Hel!O mY DarLing!

Selasa, 10 September 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 11




Adra gementar. Dulang yang ditatang bagaikan ingin terlepas dari tangannya. Sandwich tuna dan segelas orange juice dipandang. Minta-mintalah rancangannya menjadi. Kalau tidak masaklah. Semalam dia terdengar suaminya menghubungi entah siapa, memberitahu mengenai pertukaran menu.

Melihat senyuman pada wajah itu, dia yakin, pasti lelaki itu sudah berjaya. Dan dia tidak mahu memberikan kemenangan kepada Zafry dengan mudah. Suaminya tidak boleh memusnahkan perkahwinan ala kampung yang selama ini menjadi impiannya. 

“Abang.” Perlahan dia memangil. Dulang ditangan digengam erat. Dengan berhati-hati tubuh kecilnya dibawa naik ke atas katil.

“Abang.” Sekali lagi dia memangil. Tersenyum bila Zafry mula membuka mata.

“What..?”

Malas sahaja suara itu kedengaran pada pendengarannya. Pasti masih dibuai kantuk. Pagi tadi puas dia memangil lelaki itu untuk bangun bersembahyang, tetapi panggilannya langsung tidak bersahut. Benarlah apa yang dikata, semasa tidur iblis akan semakin galak mendakat erat anak manusia dari bangun mengadap sang pencipta. Kecewa, bila suaminya termasuk dalam golongan yang ‘disukai’ oleh makhluk yang dilaknat Allah itu.

“Bangunlah sarapan. Dah lewat ni.” Suaranya sedaya upaya dilunakkan. Nak mengambil hati kenalah berlemah lembut. Manalah tahu lelaki itu terpesona nanti.

Zafry tahan senyum. Alahai Adra... Nampak benar mahu mengambil hatinya. Berjaya juga rupanya lakonan dia semalam. Dalam pandai, rupanya terselit juga lurus isterinya. Kalau Adra tanyakan Laili pasti rahsianya sudah terbongkar.

Perlahan-lahan dia bangun dan menyandar di kepala katil. Tubuhnya mendekat kepada Adra. Jelas riak wajah isterinya berubah. Kenangan malam sudah bagaikan drama indah yang terlayar di ruang mata. Dan sungguh, dia mahu mengulangi lagi kemesraan itu. Adra bagaikan mempunyai aura yang membuatkan dia sentiasa tertarik hati.

“Wanginya..” Di hidu tubuh itu. Ketawa kecil meletus bila dia melihat wajah Adra yang sudah bertukar merah. Entah apa yang dimalukan sangat. Gaya Adra seperti mereka pasangan yang baru sahaja sebentar tadi melafazkan akad.
           
            Adra telan liur. Jangan lah Zafry macam-macam. Karang tak pasal-pasal dulang yang dia pegang, dia telangkup atas kepala lelaki itu. Niat hanya mahu mengambil hati, bukannya mahu ‘beramah-mesra.’

“Jom sarapan.” Cekap jarinya mencarikkan sandwich dan disumbat masuk ke dalam mulut Zafry yang sedang mendekat ke wajahnya. Dia tahan senyum bila suaminya jelas kecewa dengan tindakannya. Bagaikan terpaksa sahaja suaminya mengunyah. Umar Zafry sayang…. Kau nampak comel bila kecewa. Tanpa dipinta, senyuman manis terukir dibibirnya.
………………………
“Eh..” Zafry blur. Baju yang dihulurkan kepadanya tidak bersambut. Malapetaka apa lagi pulak ni?

“Why?” Nafiz pandang wajah Zafry dengan riak kehairanan. Apa yang tidak kena dengan pakaian yang dia hulurkan? Rasanya elok sahaja. Tiada apa yang pelik. Cuma, dia langsung tidak menyangka persalinan ala zaman dahulu kala yang menjadi pilihan lelaki itu. Ke mana pergi Umar Zafry yang selalu mengangungkan barangan barat?

“Mana kau dapat baju zaman Hang Tuah ni?”

Tanpa dapat di tahan tawanya terus meletus setelah mendengar kata-kata Zafry. Aipp.. Kawannya masuk perangkap lagi ke? Sehari dua ini, mulutnya hampir kejung kerana ketawa mendengar cerita Zafry mengenai gadis bernama Adra. Ada sahaja aksi nakal gadis itu yang sampai ke telinganya sehingga membuatkan dia tidak sabar mahu bertemu dengan isteri sahabat karibnya itu. Entah bagaimanalah rupa gadis itu di luar. Harap-harap secomel gambar yang dia tengoklah.

“Aku tak sabar nak jumpa bini kau.” Dia mahu memberikan tabik hormat kepada gadis itu kerana berjaya mempermainkan Zafry semahu hati. Rasanya Adra lah gadis pertama yang berjaya mengucar-ngacirkan perasaan lelaki sekeras Zafry. Pasti gadis itu bukan calang-calang.

