah, tidak pula gadis itu melawan katanya bila dia mahu mereka
tinggal sebilik.
“Buat apa tu?” Tubuhnya di labuhkan
di sebelah Umairah yang sedang ralit melihat filem Hindustan.
“Tengah berperang.” Tanpa perasaan
dia menjawab. Sudah nampak lagi mau tanya.
Fikri ketawa kecil. Setempek terkena
pada wajah. Tangan dijatuhkan di atas bahu Umairah. Niat hatinya mahu mengusik.
“Oit,
tangan jangan jalan.” Di cubit lengan suaminya. Bila terdengar suara lelaki itu
mengaduh, senyuman terukir pada wajahnya. Baru padan muka lelaki itu.
“Sakitlah..” Digosok bekas cubitan
Umairah. Tengok gayanya ni, boleh lebam seminggu.
“Buat lah lagi perangai gedik tu.”
Matanya difokuskan kembali pada filem yang di tontonnya. Masuk ini entah sudah
berapa puluh kali dia mengulang menonton cerita Mann. Cerita yang mampu
membuatkan air matanya mengalir.
“Kenapa kau kurus sangat sekarang?” Sudah
lama dia mahu bertanya. Sejak kaki mereka melangkah masuk kedalam universiti
fizikal Umairah semakin berubah. Tubuh yang dulunya berisi, tinggal melidi.
“Tak adalah orang nak kutuk aku
lepas ni.” Sedikit sinis kata-kata Umairah. Sudah lelaki itu bertanya, takkan
dia tak nak menjawab.
“Kau marahkan aku lagi ke?” Fikri
bertanya perlahan. Dia yakin pasti ada lagi rasa tidak puas hati Umairah
kepadanya.
“Atas alasan apa aku nak marahkan
kau?” Kali ini dia pandang tepat wajah suaminya. Cuba mencari jika rasa itu
masih ada untuk Fikri, tetapi hatinya langsung tidak bergetar. Semunya bagaikan
terasa kosong.
“Sebab kes dulu.” Kalau boleh dia
mahu segera menyelesaikan masalah yang pernah terjadi antara mereka berdua. Dia
mahukan kehidupan berumah tangga yang normal. Bukannya seorang ke kutub utara,
seorang lagi pula ke kutub selatan.
Umairah mendiamkan diri. Dia tiada
hati mahu mengenang kembali kata-kata sinis Fikri. Masih banyak yang perlu dia
fikirkan berbanding dengan mengulang tayang kenangan lama.
“Aku minta maaf kalau kau sakit hati
dengan apa yang aku buat dulu.” Kalau boleh di putarkan masa, pasti dia tidak
akan memalukan Umairah. Pasti dia akan memikirkan cara yang lebih matang ketika
menolak gadis itu. Tetapi semuanya sudah terlambat. Dan dia harap Umairah
mengerti yang dulu meraka masih remaja.
“Hem..”
Jangan mimpi dia mudah nak maafkan lelaki itu.
………………….
“Kita keluar jalan-jalan nak?”
Umairah yang baru melangkah keluar dari bilik air dengan hanya berkemban dipandang.
Liur di telan kesat. Umairah sengaja mahu mengodanya atau apa? Semakin hari dia
semakin tidak mengerti dengan tindak tanduk isterinya.
“Tak nak. Nak tidur.” Kalau
diikutkan rasa hati, dia mahu sahaja pergi ke pejabat. Tetapi papanya pasti
akan mengamuk. Cutinya pula masih berbaki empat hari. Boleh gila dia kalau
terpaksa mengadap wajah lelaki itu setiap detik.
Baju
tidurnya dicapai dan di sarungkan ke tubuh. Setelah itu terus dia menyusup masuk
ke dalam selimut. Tidak dipedulikan wajah kelat suaminya.
“Kau pilih, nak keluar atau nak
tidur dengan aku.” Kali ini Fikri mengeraskan sedikit suaranya. Seminggu
perkahwinan mereka, ada sahaja perangai Umairah yang menaikkan darahnya. Ajak
pergi berbulan madu ada sahaja alasan yang keluar. Kalau macam itu lah gayanya,
bagaimana masalah merek mahu selesai?
