Dahi yang mula berpeluh di kesat
dengan tapak tangan. Hanset yang sudah kehabisan bateri di baling ke tempat
duduk belakang. Kereta rosak, nak hubungi mekanik beteri hanset pulak yilek! Nan ado. Arghh...tensionnya.
Hasif melangkah keluar. Kalau tunggu
lagi dalam kereta mahu pitam dia. Kereta yang lalu lalang langsung tiada tanda
mahu berhenti dan menghulurkan bantuan. Sebal pula rasa hatinya. Rajin sangat
nak makan jauh dari office. Sekarang dia yang terima padah.
Teksi yang lalu di tahan. Malangnya
semua tidak mahu berhenti. Dia tak pasti sama ada berpenumpang ataupun wajahnya
memang ‘meloyakan’ sekalian alam pak cik dan makcik teksi sehingga dia tidak
termasuk dalam list orang yang akan
di tumpangkan.
Bas memang banyak. Tetapi seumur
hidup dia tidak pernah menaiki kenderaan awam tersebut. Dia tidak tahu bas mana
perlu diambil dan di mana dia perlu turun. Menyesal pula di rasakan kerana
tidak ambil tahu.
“Encik boss.” Yuyu membreak kuat. Dari jauh dia sudah
nampak kelibat mamat belagak yang sedang berdiri menjadi pak pacak di tepi jalan. Dia mulanya hendak buat tak nampak. Tetapi
tak sampai hati bila jelas wajah lelaki itu kusut bagai dalam kesusahan.
Hasif terperanjat. Terlompat dia ke
belakang bila sebuah motosikal hampir melanggarnya.
“Buta ke?” Kuat dia menjerkah. Kalau
betul-betul kena langgar tadi macam mana? Dia macam ini punya besar, takkan tak
nampak?
“Sorry,
sorry.” Cermin helmet di tolak ke atas. Susah kalau bercakap dengan wajah
tertutup. Tak ada feel.
“Kau?” Di mana ada ‘bencana’ di situ
pasti ada ‘puyu.’ Begitukah takdir yang tersurat untuknya? Ya Allah, jauhkanlah
aku dari segala musibah. Dia berdoa di dalam hati. Hendak berdoa kuat-kuat
takut makan pelangkung pula dia nanti.
“Kenapa tu? Rosak ke?” Ramah Yuyu
bertanya.
“Iyalah. Habis tu kau ingat aku
sengaja nak berhenti tepi jalan ni?” Geram pula dia. Banyak tanya betul.
“Manalah tahu kot encik bos nak
tayang muka tepi jalan tengah hari buta ni.” Yuyu tergelak bila Hasif menarik
wajah masam. Macam perempuan merajuk pula di rasakan.
“Waktu macam ni memang susah nak
dapat teksi.”
“Pinjamkan aku hanset engkau kejap.”
Tangan di hulurkan. Saat ini rasa malu harus di buang.
“Saya tertinggal dekat office.”
Memang betul. Dia tak tipu. Keluar dari office tadi baru dia sedar.
“Nyanyuk ke apa engkau ni.” Panas
hatinya mendengar jawapan Yuyu. Saat genting macam ini lah dia nak lupa.
“Wah, itu ayat nak cari pasal ke?” Ini
yang dia panas sangat pasal mamat ni. Mulut kalau tak sinis memang bukan
dialah. Kalau dengan orang lain tahu pula bermanis bahasa. Tanam tebu di
pinggir bibir. Manis bagi dekat orang. Hampas bagi dekat dia. Memang tak adil!
“Suka hatilah. Dah saya nak pergi.
Bye.” Belum sempat dia memecut, lelaki itu pantas menahan.
“Kau boleh tolong aku tak?”
.....................
“Woi, apa ni peluk-peluk orang.”
Yuyu menjerkah kuat bagi melawan deru angin. Pantas tangan kirinya mengutil
tangan Hasif yang memeluk erat pingangnya. Tak kenal halal haram langsung.
Kalau tidak kerana naluri kasihan yang mendesak hati, tak adanya dia nak
tumpangkan Hasif. Seteruk-teruk dia tak pernah lagi boncengkan lelaki. Kalau
Camarul dengan abah tahu memang teruklah dia kena bambu nanti.
“Cuba kau bawa perlahan sikit. Tak
adalah aku nak peluk engkau.” Hasif merungkaikan rangkulannya. Seram sejuk
tubuhnya. Selain bas dia juga tidak pernah menaiki motosikal.
