Hel!O mY DarLing!

Rabu, 18 September 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 12








“Natrah, along nak tanya sikit.” Nafiz berkata sedikit kuat. Mahu menahan langkah kaki adiknya. Majalah Sport diletakkan di atas meja. Terus dia bangun mendapatkan gadis itu.

“Tanya apa?” Buku yang berada di dalam pegangannya dibawa melekap ke dada. Wajah abangnya yang berserabai seperti orang bangun dari tidur dipandang dengan penuh tanda tanya. Jarang benar Nafiz mahu berbual dengannya kalau tiada perkara yang penting untuk dikatakan.

“Natrah ingat tak Afeefa? Dia ada dekat mana sekarang?” Jantung berdegup kencang bagaikan dipalu. Berdebar menanti jawapan adiknya. Tangan dibawa melekap ke dada. Cuba meredakan perasaannya yang galau.

“Afeefa?” Berkerut dahinya cuba mengingati sepotong nama itu. Rasanya tiada rakan universitinya bernama Afeefa. Siapa yang abang dia maksudkan?

“Alah, yang kawan baik dengan Natrah masa sekolah menengah dulu tu. Ingat tak?” Nafiz semakin tidak senang duduk. Mahu sahaja dia mengoncang tubuh Natrah bagi mengingatkan semula adiknya kepada gadis itu.

“Owh, maksud along, Adra?” Natrah ketawa kecil. Afeefa, hanya abangnya yang memanggil Adra dengan panggilan itu. Terus terbayang raut wajah comel seorang gadis pada ingatannya.  Sahabat baik yang pernah menjadi gadis idaman abangnya.

Teringat aksi nakal abangnya semasa cuba berkenalan dengan gadis itu beberapa tahun dahulu. Kelakar betul kalau diingatkan semula bila abangnya yang terkenal dengan gelaran playboy itu ditolak mentah-mentah oleh seorang budak sekolah.

Nafiz pejam mata. Jantungnya terhenyak kuat. Afeefa, gadis yang menjadi idamannya selama ini. Gadis yang selalu diintai ketika sesekali mengikut adiknya pulang ke rumah mereka.

Padanya gadis itu mempunyai ‘sesuatu’ yang membuatkan dia tertarik hati. Dan dia pernah berjanji, kalau suatu hari nanti mereka bertemu, dia pasti akan mendapatkan gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.

Cuma sekarang dia langsung tidak menyangka, Adra yang selalu dicanang oleh Zafry adalah gadis kesayangannya. Kalaulah dia tahu, pasti dia akan membantu Zafry mengelakkan diri dari rancangan ‘gila’ Tan Sri Hamzah. Argh.. Bodohnya dia!

“Hello…Hello….” Natrah petik jari. Cuba menyedarkan abangnya kembali. Entah ke mana fikiran lelaki itu belayar.

“Hah..” Nafiz terpingga-pingga. Hilang sebentar wajah Adra dari fikirannya. Wajah adiknya yang ayu bertudung dipandang. Dalam keluarga mereka hanya Natrah yang berbeza. Gadis itu masih hidup di atas norma kehidupan yang lurus. Sedangkan dia dan ibu bapanya sudah jauh terpesong dari ajaran agama yang sebenar. Bukan tidak mahu berubah, Cuma hatinya tidak cukup kuat untuk meninggalkan semua keseronokkan yang ada.

“Along kenapa? Teringat cinta monyet ke?” Natrah tersenyum lebar. Entah kemana gadis itu menghilang. Selepas keputusan SPM, bayang Adra terus tidak dapat dikesan. Nombor talifon gadis itu juga sudah bertukar.

“Tak lah. Natrah ada contact dengan dia lagi tak?” Argh.. Semakin galak wajah Adra menari diruang matanya. Di fikirannya idea nakal sudah dikarang.

“Tak.” Bahu diangkat. Kecewa betul dia dengan tindakan Adra yang mendiamkan diri. Walaupun mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, tetapi dia senang bersahabat dengan gadis itu. Adra ada setiap kualiti yang dia perlukan dalam membina sebuah persahabatan.

