Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 6 September 2013

Jajans' s Bab 11 Kalau Sudah Berkenan




            Adra gementar. Dulang yang ditatang bagaikan ingin terlepas dari tangannya. Sandwich tuna dan segelas orange juice dipandang. Minta-mintalah rancangannya menjadi. Kalau tidak masaklah. Semalam dia terdengar suaminya menghubungi entah siapa, memberitahu mengenai pertukaran menu.

Melihat senyuman pada wajah itu, dia yakin, pasti lelaki itu sudah berjaya. Dan dia tidak mahu memberikan kemenangan kepada Zafry dengan mudah. Suaminya tidak boleh memusnahkan perkahwinan ala kampung yang selama ini menjadi impiannya.  

            “Abang.” Perlahan dia memangil. Dulang ditangan digengam erat. Dengan berhati-hati tubuh kecilnya dibawa naik ke atas katil.

            “Abang.” Sekali lagi dia memangil. Tersenyum bila Zafry mula membuka mata.

            “What..?”

            Malas sahaja suara itu kedengaran pada pendengarannya. Pasti masih dibuai kantuk. Pagi tadi puas dia memangil lelaki itu untuk bangun bersembahyang, tetapi panggilannya langsung tidak bersahut. Benarlah apa yang dikata, semasa tidur iblis akan semakin galak mendakat erat anak manusia dari bangun mengadap sang pencipta. Kecewa, bila suaminya termasuk dalam golongan yang ‘disukai’ oleh makhluk yang dilaknat Allah itu.

            “Bangunlah sarapan. Dah lewat ni.” Suaranya sedaya upaya dilunakkan. Nak mengambil hati kenalah berlemah lembut. Manalah tahu lelaki itu terpesona nanti.

            Zafry tahan senyum. Alahai Adra... Nampak benar mahu mengambil hatinya. Berjaya juga rupanya lakonan dia semalam. Dalam pandai, rupanya terselit juga lurus isterinya. Kalau Adra tanyakan Laili pasti rahsianya sudah terbongkar.

            Perlahan-lahan dia bangun dan menyandar di kepala katil. Tubuhnya mendekat kepada Adra. Jelas riak wajah isterinya berubah. Kenangan malam sudah bagaikan drama indah yang terlayar di ruang mata. Dan sungguh, dia mahu mengulangi lagi kemesraan itu. Isterinya bagaikan mempunyai aura yang membuatkan dia sentiasa tertarik hati.

“Wanginya..” Dihidu tubuh itu. Ketawa kecil meletus bila dia melihat wajah Adra yang sudah bertukar merah. Entah apa yang dimalukan sangat. Gaya Adra seperti mereka pasangan yang baru sahaja sebentar tadi melafazkan akad.
     
       Adra telan liur. Jangan lah Zafry macam-macam. Karang tak pasal-pasal dulang yang  dipegang, dia telangkup atas kepala lelaki itu. Niat hanya mahu mengambil hati, bukannya mahu ‘beramah-mesra.’

            “Jom sarapan.” Cekap jarinya mencarikkan sandwich dan disumbat masuk ke dalam mulut Zafry yang sedang mendekat ke arah wajahnya. Dia tahan senyum bila suaminya jelas kecewa dengan tindakannya. Bagaikan terpaksa sahaja lelaki itu mengunyah. Umar Zafry sayang…. Kau nampak comel bila kecewa. Tanpa dipinta, senyuman manis terukir dibibirnya.

Surat Cinta Untuk Disana : Beberapa minggu tinggalkan ‘keyboard’…sy susah sikit nak mencari rentak…Nak tokok tambah otak jd blur… Tp x apa…perlahan-lahan kayuh…Nanti dah dapat rentak sy pecut laju-laju…haha… Papai darling…Muahhhhh
           

6 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)