“Nak perlahan macam mana lagi?
Sekarang ini pun dah perlahan.” Geram betul dia dengan Hasif. Banyak songeh,
banyak permintaan dan banyak ‘ketidaksedaran’ diri. Sudahlah menumpang, buatlah
macam menumpang.
“Perlahan apanya macam ini?” Takut
dia bila Yuyu melipat di sepanjang jalan. Menyelit di antara kenderaan macam
jalan itu dia yang punya. Tadi hampir terbang melayang nafasnya bila Yuyu menyusup
masuk antara dua buah traler. Betul-betul menyeramkan. Saat itu nak sahaja dia
haramkan diri sendiri dari menaiki motosikal sampai bila-bila. Tetapi dia takut
termakan sumpah. Buatnya perkara seperti ini jadi lagi macam mana?
“Nak saya tinggalkan encik boss tepi
jalan ni ke?”
“Okey, aku diam.” Hasif menjerit di
telinga Yuyu. Takut tak dengar. Sakitnya hati. Kalau tahu macam ini cara Yuyu
membawa motosikal tak adanya dia nak menumpang.
“Kalau diam dari tadi kan bagus? Ini
macam murai tercabut ekor. Pot, pet, pot pet.” Dalam pada masa yang sama sempat
lagi Yuyu berleter.
“Kau nak aku peluk kau balik ke?”
Hasif mula mengungut. Kata orang macam murai, padahal dia tu yang macam murai.
Berkicau tak henti-henti.
“Orang diamlah ni.” Yuyu mengalah.
Tak rela ‘dicabul’ lagi sekali.
“Lain kali belilah moto besar sikit.
Moto besar kaldai ini jugak kau beli.” Hasif mengomel geram. Sudahlah seat
kecil, ‘badan’ menegembang ke tepi. Terkangkang dia sudah seperti katak puru.
“Lebih baik dari beli kereta mewah
tapi ‘melingkup’ tengah jalan.” Apa ingat dia tak dengar ke? Suka hati saja
mahu menghina Encik Darling kesayangannya.
“Eh, kau dengar ke?” Hasif ketawa
mengejek.
“Cakap macam tertelan microphone,
orang pekak pun boleh dengar.” Sakit hati, sakit jantung, sakit semua anggota
dek melayan gelagat Hasif.
....................
Kakinya bagaikan tidak jejak tanah.
Terasa berada di awang-awangan. Perut terasa meloya.
“Okey tak?” Yuyu bertanya. Kasihan
pula dia memandang lelaki itu yang sudah berubah warna wajah. Nampak pucat.
“Kalau tak okey sekalipun, kau nak
boleh buat apa?” Kepalanya di gelengkan berkali-kali bagi menghilangkan rasa
loya dan pening yang tiba-tiba menyerang. Dia mula tertanya-tanya sekarang, apa
yang di bestkan sangat dengan naik
motosikal. Kalau dia hanya satu perkataan yang boleh di gambarkan. Horrible.
“Saya boleh bawa Encik Boss ambil
ubat. Ubat sakit mulut sebab mulut Encik Boss tak ada insuran dan saya nak
ambil ubat tekanan jiwa sebab kenal dengan Encik Boss.” Puas hati. Orang tanya
elok-elok, nak di jawabnya cara biadap. Sekarang biadap sama biadap baru padan.
“Kau..” Belum sempat Hasif menyudahkan
kata-katanya Yuyu sudah berlalu pergi menunggang Encik Darlingnya. Asal hitam
yang berkepul di tinggalkan di belakang. Biar si penyedut asap menjadi insaf.
“Uhuk,,uhuk.” Hasif terbatuk.
Tanganya di gawang bagi menghilangkan asap yang berkepul. Apa punya motolah.
Sudah macam asap lori di rasakan.
Dengan perlahan dia mengatur langkah
memasuki pejabat. Sudahlah dia baru sembuh dari pembedahan, sekarang ada lagi
‘anasir-anasir’ yang boleh menyebabkan dia kembali terlantar. Dan semuanya
berpunca dari orang yang sama!
“Selamat petang Encik Hasif.”
Hasif hanya mengangukkan kepala.
Hairan dia bila ramah pekerjanya menegur hari ini. sudah itu siap
tergelak-gelak. Ada yang tak kena ke hari ini. Pakaian di tubuh di renung.
Masih kemas walaupun sedikit berkedut.