“Nak jumpa dengan dia tak?” Nafiz sudah tersenyum. Tidak sedar dia sudah membiarkan hati mengemudi akal.

“Eh, Along tahu ke dia dekat mana?” Mata Natrah terasa bersinar. Seronok membayangkan dia dapat bertemu kembali dengan Adra. Banyak cerita yang mahu dia kongsikan.  

“Yup..” Dan Nafiz terus berlalu dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
…………………
            “Abang sesat…”

“Sesat? Sesat kemana?” Adra pangung kepala. Terkebil matanya memandang wajah Zafry. Tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh suaminya. Sambil itu dagu Zafry diusik nakal.

“Sesat ke dalam hati sayang.”

Terus dia tersenyum simpul. Hatinya menjerit suka. Bila melihat wajah Zafry yang mendekat, dia hanya mampu memejamkan mata. Sabar menanti tindakan lelaki itu.

“Hoi...Hoiii.”

“Isy..Jangan kacaulah.” Suara yang menyibuk antara mereka berdua cuba dihalau sejauh mungkin. Tidak mahu saaat-saat romantik antara mereka dicemari dengan sebarang gangguan.

“Adra Afeefa.” Kali ini dia buka mata bila suara yang memangilnya terasa kuat memetir di telinga.

“Kau kenapa?” Zafry bercekak pingang. Pelik melihat Adra yang tersenyum-senyum seorang diri. Sudah itu muncungnya keluar sedepa. Tengok Tv pun boleh jadi sampai macam itu ke? Pelik betullah perempuan seorang ni.

“Huh...” Adra toleh kiri dan kanan. Keluhan hampa terluah dari bibir nipisnya. Berangan di siang hari! Ufthh..

“Tak ada..tak ada apa-apalah..” Tergagap dia cuba menafikan gelagat tidak senonohnya sebentar tadi. Malunya... Janganlah Zafry sedar yang dia sedang berangan.


“Kau nak pergi mana-mana tak? Esok aku dah mula kerja.” Tubuh sasanya dijatuhkan di sebelah Adra. Tangan diletakkan dibelakang kepala.

“Abang nak bawa ke?” Bersinar matanya memandang ke arah lelaki itu. Tawaran Zafry ibarat bulan jatuh ke riba.

“Habis itu kau nak pergi sendiri?”

“Eh tak…tak..” Entah apa yang menyampuk suaminya. Pelik betul. Kalau tidak.. nak kena memaksa, mengoda dan segala ‘meng’ lagi hanya untuk mengajak lelaki itu menemaninya kemana-mana.

“Gambar apa kau tengok ni?” Remote di tangan Adra cuba dicapai. Siang-siang hari tengok gusti. Jiwa betul!

“Jangan lah kacau.” Cekap Adra melarikan remote ditangan. Terus diletakkan dibawah pahanya. Tempat strategik yang dia yakin Zafry tak akan mampu untuk mencapai.


“Kau ingat aku tak berani nak ambil ke?” Senyuman sinis tersadai dibibirnya.Adra, Adra…

“Berani ke?” Tanpa memandang wajah suaminya Adra berkata dengan riak mencabar. Tumpuan matanya terarah kembali ke arah tv. Tangan digengam erat. Menahan diri dari mengeluarkan sebarang bunyi. Dia kalau tengok gusti atau apa-apa sajalah jenis sukan, memang tidak tahu duduk diam. Tetapi demi menjaga prestij dihadapan suaminya, semua aksi luar kawalan seperti itu haruslah dilupakan sebentar.

“Kau cabar aku ke?” Zafry mendekat. Tubuhnya sedikit mengiring. Wajah Adra dipandang dengan renungan yang hanya dia fahami.

Adra telan liur. Dia silap cakap ke tadi? Kepalanya semakin ke belakang. Cuak melihat wajah Zafry yang hanyak berjarak beberapa inci dari wajahnya.

