Hel!O mY DarLing!

Rabu, 12 November 2014

N3 ISTERI MILIK AKU



Mata tak lepas memandang ke arah pentas. Buat-buat teruja mendengar nyanyian artis yang kononnya terkenal seantero Malay. Padahal nama artis itu pun dia tak tahu. Tapi okeylah jugak dari dia terpaksa pedih mata memandang gelagat merpati dua sejoli yang berada tidak jauh darinya.

Ketawa… habis ketawa, bersembang. Lepas itu ketawa balik. Nasib baik jauh jugak kedudukan mereka. Kalau dekat, pasti sudah dicurahnya air ke wajah Laili.

Xander pun bukan main lagi melayan. Senyuman sinis Farhan yang sempat menyapa penglihatannya semakin buatkan dia membara. Tak tahan memandang, terus dia keluarkan handset dari dalam handbag.

Masuk gallery. Pilih gambar dia yang paling seksi. send! done! Kejap lagi dia nak tengok hasilnya macam mana.

“Kau buat apa tu?” Farah bertanya pelik. Semacam pulak dia tengok kelaku Rhea. Senyuman itu nampak ‘jahat’ benar!

“Syuhh...” Rhea letak jari dibibir. Panjang lehernya cuba mengintai makhluk dingin yang satu itu.

Xander tarik handset keluar dari celah coat. Sempat dia menjawab pertanyaan Laili sebelum mata terarah kembali pada handset yang berada dalam genggaman tangan.

Rasa nak tercekik dia bila melihat gambar yang Rhea hantar kepadanya. Terus pandangan mata dibawa memandang ke arah meja yang berada tidak jauh darinya.

Rhea melambai galak. Bibir dimuncungkan. Dilayang flying kiss kepada Xander. Sempat matanya dikenyit nakal sebelum lelaki itu melarikan padangan. Gotcha!

Tak adalah dia hadap sangat nak buat aksi geletis macam kulit dicium ulat bulu, tetapi hati dia tak senang tengok Xander senang!

Surat Cinta Untuk Di Sana : N3 seciput….. sy x sempat nak update blog… nanti dah siap IMA kita berjimba jimbu balik dekat sini noh… papai…muahhhhh

9 ulasan:

  1. ala…..bl nak dpt versi penuh ni CR??? dh lama kot tggu….huhuhu… - jumay jue

    BalasPadam
  2. Bila novel ni nk keluar dkt pasaran?? :( lama tunggu ><

    BalasPadam
  3. 1st time bca kt blog CR..trus jatuh cinta..setiap cerita ada kelainan yg tersendiri..mmg best.. -eil-

    BalasPadam
  4. Hi nak tanya IMA dah keluar pasaran ke?

    BalasPadam
  5. Dah ke luar pasaran ke. X sabar no baca full episode. Please update me this novel.. Saya cari semua kedai buku x Ada.

    BalasPadam
  6. Dah ke luar pasaran ke. X sabar no baca full episode. Please update me this novel.. Saya cari semua kedai buku x Ada.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)