Hel!O mY DarLing!

Selasa, 31 Disember 2013

Jajan's-Jajan's KALAU SUDAH BERKENAN



“Kata mengantuk…” Ditiup wajah Adra perlahan. Mahu membuatkan mata itu terpejam kembali.

“Abang jangan risau. Tempat abang dah memang dalam hati Adra.”

“Huh?” Pelik dia bila Adra tiba-tiba mengeluarkan ayat seperti itu.

“Bukan abang tengah hembus kasih sayang untuk Adra ke tu?” Adra senyum lebar dengan mata yang terpejam rapat. Berbunga rasa hatinya dapat bermanja dengan suaminya.  

“Jangan perasan lah.” Semakin kejap tubuh itu dipeluk.

“Adra tahu abang sayangkan Adra, tapi janganlah peluk kuat sangat. Adra tak boleh nak bernafas dah ni.” Ditolak sedikit dada suaminya menjauh.

“Sorry.” Pantas dia merenggangkan pelukkan.

“It’s okey.” Matanya dipejam celik. Tangan pula ramah menepuk dada suaminya.

“Adra nak dodoikan abang ke tu?” Rambut yang sedikit menutupi wajah isterinya disebak ke belakang dan diselitkan di celah telinga. Kemudian sebuah kucupan hangat singgah pada dahi itu.

“Bukan…Adra tengah tepuk bagi kasih sayang Adra terbenam terus dekat hati abang.”

“Aipp..Main-main pulak dia.” Zafry sudah ketawa. Tak tahan mendengar kata-kata Adra.

“Adra sayangkan abang.” Seperti malam-malam sebelumnya, kata itu terluah lagi dari bibirnya.

“Abang tahu.”`
………………………….
“Abang nak air?” Adra bertanya lembut. Kasihan melihat raut wajah suaminya yang sudah merah semacam. Pasti tidak tahan dengan kepedasan sambal kerang yang dibuat oleh uminya. Dalam pada masa yang sama hatinya sudah mengekek ketawa.

Zafry yang mendengar pertanyaan Adra mengangguk laju. Gila tak nak! Lidahnya sudah rasa mahu terbakar dek kerana kepedasan. Tekak juga terasa mengembang bila seekor ikan yang kuat berbau dimasukkan ke dalam pinggannya. Kalau tidak memikirkan hati ibu bapa mertuanya, pasti dia sudah meluahkan kembali makanan yang masuk ke dalam mulut.

“Zafry tak lalu ke?” Rahimah pandang wajah menantu dan anaknya bersilih ganti.

“Eh tak adalah umi.” Cepat dia menafikan bila terkesan riak penuh tanda tanya diwajah wanita itu.

“Kalau tak lalu nak makan bagitahu umi. Tadi umi ada buat kotew sup untuk Zafry. Tapi Adra cakap Zafry suka masakan kampung. Nak-nak ikan perkasam goreng. Itu yang umi tak hidang.”

Mendengar kata-kata uminya, Adra pantas menyumbat masuk nasi ke dalam mulut secepat mungkin. Alahai…Yang uminya rajin nak bercerita tu kenapa? Kantoi!

“Argh..”

“Kenapa?” Adina bertanya terpingga-pingga bila kakaknya tiba-tiba menjerit kecil.

“Ada semut gigit perut.” Adra tayang sengih. Sekejap lagi pasti ada kesan lebam pada pinggangnya. Dijeling geram wajah suaminya yang tayang riak tidak bersalah.

“Semut besar ye Adra?” Razali menyindir dengan tawa kecil meletus dari bibirnya.
..................................
Tubuh sasanya disandar pada kepala katil. Bersiap sedia mahu menonton persembahan dari isterinya. Sambil itu camera di on kan. Mahu merakam aksi Adra bagi dijadikan bahan untuknya ketawa nanti.

“Abang buat apa tu?” Tak puas hati dia bertanya. Risau jika suaminya sengaja mahu mendajalkan dia. Buatnya lelaki itu masukkan ke dalam You tube tak ke naya?

