Hel!O mY DarLing!

Selasa, 4 Jun 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 18





            Dahi yang mula berpeluh di kesat dengan tapak tangan. Hanset yang sudah kehabisan bateri di baling ke tempat duduk belakang. Kereta rosak, nak hubungi mekanik beteri hanset pulak yilek! Nan ado. Arghh...tensionnya.

            Hasif melangkah keluar. Kalau tunggu lagi dalam kereta mahu pitam dia. Kereta yang lalu lalang langsung tiada tanda mahu berhenti dan menghulurkan bantuan. Sebal pula rasa hatinya. Rajin sangat nak makan jauh dari office. Sekarang dia yang terima padah.

            Teksi yang lalu di tahan. Malangnya semua tidak mahu berhenti. Dia tak pasti sama ada berpenumpang ataupun wajahnya memang ‘meloyakan’ sekalian alam pak cik dan makcik teksi sehingga dia tidak termasuk dalam list orang yang akan di tumpangkan.

            Bas memang banyak. Tetapi seumur hidup dia tidak pernah menaiki kenderaan awam tersebut. Dia tidak tahu bas mana perlu diambil dan di mana dia perlu turun. Menyesal pula di rasakan kerana tidak ambil tahu.

            “Encik boss.” Yuyu membreak kuat. Dari jauh dia sudah nampak kelibat mamat belagak yang sedang berdiri menjadi pak pacak di tepi jalan. Dia mulanya hendak buat tak nampak. Tetapi tak sampai hati bila jelas wajah lelaki itu kusut bagai dalam kesusahan.

            Hasif terperanjat. Terlompat dia ke belakang bila sebuah motosikal hampir melanggarnya.

            “Buta ke?” Kuat dia menjerkah. Kalau betul-betul kena langgar tadi macam mana? Dia macam ini punya besar, takkan tak nampak?

            “Sorry, sorry.” Cermin helmet di tolak ke atas. Susah kalau bercakap dengan wajah tertutup. Tak ada feel.

            “Kau?” Di mana ada ‘bencana’ di situ pasti ada ‘puyu.’ Begitukah takdir yang tersurat untuknya? Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala musibah. Dia berdoa di dalam hati. Hendak berdoa kuat-kuat takut makan pelangkung pula dia nanti.

            “Kenapa tu? Rosak ke?” Ramah Yuyu bertanya.

            “Iyalah. Habis tu kau ingat aku sengaja nak berhenti tepi jalan ni?” Geram pula dia. Banyak tanya betul.

            “Manalah tahu kot encik bos nak tayang muka tepi jalan tengah hari buta ni.” Yuyu tergelak bila Hasif menarik wajah masam. Macam perempuan merajuk pula di rasakan.

            “Waktu macam ni memang susah nak dapat teksi.”

            “Pinjamkan aku hanset engkau kejap.” Tangan di hulurkan. Saat ini rasa malu harus di buang.

            “Saya tertinggal dekat office.” Memang betul. Dia tak tipu. Keluar dari office tadi baru dia sedar.

            “Nyanyuk ke apa engkau ni.” Panas hatinya mendengar jawapan Yuyu. Saat genting macam ini lah dia nak lupa.

            “Wah, itu ayat nak cari pasal ke?” Ini yang dia panas sangat pasal mamat ni. Mulut kalau tak sinis memang bukan dialah. Kalau dengan orang lain tahu pula bermanis bahasa. Tanam tebu di pinggir bibir. Manis bagi dekat orang. Hampas bagi dekat dia. Memang tak adil!

            “Suka hatilah. Dah saya nak pergi. Bye.” Belum sempat dia memecut, lelaki itu pantas menahan.

            “Kau boleh tolong aku tak?”
            .....................
            “Woi, apa ni peluk-peluk orang.” Yuyu menjerkah kuat bagi melawan deru angin. Pantas tangan kirinya mengutil tangan Hasif yang memeluk erat pingangnya. Tak kenal halal haram langsung. Kalau tidak kerana naluri kasihan yang mendesak hati, tak adanya dia nak tumpangkan Hasif. Seteruk-teruk dia tak pernah lagi boncengkan lelaki. Kalau Camarul dengan abah tahu memang teruklah dia kena bambu nanti.

            “Cuba kau bawa perlahan sikit. Tak adalah aku nak peluk engkau.” Hasif merungkaikan rangkulannya. Seram sejuk tubuhnya. Selain bas dia juga tidak pernah menaiki motosikal.