“Perasaan aku agaknya.” Dia cuba
menyedapkan hati.
“Selamat petang Encik Hasif.” Anita
menegur. Senyuman yang cuba di tahan terasa semakin melebar. Fesyen apa yang
bos dia gunakan hari ini? Pagi tadi nampak okey sahaja.
“Selamat petang.” Dia ingin berlalu
masuk ke dalam biliknya. Seketika kemudian dia kembali berundur.
“Anita, awak rasa saya nampak pelik
ke hari ini?” Dia bertanya. Nak kata zip seluarnya terbuka, sudah berkali-kali
dia ‘siasat,’ memang tak. Jadi apa masalahnya?
“Eh, taklah. Nampak biasa sahaja.”
Anita cuba menafikan. Namun senyumannya semakin melebar.
“Tak apalah.” Terus kakinya
melangkah kembali untuk masuk ke dalam bilik.
“Weh, apa fesyen kau hari ini? Pelik
sangat aku tengok.” Amjad menegur, sebelum dia pantas berlalu menuju ke pantry.
Perutnya yang berbunyi tanda kelaparan sudah tidak mampu di tahan.
“Apa yang pelik....” Hasif mengeluh
bila kelibat Amjad menghilang. Tak menyempat-nyempat.
Hasif tersandar lemah di kerusinya.
Kepala yang berdenyut ingin di picit bagi meredakan tekanan.
“Patutlah.” Hasif merengus. Tali
yang terikat kemas di bawah dagu di buka kasar. Helmet yang muat-muat di kepala
di tanggalkan. Di ketuk-ketuk helmet dengan tangannya bagaikan mengetuk kepala
si puyu.
“Malunya..malunya..” Ayat itu
berulang kali di lafazkan. Patutlah pekerjanya memandang dia dengan pandangan
pelek. Helmet berbentuk seakan kura-kura bewarna pink pekat dan di hiasi gambar
Hello Kitty menjadi perhiasan tambahannya hari ini. Kepalanya terus di letakkan
di atas meja. Rasa macam hendak demam sahaja. Kenangan helmet pink mula
terbayang.
..................
“Nah pakai.” ‘My Sayang’ di hulurkan
kepada Hasif. Mengeletar tangan di rasakan. Tak pernah walaupun sekali dia
membenarkan orang mengunakan My Sayang. My Sayang dan Encik Darling sudah
seperti nyawanya. Barang yang paling di sayangi.
“Aku tak nak. Malu dekat oranglah.”
Kepalanya di geleng-gelang. Tak mahu dan tak sudi. Boleh jatuh maruah kalau
macam ini rupanya.
“Nak tumpang ke tidak? Kalau tak nak
saya nak blah dulu. Banyak lagi kerja dekat office
saya nak kena buat.” Betul-betul menguji kesabarannya. Rasa nak sahaja dia
tinggalkan lelaki itu seorang diri di tengah panas.
“Yang lain tak ada ke? Kau tengoklah
warna dia tu macam mana. Geli tahu tak!” Katakan tak nak kepada helmet pink!!!
Rasa nak termuntah dia tengok.
“Ingat saya bawak lori ke nak bawa helmet banyak-banyak? Ini pun patut bersyukur tahu ada terselit dalam box.” Sudahlah cuaca panas terik. Lelaki itu pulak tidak sudah-sudah ingin menaikkan lagi tahap kepanasannya.
“Kau pergilah cari yang lain.” Hasif
mula mengarah. Terlupa yang dia hanya ingin menumpang.
“Apa kata saya tinggalkan saja Encik
Boss dekat tengah jalan ni? Kalau nak balik jalan kaki rasanya lima kilometer
saja kot. Tak lah jauh sangat.” Tahap kesabarannya betul-betul sudah hampir hilang.
“Kau ni, itu pun nak berkira.”
Helmet di tangan Yuyu disambar. Walaupun berat hati dia tetap menyarung di
kepala. Tali yang berjuntai cuba di pasang ke tempat yang betul.
“Itupun lembab. Mari sini nak
pasang.” Berlagak lebih daripada anak pahlahwan terbilang, tapi tali helmet pun
tak reti nak pasang. Mengada-ngada.
Wajah licin tanpa jerawat. Salah!
ada satu jerawat dekat pipi. Mata agak bundar. Hidung? Bolehlah di katakan
mancung. Bibir? Liur di telan. Pantas Hasif melarikan anak matanya dari meneliti
wajah yang agak hampir di hadapannya.