“Jangan banyak tanyalah. Cepat sikit.” Dengan baju tidur bercorak cartoon dia yakin Adra pasti tampil comel nanti.

“Abang tak rasa macam abang buli Adra ke?” Sentap!

“Tak payah buatlah.” Comforter ditarik bagi menutupi tubuh. Mahu membuatkan Adra serba-salah. Yakin taktiknya pasti berjaya kerana dia sendiri selalu tewas dengan taktik merajuk yang selalu Adra buat sebelum ini.

“Adra buat sekarang.” Tangan dikepakkan. Bersiap sedia mahu mempersembahkan chicken dance pada suaminya. Dengan perut ke hadapan, dia yakin gayanya pasti tak ubah seperti ibu ayam!

Zafry tergelak kuat. Comel! hanya itu perkataan yang dapat dia katakan bagi mengambarkan keadaan Adra sekarang. Tubuh itu sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Sesekali berpusing ke belakang. Mulut pula riuh mengikut music yang dipasang olehnya melalui handset. Kata malu…tapi gayanya dah nampak seperti orang tak tahu malu!


Surat Cinta Untuk Di Sana : Sy dah tempek dekat group…Sj tempek dekat blog pulak nak bg kwn2 yg bukan ahli group fb bc… :) https://www.facebook.com/groups/621308791235302/ 


Rabu, 25 Disember 2013

Kalau Sudah Berkenan



Kain tuala yang dibasahkan dengan air disusap pada wajah suaminya. Sesekali air mata yang menuruni lekukkan pipi dikesat pada hujung baju. Seumur hidup tidak pernah dia rasa malu sebegitu rupa. Dipandang sekali imbas wajah membahang ayah mertuanya. Wajah sedih Mak Edah dan wajah tidak berperasaan Love. Tidak tahu dimana dia mahu letak muka nanti.

Sepanjang berbulan perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun suaminya pulang dalam keadaan mabuk. Sekian lama tidak menyentuh air kencing syaitan itu, kenapa hari ini suaminya sanggup buat kembali perangai tak berguna itu? Tak cukup lagi ke nasihat yang saban hari tercurah dari mulutnya?

“Adra..” Tan Sri Hamzah memanggil serba salah. Dia tidak terperanjat melihat keadaan Zafry kerana dia pernah melihat lebih daripada itu. Cuma dia malu mahu berhadapan dengan Adra. Kerana keinginanya mahu melihat Zafry berubah, Adra pula yang harus menjadi mangsa.

Senyuman cuba diukir buat tatapan ayah mertuanya dan Mak Edah. Malangnya bibir menjadi kaku. Sukar mahu menganyam senyuman bila harapan yang diletakkan pada bahunya tidak mampu digalas.

“Adra minta maaf..”

“Ayah yang patut minta maaf. Kalau ayah tak minta Adra kawin dengan Zafry, hidup Adra tak akan jadi macam ini.” Malunya hanya Allah yang tahu. Mujurlah besannya tidak bermalam dirumahnya, kalau tidak tak tahu dimana dia harus letakkan muka.  

“Aku tak boleh sayangkan kau..huk..”

Adra ketap bibir. Wajah suaminya dipandang. Dalam keadaan separuh sedar seperti itu pun lelaki itu masih melakukan penolakkan kepadanya. Tetapi sungguh, hatinya langsung tiada rasa kecewa!

“Kalau Adra nak tinggalkan dia, ayah takkan salahkan Adra.” Berat dia mahu melafazkan kata-kata itu setelah jauh dia membuat perancangan, tapi sampai bila dia harus berlagak kejam? Adra masih muda. Masih panjang jalan yang harus ditempuh. Kalau selamanya Zafry masih belum puas ‘menghukumnya,’ apa akan jadi dengan Adra nanti?
           
 “Dia suami Adra…” Rasa sebak yang kembali bertandang cuba dibuang sejauh mungkin. Baik buruk lelaki itu, dia harus menerimanya selagi dia termampu. Sebelum perkahwinan mereka berlangsung lagi Tan Sri Hamzah sudah memberitahu mengenai kelakuan suaminya. Dan mustahil untuknya menyalahkan lelaki itu bila dia sendiri yang sangup menerima cabaran.  
           