“Kau jangan nak sakitkan hati aku.” Suasana terasa membahang secara tiba-tiba. Baju dari kain songket bewarna turquoise yang dipegang oleh Nafiz terus disambar. Terbayang wajah Adra yang sekarang pasti sedang hebat mengetawakan dirinya. Arghh…Benar-benar menjengkilkan.

“Kira kosong-kosong lah kan?” Nafiz tersenyum nakal. Kening diangkat menghantar isyarat yang hanya mereka berdua fahami.

Melihat raut wajah Nafiz, terus dia teringatkan sesuatu. Hilang rasa marahnya bila teringatkan agendanya sebentar nanti. Biar padan muka Adra. Dan tawanya kuat bergabung dengan tawa Nafiz. Nasib kau lah Adra.

“Kau rasa dia tahu tak rancangan kau tu?” Nafiz terus berganjak ke tepi bagi memberi laluan kepada seorang lelaki yang sedang membantu Zafry memperbetulkan pakaian yang dipakai oleh sahabatnya.

“Dia tu lurus sikit. Tak sedar punyalah kata kena tipu.” Sedikit sinis kata-kata yang muntah dari bibirnya. Adra sekarang ibarat satu permainan yang menyeronokkan bagi dirinya. Dan dia tidak tahu sampai bila dia akan ‘menyukai’ permainan itu sebelum dia mencampakkan ke tepi apabila sudah merasa jemu.

“Dalam lurus-lurus dia, aku rasa kau yang banyak kena ‘bumm’ dengan dia kan?” Nafiz ketawa. Entah bagaimanalah reaksi Zafry ketika dipermainkan oleh Adra. Pasti kelakar.

“Banyaklah kau punya bumm…” Sakit hati melihat Nafiz yang galak ketawa sambil tangan menunjukkan isyarat benda meletup.

“Arghh..” Sedikit mengaduh suaranya bila sesuatu terasa menyucuk dahi.

“Sorrysorry...saya tak sengaja.”

“Buat elok-elok lah sikit. Kau tahu buat kerja ke tak?” Mencerlung matanya memandang wajah lelaki yang membantunya mengenakan pakaian. Dahinya terasa pedih. Ikutkan hati nak sahaja dia memaki hamun pemuda itu.

“Relaks la bro. Cuba kau pakai kasut ni. Hilanglah marah kau nanti.” Tangannya menunjuk ke satu arah. Semakin galak dia ketawa. Siap bercapal bagai. Memang terbaiklah!
…………………………
“Abang…Senyum lah sikit.” Nadanya lebih kepada mengomel. Tidak tahan melihat wajah cemberut Zafry. Pasti panas hati dengan pilihan pakaian yang ditempah olehnya.

“Kau tak nampak aku tengah buat apa sekarang?” Selebar yang mungkin dia menguntum senyuman. Lebih kepada menyindir.

“Segak sangat.” Uhh…Geram Adra dengan gelagat suaminya. Baik tak payah senyum langsung. Buruk benar rupanya. Budak lepas pantang kalau tengok pun boleh kena sawan tangis.

“Kau duduk sana lah sikit. Rimas tahu tak?” Pautan tangan Adra pada lengannya cuba dirungkaikan. Sudahlah baju yang dipakai berlapis-lapis. Adra pula bagaikan magnet yang sentiasa mahu melekat.

“Alah, kejap aje. Nanti dah selesai majlis Adra lepaslah.” Senyuman menawan dihadiahkan buat suaminya.  

“Majlis tak mula lagi tahu. Kau nak bagi aku mati lemas ke?” Gigi diketap bagi mengawal suaranya. Tidak mahu ada yang mendengar perbalahan antaranya dengan Adra. Gila ke apa nak berkepit sampai majlis tamat? Sekarang ini pun dia sudah terasa rimas. Peluh-peluh halus sudah mula merinik di wajah. Padahal suhu aircon yang dipasang agak dingin.

“Abang pilih. Nak mati lemas ke, nak tanggung malu sebab isteri tersadung depan tetamu?” Kain yang agak labuh diselak sedikit. Kakinya yang tersarung kasut yang entah berapa inci tinggi ditunjukkan kepada Zafry. Naik gayat dia ketika memakai kasut itu.

Tanpa pengetahuan Zafry sudah beberapa hari dia berlatih ala-ala catwalk bagi menyesuaikan diri. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia sarungkan selipar jepun. Lebih selamat. Tapi itulah…Tak pernah dibuat orang. Dan dia tidak mahu merelakan diri menjadi orang pertama yang berjaya memalukan diri sendiri.