            “Nak perlahan macam mana lagi? Sekarang ini pun dah perlahan.” Geram betul dia dengan Hasif. Banyak songeh, banyak permintaan dan banyak ‘ketidaksedaran’ diri. Sudahlah menumpang, buatlah macam menumpang.

            “Perlahan apanya macam ini?” Takut dia bila Yuyu melipat di sepanjang jalan. Menyelit di antara kenderaan macam jalan itu dia yang punya. Tadi hampir terbang melayang nafasnya bila Yuyu menyusup masuk antara dua buah traler. Betul-betul menyeramkan. Saat itu nak sahaja dia haramkan diri sendiri dari menaiki motosikal sampai bila-bila. Tetapi dia takut termakan sumpah. Buatnya perkara seperti ini jadi lagi macam mana?

            “Nak saya tinggalkan encik boss tepi jalan ni ke?”

            “Okey, aku diam.” Hasif menjerit di telinga Yuyu. Takut tak dengar. Sakitnya hati. Kalau tahu macam ini cara Yuyu membawa motosikal tak adanya dia nak menumpang.

            “Kalau diam dari tadi kan bagus? Ini macam murai tercabut ekor. Pot, pet, pot pet.” Dalam pada masa yang sama sempat lagi Yuyu berleter.

            “Kau nak aku peluk kau balik ke?” Hasif mula mengungut. Kata orang macam murai, padahal dia tu yang macam murai. Berkicau tak henti-henti.

            “Orang diamlah ni.” Yuyu mengalah. Tak rela ‘dicabul’ lagi sekali.  

            “Lain kali belilah moto besar sikit. Moto besar kaldai ini jugak kau beli.” Hasif mengomel geram. Sudahlah seat kecil, ‘badan’ menegembang ke tepi. Terkangkang dia sudah seperti katak puru.

            “Lebih baik dari beli kereta mewah tapi ‘melingkup’ tengah jalan.” Apa ingat dia tak dengar ke? Suka hati saja mahu menghina Encik Darling kesayangannya.

            “Eh, kau dengar ke?” Hasif ketawa mengejek.

            “Cakap macam tertelan microphone, orang pekak pun boleh dengar.” Sakit hati, sakit jantung, sakit semua anggota dek melayan gelagat Hasif.
....................
            Kakinya bagaikan tidak jejak tanah. Terasa berada di awang-awangan. Perut terasa meloya.

            “Okey tak?” Yuyu bertanya. Kasihan pula dia memandang lelaki itu yang sudah berubah warna wajah. Nampak pucat.

            “Kalau tak okey sekalipun, kau nak boleh buat apa?” Kepalanya di gelengkan berkali-kali bagi menghilangkan rasa loya dan pening yang tiba-tiba menyerang. Dia mula tertanya-tanya sekarang, apa yang di bestkan sangat dengan naik motosikal. Kalau dia hanya satu perkataan yang boleh di gambarkan. Horrible.

            “Saya boleh bawa Encik Boss ambil ubat. Ubat sakit mulut sebab mulut Encik Boss tak ada insuran dan saya nak ambil ubat tekanan jiwa sebab kenal dengan Encik Boss.” Puas hati. Orang tanya elok-elok, nak di jawabnya cara biadap. Sekarang biadap sama biadap baru padan.   

            “Kau..” Belum sempat Hasif menyudahkan kata-katanya Yuyu sudah berlalu pergi menunggang Encik Darlingnya. Asal hitam yang berkepul di tinggalkan di belakang. Biar si penyedut asap menjadi insaf.

            “Uhuk,,uhuk.” Hasif terbatuk. Tanganya di gawang bagi menghilangkan asap yang berkepul. Apa punya motolah. Sudah macam asap lori di rasakan.

            Dengan perlahan dia mengatur langkah memasuki pejabat. Sudahlah dia baru sembuh dari pembedahan, sekarang ada lagi ‘anasir-anasir’ yang boleh menyebabkan dia kembali terlantar. Dan semuanya berpunca dari orang yang sama!

            “Selamat petang Encik Hasif.”

            Hasif hanya mengangukkan kepala. Hairan dia bila ramah pekerjanya menegur hari ini. sudah itu siap tergelak-gelak. Ada yang tak kena ke hari ini. Pakaian di tubuh di renung. Masih kemas walaupun sedikit berkedut.

            “Perasaan aku agaknya.” Dia cuba menyedapkan hati.