“Dua-dua tak nak.” Umairah tarik
selimut menutupi wajah. Seketika kemudian dia tersentak bila tiba-tiba sahaja
Fikri menyelit di sisinya.
“Seorang isteri yang baik dia akan
ikut apa sahaja cakap suami selagi tak melanggar hukum syarak.” Fikri rangkul
tubuh isterinya. Sebuah ciuman berlabuh pada dahi Umairah.
Umairah kaku. Terdiam mendengar
kata-kata Fikri. Dia mahu menolak, tetapi setiap sentuhan lelaki itu membuatkan
dia menjadi lemah. Dan tanpa sedar dia memeluk erat tubuh sasa itu.
…………………..
“Jauh lagi ke?” Pandangan matanya
dibawa mengintai keluar tingkap. Mahu memandang wajah Fikri dia tidak sangup.
Malu apabila mengenangkan kejadian semalam.
“Dah dekat.” Fikri tersenyum. Hari
ini walau apa pun yang terjadi, Umairah kena mendengar kata-katanya. Dia mahu menyelesaikan
semua masalah yang tercetus antara mereka.
“Teluk Batik?” Umairah pandang wajah
suaminya. Tidak percaya sampai ke situ suaminya membawa dia. Patutlah rasa jauh
semacam sahaja.
“Yup. Umai bawa kan baju ganti?”
“Bawa.” Patutlah lelaki itu beria-ia
mengingatkannya. Cuma dia sedikit pelik sekarang. Umai? Tak pernah-pernah
lelaki itu memanggilnya dengan nama itu. Selalunya hoi, aku sahaja.
Umairah melangkah turun dari kereta.
Angin yang berderu membuatkan dia berasa tenang. Tanpa dapat di tahan laju
kakinya melangkah menghampiri kawasan pantai. Rambutnya sesekali di
perbetulkan.
“Umai. Kejap lah.” Kalut Fikri
mengikut jejak langkah isterinya.
“Umai sukakan pantai kan?” Fikri
pertanya lembut. Sesekali kakinya menguis pasir di kaki.
“Suka.” Umairah tersenyum lebar. Setiap
kali bercuti, pasti dia tidak akan pernah melepaskan peluang untuk pergi ke
kawasan pantai. Dia sukakan bunyi ombak. Setiap hempasan itu memberikan
ketenangan kepada jiwanya.
“Nak tanya boleh?” Umairah pandang
wajah Fikri. Dia mendekati sebuah kerusi dan melabuhkan tubuh di situ.
“Apa?”
“Sebab apa kau setuju kawin dengan
aku?” Seminggu sebelum perkahwinan
mereka berlangsung, dia ada bertemu dengan Fikri. Mahu lelaki itu menarik diri.
Tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Pada angapannya pasti Fikri turut
bersetuju dengan cadangannya.
Fikri tersenyum. Dia tidak tahu
bagaimana mahu menerangkan kepada Umairah. Lepas pengakuan cinta gadis itu
semasa mereka bersekolah, dia tiba-tiba sahaja jadi seronok mengintai setiap
apa yang dilakukan oleh gadis itu.
Semasa dapat tawaran belajar di luar negara,
dia sangup menolak semata-mata ingin masuk ke dalam universiti yang sama dengan
Umairah. Setiap hari dia memang tak jemu mencari pasal dengan gadis itu. Dia
mahu Umairah sentiasa sedar kewujudannya.
“Sebab
ini..” Tangan Umairah dicapai dan didekatkan ke dadanya. Berharap isterinya
mengerti maksud yang cuba di sampaikan.
Umairah
terkebil-kebil memandang Fikri. Dia cuba memahami maksud yang cuba di sampaikan
oleh lelaki itu. Bila jawapan menjelma, pantas dia menolak. Mustahil Fikri sukakannya.
……………….
“Abang. Ala..Bolehlah.” Umairah paut
erat lengan suaminya. Dia tak kira, dia nak makan juga.
“Mana abang nak cari ais kacang
pagi-pagi buta ni sayang?” Fikri menguap kecil. Jam di jengah. Baru masuk pukul
tiga pagi.
“Abang dah tak sayangkan Umai kan?”
