Hel!O mY DarLing!

Khamis, 14 Mac 2013

Miss Puyu,,Will You Marry Me? Bab 2



 
“Selama ni tak cukup lagi ke kasih sayang yang aku bagi? Apa lagi yang kau nak?”

“Abang, abang dengar dulu cakap Kamariah. Semua ni fitnah.” Air mata mengalir di pipi Kamariah. Kaki suaminya di paut erat. Rontaan lelaki itu bagi menguraikan rangkulannya tidak di pedulikan.

“Apa lagi yang aku kena dengar? Kau nak salahkan siapa pulak kali ni? Mak aku tak mungkin buat cerita. Aku penat cari rezeki kat luar, kau berseronok mengusung jantan ke hulu- hilir. Mana maruah aku kau letak? Selama ni aku pekakkan telinga dengar semua cerita orang, tapi sekarang aku dah tak tahan.”

“Semua ni fitnah abang. Kamariah tak pernah curang. Mak abang sengaja nak fitnah Kamariah. Dari dulu lagi mak nak pisahkan kita. Kali ni Kamariah mintak abang percaya cakap Kamariah.”

“Cukuplah selama ni aku butakan mata hati sebab sayangkan kau. Aku dah tak sanggup nak jadi dayus. Kau dengar sini baik-baik” Seman mengambil nafas. Dengan linangan air mata dia mula menyusun kata.

“Kamariah Binti Pong aku Seman Bin Abu Dabi dengan ini..”

“Jangannnn” Kamariah berusaha menghalang. Tahu kalimah yang paling di takuti setiap wanita yang akan di ucapkan oleh suaminya.

Hanya padamu, keserahkan segalanya,
Kau bertahtah, di nurani anggun cintamu abadi....

Dan ayat ‘bersambung’ yang tertulis di skrin menyebabkan semakin kuat tangisan Yuyu. Sedihnya. Tisu di tarik lagi. Bunyi sobbbbb jelas kedengaran. Kenapalah penulis skrip ni buat cerita syahdu-syahdan? Tak tahu ke dia ni ratu air mata? Dah tu, baru jer nak mengfeelingkan diri bersambung lah pulak. Asemenn..potong stim betul. Semakin galak pula air matanya yang mengalir.

Kesian Kamariah. Sudahlah anak yatim piatu tak berbapak tak beribu, dapat pulak mak mertua jahat mengalahkan watak Mak Dara dalam cerita Ibu Mertuaku. Alah cerita dulu-dulu tu. “Kassim Selamat!! Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” Ingat tak?

Camarul yang sedang membaca surat khabar hanya mengelengkan kepala. Naik meremang bulu roma memandang wajah Yuyu yang bersememeh dengan air mata dan hingus yang mengalir. Pengotor betul. Tisu sudah penuh di atas lantai. Apa yang di sedihkan sangat tak tahulah. Siap meraung-raung lagi. Si heroin menjerit jangan, dia pun tumbang sekaki menjerit sama. Memang dasar dama queen.

“Camelia. Tu belakon je cik oii, Bukan betul pun. Menangis bagai ni dah kenapa? Putus urat kentut?” Camarul bertanya sinis. Rasa macam nak saja di sekeh kuat kepala adiknya. Memang over. Dah macam dia pulak berlakon.

“Orang tak nak kufur nikmat. Allah kasi air mata suruh hargai.” Yuyu masih dengan tangisannya. Jumpa kat luar siap Mak Cik Esah mak mertua si Kamariah tu. Dia nak lempar selipar jepun kat orang tua tu. Isyy jahat sangat.

Camarul mengeleng kepala. Matanya kembali menatap cerita-cerita di dalam surat khabar. Malas ingin terus melayan kerenah Yuyu. Naik biru matanya membaca satu artikel. ‘Tragedi Cili Api’. Setelah di baca dia terbahak-bahak ketawa. Aduh ni memang marah betul ni. Cerita mengenai seorang lelaki membawa cili api ke tempat kerja dan ‘mencilikan’ mulut seorang pekerja perempuan dek kerana tak tahan dengan mulut puaka wanita tersebut.

“Abang lepak rumah Yuyu ni kenapa? Rasa semak biji mata pulak.” Yuyu bertanya tidak berperasaan. Dengan Camarul dia memang main taram cakap jer. Sebab dia tahu Camarul memang jenis hati yakuza. Di hentak dengan tukul sekali pun belum tentu pecah. Hati kebal. Sekali tengok dah macam tak berperasaan. Tapi dia tahu Camarul abang yang terbest in the world.

“Woihh..Ayat menghalau lipas nampak.” Nasib baik adik kesayangan. Kalau adik kebencian dah lama dia karate. Baru tahu langit tu biru ke hijau.
“Bukan menghalau. Tak terniat langsung di hati sanubari adikmu yang comel lagi menawan kalbu ni nak menyahkan dikau dari rumahku syurgaku ini. Cuma rasa ajaib, apa mimpi abang datang ni? Nak ajak jumpa bakal kak ipar ke?” Sedikit berdrama Yuyu berkata.

“Ewahh. Berdrama bagai ni apasal?” Malang sungguh dapat adik tak cukup empuk ni.

“Orang tak berdrama Cuma taksub. Ada ke orang nakkan abang?”

