Adra gementar. Dulang yang ditatang
bagaikan ingin terlepas dari tangannya. Sandwich tuna dan segelas orange juice
dipandang. Minta-mintalah rancangannya menjadi. Kalau tidak masaklah. Semalam
dia terdengar suaminya menghubungi entah siapa, memberitahu mengenai pertukaran
menu.
Melihat
senyuman pada wajah itu, dia yakin, pasti lelaki itu sudah berjaya. Dan dia
tidak mahu memberikan kemenangan kepada Zafry dengan mudah. Suaminya tidak
boleh memusnahkan perkahwinan ala kampung yang selama ini menjadi impiannya.
“Abang.” Perlahan dia memangil.
Dulang ditangan digengam erat. Dengan berhati-hati tubuh kecilnya dibawa naik
ke atas katil.
“Abang.” Sekali lagi dia memangil.
Tersenyum bila Zafry mula membuka mata.
“What..?”
Malas sahaja suara itu kedengaran
pada pendengarannya. Pasti masih dibuai kantuk. Pagi tadi puas dia memangil
lelaki itu untuk bangun bersembahyang, tetapi panggilannya langsung tidak
bersahut. Benarlah apa yang dikata, semasa tidur iblis akan semakin galak
mendakat erat anak manusia dari bangun mengadap sang pencipta. Kecewa, bila
suaminya termasuk dalam golongan yang ‘disukai’ oleh makhluk yang dilaknat
Allah itu.
“Bangunlah sarapan. Dah lewat ni.”
Suaranya sedaya upaya dilunakkan. Nak mengambil hati kenalah berlemah lembut. Manalah
tahu lelaki itu terpesona nanti.
Zafry tahan senyum. Alahai Adra...
Nampak benar mahu mengambil hatinya. Berjaya juga rupanya lakonan dia semalam. Dalam
pandai, rupanya terselit juga lurus isterinya. Kalau Adra tanyakan Laili pasti
rahsianya sudah terbongkar.
Perlahan-lahan dia bangun dan menyandar
di kepala katil. Tubuhnya mendekat kepada Adra. Jelas riak wajah isterinya
berubah. Kenangan malam sudah bagaikan drama indah yang terlayar di ruang mata.
Dan sungguh, dia mahu mengulangi lagi kemesraan itu. Isterinya bagaikan
mempunyai aura yang membuatkan dia sentiasa tertarik hati.
“Wanginya..”
Dihidu tubuh itu. Ketawa kecil meletus bila dia melihat wajah Adra yang sudah
bertukar merah. Entah apa yang dimalukan sangat. Gaya Adra seperti mereka
pasangan yang baru sahaja sebentar tadi melafazkan akad.
Adra telan liur. Jangan lah Zafry macam-macam. Karang tak pasal-pasal dulang yang dipegang, dia telangkup atas kepala lelaki itu. Niat hanya mahu mengambil hati, bukannya mahu ‘beramah-mesra.’
“Jom sarapan.” Cekap jarinya
mencarikkan sandwich dan disumbat masuk ke dalam mulut Zafry yang sedang
mendekat ke arah wajahnya. Dia tahan senyum bila suaminya jelas kecewa dengan
tindakannya. Bagaikan terpaksa sahaja lelaki itu mengunyah. Umar Zafry sayang….
Kau nampak comel bila kecewa. Tanpa dipinta, senyuman manis terukir dibibirnya.
Surat
Cinta Untuk Disana : Beberapa minggu tinggalkan ‘keyboard’…sy
susah sikit nak mencari rentak…Nak tokok tambah otak jd blur… Tp x apa…perlahan-lahan
kayuh…Nanti dah dapat rentak sy pecut laju-laju…haha… Papai darling…Muahhhhh
best2
BalasPadamBkn umar zafry ja kecewa.... Org yg bc ni turut kena tempias huhu. Pecut laju2 lps ni ye tn tanah hihi
BalasPadamTk de mslh...kayuh la perlahan2...btw..good luck..
BalasPadamYeay, x sabar nk tunggu full n3
BalasPadamNAK LAGI.
BalasPadamBest!!
BalasPadam