“Adra tahu dia akan berubah nanti…” Angan yang dikarang biarpun terlalu tinggi untuk digapai, pasti dia akan mencuba selagi dia berdaya.
            ………………
            Tangan dibawa menutup mata bagi mengahalang silau lampu yang tepat menyuluh muka. Kepalanya yang terasa berdenyut diurut perlahan. Setelah berbulan tidak menyentuh bir, ternyata dia sudah tidak sehebat dulu. Baru kena segelas pun dia sudah hampir tumbang.

            “Abang dah sedar.” Adra bertanya lembut.

            Terbeliak matanya memandang wajah Adra yang tiba-tiba menjengah betul-betul dihadapan wajahnya dengan kain telekung kemas tersarung pada badan. Dia dekat mana sekarang? Bukan dia dekat pub ke tadi?

            “Aku dekat mana ni?” Terpisat-pisat dia bangun. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. Keluhan resah terhembus. Rumah ayahnya! Terus kepala terlentok pada kepala katil. Matilah!

            “Dekat rumah ayah.”

            “Adra…Aku…” Serba salah wajah itu dipandang.

            “Jangan minta maaf dekat Adra. Minta maaf dekat Allah.” Melalui pandangan mata itu sahaja dia sudah tahu yang suaminya mahu memohon maaf. Dia tiada maaf untuk diberi. Semua itu urusan suaminya dengan Allah. Dia sudah menasihati, tetapi suaminya sendiri yang mahu memilih melakukan perkara yang dilarang agama.

            Terdiam Zafry mendengar kata-kata Adra. Dia rasa tersindir. Setiap gerak-geri isterinya dipandang. Keluhan halus terluah bila lunak suara itu mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Dahulu dia juga pernah lakukan perkara yang sama. Didikan Mak Edah tiada yang kurang. Cuma dia sendiri yang mahu memilih cara yang bertentangan dengan apa yang diajar semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap ayahnya. Dan sekarang dia sudah berjaya mendapat apa yang selama ini dia idamkan. Membalas setiap rasa ‘sakit’ yang pernah ayah dia hadiahkan. Tapi rasa bahagia yang diharap langsung tidak menjengah.  Bahkan dia sendiri yang terasa perit.

            “Aku tak layak untuk kau Adra.” Dia mengumam perlahan. Walaupun satu hari nanti hatinya akan terasa pedih…Dia tahu..melepaskan Adra adalah perkara terbaik yang pernah dia lakukan.
            …………………..
            “Mabuk lagi?”

            Dia mendengus bila suara garau ayahnya menyapa pendengaran. Tidak bolehkah lelaki itu membiarkan dia berasa tenang walaupun hanya sesaat?

            “Tak rasa malu ke?”

            “Why should I?” Tak berperasaan kata-kata itu terluah. Tangan dibawa memeluk tubuh yang terasa sejuk disapa angin pagi.

            “Silap ayah ke selama ni Umar Zafry?” Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaannya. Sungguh dia kecewa. Ternyata keinsafan yang diharap langsung tidak menyengah ke dalam diri anaknya. Terbayang seraut wajah arwah isterinya. Mata dipejam rapat. Maafkan abang Lin…

            Tersenyum sinis dia mendengar pertanyaan itu. Tidak perlu dia memberikan jawapan kerana dia yakin lelaki itu lebih tahu apa yang terjadi. Kecil besar perkara yang berlaku dia tidak mahu ambil peduli. Apa yang dia tahu, semua itu bukan salahnya!

            “Kalau tak ada rasa kasihan dekat ayah…Tolong kasihankan Adra.” Dipandang riak wajah anaknya. Kosong bagaikan tidak berperasaan. Kejam sangat ke apa yang dia lakukan selama ini sampai Zafry bertingkah begitu?