“Dah tahu kau tak biasa, kenapa pakai?” Geram dia dengan gelagat Adra. Ada sahaja perkara yang dilakukan bagi menaikkan darahnya. Sudah itu siap suruh pilih antara mati lemas dan malu di hadapan tetamu mana dia nak. Gila ke apa?

Tanpa menjawab pertanyaan suaminya, Adra menaikkan tangan di atas kepalanya dan diukur pada ketinggian Zafry. Lepas sedikit pada bahu. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Kalau tidak pasti mereka ibarat pasangan si ketot dan si lonjong.

Zafry hanya mampu mengelengkan kepala apabila Adra memberi jawapan secara bahasa isyarat seperti itu. Sabar sahaja lah.

“Suami Adra nampak kacak hari ini. Macam pahlawan dulu-dulu.” Sedaya upaya dia menahan diri dari menghemburkan tawa. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.

“Kau….”

“Senyum…senyum… Acara dah mula.” Nasib kau lah encik suami.

“Siap kau kejap lagi.” Zafry mengumam.

“You're the best abang.” Semakin erat dia memeluk lengan suaminya bila pancaran camera bertalu-talu mengarah ke arah mereka. Dia takut tersadung dek kerana silau yang melampau.

Zafry tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Kejap lagi kita tengok. You're the best lagi ke tak…
……………………
“Kenapa…” Adra mati kata. Liur ditelan memandang ke arah tetamu yang sedang enak menjamu selera dengan dengan hidangan kampung yang menjadi pilihannya dan Tan Sri Hamzah. Beberapa gadis yang berperanan ala dayang sibuk berulang-alik menambah makanan untuk tetamu.

“Kenapa?” Zafry sengih nakal. Wajah isterinya yang kelat ditatap.

“Sebab aku tak makan makanan kampung..” Kalau tak memikirkan tetamu yang ada pasti dia sudah melambakkan tawa. Memang dia tidak menukar menu untuk tetamu. Tetapi menu untuknya dan Adra memang sudah bertukar.

“Welcome to my life Adra Afeefa.” Dia berbisik lembut pada telinga isterinya. Sesudu lasagna yang dia tahu tidak disukai oleh Adra, disuakan ke bibir isterinya. Kening diangkat tanda mencabar.

“Wah romantiknya.” Zuhana yang menjadi pengapit Adra mengusik. Seronok melihat pasangan merpati dua sejoli yang saling berbisik dan mengusik. Langsung dia tidak menyedari sengketa yang terjadi antara keduanya.

“Hem..Romantik sangat…” Kembang kempis hidungnya cuba ‘mendaratkan’ makanan itu ke dalam perut. Sekarang dia langsung tidak menyesal membiarkan Zafry memakai pakaian tradisional itu. Kira adil lah kalau kedua-dua mereka saling terkena.

“Sedapkan sayang?” Mata dikenyitkan. Muntah lah kau kejap lagi isteriku!

“Makanan paling best Adra pernah makan.” Rasanya kunyahan dia untuk sesudu lasagna itu sudah melebihi takat hancur. Cuma untuk menelan sahaja dia masih terasa seram.

“Best kan? Kejap lagi kita makan itu pulak.” Muncung bibirnya menunjuk ke arah satu hidangan.

Adra tertunduk. Matilah!
……………….
“Kau apasal diam saja bro?” Zafry bertanya. Hairan melihat tingkah Nafiz yang berubah secara mendadak. Tadi sahabatnya begitu ramah mengusik. Tetapi sekarang, sunyi sepi. Sepatah perkataan tidak dia dengar dari bibir itu.

“Tak ada apalah.” Sesekali dia mengintai wajah isteri sahabatnya yang sedang beramah mesra dengan tetamu. Wajah itu…

“That you....?” Zafry terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata. Takut pertanyaannya nanti akan disalah tafsir.

“Apa?”

“Kau dah jatuh cinta dengan isteri kau ke?” Kali ini meluncur laju ayat itu terluah. Wajah Zafry dipandang bagi menanti jawapan.

“Huh..Kau mengarut apa ni?” Zafry tercengang. Tidak menyangka soalan itu terluah dari bibir Nafiz.

“Saja tanya.” Peluh yang merinik di dahi dikesat dengan tisu yang ada dalam pegangan tangannya.

Wajah Nafiz di pandang dengan pandangan penuh tanda tanya. Ada yang tidak kena dirasakan. Pasti ada sesuatu yang dia tidak tahu. Tak pernah-pernah Nafiz berkelakuan pelik seperti itu.

“Jom. Aku kenalkan kau dengan isteri aku.”

“Eh, tak usahlah.” Pantas dia menolak. Tergeleng kepalanya.

“Aku ingat aku nak balik kejap lagi. Ada hal sikit.”