            “Selamat petang Encik Hasif.” Anita menegur. Senyuman yang cuba di tahan terasa semakin melebar. Fesyen apa yang bos dia gunakan hari ini? Pagi tadi nampak okey sahaja.

            “Selamat petang.” Dia ingin berlalu masuk ke dalam biliknya. Seketika kemudian dia kembali berundur.

            “Anita, awak rasa saya nampak pelik ke hari ini?” Dia bertanya. Nak kata zip seluarnya terbuka, sudah berkali-kali dia ‘siasat,’ memang tak. Jadi apa masalahnya?

            “Eh, taklah. Nampak biasa sahaja.” Anita cuba menafikan. Namun senyumannya semakin melebar.

            “Tak apalah.” Terus kakinya melangkah kembali untuk masuk ke dalam bilik.

            “Weh, apa fesyen kau hari ini? Pelik sangat aku tengok.” Amjad menegur, sebelum dia pantas berlalu menuju ke pantry. Perutnya yang berbunyi tanda kelaparan sudah tidak mampu di tahan.

            “Apa yang pelik....” Hasif mengeluh bila kelibat Amjad menghilang. Tak menyempat-nyempat.

            Hasif tersandar lemah di kerusinya. Kepala yang berdenyut ingin di picit bagi meredakan tekanan.


            “Patutlah.” Hasif merengus. Tali yang terikat kemas di bawah dagu di buka kasar. Helmet yang muat-muat di kepala di tanggalkan. Di ketuk-ketuk helmet dengan tangannya bagaikan mengetuk kepala si puyu.

            “Malunya..malunya..” Ayat itu berulang kali di lafazkan. Patutlah pekerjanya memandang dia dengan pandangan pelek. Helmet berbentuk seakan kura-kura bewarna pink pekat dan di hiasi gambar Hello Kitty menjadi perhiasan tambahannya hari ini. Kepalanya terus di letakkan di atas meja. Rasa macam hendak demam sahaja. Kenangan helmet pink mula terbayang.
..................
            “Nah pakai.” ‘My Sayang’ di hulurkan kepada Hasif. Mengeletar tangan di rasakan. Tak pernah walaupun sekali dia membenarkan orang mengunakan My Sayang. My Sayang dan Encik Darling sudah seperti nyawanya. Barang yang paling di sayangi.

            “Aku tak nak. Malu dekat oranglah.” Kepalanya di geleng-gelang. Tak mahu dan tak sudi. Boleh jatuh maruah kalau macam ini rupanya.

            “Nak tumpang ke tidak? Kalau tak nak saya nak blah dulu. Banyak lagi kerja dekat office saya nak kena buat.” Betul-betul menguji kesabarannya. Rasa nak sahaja dia tinggalkan lelaki itu seorang diri di tengah panas.

            “Yang lain tak ada ke? Kau tengoklah warna dia tu macam mana. Geli tahu tak!” Katakan tak nak kepada helmet pink!!! Rasa nak termuntah dia tengok.
        
           “Ingat saya bawak lori ke nak bawa helmet banyak-banyak? Ini pun patut bersyukur tahu ada terselit dalam box.” Sudahlah cuaca panas terik. Lelaki itu pulak tidak sudah-sudah ingin menaikkan lagi tahap kepanasannya.

            “Kau pergilah cari yang lain.” Hasif mula mengarah. Terlupa yang dia hanya ingin menumpang.

            “Apa kata saya tinggalkan saja Encik Boss dekat tengah jalan ni? Kalau nak balik jalan kaki rasanya lima kilometer saja kot. Tak lah jauh sangat.” Tahap kesabarannya betul-betul sudah hampir hilang.

            “Kau ni, itu pun nak berkira.” Helmet di tangan Yuyu disambar. Walaupun berat hati dia tetap menyarung di kepala. Tali yang berjuntai cuba di pasang ke tempat yang betul.

            “Itupun lembab. Mari sini nak pasang.” Berlagak lebih daripada anak pahlahwan terbilang, tapi tali helmet pun tak reti nak pasang. Mengada-ngada.

            Wajah licin tanpa jerawat. Salah! ada satu jerawat dekat pipi. Mata agak bundar. Hidung? Bolehlah di katakan mancung. Bibir? Liur di telan. Pantas Hasif melarikan anak matanya dari meneliti wajah yang agak hampir di hadapannya.