            “Rumah tangga saya pandailah saya uruskan sendiri.” Pandangan mata dibawa melihat ke arah langit. Cerah dipenuhi bintang-bintang yang galak mengedip cahaya.

            “Adra tak bersalah…”

            “Tapi ayah yang heret dia dalam masalah kita.” Dia ketawa kecil bagi menutup rasa bersalah yang menjengah. Setiap hari memandang wajah polos Adra membuatkan dia rasa dialah lelaki paling tidak berguna. Puas dihalang diri dari melayan Adra dengan baik, tetapi dia sering tertewas dengan aksi manja wanita itu.

            “Ayah tahu.”

            “So dah tak ada apa kita nak bincang. Please..Leave me alone.” Kerusi yang mengadap kolam dihampiri.

            “Buat apa nak seksa diri? Tak sayang ke nak rosakkan kebahagiaan yang dah ada dekat depan mata?” Kalau anaknya mahu berterusan berdendam kepadanya, dia tidak kisah. Tetapi kenapa sampai nak seksa diri sendiri? Itu sahaja yang dia tidak faham dan masih menjadi tanda tanya kepadanya sampai kini.

            “Ayah rasa saya layak ke nak bagi kasih sayang dekat orang? Ada ke yang sudi nak terima?”

            “Kalau dulu ada yang sangup menolak, tak mustahil sekarang ada yang sudi nak terima.” Perit lagi hatinya. Kalau dengan menyindir seperti itu anaknya akan puas, dia sangup kebalkan telinga menerima asalkan tiada lagi dendam bersarang dihati itu.

            “Adra akan jadi ibu dan isteri yang terbaik kalau Zafry bagi peluang dekat dia.” Persoalan mengenai kesahihan berita mengenai skandal anaknya dan seorang pelakon cuba dilupakan. Dirasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuknya bertanya. Lagipula dia tidak perlu susahkan diri. Banyak agensi penyiasatan yang tersedia. Bagi sahaja duit, semua maklumat akan berada dalam tangannya.

            “Peluang tu tak akan pernah ada..” Titisan embun yang terkena pada wajah disapu perlahan… Senyuman kelat terukir pada wajah. Dia tahu, dia tak akan pernah layak!

Surat Cinta Untuk Di Sana : Aloha syg2 ku…Ini ‘hadiah’ x seberapa dr sy utk kwn2 semua yg sudi memeriahkan group senget sy di FB… Dah seribu lebih ahli… Alhamdulillah… (oh..kot ada yg x betul sila komen…sy x sempat nk mengedit lg bab ni…copy terus paste… haha) papai…muahhhh

Sabtu, 21 Disember 2013

MPWUMM : Yuyu & Hasif





“Nak hujan ke malam ini?” Yuyu bertanya. Sebutir bintang tidak kelihatan pada dada langit.
           
“Entah. Kalau hujan pun okey juga. Sejuk sikit cuaca malam ini.” Hasif memandang Yuyu. Dia benar-benar teringin menyoal mengenai lelaki yang sering menjemput gadis itu selepas waktu bekerja. Cuma dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Takut kata-katanya nanti disalah tafsir.
           
“Encik Boss dengan Athirah tu ada apa-apa ke?” Selamba Yuyu bertanya. Dia kadang-kadang memang terlebih ramah. Main soal sahaja.

            “Ada apa-apa..apa?” Hasif pura-pura menyoal. Alangkah bagus kalau dia seberani Yuyu. Apa yang nak tahu main belasah cakap sahaja. Ada juga kelebihan orang yang suka berterus terang ni rupannya.

            “Maksud saya..together..together..” kedua jari telunjuk didekatkan. I pinjam kejap ayat you Kak Bib!

            “Merepek lah kau. Kenapa? kau cemburu? Kau nak together..together dengan aku ke?” Hasif tayang muka serius.

            Minuman yang tidak sempat ditelan dipancut pada wajah Hasif. Tergamam mendengar soalan lelaki itu. Terkebil-kebil matanya. Dia silap dengar ke apa?

            “Isy...Tak senonoh lah.” Wajahnya yang terpercik air disapu dengan hujung baju. Menyesal buat lawak tengah-tengah malam.