“Lah, lambat lagi majlis aku tamat. Tunggu lah dulu.” Zafry berkata tidak puas hati. Sambil itu matanya tak lepas dari memandang ke arah Adra. Risau jika perempuan itu terjatuh di hadapan tetamu seperti yang dikata. Boleh malu dia nanti kalau benar-benar terjadi.

“Tak boleh lah. Sorry bro. Apa-apa aku roger engkau.” Bahu Zafry ditepuk sebelum dia terus berlalu.

“Nafiz…” Zafry hanya mengeluh bila Nafiz sudah meloloskan diri di sebalik tetamu yang ada.
……………….
“Cantiklah pelamin kau Adra.” Zuhana yang sejak dari tadi berkepit dengan Adra berkata kagum. Dari majlis bertepung tawar tadi lagi dia mahu memuji, cuma macam tak manis pula kalau tetamu tengok.

“Kau buat lah macam itu nanti.” Adra tersenyum. Pandangan matanya turut dibawa melihat ke arah pelamin Stail Moroccan yang menjadi pilihannya. Nampak simple tetapi sudah diterapkan dengan penuh dengan unsur kemelayuan. Sekeliling pelamin dihiasi bunga-bunga segar. Tadi puas dia ‘memakan’ jelingan Zafry. Seronok dia apabila lelaki itu terpaksa duduk bersila. Sesekali lelaki itu perlu diajar untuk menjadi lelaki melayu sejati. Ini tak, tahunya nak berlagak duduk di atas kerusi sahaja.  

“Tak nak lah aku. Kau dah buat gaya itu, tak akan aku nak tiru.”

“Eh..Apa salahnya.”

“Tak salah. Cuma dah tak asli. Aku pun nak juga buat gaya yang orang tak pernah buat.” Zuhana tersenyum. Di fikirannya sudah terbayang bermacam jenis pelamin yang indah. Wah seronoknya!

“Kau dah ada calon ke?”

“Itulah masalahnya. Aku tak ada calon..” Musnah angan-angan yang baru dia karang. Adra memang tak boleh tengok dia senang.

“Nanti dah ada calon, baru kau sambung angan-angan kau tu.” Adra ketawa bila melihat Zuhana mencebikkan bibir.

“Adra…Kau tak lapar ke?” Kali ini nadanya lebih kepada berbisik.

“Mahunya tak.. Kau ingat aku suka ke makan benda merepek macam itu?”

“Suami kau tu, semuanya boleh dipuji. Kacak tak menahan. Tapi bab pilih makanan memang…urghh…” Terpaksa sahaja tadi dia memasukkan makanan ke dalam mulut.

“Tak agak-agak kau kan?” Sedikit jelingan dia hadiahkan buat Zuhana kerana mengutuk suaminya. Walaupun di dalam hati beria dia mengakui kata-kata gadis itu.

Zuhana ketawa. Terlebih sudah la pulak.

“Kau nak tahu… Aku pun terpaksa saja tadi makan. Ya Allah..Teruk benar rasa dia.” Kali ini tawa keduanya bergabung.

“Kalau orang dah tak ada nanti, kita makan nak?” Perutnya diusap perlahan. Mujurlah majlis perkahwinan sahabatnya lebih kepada suasana santai. Kalau tidak jenuh dia mahu berformal bagai.

“Mahunya tak nak. Aku dari tadi terbau-bau gulai daging. Sedapnya.” Terasa kecur air liur membayangkan keenakkan makanan tersebut. Kalau boleh makan nanti, dia nak tayang muka eksen depan suaminya. Geram dengan tindakan lelaki itu.

Zuhana berundur sedikit ke sisi bagi memberi laluan kepada beberapa tetamu yang ingin bersalaman dengan Adra. Salah seorang antaranya benar-benar mencuri tumpuan matanya. Mak aihh…Merahnya mak ngah!

“Siapa tu Adra?” Tak tunggu sesaat terus dia bertanya bila kumpulan itu sudah bergerak pergi.

“Mana?”

“Itu… yang baju merah.” Baju kebaya yang dipakai menyendat ditubuh. Sementara kain terbelah sampai ke paha. Beruntunglah tetamu lelaki yang hadir. Dapat menjamu mata dengan percuma.

“Orang cetek akal. Kau jangan tengok. Buat tambah dosa aje.” Adra tersenyum hambar. Kata-kata wanita berbaju merah itu tergiang di telinganya. Dan hatinya berdebar dengan kencang.

“Hari ini kau boleh senyum bahagia. Esok…Zafry akan buang kau macam kain buruk. Macam yang dia buat pada aku..”
                              
Surat Cinta Untuk Disana : Aloha darling…Sorry dah lm x updte crita ni… Maaf jika tak seindah yang korang bayangkan… Muahhhh


8 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)