Umairah tarik muncung. Sampai hati suaminya. Dia bukannya minta berlian sepuluh
karat. Dia hanya minta ais kacang. Itu pun susah sangat ke nak tunaikan?
“Ya Allah Umai. Abang sayang…” Ini
yang malas. Kalau permintaan isterinya itu tidak dituruti, pasti kasih
sayangnya mula dipertikai. Memang wanita mengandung macam ini ke perangainya?
“Kalau sayang. Jom kita pergi cari.”
Umairah tersenyum lebar.
Fikri hanya mampu mengeluh. Dengan
perlahan dia bangun dari katil. Tangan isterinya dicapai bagi membantu wanita
itu bangun.
“Anak abah dah lapar ais kacang ye?”
Perut isterinya yang sudah jauh ke hadapan di pegang.
“Abang sindir Umai kan?” Ini yang
buat dia nak sentap. Nak buat macam mana. Dah dia teringin.
“Eh, teras pulak dia. Abang cakap
dengan anak kita lah.” Tangan dibawa menyentuh rambut Umairah. Terus dikocak
bagi mengusutkan semula rambut itu.
“Iyelah tu.” Lengan suaminya di paut
erat. Tidak sabar mahu merasa keenakkan ais kacang.
“Kot
iye pun, bagilah abang basuh muka dulu.” Fikri menegur. Ini betul-betul
lapar ni!
……………………….
“Sedap?” Kepalanya dilentokkan ke
atas stereng kereta. Tawa kecil terhambur melihat wajah masam isterinya.
“Bolehlah dari tak ada langsung.”
Sedikit jelingan dia hadiahkan buat suaminya yang sudah semakin galak ketawa. Lain
yang dia mintak, lain yang dia dapat. Perut di usap perlahan. Sabar ye anak
ibu. Matahari keluar besok kita cari ais kacang.
“Itu saja yang ada. Kira bolehlah.”
Sudah puas di mengelilingi kawasan sekitar. Malangnya langsung tak ada apa yang
dicari. Sudahnya di berhenti di Seven Eleven dan membeli slurpee.
“Lapar roti canai.” Umairah pandang
wajah Fikri. Entah mengapa malam ini semua benda dia terasa mahu makan.
“Nasib baik..” Fikri mengeluh lega.
Kalau minta roti canai dari awal kan mudah. Tak usahlah dia melilau merata.
“Jom keluar.”
“Nak kemana?” Umairah terpinga-pinga.
“Kata nak makan roti canai. Itu…”
Bibirnya dimuncungkan menunjuk ke satu arah. Mujurlah kedai makan dua puluh
empat jam, dekat sahaja dengan tempatnya meletakkan kereta. Mungkin Umairah
masih belum perasan.
“Umai nak empat keping.” Empat
batang jari-jemarinya di naikkan.
“Mak ai..Larat habis ke tu?” Fikri
bertanya tidak percaya. Selalunya sebiji roti canai yang kecil itu pun
isterinya tak mampu nak habiskan.
“Larat.” Air liurnya sudah teras
kecur. Terbayang keenakkan roti yang dicicah dengan gulai kari dan sambal ikan
bilis.
Sampai sahaja apa yang dipesan,
terus Umairah membaca doa dan mula menyumbat masuk roti canai ke dalam mulut.
Fikri pandang wajah isterinya.
Kembung pipi itu bila mengunyah roti. Pinggan di hadapannya dipandang. Langsung
tidak terluak. Tekaknya tidak dapat menerima makanan pada awal pagi. Secawan
kopi yang dipesan, dihirup perlahan.
“Abang..” Umairah tersenyum.
“Nak apa pula?”
“Abang tak nak ke tu?” Bibirnya di
muncungkan ke arah pinggan suaminya.
“Tak kenyang lagi?” Fikri
membeliakkan mata. Tidak percaya dengan kelakuan Umairah. Dalam pada masa yang
sama pinggan berisi roti canai miliknya di tolak menghampiri Umairah.
“Terima kasih..” Umairah kembali
menyambung suapan yang tergendala. Tidak dipedulikan pandangan suaminya. Entah
mengapa, dia benar-benar terasa lapar..
