Nafiz Ilman
“Natrah,
along nak tanya sikit.” Nafiz berkata sedikit kuat. Mahu menahan langkah kaki
adiknya. Majalah Sport diletakkan di atas meja. Terus dia bangun mendapatkan
Natrah.
“Tanya
apa?” Buku yang berada di dalam tangannya dibawa melekap ke dada. Wajah
alongnya yang berserabai seperti orang bangun dari tidur dipandang dengan penuh
tanda tanya. Jarang benar Nafiz mahu berbual dengannya. Pelik dirasakan.
“Natrah
ingat tak Afeefa? Dia ada dekat mana sekarang?” Jantung berdegup kencang
bagaikan dipalu. Berdebar menanti jawapan adiknya.
“Afeefa?”
Berkerut dahinya cuba mengingati sepotong nama itu. Rasanya tiada rakan
universitinya bernama Afeefa. Siapa yang abang dia maksudkan?
“Alah,
yang kawan baik dengan Natrah masa sekolah menengah dulu tu. Ingat tak?” Nafiz
semakin tidak senang duduk. Mahu sahaja dia mengoncang tubuh Natrah, bagi
mengingatkan semula adiknya kepada gadis itu.
“Owh,
maksud along, Adra?” Natrah ketawa kecil. Afeefa, hanya abangnya yang memanggil
Adra dengan panggilan itu. Terus terbayang wajah comel seorang gadis pada
fikirannya. Sahabat baik yang pernah menjadi gadis idaman abangnya.
Teringat
aksi poyo abangnya semasa cuba berkenalan dengan gadis itu beberapa tahun dahulu.
Kelakar betul kalau diingatkan semula bila abangnya yang terkenal dengan gelaran
playboy itu ditolak mentah-mentah oleh seorang budak sekolah.
Nafiz
pejam mata. Jantungnya terhenyak kuat. Afeefa, gadis yang menjadi idamannya selama
ini. Semasa gadis itu berada di tingkatan dua, dia pula berada di tingkatan lima.
Padanya gadis itu mempunyai ‘sesuatu’ yang membuatkan dia tertarik hati. Dan dia
pernah berjanji, kalau suatu hari nanti mereka bertemu, dia pasti akan mendapatkan
gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.
Cuma
sekarang dia langsung tidak menyangka, Adra yang selalu dicanang oleh Zafry adalah
gadis kesayangannya.
“Hello…Hello….”
Natrah petik jari. Cuba menyedarkan abangnya kembali. Entah kemana fikiran lelaki
itu belayar.
“Hah..”
Nafiz terpingga-pingga. Hilang sebentar wajah Adra dari pandangan matanya.
“Along
kenapa? Teringat cinta monyet ke?” Natrah tersenyum lebar. Entah kemana gadis itu
menghilang. Selepas keputusan SPM, bayang Adra terus tidak dapat dikesan. Nombor
talifon gadis itu juga sudah bertukar.
“Tak
lah. Natrah ada contact dengan dia lagi tak?” Argh..Di fikirannya idea nakal sudah dikarang.
“Tak.”
Bahu diangkat. Kecewa betul dia dengan tindakan Adra yang mendiamkan diri. Walaupun
mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, tetapi dia senang bersahabat
dengan gadis itu.
“Nak
jumpa dengan dia tak?” Nafiz sudah tersenyum. Tidak sedar dia sudah membiarkan hati
mengemudi akal.
“Eh,
Along tahu ke dia dekat mana?” Mata Natrah terasa bersinar. Seronok membayangkan
dia dapat bertemu kembali dengan Adra.
“Yup..”
Dan Nafiz terus berlalu dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Surat
Cinta Untuk Di sana : Halo…haloo…Anda semua…hehe… Silalah berkenalan
dengan Nafiz yang ‘nakal’ pula…
X sabar tunggu n3 penuh.
BalasPadambest2
BalasPadamBagus Nafiz, sila usha Adra.. Hehe
BalasPadamAda hero baru...hehehe..
BalasPadamHoho .... Hbsla laki adra... Bru rs tcbar klo ade org nk kt adra... Xsbr nk bc full n3
BalasPadamSweetheart87
alahai... baru semangat nak baca dah abis... wahhh... zafry ada saingan nmpknyer!!!
BalasPadam