Adra
gementar. Dulang yang ditatang bagaikan ingin terlepas dari tangannya. Sandwich
tuna dan segelas orange juice dipandang. Minta-mintalah rancangannya menjadi.
Kalau tidak masaklah. Semalam dia terdengar suaminya menghubungi entah siapa,
memberitahu mengenai pertukaran menu.
Melihat
senyuman pada wajah itu, dia yakin, pasti lelaki itu sudah berjaya. Dan dia
tidak mahu memberikan kemenangan kepada Zafry dengan mudah. Suaminya tidak
boleh memusnahkan perkahwinan ala kampung yang selama ini menjadi
impiannya.
“Abang.”
Perlahan dia memangil. Dulang ditangan digengam erat. Dengan berhati-hati tubuh
kecilnya dibawa naik ke atas katil.
“Abang.”
Sekali lagi dia memangil. Tersenyum bila Zafry mula membuka mata.
“What..?”
Malas
sahaja suara itu kedengaran pada pendengarannya. Pasti masih dibuai kantuk.
Pagi tadi puas dia memangil lelaki itu untuk bangun bersembahyang, tetapi
panggilannya langsung tidak bersahut. Benarlah apa yang dikata, semasa tidur
iblis akan semakin galak mendakat erat anak manusia dari bangun mengadap sang
pencipta. Kecewa, bila suaminya termasuk dalam golongan yang ‘disukai’ oleh
makhluk yang dilaknat Allah itu.
“Bangunlah
sarapan. Dah lewat ni.” Suaranya sedaya upaya dilunakkan. Nak mengambil hati
kenalah berlemah lembut. Manalah tahu lelaki itu terpesona nanti.
Zafry
tahan senyum. Alahai Adra... Nampak benar mahu mengambil hatinya. Berjaya juga
rupanya lakonan dia semalam. Dalam pandai, rupanya terselit juga lurus
isterinya. Kalau Adra tanyakan Laili pasti rahsianya sudah terbongkar.
Perlahan-lahan
dia bangun dan menyandar di kepala katil. Tubuhnya mendekat kepada Adra. Jelas
riak wajah isterinya berubah. Kenangan malam sudah bagaikan drama indah yang
terlayar di ruang mata. Dan sungguh, dia mahu mengulangi lagi kemesraan itu. Adra
bagaikan mempunyai aura yang membuatkan dia sentiasa tertarik hati.
“Wanginya..”
Di hidu tubuh itu. Ketawa kecil meletus bila dia melihat wajah Adra yang sudah
bertukar merah. Entah apa yang dimalukan sangat. Gaya Adra seperti mereka
pasangan yang baru sahaja sebentar tadi melafazkan akad.
Adra telan liur. Jangan lah Zafry
macam-macam. Karang tak pasal-pasal dulang yang dia pegang, dia telangkup atas
kepala lelaki itu. Niat hanya mahu mengambil hati, bukannya mahu
‘beramah-mesra.’
“Jom
sarapan.” Cekap jarinya mencarikkan sandwich dan disumbat masuk ke dalam mulut
Zafry yang sedang mendekat ke wajahnya. Dia tahan senyum bila suaminya jelas
kecewa dengan tindakannya. Bagaikan terpaksa sahaja suaminya mengunyah. Umar
Zafry sayang…. Kau nampak comel bila kecewa. Tanpa dipinta, senyuman manis
terukir dibibirnya.
………………………
“Eh..”
Zafry blur. Baju yang dihulurkan
kepadanya tidak bersambut. Malapetaka apa lagi pulak ni?
“Why?”
Nafiz pandang wajah Zafry dengan riak kehairanan. Apa yang tidak kena dengan
pakaian yang dia hulurkan? Rasanya elok sahaja. Tiada apa yang pelik. Cuma, dia
langsung tidak menyangka persalinan ala zaman dahulu kala yang menjadi pilihan
lelaki itu. Ke mana pergi Umar Zafry yang selalu mengangungkan barangan barat?
“Mana
kau dapat baju zaman Hang Tuah ni?”