“Syuhh...syuhh...nyah kau wahai akal
jahat.” Mulut Hasif terkumit-kumit.
“Baca mentera ke apa tu? Kalau saya
jatuh cinta dekat Encik Boss saya dah tahu sebab apa. Saya dah kena mandrem”
Tanpa perasaan Yuyu berkata.
“Kau jangan nak perasan sangatlah.”
Kalut Hasif mempertahankan diri.
“Dah siap. Naik cepat.” Yuyu malas
mahu berbalas kata. Takut bila di layan semakin lambat mereka sampai ke office.
“Kau nak bawa ke?”
“Habis tu takkan Encik Boss pulak?
Tahu ke?”
..............
“Yuyu pergi mana? Kenapa lambat
sangat masuk?” Kak Bib bertanya. Tadi selepas makan Yuyu pergi ke pejabat pos.
Kemudian terus lesap. Sekarang baru masuk. Ramai sangat ke orang dekat pejabat
pos tu?
“Ada kecemasan tadi. Kenapa? Ada hal
penting ke? Encik Amjad marah ke?”
“Kalau alasan awak munasabah buat
apa saya nak marah.” Amjad yang terdengar perbualan Kak Bib dan Yuyu menyampuk.
Dia bukanlah jenis bos yang suka menghukum tanpa usul periksa.
“Saya tolong orang tadi. Dia ada
masalah sikit. Itu yang saya lambat masuk. Tolong dia selesaikan apa yang
patut.” Yuyu mula mengarang alasan. Tadi dia pergi ke workshop dahulu barulah pulang ke syarikat. Itu yang terlambat
masuk.
“Siapa yang awak tolong?” Amjad
menyoal. Seseorang mula terbayang di mata.
“Erkk..Kawan saya...Ha betullah
kawan saya.” Yuyu tersenyum bagi mengurangkan kegugupan. Nak mati berterus
terang! Mahu di bahankan sampai tujuh keturunan.Semua orang dalam office tahu
dia dan Hasif tidak sebulu.
“Saya rasa macam kenal sahaja kawan
awak tu.” Amjad berkata dan terus berlalu.Topi keledar bewarna Pink. Walaupun
bersepah di pasaran tetapi ada yang unik tentang topi kaledar itu. Stiker Hello
Kitty dengan kata-kata ‘I’m Your’ itu, Camelia yang hadiahkan kepada Yuyu.
“Weh, siapa-siapa?” Kak Bib kalut
bertanya.
“Kalau cakap pun bukan Kak Bib
kenal. Dah pergi buat kerja tu. Nanti kita sembang.” Yuyu malas melayan. Karang
takut panjang cerita. Anita juga sudah mula memanjangkan leher. Nak menyibuk
jugaklah itu.
“Baik Miss Puyu.” Kak Bib berkata
malas. Tiada mood untuk bekerja
selagi dia tidak mengetahui siapakah gerangan yang di bantu oleh Yuyu.
“Woh! jangan pangil Miss Puyu lah
Kak Bib. Elergik tahu dengar.” Saat ini nak sahaja dia kerat lidah Hasif. Sebab
dialah sekarang ini semua mula memangilnya dengan pangilan Miss Puyu. Tak ada
kena mengena langsung!
“Comel apa. Nak-nak kalau abang
sayang pangil. Tak gitu Nita?” Kak Bib berkata. Anita pula beria-ia menganguk
bagi menguatkan lagi kenyataan Kak Bib.
“Sudah,,sudah..sana pergi.” Yuyu
pura-pura menghalau. Dia tak suka tetapi entah mengapa hatinya berlagu indah.
Sekejap lagi dia nak pergi jumpa pakar jiwa. Mungkin jiwa kacau barang kali.
Surat
Cinta Untuk Di sana : Helo2....ce komen sikit,,,,ada yg silap....gtau lah no...
best2
BalasPadambest......
BalasPadambest gila......hebat...boleh buat saya gelak sorang2
BalasPadamhahaha... sengih dr awal bc sampai hbs... hlg stress
BalasPadamlucu, ketawa gila bila bc hehehe
BalasPadamahahahaha takleh berhenti senyum! kenapa takde sambungan?
BalasPadamsinggah la ye ke http://semangatuntukku.blogspot.com/# ^_^
bila nak sambung?? ke dah jadik buku???
BalasPadamnak lagi...citer ni sgt best...
BalasPadamCrta nie xde sambungan lg ke?
BalasPadam