            “Encik Boss lah. Apasal buat lawak. Nasib baik saya minum air. Kalau saya minum api tadi kan dah cacat muka itu..” Apa aku merepek ni?..Ahh..taram sajalah.

             “Kau ni spesis naga ke apa?” Hasif ketawa. Jelas Yuyu malu mendengar kata-katanya. Ada juga sifat malu yang masih ada dalam diri gadis itu. Ingatkan tak ada langsung.

            “Malas nak layan.”

            “Nak burger tak?” Hasif cuba meredakan suasana. Burger yang masih berbaki sebiji diserah kepada Yuyu disebalik jaring balkoni.

            “Nak lah. Makan, siapa tak nak.” Yuyu capai burger yang dihulurkan oleh Hasif.

            “Kalau makan, laju saja engkau. Masak tak tahu pulak.” Hasif menyindir. Teringat nasi goreng yang dibuat oleh gadis itu beberapa hari sudah. Pedas, masin, berminyak...Pokoknya memang cukup lengkaplah ‘kemusnahan’ yang berlaku.

            “Kedai banyak. Buat apa nak peningkan kepala. Beli sajalah.” Itu tak ada lain lah tu. Mesti nak bahankan dia pasal kes nasi goreng yang dia buat. Dia dah cakap dia tak pandai memasak, lelaki itu juga yang beria-ia menyuruh. Dah orang masak banyak pula songehnya. Apa yang tak boleh blah, siap kasi nama lagi. Nasi Goreng Gunung Berapi. Ada juga yang dia rejam dalam lahar nanti!

            “Kalau aku cari isteri, aku nak yang pandai memasak.”

            “Carilah...” Yuyu bengang. Rasa macam nak masuk ke dalam rumah saja sekarang.

            “Yang sopan-santun, yang cantik.” Diintai wajah itu. Mahu mencari riaksi yang dipamerkan.

            “Yang sama macam Athirah.” Yuyu memotong kata Hasif. Semua ciri itu ada pada Athirah. Cuma bab sopan santun itu terpamer saat ada Hasif sahaja. Kalau tidak....Erkk.. Tak tergamak nak fikir.

            “Ha yang sama macam Athirah..”

            “Pergilah sana cari dia.” Yuyu marah. Dia sudah bangun bercekak pingang. Gigi diketap geram. Tidak perasan reaksinya sudah berlebihan.

            Hasif ketawa. Malam ini pasti tidurnya terlebih lena. ‘Ben Affleck’ boleh pergi main jauh-jauh.

            “Nak marah kenapa?” Hasif masih tidak sudah menyakat.

            “Isy...bencilah.” Tak tunggu lama Yuyu melangkah masuk ke dalam rumah.

            “Yuyu...nantilah” Hasif cuba menahan.

            Yuyu tak jadi masuk. Dia kembali bergerak di tempat yang diduduki tadi. Belum sempat Hasif membuka mulut, Yuyu telah bersuara.

            “Jangan salah faham okey. Orang datang nak ambil ini saja.” Burger yang ada di dalam plastik dicapai sebelum dia melangkah masuk kembali ke dalam rumah. Pintu ditutup kuat.

            Hasif ketawa. Marah, marah, makanan tetap tak lupa. Rupannya ada juga kebaikan dia ambil Athirah bekerja.

            Kalau diikutkan rasa marah, dengar nama sahaja dia sudah tidak mahu. Tetapi sampai bila rasa marah itu dapat dia bawa? Cukuplah dengan apa yang pernah terjadi. Athirah masa lalunya dan tak akan lagi pernah menjadi masa hadapan. Bantuan yang dia hulurkan juga hanyalah bantuan sebagai manusia yang begelar sahabat. Hanya itu. Dan dia harap Yuyu dapat memahaminya nanti.

Surat Cinta Untuk Disana : Sorry dah lama x update... Bz berjimba dgn anak sedara yg balik brcuti... x smpat lngsung nk buka blog... papai...muahhhh