Tanpa
dapat di tahan tawanya terus meletus setelah mendengar kata-kata Zafry. Aipp.. Kawannya masuk perangkap lagi ke?
Sehari dua ini, mulutnya hampir kejung kerana ketawa mendengar cerita Zafry
mengenai gadis bernama Adra. Ada sahaja aksi nakal gadis itu yang sampai ke telinganya
sehingga membuatkan dia tidak sabar mahu bertemu dengan isteri sahabat karibnya
itu. Entah bagaimanalah rupa gadis itu di luar. Harap-harap secomel gambar yang
dia tengoklah.
“Aku
tak sabar nak jumpa bini kau.” Dia mahu memberikan tabik hormat kepada gadis
itu kerana berjaya mempermainkan Zafry semahu hati. Rasanya Adra lah gadis
pertama yang berjaya mengucar-ngacirkan perasaan lelaki sekeras Zafry. Pasti
gadis itu bukan calang-calang.
“Kau
jangan nak sakitkan hati aku.” Suasana terasa membahang secara tiba-tiba. Baju
dari kain songket bewarna turquoise yang dipegang oleh Nafiz terus disambar. Terbayang
wajah Adra yang sekarang pasti sedang hebat mengetawakan dirinya. Arghh…Benar-benar menjengkilkan.
“Kira
kosong-kosong lah kan?” Nafiz tersenyum nakal. Kening diangkat menghantar
isyarat yang hanya mereka berdua fahami.
Melihat
raut wajah Nafiz, terus dia teringatkan sesuatu. Hilang rasa marahnya bila
teringatkan agendanya sebentar nanti. Biar padan muka Adra. Dan tawanya kuat
bergabung dengan tawa Nafiz. Nasib kau lah Adra.
“Kau
rasa dia tahu tak rancangan kau tu?” Nafiz terus berganjak ke tepi bagi memberi
laluan kepada seorang lelaki yang sedang membantu Zafry memperbetulkan pakaian
yang dipakai oleh sahabatnya.
“Dia
tu lurus sikit. Tak sedar punyalah kata kena tipu.” Sedikit sinis kata-kata
yang muntah dari bibirnya. Adra sekarang ibarat satu permainan yang
menyeronokkan bagi dirinya. Dan dia tidak tahu sampai bila dia akan ‘menyukai’
permainan itu sebelum dia mencampakkan ke tepi apabila sudah merasa jemu.
“Dalam
lurus-lurus dia, aku rasa kau yang banyak kena ‘bumm’ dengan dia kan?” Nafiz
ketawa. Entah bagaimanalah reaksi Zafry ketika dipermainkan oleh Adra. Pasti
kelakar.
“Banyaklah
kau punya bumm…” Sakit hati melihat Nafiz yang galak ketawa sambil tangan
menunjukkan isyarat benda meletup.
“Arghh..”
Sedikit mengaduh suaranya bila sesuatu terasa menyucuk dahi.
“Sorry…sorry...saya tak sengaja.”
“Buat
elok-elok lah sikit. Kau tahu buat kerja ke tak?” Mencerlung matanya memandang
wajah lelaki yang membantunya mengenakan pakaian. Dahinya terasa pedih. Ikutkan
hati nak sahaja dia memaki hamun pemuda itu.
“Relaks
la bro. Cuba kau pakai kasut ni. Hilanglah marah kau nanti.” Tangannya menunjuk
ke satu arah. Semakin galak dia ketawa. Siap bercapal bagai. Memang terbaiklah!
…………………………
“Abang…Senyum
lah sikit.” Nadanya lebih kepada mengomel. Tidak tahan melihat wajah cemberut
Zafry. Pasti panas hati dengan pilihan pakaian yang ditempah olehnya.
“Kau
tak nampak aku tengah buat apa sekarang?” Selebar yang mungkin dia menguntum
senyuman. Lebih kepada menyindir.
“Segak
sangat.” Uhh…Geram Adra dengan
gelagat suaminya. Baik tak payah senyum langsung. Buruk benar rupanya. Budak
lepas pantang kalau tengok pun boleh kena sawan tangis.