“Ciss..ada unsur penuh penghinaan di situ. Apa kau ingat abang kau ni tak laku ke? Cuba tengok ni. Wajah tampan pujaan seantero dunia. Sebijik macam Ben Affleck” Di dekatkan wajahnya ke arah Yuyu.

Rasa nak muntah pelangi pulak Yuyu menengar pengakuan berani mati Camarul. Gila perasan. Siapalah yang beruntung mendapat abangnya yang memang suka menghensemkan diri sendiri tu? Okey, dia mengaku Camarul memang boleh di letak dalam geng orang ada rupa. Cumanya, sapa yang berani nak mevolunteerkan diri menjadi marka abang kesayangannya?  Sudahlah kedekut senyuman. Perangai dah macam gengster. Pokok akarnya, memang kureng peratus undian untuk jejaka terhangat di pasaran untuk sikap itu.

“Ben Affleck tu tak ada. Van terbalik remuk redam lepas kena langar dengan treler,, itu baru iya.”

“Ok lah. Kita sedar diri. Nampaknya abang bagi tahu jelah. Abah tanya bila nak mula kerja? Abang tak nak pujuk abah ok. Penghinaan tadi menyentap hati.” Camarul pura-pura merajuk.

“Eh bohong je kan? Abah cakap ke? Tak kan?” Kalut Yuyu bertanya. Matilah dia. Masa untuk bersenang lenang hampir tamat.

“pasal abah cakaplah yang abang bagi tahu ni.” Camarul gelak besar dalam hati. Ambik kau. Mainkan aku sangatkan tadi. Tahu kelemahan terbesar Yuyu adalah di suruh bekerja. Memang pemalas. Tahunya nak menjahanamkan beras jer. Sudah setahun mengangur. Langsung tiada tanda nak mencari kerja. Dia bukan tak boleh mengambil Yuyu bekerja di tempatnya, Cuma abah yang tak benarkan. Nak anak gadisnya belajar berdikari dan   cari duit sendiri. Bukan tahu ‘abahhh,,apasal akaun Yuyu kurang duit, masukkan sikit, beras kat rumah dah habis, Kang yuyu mati kebuluran, haaa...sapa nak jawab?” lebih kurang macam tulah ayat yang selalu Yuyu gunakan. Ajak duduk sekali dengan keluarga tak mahu pulak, kekononya nak berdiri atas kaki sendiri. Memang auta lebih dari fakta.

“Apasal Yuyu rasa abang tengah belakon ni?” Yuyu bertanya penuh dengan gaya. Matanya di kecilkan. Aura penipuan kuat terasa.

“Sungguh. Berdosa tahu menipu.” Memang betullah. Bulan lepas abah ada tanya. Cuma dia malas nak bagitahu Yuyu, tetapi dek sedikit bengang dengan kata-kata berunsur ‘penghinaan’ tadi maka dia saja keluarkan pesanan abah kesayangan.

“Alah Yuyu baru je grad. Lepak-lepak la dulu. Penat study pun tak habis lagi. Kang Otak Yuyu tetiba shut down sendiri macam mana? Tak kesian ke?” Wajah penuh kesedihan di tayang.

“Perlu ke abang kesian?” Kata-kata berunsur penipuan yang tercetus dari bibir Yuyu membuatkan Camarul hampir ketawa. Baru je grad? Hello..dah lebih setahun tau. Orang kalau mengandung dah beranak. Ayam kalau bertelur dah boleh cucu.

“Yuyu sedar siapa diri Yuyu. Hanya anak terbuang. Tak dikehendaki sesiapa. Abang tahu tak mana-mana rumah anak yatim yang sudi terima Yuyu?” Air mata palsu di keluarkan. Hingus yang masih bersisa dek menonton drama Kamariah Vs Seman tadi di hembus kuat. Pantas baju Camarul di tariknya. Padan muka!!!. Hatinya ketawa gembira bila ‘sisa majlis perbandaran’ melekat di baju Camarul.

“Eeeeyekk...Pengotor betul. Camarul yang tidak sempat menghalang perbuatan Yuyu mengelijang tanda geli geleman. Di sekeh kuat kepala si adik.

“Rumah anak yatim tak ada, rumah bakal pengemis nanti abang buat.” Sambil berlalu ke bilik yang memang selalu di gunakan kalau dia terasa ingin melepak dirumah adik tak sukup centernya. Niatnya hendak menukar baju. Harap-harap adalah baju tertinggal. Tak rela pakai baju ‘tercemar’.

Surat Cinta Untuk Disana : Perghhh..lap peluh....baru siap sikit jer..tengah mengasah otak mengingati balik benda-benda lawak yg pnah jd dlam hdup...ayoppp...fening kepala den...apa pun layan bab 2 dulu ekk....esok2 kalau smpat teman nganto bab 3...papai laling...i wnt to sik fan...jom2 kita beramai2 belasah maggi taruk air panas...yippi....  

4 ulasan:

  1. Hahaha...dua2 x center. Tp akak, saya konfius nie yg sambungan cerpen Camelia tu ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yuppp...tp kali ni akak jdkan versi novel plak...idea tngah ada...panjangkan jelah...hahah...dun woli haaa....novel ni utk relaks jer...x der stress2...

      Padam
  2. mcm konfius skit jer.... cba kaitkan blik dgn cerpen yg lama..

    BalasPadam
  3. seyes best giler!!!

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)