            “Syuhh...syuhh...nyah kau wahai akal jahat.” Mulut Hasif terkumit-kumit.

            “Baca mentera ke apa tu? Kalau saya jatuh cinta dekat Encik Boss saya dah tahu sebab apa. Saya dah kena mandrem” Tanpa perasaan Yuyu berkata.

            “Kau jangan nak perasan sangatlah.” Kalut Hasif mempertahankan diri.

            “Dah siap. Naik cepat.” Yuyu malas mahu berbalas kata. Takut bila di layan semakin lambat mereka sampai ke office.

            “Kau nak bawa ke?”

            “Habis tu takkan Encik Boss pulak? Tahu ke?”
            ..............
            “Yuyu pergi mana? Kenapa lambat sangat masuk?” Kak Bib bertanya. Tadi selepas makan Yuyu pergi ke pejabat pos. Kemudian terus lesap. Sekarang baru masuk. Ramai sangat ke orang dekat pejabat pos tu?

            “Ada kecemasan tadi. Kenapa? Ada hal penting ke? Encik Amjad marah ke?”

            “Kalau alasan awak munasabah buat apa saya nak marah.” Amjad yang terdengar perbualan Kak Bib dan Yuyu menyampuk. Dia bukanlah jenis bos yang suka menghukum tanpa usul periksa.

            “Saya tolong orang tadi. Dia ada masalah sikit. Itu yang saya lambat masuk. Tolong dia selesaikan apa yang patut.” Yuyu mula mengarang alasan. Tadi dia pergi ke workshop dahulu barulah pulang ke syarikat. Itu yang terlambat masuk.
           
            “Siapa yang awak tolong?” Amjad menyoal. Seseorang mula terbayang di mata.

            “Erkk..Kawan saya...Ha betullah kawan saya.” Yuyu tersenyum bagi mengurangkan kegugupan. Nak mati berterus terang! Mahu di bahankan sampai tujuh keturunan.Semua orang dalam office tahu dia dan Hasif tidak sebulu.

            “Saya rasa macam kenal sahaja kawan awak tu.” Amjad berkata dan terus berlalu.Topi keledar bewarna Pink. Walaupun bersepah di pasaran tetapi ada yang unik tentang topi kaledar itu. Stiker Hello Kitty dengan kata-kata ‘I’m Your’ itu, Camelia yang hadiahkan kepada Yuyu.

            “Weh, siapa-siapa?” Kak Bib kalut bertanya.

            “Kalau cakap pun bukan Kak Bib kenal. Dah pergi buat kerja tu. Nanti kita sembang.” Yuyu malas melayan. Karang takut panjang cerita. Anita juga sudah mula memanjangkan leher. Nak menyibuk jugaklah itu.

            “Baik Miss Puyu.” Kak Bib berkata malas. Tiada mood untuk bekerja selagi dia tidak mengetahui siapakah gerangan yang di bantu oleh Yuyu.

            “Woh! jangan pangil Miss Puyu lah Kak Bib. Elergik tahu dengar.” Saat ini nak sahaja dia kerat lidah Hasif. Sebab dialah sekarang ini semua mula memangilnya dengan pangilan Miss Puyu. Tak ada kena mengena langsung!

            “Comel apa. Nak-nak kalau abang sayang pangil. Tak gitu Nita?” Kak Bib berkata. Anita pula beria-ia menganguk bagi menguatkan lagi kenyataan Kak Bib.

            “Sudah,,sudah..sana pergi.” Yuyu pura-pura menghalau. Dia tak suka tetapi entah mengapa hatinya berlagu indah. Sekejap lagi dia nak pergi jumpa pakar jiwa. Mungkin jiwa kacau barang kali.

Surat Cinta Untuk Di sana : Helo2....ce komen sikit,,,,ada yg silap....gtau lah no...




9 ulasan:

  1. best gila......hebat...boleh buat saya gelak sorang2

    BalasPadam
  2. hahaha... sengih dr awal bc sampai hbs... hlg stress

    BalasPadam
  3. lucu, ketawa gila bila bc hehehe

    BalasPadam
  4. ahahahaha takleh berhenti senyum! kenapa takde sambungan?
    singgah la ye ke http://semangatuntukku.blogspot.com/# ^_^

    BalasPadam
  5. bila nak sambung?? ke dah jadik buku???

    BalasPadam
  6. nak lagi...citer ni sgt best...

    BalasPadam
  7. Crta nie xde sambungan lg ke?

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)