“Kau
duduk sana lah sikit. Rimas tahu tak?” Pautan tangan Adra pada lengannya cuba
dirungkaikan. Sudahlah baju yang dipakai berlapis-lapis. Adra pula bagaikan
magnet yang sentiasa mahu melekat.
“Alah,
kejap aje. Nanti dah selesai majlis Adra lepaslah.” Senyuman menawan
dihadiahkan buat suaminya.
“Majlis
tak mula lagi tahu. Kau nak bagi aku mati lemas ke?” Gigi diketap bagi mengawal
suaranya. Tidak mahu ada yang mendengar perbalahan antaranya dengan Adra. Gila ke
apa nak berkepit sampai majlis tamat? Sekarang ini pun dia sudah terasa rimas. Peluh-peluh
halus sudah mula merinik di wajah. Padahal suhu aircon yang dipasang agak dingin.
“Abang
pilih. Nak mati lemas ke, nak tanggung malu sebab isteri tersadung depan
tetamu?” Kain yang agak labuh diselak sedikit. Kakinya yang tersarung kasut
yang entah berapa inci tinggi ditunjukkan kepada Zafry. Naik gayat dia ketika
memakai kasut itu.
Tanpa
pengetahuan Zafry sudah beberapa hari dia berlatih ala-ala catwalk bagi
menyesuaikan diri. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia sarungkan selipar jepun.
Lebih selamat. Tapi itulah…Tak pernah dibuat orang. Dan dia tidak mahu
merelakan diri menjadi orang pertama yang berjaya memalukan diri sendiri.
“Dah
tahu kau tak biasa, kenapa pakai?” Geram dia dengan gelagat Adra. Ada sahaja
perkara yang dilakukan bagi menaikkan darahnya. Sudah itu siap suruh pilih antara
mati lemas dan malu di hadapan tetamu mana dia nak. Gila ke apa?
Tanpa
menjawab pertanyaan suaminya, Adra menaikkan tangan di atas kepalanya dan
diukur pada ketinggian Zafry. Lepas sedikit pada bahu. Satu pencapaian yang
boleh dibanggakan. Kalau tidak pasti mereka ibarat pasangan si ketot dan si
lonjong.
Zafry
hanya mampu mengelengkan kepala apabila Adra memberi jawapan secara bahasa
isyarat seperti itu. Sabar sahaja lah.
“Suami
Adra nampak kacak hari ini. Macam pahlawan dulu-dulu.” Sedaya upaya dia menahan
diri dari menghemburkan tawa. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.
“Kau….”
“Senyum…senyum…
Acara dah mula.” Nasib kau lah encik suami.
“Siap
kau kejap lagi.” Zafry mengumam.
“You're the best abang.”
Semakin erat dia memeluk lengan suaminya bila pancaran camera bertalu-talu
mengarah ke arah mereka. Dia takut tersadung dek kerana silau yang melampau.
Zafry
tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Kejap lagi kita tengok. You're the best lagi ke tak…
……………………
“Kenapa…”
Adra mati kata. Liur ditelan memandang ke arah tetamu yang sedang enak menjamu
selera dengan dengan hidangan kampung yang menjadi pilihannya dan Tan Sri
Hamzah. Beberapa gadis yang berperanan ala dayang sibuk berulang-alik menambah
makanan untuk tetamu.
“Kenapa?”
Zafry sengih nakal. Wajah isterinya yang kelat ditatap.
“Sebab
aku tak makan makanan kampung..” Kalau tak memikirkan tetamu yang ada pasti dia
sudah melambakkan tawa. Memang dia tidak menukar menu untuk tetamu. Tetapi menu
untuknya dan Adra memang sudah bertukar.
“Welcome to my life Adra
Afeefa.” Dia berbisik lembut pada telinga isterinya. Sesudu lasagna yang dia tahu
tidak disukai oleh Adra, disuakan ke bibir isterinya. Kening diangkat tanda
mencabar.
