Yuyu tersenyum. Kadang-kala ketawa
kecil. Sesekali wajahnya dipekup dengan tangan. Hatinya benar-benar berbunga
indah.
“Anak umi ni kenapa?” Puan Juwita
bertanya. Semacam pula dia tengok Yuyu hari ini. Tersengih-sengih. Sarapan
langsung tidak bersentuh.
“Tak ada apalah.” Yuyu menafikan.
Semakin melebar senyuman dibibirnya. Jemarinya yang dihiasi cincin emas putih
dipandang tanpa jemu. Seronok mengingati ‘lamaran’ tak rasmi Hasif di tepi
pantai tiga hari lepas. Benar-benar membuatkan dia terasa bahagia.
“Cantik cincin. Baru beli ke?” Camarul
yang tidak lepas melihat aksi ‘gedik’ adiknya bertanya. Tangan tu
tergawang-gawang. Nak tunjuk cincin baru ke apa?
“Eh, Yuyu beli cincin ke? Sini umi nak
tengok.” Jemari anak gadisnya ditangkap. Sebentuk cincin emas putih dihiasi
butiran-butiran permata kecil nampak eksklusif dan menarik pada matanya.
Yuyu pandang wajah Camarul. Kemudian
wajah uminya. Macam mana nak berterus terang ye? Malu pula rasa hatinya mahu mengkhabarkan hasrat Hasif.
“Siapa bagi?” Puan Juwita bertanya. Mustahil
anaknya membeli cincin sebegitu. Bukan dia tak tahu yang Yuyu tidak menyukai
barang kemas.
“Kawan.” Yuyu sengih lebar. Wajah
Camarul dipandang lagi. Menghantar isyarat membantunya.
“Bila dia nak masuk merisik?” Tanpa
perasaan Camarul bertanya. Roti bakar disumbat masuk ke dalam mulut. Wajah
adiknya dipandang menanti jawapan.
“Eh, anak umi bercinta ke? Kenapa tak
bagi tahu?” Puan Juwita pandang wajah Yuyu. Patutlah anaknya suka mengelamun
semenjak dua menjak ini. Kadang-kala tersengih seorang diri.
“Mana ada bercinta umi.” Laju dia
mengeleng kepala. Cuba menafikan. Memang betul apa. Dia dengan Hasif tak pernah
bincang soal perasaan. Sebab itu bila lelaki itu melamarnya dia menjadi kaku.
Terperanjat apabila dilamar secara tiba-tiba.
“Tak bercinta. Tapi dalam hati ada
taman. Jangan lupa bagitahu abah. Bising dia nanti.” Camarul sempat berpesan.
“Abang bagitahu lah kejap.” Yuyu tayang
muka penuh pengharapan. Entah mengapa dia menjadi malu secara tiba-tiba. Tidak
tahu bagaimana berita itu mahu disampaikan.
“Ah..Bagitahu sendiri.” Camarul geleng
kepala. Tidak mahu masuk campur.
“Umi tolong Yuyu.” Kali ini uminya pula
yang menjadi sasaran.
“Yuyu bagitahu sendirilah. Karang kecik
hati abah kalau umi yang bagitahu dia.” Puan Juwita turut menolak. Yuyu anak
kesayangan suaminya. Kalaulah berita itu dibawa oleh mulut mereka, pasti lelaki
itu akan bekecil hati kerana menjadi orang terakhir yang mengetahui berita itu.
“Bagitahu apa?” Pak Kadir bertanya. Kerusi
bersebelahan anak kesayangannya ditarik.
“Abah nak minum air apa? Kopi ke oren?”
Kalam kabut Yuyu bangun.
“Kopi.” Pak Kadir kerut dahi melihat aksi
anak gadisnya. Nampak mengelabah. Kopi yang dituang juga tertumpah merata.
“Anak abah ni kenapa? Demam ke?” Tangan
dibawa menyentuh dahi Yuyu yang sedikit berpeluh.
Camarul tahan tawa. Dia memandang wajah
uminya. Wanita itu turut tersenyum. Geli hati melihat gelagat Yuyu yang tidak
tentu arah.
“Tak ada lah. Yuyu ok je.” Yuyu semakin
mengelabah. Dia selesa menceritakan apa sahaja kepada abahnya. Malangnya kisah
hati dan perasaan tidak pernah termasuk dalam carta perbualan mereka.
“Siapa yang nak masuk merisik?” Air kopi
dihirup. Dia terdengar perbualan yang berlangsung tadi. Tetapi sengaja tidak
mahu masuk campur. Mahu mendengar Yuyu berterus terang sendiri. Tetapi tengok
gaya Yuyu yang mengelabah semacam, rasanya sampai ke esok sekalipun tak akan
ada pengakuan yang terluah. Baik dia tanya sendiri.
“Emm..Hasif.” Malu-malu Yuyu menjawab.
Wajahnya sudah terasa membahang.
“Hasif?” Berkerut dahinya cuba
mengingati jika dia mengenali pemuda bernama Hasif itu.
“Boss tempat dia kerja abah.” Camarul
menjawab bagi pihak Yuyu.
“Bila keluarga dia nak datang merisik?” Pak
Kadir sedikit mengeluh. Sukar menerima kenyataan anak gadisnya bakal dimiliki. Mendengar
berita itu, bagai menyedarkan dia yang Yuyu bukan lagi anak kecil yang selalu
didukungnya. Anak gadisnya sudah besar. Tidak lama lagi tangungjawabnya bakal
dilepaskan. Sedikit sayu rasa hatinya.
“Itu yang nak tanya abah dulu. Dia kata
dia nak datang jumpa abah dengan umi sendiri.”
“Suruh lah dia datang dengan keluarga
dia malam ni. Kita buat makan-makan.” Perlahan dia berkata. Mahu juga
berkenalan dengan lelaki yang mahu ‘merampas’ anak gadisnya.
“Abah tak marah ke?” Serba salah Yuyu
bertanya. Risau jika lelaki itu berkecil hati.
“Nak marah buat apa. Perkara baik.
Bukannya benda memalukan.” Pak Kadir sedaya upaya mengukir senyuman. Menutup
kesedihan yang melanda hati.
“Kalau macam itu, kejap lagi Yuyu
bagitahu dia.” Yuyu sengih lebar. Terus dia melengkarkan tangan pada leher abah
kesayanganya. Gembira bila hasrat hati tidak dihalang.
“Ini kira langkah bendul ke apa?”
Camarul mengusik. Tidak menyangka antara mereka bertiga, Yuyu yang akan
menamatkan zaman bujang dahulu.
“Jangan mintak benda pelik-pelik ye.”
Yuyu memberi amaran. Camarul bukan boleh kira! Eh, lelaki ada ke langkah
bendul?
“Tak pelik. Cuma nak hati cacing sepuluh
dulang. Kalau ada, baru boleh kahwin.”
Puan Juwita ketawa mendengar kata-kata
Camarul. Ada-ada sahajalah kata-kata nak-anaknya yang boleh membuatkan dia
ketawa. Itu tidak termasuk suaminya lagi. Suka buat lawak kering.
Surat Cinta Untuk Disana
: Eleww....
Rindunya kt yuyu n hasif...
BalasPadambest2
BalasPadambila novel ni nk dipasarkan????x sabaqnya nk beli
BalasPadamComelnya yuyu ni...:)Nak n3 kalau sdh berkenan pula..
BalasPadam-Col-
tak de entry lagi ker dik??? huhuhu
BalasPadam