“Pertama… Jangan berani mencabar lelaki Adra.” Sepantas kilat ciumannya menjengah di bibir itu sebelum dia kembali menjarakkan wajah dengan tawa yang kuat bergema. Remote yang sudah berada di dalam gengamannya ditayang di hadapan Adra. Kenyitan nakal di hadiahkan buat isterinya yang masih kaku.

Selepas hilang dari terperanjat, Adra terburu-buru bangun. Wajahnya terasa tebal berinci-inci. Sudah puas dia mengajar diri agar ‘buat buta’ walau apa juga tindakan Zafry. Tetapi dia tidak boleh. Rasa malu itu bagaikan sukar untuk dikikis dari jiwanya.

“Kau nak pergi mana?” Tangan Adra dicapai dan ditarik kuat sehingga tubuh itu terjatuh di atas ribanya.

Adra terdiam.Tangan suaminya terasa kuat membelit tubuh membuatkan urat sendinya bagaikan menjadi lumpuh. Lembik seperti agar-agar yang bila-bila masa sahaja akan terkulai. Kenapa dengan suaminya hari ini?

“Adra…Adra…” Meliar matanya cuba mencari objek yang boleh membantu dirinya mereka alasan bagi melepaskan diri.

Zafry ketawa nakal. Semakin galak dia mengusik bila Adra sudah tidak senang duduk. Dicuit tubuh itu sesuka hati. Kemudian dagunya dilabuhkan di atas bahu Adra. Ditiup perlahan leher putih itu.

Rangkulan tangan Zafry cuba dirungkaikan. Wajahnya sudah terasa kebas menahan malu. Kalaulah dia halimunan, pasti saat ini juga dia menggunakan kelebihan itu bagi menghilangkan diri.

“I love you sayang.”

Bisikan lembut di telingannya membuatkan dia kaku. Tidak percaya kata itu terluah dari bibir suaminya. Dia tahu Zafry hanya bermanis kata untuk cuba bermain dengan emosinya. Cuma dia…Terpesona dengan bicara itu. Termakan dengan kata-kata indah sehingga membuatkan dia lemah. Membiarkan diri terus digoda.
………………….
“Tembikai?” Adra tunjuk ke arah bahagian buah. Terbayang keenakkan dan kemanisan buah itu membuatkan air liurnya kecur dengan sendiri.

“Tak nak.”

Adra mengeluh. Tiada satu benda pun yang ditunjukkan olehnya disukai oleh lelaki itu. Bosan dia melayan kerenah Zafry. Belagak tak hengat dunia.

“Habis tu abang nak apa?”

“Nak kau…” Terus dia berlalu.

Adra hanya mampu mengeleng kepala. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Kemudian kalut dia menolak troli bagi mengejar Zafry yang sudah jauh ke hadapan.

“Abang kejap lah.” Adra memanggil perlahan. Tidak mahu suaranya membuatkan mereka menjadi tumpuan.

“Ambil ini…ini..ha ini pun..”
           
Membulat mata Adra memandang troli yang tadinya kosong sudah dipenuhi dengan berbungkus Milo, Horlick, Teh, Nescafe dan pelbagai jenis perasa minuman. Liur ditelan. Nak buka warung minuman ke apa ni?
           
“Kau nak beli apa lagi?” Zafry bertanya setelah barang yang ingin dibelinya sudah terisi di dalam perut troli.

            “Kalau cakap abang nak beli ke?” Tak berperasaan Adra bertanya. Sambil itu sedaya upaya dia cuba menolak troli yang semakin berat. Harapkan suaminya nak tolak..Ufth.. Tahu ambil dan letak saja.

            “Kau nak sakitkan hati aku ke apa?” Zafry bertanya tidak puas hati.

            “Adra nak pergi sebelah barang basah.” Malas melayan Zafry terus dia melangkah pergi.

            “Kau makan ke tak tadi?” Troli dicapai. Letih melihat Adra yang bergerak bagaikan nenek bongkok tiga. Lembab!

            “Kalau macam ini dari tadi kan bagus.” Terus dia tersenyum. Ingatkan suaminya nak jadi Hitler sepanjang masa.