“Wah
romantiknya.” Zuhana yang menjadi pengapit Adra mengusik. Seronok melihat
pasangan merpati dua sejoli yang saling berbisik dan mengusik. Langsung dia
tidak menyedari sengketa yang terjadi antara keduanya.
“Hem..Romantik
sangat…” Kembang kempis hidungnya cuba ‘mendaratkan’ makanan itu ke dalam
perut. Sekarang dia langsung tidak menyesal membiarkan Zafry memakai pakaian tradisional
itu. Kira adil lah kalau kedua-dua mereka saling terkena.
“Sedapkan
sayang?” Mata dikenyitkan. Muntah lah kau kejap lagi isteriku!
“Makanan
paling best Adra pernah makan.”
Rasanya kunyahan dia untuk sesudu lasagna itu sudah melebihi takat hancur. Cuma
untuk menelan sahaja dia masih terasa seram.
“Best
kan? Kejap lagi kita makan itu pulak.” Muncung bibirnya menunjuk ke arah satu
hidangan.
Adra
tertunduk. Matilah!
……………….
“Kau
apasal diam saja bro?” Zafry bertanya. Hairan melihat tingkah Nafiz yang berubah
secara mendadak. Tadi sahabatnya begitu ramah mengusik. Tetapi sekarang, sunyi
sepi. Sepatah perkataan tidak dia dengar dari bibir itu.
“Tak
ada apalah.” Sesekali dia mengintai wajah isteri sahabatnya yang sedang beramah
mesra dengan tetamu. Wajah itu…
“That you....?”
Zafry terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata. Takut pertanyaannya nanti
akan disalah tafsir.
“Apa?”
“Kau
dah jatuh cinta dengan isteri kau ke?” Kali ini meluncur laju ayat itu terluah.
Wajah Zafry dipandang bagi menanti jawapan.
“Huh..Kau
mengarut apa ni?” Zafry tercengang. Tidak menyangka soalan itu terluah dari
bibir Nafiz.
“Saja
tanya.” Peluh yang merinik di dahi dikesat dengan tisu yang ada dalam pegangan
tangannya.
Wajah
Nafiz di pandang dengan pandangan penuh tanda tanya. Ada yang tidak kena
dirasakan. Pasti ada sesuatu yang dia tidak tahu. Tak pernah-pernah Nafiz berkelakuan
pelik seperti itu.
“Jom.
Aku kenalkan kau dengan isteri aku.”
“Eh,
tak usahlah.” Pantas dia menolak. Tergeleng kepalanya.
“Aku
ingat aku nak balik kejap lagi. Ada hal sikit.”
“Lah,
lambat lagi majlis aku tamat. Tunggu lah dulu.” Zafry berkata tidak puas hati.
Sambil itu matanya tak lepas dari memandang ke arah Adra. Risau jika perempuan
itu terjatuh di hadapan tetamu seperti yang dikata. Boleh malu dia nanti kalau
benar-benar terjadi.
“Tak
boleh lah. Sorry bro. Apa-apa aku
roger engkau.” Bahu Zafry ditepuk sebelum dia terus berlalu.
“Nafiz…”
Zafry hanya mengeluh bila Nafiz sudah meloloskan diri di sebalik tetamu yang ada.
……………….
“Cantiklah
pelamin kau Adra.” Zuhana yang sejak dari tadi berkepit dengan Adra berkata
kagum. Dari majlis bertepung tawar tadi lagi dia mahu memuji, cuma macam tak
manis pula kalau tetamu tengok.
“Kau
buat lah macam itu nanti.” Adra tersenyum. Pandangan matanya turut dibawa
melihat ke arah pelamin Stail Moroccan yang menjadi pilihannya. Nampak simple tetapi
sudah diterapkan dengan penuh dengan unsur kemelayuan. Sekeliling pelamin dihiasi bunga-bunga segar. Tadi
puas dia ‘memakan’ jelingan Zafry. Seronok dia apabila lelaki itu terpaksa duduk
bersila. Sesekali lelaki itu perlu diajar untuk menjadi lelaki melayu sejati. Ini
tak, tahunya nak berlagak duduk di atas kerusi sahaja.
