Hel!O mY DarLing!

Rabu, 12 November 2014

N3 ISTERI MILIK AKU



Mata tak lepas memandang ke arah pentas. Buat-buat teruja mendengar nyanyian artis yang kononnya terkenal seantero Malay. Padahal nama artis itu pun dia tak tahu. Tapi okeylah jugak dari dia terpaksa pedih mata memandang gelagat merpati dua sejoli yang berada tidak jauh darinya.

Ketawa… habis ketawa, bersembang. Lepas itu ketawa balik. Nasib baik jauh jugak kedudukan mereka. Kalau dekat, pasti sudah dicurahnya air ke wajah Laili.

Xander pun bukan main lagi melayan. Senyuman sinis Farhan yang sempat menyapa penglihatannya semakin buatkan dia membara. Tak tahan memandang, terus dia keluarkan handset dari dalam handbag.

Masuk gallery. Pilih gambar dia yang paling seksi. send! done! Kejap lagi dia nak tengok hasilnya macam mana.

“Kau buat apa tu?” Farah bertanya pelik. Semacam pulak dia tengok kelaku Rhea. Senyuman itu nampak ‘jahat’ benar!

“Syuhh...” Rhea letak jari dibibir. Panjang lehernya cuba mengintai makhluk dingin yang satu itu.

Xander tarik handset keluar dari celah coat. Sempat dia menjawab pertanyaan Laili sebelum mata terarah kembali pada handset yang berada dalam genggaman tangan.

Rasa nak tercekik dia bila melihat gambar yang Rhea hantar kepadanya. Terus pandangan mata dibawa memandang ke arah meja yang berada tidak jauh darinya.

Rhea melambai galak. Bibir dimuncungkan. Dilayang flying kiss kepada Xander. Sempat matanya dikenyit nakal sebelum lelaki itu melarikan padangan. Gotcha!

Tak adalah dia hadap sangat nak buat aksi geletis macam kulit dicium ulat bulu, tetapi hati dia tak senang tengok Xander senang!

Surat Cinta Untuk Di Sana : N3 seciput….. sy x sempat nak update blog… nanti dah siap IMA kita berjimba jimbu balik dekat sini noh… papai…muahhhhh

Sabtu, 4 Oktober 2014

SE KALAU SUDAH CINTA






“Ini untuk Love.”

“Cantiknya mak tok... Terima kasih.” Disambut huluran mak tok. Baju kebaya merah siap dengan perincian manik dan labuci itu, terus diacu pada tubuh.

“Untuk Nafiz mak tok?”

“Dalam almari mak tok ada banyak kebaya lama. Pergilah ambil sepasang.”
           
Padam senyuman dibibir Nafiz mendengar kata-kata wanita itu. Agaknya mak tok memang alergik tengok muka dia. Asal buka mulut saja, adalah kata yang boleh buatkan dia sentapkan hati.

            “Nah.” Mak tok tersengih. Baju melayu yang masih berbungkus di dalam plastik, diserahkan kepada Nafiz.

Nafiz tahan senyum. Terbang melayang habis rasa sentap.

“Rambut tu kejap lagi jangan lupa pergi potong.” Mak tok tergeleng. Hari itu balik, rambut dah macam landak. Terpacak tinggi.

Hari ini pacak hilang, tumbuh pulak ekor. Ikutkan hati, nak sahaja dia capai gunting dan kerat rambut yang berjuntai di belakang leher cucunya itu.

“Mana boleh mak tok. Trend ni!” Nafiz jarakkan tubuh. Risau kalau bekas sarjan itu buat aksi harimau menerkam.

“Trend apa? Tarzan aje suka rambut mengerbang macam tu. Kejap lagi, jangan lupa pergi potong.”

Mak tok bangun dan terus bergerak ke arah dapur.Tak kuasa dia nak melayan kerenah cucunya.

“Tulah abang. Kan Love dah cakap. Pergi potong. Tak nak… ha… kan dah kena.” Dia sudah agak, pasti rambut suaminya akan menjadi isu. Mak tok bukan boleh, asal nampak sahaja benda yang tak diberkenankan dek matanya, masa itulah juga disemburnya. Tak adanya dia nak tunggu-tunggu. Belum sempat dia meneruskan bebelan, anak lelakinya sudah mula merenggek kecil.

Terus diangkat tubuh itu naik ke atas ribanya. Anaknya yang baru berumur empat bulan itu sudah mula menghisap bibir sendiri. Agaknya lapar kerana sepagi asyik tidur sahaja kerjanya. Anak dara kecilnya pula, asyik ikut ke mana sahaja ‘Oyang Achan’ pergi. Pasti teruk atuk dibuli dek cicitnya yang seorang itu.

 “Syuhh… biar mak tok sorang sudahlah bising.” Plastik yang berada di tangan, ditimang-timang. Berkerut sedikit dahinya. Ringan semacam saja pun. Plastik dibuka…  

“Mak tok. Ni baju Naqib. Baju Nafiz mana?” Agaknya mak tok hanya berhenti menyerang dia bila Israel dan Palestine berdamai… Pasrah!

“Kamu tu dah tua. Pergi beli sendiri. Mak tok tak cukup bajet.” Dia di dapur sudah mula ketawa. Seronok mempermainkan cucunya yang seorang itu. Tak adalah dia kejam sangat sampai nak cucu tirikan Nafiz. Ada saja dia belikan baju melayu untuk cucunya itu.