…………………….
“Abang.” Umairah pandang wajah
suaminya yang tenang memandu.
“Umai nak makan apa-apa lagi ke?”
Fikri ketawa dengan kata-kata sendiri. Kalau Umairah mintak benda makan lagi,
dia memang nak buat tabik hormat pada isterinya itu.
“Umai rasa, ketuban dah pecah.”
Suaranya sedikit bergetar. Perutnya juga sudah mula terasa memulas. Sambil itu
dia menekan lampu kereta. Matanya terus tertacap pada kain yang sudah basah.
“Ya Allah, bukan lagi seminggu ke?” Fikri
mula gelabah.
“Anak abang ni dah tak sabar nak
keluar.” Umairah cuba menenangkan diri sendiri. Mujurlah kenderaan tidak banyak
sekarang. Kalau sesak jenuh dia nk menahan.
“Sayang boleh tahan tak?”
“Boleh. Abang jangan risau.” Dahinya
sudah mula terasa berpeluh. Tetapi sedaya upaya di tahan. Tidak mahu suaminya
menjadi gelabah.
………………………
“Terima kasih sayang.” Fikri kucup
dahi isterinya. Terharu dengan pengorbanan yang Umairah lakukan untuk
melahirkan zuriatnya.
“Abang dah tengok ke anak kita?” Umairah
bertanya dengan suara yang sedikit serak. Tadi puas dia menangis kerana terlalu
gembira. Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuknya.
“Dah. Muka macam abang.” Fikri duduk
sebelah isterinya. Bahu itu di paut erat. Berbangga akhirnya dia dapat memegang
jawatan yang menjadi idaman setiap lelaki di dalam dunia ini.
“Muka Umai tak ada ke?”
“Tak ada.” Fikri ketawa bila Umairah
mula buat muka.
“Hidung dia macam hidung Umai.” Anak
lelakinya memang mewarisi wajahnya. Tetapi hidung yang comel itu sebiji seperti
Umairah. Saling tak tumpah.
“Kira okey lah tu.” Umairah ketawa
kecil. Tangan suaminya digengam erat. Bersyukur akhirnya dia bertemu dengan
bahagia. Bertitik tolak dari pengakuan Fikri semasa di Teluk Batik dahulu,
hubungan mereka menemui fasa baru. Mereka saling cuba melengkapi antara satu
sama lain.
“Terima kasih sayang sudi jadi
sebahagian dari hidup abang. Abang harap Ahmad Faliq akan jadi anak yang baik
untuk kita nanti.” Itu doa dan harapannya. Dan dia tahu Umairah pasti juga
begitu.
“Terima kasih juga untuk abang sebab
sudi terima segala kekurangan Umairah.” Sebuah kucupan dia labuhkan pada pipi
suaminya.
“Lepas ni abang harap, kekurangan tu
Umai dapat baiki.” Fikri galak ketawa. Umairah isteri yang sempurna pada
pandangan matanya. Cuma ada satu sahaja yang kurang. Isterinya sampai sekarang
masih menghidangkan dia ikan kembung rentung!
Umairah hanya mampu ketawa kecil.
Faham dengan apa yang lelaki itu maksudkan. Dan pasti nanti dia akan lebih
mencuba untuk menjadi isteri yang boleh seorang suami banggakan.
Surat
Cinta Untuk Di sana : Ada lagi dua cerpen yg tinggal. Nanti
sy letak. Haishh…Betul2 rasa mcm
makan nasi tak minum air… Lepas ni kena tumpu ‘cerpang’ sj rasanya… :)
best...suka sume cerpen awk
BalasPadamkeep it up
waiting ur next cerpenggg
Best2.... Nak lagi cerpen akak
BalasPadamPlease... Hehehe
nice
BalasPadamtp mcm laju sgt crita :)
Best. Simple je. Tp still sweet..
BalasPadamTenang n cool jer citernya. Best
BalasPadamBest sngat2...
BalasPadambila nak siapkan katakan bila kau cinta?? wuwuwuw...nak tahu ending die
BalasPadamSedap
BalasPadamBest...tibe2 rase nk mkn ais kacang plak...haish....
BalasPadam