            Zafry hanya mampu menjeling setelah mendengar sindiran isterinya. Karang kalau dia buka mulut, lain pula jadinya.

“Adra nak pergi pilih ikan. Abang tunggu sini kejap.” Adra menepuk tangan suaminya. Kemudian terus dia berlalu. Tidak mahu Zafry mengekorinya. Kalau tidak, ada sahaja yang tidak kena.

Zafry mengeluh memandang kelibat Adra yang sudah menyusup pergi. Matanya meliar memandang keadaan sekeliling. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kawasan barang basah di pasaraya. Entah apalah lagi yang dia terpaksa lakukan selagi bergelar suami kepada Adra Afeefa.

Matanya terpaku ke satu arah. Terus senyuman menguntum di bibir. Meroyan lah kau kejap lagi perempuan!

Tangannya mencapai pelbagai jenis sayur dan dimasukkan ke dalam plastic. Sesekali dia mengintai kedudukan isterinya. Bila melihat Adra melangkah ke arahnya, kalut dia menyudahi ‘tugas’ nakal tersebut.

“Kenapa banyak sangat?” Adra bagaikan tidak percaya melihat pelbagai jenis sayur disumbat masuk ke dalam troli.

 “Sebab lepas ni kau tak payah lah ajak aku lagi. Ye tak?” Wajah Adra yang masam mendengar kata-katanya di pandang.

“Eh kau buat apa tu?”

Tanpa mempedulikan pertanyaan suaminya, dia cekap mengeluarkan sayur yang dipilih oleh lelaki itu dari troli dan diletakkan kembali ke atas rak.

 “Adra…” Zafry geram. Sakit hati apabila Adra langsung tidak mempedulikan dirinya. Selamba sahaja tindakan wanita itu.

“Abang sayang… Sayur tak tahan lama tahu. Isteri abang ni bukan ulat, asyik nak gigit sayur dua puluh empat jam.” Adra herotkan bibir. Nasib baik Zafry itu suaminya. Kalau tidak tahulah dia nak mengajar.

“Kau tak nak makan sudah. Tapi aku nak.” Dia cuba mencapai kembali sayur yang dikeluarkan oleh Adra.

“Sejak bila abang makan sayur?” Dia tahu lelaki itu sengaja mahu sakit kan hatinya. Beberapa minggu hidup bersama lelaki itu dia sudah dapat membaca kerenah Zafry. Sayur sebesar kuku pun sedaya upaya dibuang dari makanan. Inikan pula nak makan sayur yang pelbagai jenis seperti itu.

Zafry mati kata. Dia dengan sayur ibarat adik beradik tiri. Tak ngam. Sudah puas memaksa diri. Tetapi dia akan meloya walaupun sekecil sayur menjengah lidah.

“Membazir tu amalan syaitan. Pada abang buang duit, baik sedekah dekat masjid. Tak pun rumah anak-anak yatim. Dosa tak ada, pahala pun dapat.” Bahu suaminya ditepuk beberapa kali.

“Kau…” Dia pula yang terkena!

“Syuhh... Nanti orang tengok.” Mata dikenyitkan sebelum Adra ketawa kecil bila Zafry menjeling tajam.

Surat Cinta Untuk Disana : Alo..Alo… Kalau rajin ce tinggalkan komen…Muahhhh

7 ulasan:

  1. Hahaha berani adra mlawan si suami..bgs2 ada pningkatan.mlawan utk kbaikan xpe

    BalasPadam
  2. alaaaa...pendeknya .....tak puasa nak baca pasal adra...

    BalasPadam
  3. haiya~~~
    zafry nnti bila dah berkenan dengan adra
    mcm mana la ya..
    nafis plk..
    best!!! nak lagi

    BalasPadam
  4. Suka bila Adra kenakan Zafry.. Good girl adra, keep up the good work of being smarter than ur egomaniac hubby....

    BalasPadam
  5. BERCEKAU AJER LA LAKI BINI NI.. HEHEHE

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)