“Sampai hati mak tok. Esok Nafiz boikot raya!”

“Baguslah tu. Lemang dengan serunding daging, mak tok sedekah je dekat orang.” Suaranya sikit melaung.

“Nafiz boikot seminit aje mak tok.”

Mak tok semakin galak ketawa. Dia dah agak dah… Seminggu nak balik raya, entah berapa puluh kali Nafiz ingatkan dia pasal lemang dan serunding.

Lemang atuk buat sedap… serunding mak tok terangkat… pakar membodek! Sekejap lagi dia nak bagi ‘hadiah’ dekat Nafiz. Kelapa belum dikait… buluh untuk buat lemang pun belum dipotong.

Sedap saja nak makan tanpa buat kerja…ingat dia baik hati sangat nak bagi cucunya tu jadi tuan besar? ewahhh… banyak cantik! 

...................................
SURAT CINTA UNTUK DI SANA : Aduhai...lama beno x berupdate.... Rindu zaman sy berjimba jimbu dekat sini.... Insyaallah....selesai sy siapkan IMA...kita berhurayy balik dekat sini...(Ada tak yang nak peluk ima versi cetak??? heheheh) papai...muahhhh.... oh ya... SALAM AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat...maaf zahir batin....  

(Insyaallah...nanti sy hadiahkan satu bab IMA untuk korang...terharu...sy chek stats.....setiap hari seribu lebih masih sudi masuk ke sini walaupun dah jarang sy update... Seribu utk penulis picisan mcm saya....jumlahnya sgtlah tinggi.... Xiexie...wo ai ni.... muahhhh )






           
           

Isnin, 22 September 2014

Special N3 KALAU SUDAH BERKENAN








“Argh…” Diusap lengannya yang terasa perit. Terkebil-kebil mata memandang ke arah mamanya yang sudah beraksi bagaikan singa lapar.


“Anak dara mana pulak kali ini? along jangan macam-macam....” Adra bengang. Gambar yang berada ditangannya diangkat tinggi. Masuk kali ini entah sudah berapa belas kali dia terjumpa gambar gadis-gadis comel di dalam beg sekolah anaknya. Yang tak boleh blah siap tulis ayat cinta lagi dekat belakang gambar…I love you Wazien…Hello my sweet-sweet segala bala…Aiii…!

“Mama..” Wazien tersengih nakal.

“Apa?” Kali ini dia sudah bercekak pinggang. Nampak kecil besar sahaja anaknya sekarang. Dalam banyak-banyak perangai dalam dunia ni, kenapalah ‘player’ tu jugak anaknya nak sandang? Wajah suaminya dijeling tajam. Ini semua salah suaminya! Perturun sangat gen tak bagus tu dekat anak-anak! 

“Ha…nak cakap apa tadi?” Semakin tajam pandangannya bila anaknya itu masih mendiamkan diri.

“Budak dalam gambar tu…..bakal menantu mama.” Dia sudah melambakkan tawa. Seronok dapat mempermainkan mamanya. Isyarat ‘Give me five’ dihantar kepada papanya yang turut ketawa mendengar kata-katanya.

“Aii budak ni…Sekolah pun tak habis lagi..Sini..Sini…jangan nak lari.” Sedikit menempik suaranya bila anaknya sudah bangun dari kerusi.

“Along bukan nak lari. Along nak ambilkan mama air, bagi sejuk sikit.” Semakin hari dirasakan mamanya semakin berbakat…Bakat berleter!

“Along sindir mama ke?” Matanya yang sudah sedia besar semakin membulat mendengar kata-kata itu.

“Mana ada..Mama tak tengok betul-betul ke sapa budak dalam gambar tu?”

“Nak tengok buat apa?” Dalam membangkang dia tetap membawa gambar yang masih berada dalam peganggannya ke hadapan mata. Kecil besar matanya cuba mengesan makhluk comel bersebelahan dengan anaknya. Humpp…

“Kenapa tak cakap awal-awal?” Nadanya masih tinggi. Cuba membuang rasa malu kerana ‘menyerang’ tanpa usul periksa.

“Budak tu nak cakap macam mana…Tak dan apa-apa lagi Adra dah serang dia.”

“Ha elok lah tu…Menangkan sangat anak-anak. Itu yang kecil-kecil dah pandai main mata dengan anak dara orang.” Air yang dihulurkan oleh anaknya disambar dan diteguk dengan berhati-hati. Risau tercekik air!

“Mama jangan lupa tau cakap dekat Mummy Love yang Cinta tu along tander.” Buku yang bertaburan diatas meja pantas dikaut sebelum dia melarikan diri. Naik kejung pipinya kerana terlalu banyak ketawa. Hailah mama….Kalutnya dari dulu tak berubah.

“Luth El-Waziennnnnnn.” Hish..Sakitnya hati!
Dijeling ke arah suaminya yang bagaikan tidak terkesan mendengar leterannya.

“Abang.” Dia memanggil geram.

“Sini. Duduk sebelah abang.” Zafry memanggil.

“Eh..Mana boleh. Mama duduk lah dekat situ.” Tak bersalah kata-kata itu terluah dari bibir anak anak bongsunya. Fatma Nour Zahra. Tangan dibawa menunjukkan ke arah single sofa.