“Tak
nak lah aku. Kau dah buat gaya itu, tak akan aku nak tiru.”
“Eh..Apa
salahnya.”
“Tak
salah. Cuma dah tak asli. Aku pun nak juga buat gaya yang orang tak pernah
buat.” Zuhana tersenyum. Di fikirannya sudah terbayang bermacam jenis pelamin
yang indah. Wah seronoknya!
“Kau
dah ada calon ke?”
“Itulah
masalahnya. Aku tak ada calon..” Musnah angan-angan yang baru dia karang. Adra
memang tak boleh tengok dia senang.
“Nanti
dah ada calon, baru kau sambung angan-angan kau tu.” Adra ketawa bila melihat
Zuhana mencebikkan bibir.
“Adra…Kau
tak lapar ke?” Kali ini nadanya lebih kepada berbisik.
“Mahunya
tak.. Kau ingat aku suka ke makan benda merepek macam itu?”
“Suami
kau tu, semuanya boleh dipuji. Kacak tak menahan. Tapi bab pilih makanan
memang…urghh…” Terpaksa sahaja tadi
dia memasukkan makanan ke dalam mulut.
“Tak
agak-agak kau kan?” Sedikit jelingan dia hadiahkan buat Zuhana kerana mengutuk
suaminya. Walaupun di dalam hati beria dia mengakui kata-kata gadis itu.
Zuhana
ketawa. Terlebih sudah la pulak.
“Kau
nak tahu… Aku pun terpaksa saja tadi makan. Ya Allah..Teruk benar rasa dia.”
Kali ini tawa keduanya bergabung.
“Kalau
orang dah tak ada nanti, kita makan nak?” Perutnya diusap perlahan. Mujurlah
majlis perkahwinan sahabatnya lebih kepada suasana santai. Kalau tidak jenuh
dia mahu berformal bagai.
“Mahunya
tak nak. Aku dari tadi terbau-bau gulai daging. Sedapnya.” Terasa kecur air
liur membayangkan keenakkan makanan tersebut. Kalau boleh makan nanti, dia nak
tayang muka eksen depan suaminya.
Geram dengan tindakan lelaki itu.
Zuhana
berundur sedikit ke sisi bagi memberi laluan kepada beberapa tetamu yang ingin
bersalaman dengan Adra. Salah seorang antaranya benar-benar mencuri tumpuan
matanya. Mak aihh…Merahnya mak ngah!
“Siapa
tu Adra?” Tak tunggu sesaat terus dia bertanya bila kumpulan itu sudah bergerak
pergi.
“Mana?”
“Itu…
yang baju merah.” Baju kebaya yang dipakai menyendat ditubuh. Sementara kain
terbelah sampai ke paha. Beruntunglah tetamu lelaki yang hadir. Dapat menjamu
mata dengan percuma.
“Orang
cetek akal. Kau jangan tengok. Buat tambah dosa aje.” Adra tersenyum hambar. Kata-kata wanita berbaju merah itu
tergiang di telinganya. Dan hatinya berdebar dengan kencang.
“Hari
ini kau boleh senyum bahagia. Esok…Zafry akan buang kau macam kain buruk. Macam
yang dia buat pada aku..”
Surat
Cinta Untuk Disana : Aloha darling…Sorry dah lm x updte
crita ni… Maaf jika tak seindah yang korang bayangkan… Muahhhh
best2... nak lagiiii
BalasPadamToce adikku Ruunna... :)
PadamNAK LAGI ,CERITA NI AKAN HABIS KAT BLOG KAN.
BalasPadamTak Baby Mio...Inshaallah klau ada rezeki,,,akan ke versi cetak... :)Doakan sy...
Padamlagi lagi lagi ...
BalasPadamalahai... ada pulak makan western masa kawen... ishk ishk...
BalasPadamdah habis ker?....sambung lagi...
BalasPadamZafry bad boy style. I loikeeeeeee ! Hahaha
BalasPadam